Bahagian A (i)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca banjir kilat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan yang berterusan. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermoden. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan. Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir kilat kerana apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung, maka lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
Hakisan sungai yang kerap berlaku juga boleh mendatangkan banjir kilat. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai tersebut tidak dapat megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan yang berperanan menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini menyebabkan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak, maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secara semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil lankgah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan betrerusan.
Bahagian A (ii)
- Berikan maksud memelihara kelangsungan alam dalam petikan. [2 markah]
- Bagaimanakah hakisan sungai berlaku? [4 markah]
- Pada pendapat anda, apakah langkah yang patut dilakukan untuk mengurangkan banjir kilat di negara kita? [4 markah]
karangan sebegini patut di berikan kepada murid agar serba sedikit dapat menyedar kan murid tentang kepentingan alam sekitar dan patut di lindungi…..
meme terbaik
isi yg bagussss 🙂
isi yg……………cukup…..bagussssssssssss…………
agar murid mengambil iktibar…
Karangan ini sangat bagus.
terima kasih,latihan ini dpt m’bantu saya……
x berape tau buat , tapi paham maksud . : )
ermm .. sye lOm dpt jwpaN yg sye nk ! nk uat cm nE nim !!
isi ini sangat terang untuk difahami :}}thank you!!
tQ….kaRangaN ni m’bnTu sYa..:)
byk isi nyer…=)
leH bYakkn ge infO sal isu2 smasa ..hee ..=)
Isi yang ckup bagus.. Sesuai untuk pelajar.. Harap pelajar dpat mghuraikan karangan seperti in terutama untuk student upsr..
thanz!!!!!!,ilmu yg sgt berguna bagi saya:3
10q so much…4giving the contoh karangan…
u r ryte noveana! itz aso helpful to me aso!
baguss sangat!!
Saya suka .’)
jawapan y tepat sekali…….
;D
🙂 :)…………
mmg bagus gilew! teme kase ats dibntu sye! :p
me 2
i like this artikel
akh!rnyerrr jmpe juga krangn yg sy cri . . .tengQ….!!! heheheh
Isi yang cemerlang……sangat bagussssss.. 😉
terima kasih cikgu. semoga sihat sentiasa. =)
saya suka isinya ….
sangat bagus…..
terima kasih banyak-banyak sebab ringkasan ini boleh membantu saya membuat karangan tentang faktor-faktor banjir kilat…
semoga cikgu sihat dan ceria sentiasa……
;D
superb essay …….
boleh tiru dengan cepat
thanks 4 the info
tq..snng ckit kerje..cpy je..
PANJANG JUGA KARANGAN KAU NI
HUUUU … HEBAT LHARR !!!
huuuuu…so gd…
Terima kasih kerana berbaik hati untuk membuat contoh karangan ini. Ia amat membantu saya , maklumlah cikgu saya cakap karangan saya macam membuat sastera . Jadi saya terpaksa baca contoh karangan yang selalu dipakai oleh pelajar sekolah menengah , sekali lagi terima kasih
tq
tingkat kn usaha lagi
Usaha tangga kejayaan?????
huuu hebat betul,,,,
bagus karangan awak …saya suka ….
I like this artikel very mush 🙂
Bgus isi yng sngt bgus dan mntp
Isi yg sgt2 bgus (y)!!
Terima kasih bnyk2 kerana memberi contoh karangan yg ckp baik….sya suka contoh karangan nie….~~~~#^_^
boleh thn laa
Isi yang sangat baik 👍👍
terima kasih banyak banyak kerana karangan ini menolong untuk mensiaplan kerja kursus saya.pertolongan ini saya tidak dapat dilupakan.
trima kc atas mklumat`y ia sngat mmbntu sye dlm krangan dan isi`y pun sngat bnyak.. ^_^
terbaik punya karangan