PENGIMBUHAN AWALAN MEN-PADA KATA BAHASA MELAYU ASLI

k ng

P M

kerja – mengerjakan

ke tengah – mengetengahkan

kalung – mengalungkan

kusut – mengusutkan

kagum – mengagumkan

kecewa – mengecewakan

kalah – mengalahkan

karang – mengarang

kilang – mengilang

kotor – mengotorkan

kecuali – mengecualikan

kerat – mengerat

kaya – mengaya

keluar – mengeluarkan

pandang – memandang

pandu – memandu

panjang – memanjang

pasang – memasang

pasti – memastikan

patuh – mematuhi

pendek – memendekkan

peras – memeras

perlu – memerlukan

pintas – memintas

potong – memotong

puji – memuji

pulau – memulaukan

pusat – memusatkan

s ny

t → n

sakit – menyakitkan

sambung – menyambung

sampai – menyampaikan

satu – menyatukan

sayang – menyayangi

sedia – menyediakan

selimut – menyelimutkan

sembah – menyembah

sembunyi – menyembunyikan

sembur – menyembur

senang – menyenangkan

senduk – menyenduk

serta – menyertai

sidai – menyidai

sumbang – menyumbang

teliti – meneliti

tusuk – menusuk

tunda – menuda

tentang – menentang

tempa – menempa

tampi – menampi

tambah – menambah

tolak – menolak

tampil – menampilkan

tonton – menonton

terbit – menerbitkan

tanam – menanam

tentu – menentukan

tempuk – menepuk

Yang biasa disebut tak semestinya betul.

MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA

Bil.

Salah

Betul

Catatan

1

Ke 4 Ke-4 Perlu ada tanda sempang sebelum angka 4.Contoh:

  • • Ke-21
  • • Ke-10

Dieja sebagai satu perkataan apabila angka itu diganti dengan abjad.

Contoh:

  • • Ketiga
  • • Kesepuluh
  • • Keempat

Dalam penulisan nombor 1 hingga 9 elok ditulis dalam perkataan, nombor 10 dan seterusnya ditulis dalam angka

2

mengambilkira Mengambil kira Kata majmuk dieja terpisah.Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran.
Contoh:

  • Ambil alih
  • Mengambil alih
  • Pengambilan
  • Anak tiri
  • Beranak tiri
  • Menganaktirikan

3

7hb Jun 2010 7 Jun 2010 Perlu seragam, tidak perlu hb.

4

Anggaran peruntukkan Anggaran peruntukan
  • Akhiran an membentuk KN.
  • Akhiran kan membentuk KK.
  • Kekeliruan timbul apabila
  • perkataan berakhir dengan konsonan k.

Contoh:

  • Semak
  • Semak + an = semakan (KN)
  • Semak + kan = semakkan (KK)
  • Gosok
  • Gosok + an = gosokan (KN)
  • Gosok + kan = gosokkan (KK)

5

Tempoh penyambunganmulai dari Jun 2010 hingga

Mei 2011.

Tempoh penyambunganmulai Jun 2010 hingga Mei

2011.

Tidak perlu kata sendi dariselepas mulai.

6

…inovasi diantara Jabatan/Agensi …inovasi antara Jabatan/Agensi. Kata sendi nama di antara untuk menunjukkan tempat atau ruang.

7

maklumbalas maklum balas Kata majmuk, dieja terpisah.

8

Juru Perunding juruperunding Juru – orang yang mempunyai keahlian dlm sesuatu perkara (biasanya dipakai dlm kata majmuk dan dieja bersambung sebagai satu perkataan).Contoh:

  • • Juruacara
  • • Juruanalisis
  • • Juruaudit
  • • Jurubahasa
  • • Jurubina
  • • Jurucerakin
  • • Juruelektrik
  • • Jurujual
  • • Jurunikah

9

diperingkat di peringkat Kata sendi di, dieja terpisah.

10

…antara Bahagian Acara KPKK dan Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat… …antara Bahagian Acara KPKK dengan Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat… Padanan antara ialah dengan. Dan hanya terpakai apabila melibatkan lebih daripada dua pihak.Contoh:

  • •Perjanjian antara RTM dengan Media Prima
  • •Perjanjian antara RTM, Media Prima dan ASTRO

11

perlaksanaan pelaksanaan Pelaksanaan kerana daripada proses melaksanakan.

12

…di kaitkan dengan… …dikaitkan dengan… Kait, KK. Dgn demikian awalan di dieja sebagai satu perkataan.

13

Lawatan Kerja Yab Perdana Menteri… Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri… Y A dan B, dieja menggunakan huruf besar.

14

Pasca Perkhidmatan Pasca-Perkhidmatan Sekiranya Perkhidmatan dianggap kata nama khas, perkataan tersebut dieja dengan tanda sempang. Andainya perkhidmatan itu kata umum, maka perkataan tersebut dieja sebagai satu perkata, pascaperkhidmatan.

15

intisari Inti sari Kata majmuk, dieja terpisah.

16

…terdiri dari pelbagai…… terdiri daripada pelbagai… Kata sendi yang lebih tepat ialah daripada.

17

…sambutan menggalakan dari orang ramai …sambutan menggalakkan daripada orang ramai…
  • Akhiran an membentuk KN.
  • Akhiran kan membentuk KK.
  • Kata sendi dari untuk tempat dan masa.
  • Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan dan asal kejadian.

18

SEKAPUR SIREH SEKAPUR SIRIH Hukum Keselarasan VokalVokal i padanannya vokal i

19

Golongan Cendikiawan Golongan Cendekiawan Kesalahan mengeja

20

menggembeling Menggembleng Kesilapan mengeja

21

Lain-lain dasar Dasar-dasar lain Hukum D – MYang diterangkan mendahului yang menerangkan. Dalam konteks ini, yang diterangkan ialah dasar.

  • Contoh-contah lain:
  • •pisang goreng bukan goreng pisang
  • •hal-hal lain bukan lain-lain hal
  • •faktor-faktor lain bukan lain-lain faktor
  • •jalan-jalan lain bukan lain-lain jalan
  • •kedai kasut bukan kasut kedai

22

tanahair tanah air Kata majmuk yang dieja terpisah.

23

Penerbitan buku ini adalah seiring… Penerbitan buku ini seiring… Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

24

Hari Kemerdekaaan Malaysia Ke 52 Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Perlu ada tanda sempang sebelum angka 52.

25

…kerjasama erat antara sektor awam dan swasta… …kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta… Padanan antara dan di antara ialah dengan. Sekiranya melibatkan lebih daripada dua pihak, padanannya ialah dan.

26

…menyatu padukan rakyat… …menyatupadukan rakyat… Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran.

27

…tahu membezakan antara yang baik dan buruk,… …tahu membezakan antara baik dengan buruk… …tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk…Padanan yang tepat adalah seperti yang berikut: antara … dengan.

28

…asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak… …asas bagi kesemua rakyat Malaysia terus bergerak… Di mana ialah kata tanya, dengan demikian tidak bolehberfungsi sebagai kata hubung.

29

kemampanan kemapanan Yang ada dalam Kamus Dewan ialah mapan. Kata mampan tidak ada dalam kamus.

30

…menyuburkan kembali sektor swasta… …menyuburkan sektor swasta kembali… Kata kerja transitif (KKT) mesti terus menerima kata nama atau frasa nama yang bertindak sebagai objek. Dalam konteks ini, KKT ialah menyuburkan, dan objeknya ialah sektor swasta.

31

…kerjasama erat antara sektor awam dan swasta …kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta… Rujuk penjelasan di atas.

Saya bukan bertujuan untuk menunjukkan bahawa saya pandai dalam Bahasa Melayu, tetapi ingin berkongsi pengalaman untuk memperbaik pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

Kepuasan berbahasa

Sebagai guru Bahasa Melayu saya amat menitikberatkan soal pembinaan ayat yang gramatis tanpa mengira tujuan, tempat atau alat yang digunakan.  Apabila menghantar pesan ringkas melalui telefon bimbit saya sentiasa memastikan ayat yang saya tulis itu betul dan gramatis . Selain itu, apabila memberi komen di facbook atau pun menulis komen di blog, saya berasa amat janggal apabila menggunakan singkatan seperti yg. mmg, sbg, spt, dll, mgnakan dan banyak lagi singkatan seumpamanya.

Begitu juga semasa mengajar, saya amat jarang atau boleh dikatakan hampir tiada langsung menulis di papan hitam menggunakan singkatan-singkatan tersebut.  Kadang-kadang, apabila menulis di papan hitam saya akan mengubah sesuatu ayat itu berkali-kali untuk memastikan bahawa ayat yang saya tulis itu gramatis. Dalam pada itu, saya berasa malu dan berasa tidak bertanggung jawab jika ayat yang saya tulis itu tidak gramatis.  Saya akui, ayat yang saya tulis itu kadang-kadang salah dan tidak gramatis.  Namun begitu, sekurang-kurangnya saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.

Bagi saya, menulis ayat yang gramatis itu adalah satu kepuasan.  Dalam hal ini, saya juga berharap agar para pelajar dan guru-guru atau sesiapa sahaja yang memberi komen dalam blog ini, gunakanlah Bahasa Melayu yang betul dan gramatis kerana kalau tidak rakyat Malaysia seperti kita, siapa lagi yang akan menggunakan Bahasa Melayu yang  betul. Saya yakin dan percaya, untuk memartabatkan Bahasa Melayu setiap rakyat Malaysia mesti berbahasa Melayu dengan betul bak kata pujangga, perjalanan beribu batu, mesti bermula dengan langkah pertama.

Sebagai mengakhiri wacana ini, sekali lagi saya menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan meluaskan penggunaannya mestilah bermula dengan kita.  Kalau hal ini dipandang enteng, slogan 1Bangsa 1Bahasa akan dikenang sebagai satu slogan semata-mata, tanpa dapat mencapai tujuannya.

Bulan Bahasa Kebangsaan hanya gimik

Pekancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan di Kuching, Sarawak pada 1 Oktober lalu mencerminkan betapa bersungguh-sungguhnya kerajaan mahu memartabatkan bahasa Melayu. Sesuailah dengan termaktubnya ia dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Bahasa Kebangsaan. Selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, kita masih tercari-cari formula memperkasakan bahasa Melayu di tanah air sendiri. Kononnya bahasa Melayu adalah bahasa keempat terpenting di dunia dituturkan jutaan manusia terutama di negara rumpun Melayu dan hendak dimartabatkan sebagai bahasa dunia dan ilmu. Alangkah ironinya dan rakyat menanti bila saat ‘impian’ itu termakbul. Ditambah pula dengan kesungguhan kerajaan yang dilihat daripada nada ucapan dan majlis berkaitan bahasa yang diadakan akhir ini, sangat memberangsangkan. Namun, itulah saja yang disajikan kepada kita kerana akhirnya semua berbalik kepada asal. Alangkah sedihnya, Bulan Bahasa sekadar ‘dilancarkan’, beritanya menghangatkan akhbar esoknya dan lepas itu pada hari sama semua pihak berbalik kepada amalan biasa. Bulan Bahasa Kebangsaan hanyut memenuhkan takwim semata-mata. Lebih ironi dikatakan hanya gimik. Sambutan Bulan Bahasa benar-benar ala-Malaysia. Riuh sehari, kemudian semua pihak lupa peranan yang patut dimainkan untuk merealisasikan impian menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia dan ilmu. Pemimpin tetap juga dengan kebiasaan, masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun dalam acara rasmi negara atau ketika sidang akhbar dengan wartawan Malaysia. Peneraju sektor korporat dan ilmuwan tetap tidak mahu menggunakan bahasa Melayu walaupun bahasa Inggeris yang dituturkan tergagap-gagap. Tidak ada satu pun aktiviti memenuhkan Bulan Bahasa Kebangsaan yang boleh dibanggakan. Tidak ada juga komitmen menuju ke arah memartabatkan bahasa Melayu seperti diperkatakan selain menyerahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan janji memberi kuasa lebih kepada badan itu. Semua pihak patut memainkan peranan masing-masing kerana usaha ini membabitkan semua peringkat dan segenap lapisan rakyat. Bermula daripada pemimpin hingga rakyat jelata perlu serius menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang kegiatan. Ada beberapa saranan yang boleh dilaksanakan sebagai menggambarkan kita menyambut Bulan Bahasa yang baru dilancarkan. Walaupun agak keterlaluan tetapi hanya untuk bulan ini dalam setahun.

  • Pemimpin berhenti menggunakan selain bahasa Melayu. Sebarang ucapan, taklimat dan surat-menyurat dibuat menggunakan bahasa Melayu.Jangan hanya meminta rakyat berbuat demikian sedangkan pemimpin mengabaikannya.
  • Siaran TV dan radio menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya termasuk iklan dan berita kecuali program import. Berita Tamil, Mandarin dan Inggeris dihentikan buat sementara. Rakyat kaum lain tentu memahami sebarang maklumat dalam bahasa Melayu jika selalu terdedah dengan bahasa itu.
  • Rakyat pelbagai kaum mesti berkorban sedikit mengenai bahasa kerana bumi ini akhirnya menjadi milik kita bersama, sepatutnya kita menggunakan bahasa yang sama.
  • Bangsa Melayu jangan berasa sangsi dan sentiasa berusaha menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Berhenti mengamalkan bahasa rojak yang dituturkan selama ini.
Jika ini dapat kita lakukan, orang luar nampak kita serius dengan apa yang diperkatakan. Mereka anggap kita bukan main-main, kata dikota. Apa yang berlaku sekarang selepas Bulan Bahasa dilancarkan, kita terus ghairah menggunakan bahasa Inggeris. Apa yang disarankan hanya dipraktikkan pada Oktober. Memang bahasa Inggeris penting, namun apa salahnya bahasa Melayu diletak pada persada paling atas selama sebulan saja setahun? Lama-kelamaan, segenap lapisan rakyat biasa dengan penggunaan bahasa Melayu. Rakyat akan tahu setiap tiba Oktober, bahasa Melayu tetap di hati walaupun pada bulan lain ia tidak dipedulikan. Indonesia boleh melakukan terhadap bahasa Indonesia. Thailand boleh melakukan terhadap bahasa Thai. Kenapa Malaysia tidak boleh? Semuanya terletak pada kita. 
ILHAM SYAKIMA,
Yan, Kedah.

 

Kempen-kempen kerajaan yang gagal

Setiap kali kita berjalan, melepak atau ke mana saja pasti kita akan terpandang kempen – kempen yang dijalankan oleh kerajaan samada di pemplet, poster, risalah, di kaca televisyen mahupun di corong – corong radio. Antara kempen yang paling kerap kita lihat kempen antimerokok, kempen keselamatan jalan raya, kempen kitar semula dan kempen mencegah demam denggi. Sudah diketahui umum, kempen – kempen ini dijalankan oleh pihak kerajaan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang sesuatu pekara demi kebaikan bersama. Tetapi, pernahkah kita melihat sejauh mana keberkesanan kempen-kempen yang telah dijalankan? Jawapannya gagal.

Mengapa gagal? Mudah saja, perhatikan kempen yang pernah diwar – warkan oleh kerajaan . Adakah anda nampak akan perubahan yang berlaku selepas kempen tentang sesuatu isu sudah berjalan lama (contoh kempen keselamatan jalan raya)? sebenarnya tidak ada perubahan langsung. Jika ada perubahan pun, peratusannya sangat – sangatlah kecil. berjuta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam menjayakan kempen mereka, tetapi setiap kali membaca laporan akhbar, pasti ada berita tentang kegagalan kempen yang dijalankan. Apabila dilihat disekeling kita pun, tiada perubahan ketara yang berlaku walaupun ada diantara kempen yang dibuat secara besar – besaran. Kemalangan maut masih berlaku, alam sekitar masih tercemar, orang semakin ramai yang menjadi perokok dan macam – macam lagi.

Oleh itu, haku ingin kongsikan kepada anda beberapa kempen besar yang dikatakan gagal mengubah sikap dan tingkah laku rakyat walaupun jutaan ringgit telah dikeluarkan. Antara contoh kempen – kempen  besar yang gagal memberi kesedaran kepada rakyat

Kempen Antimerokok.

Kempen ini merupakan kempen yang paling mahal dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat berhenti merokok atau tidak merokok. Tetapi, kempen yang berharga RM 20 juta setahun ini sebenarnya gagal mengurangkan jumlah perokok dinegara ini malah peratusan yang merokok semakin meningkat. Cuba anda tanya kepada perokok – perokok, adakah mereka gentar dengan kempen – kempen ngeri yang ditunjukan pada kotak rokok? mudah jawapannya, TIDAK.

Kempen Keselamatan Jalanraya.

Lihat statistik kemalangan jalanraya bagi tempoh 10 tahun dibawah ini, angka semakin meningkat bukan? kalau kita alert dengan laporan OPS Sikap yang jalankan semasa musim – musim perayaan, jumlah kemalangan dan kematian akibat kemalangan pasti meningkat. Banyak kempen – kempen keselamatan jalanraya dilakukan oleh pihak kerajaan seperti kempen pemanduan berhemah, kempen memakai tali pinggang keledar dan macam – macam lagi. Itu tidak termasuk menteri – menteri dan orang – orang besar yang turun padang memberi risalah keselamatan jalan raya kepada para pemandu di tol – tol  semasa musim perayaan. Tetapi tidak ramai yang ikut apa yang disarankan oleh pihak kerajaan dalam kempen yang dijalankan oleh mereka dan kemalangan masih berlaku.

Kempen Kitar Semula

Dulu kempen ini cukup top di dalam TV dan juga surat khabar. Kerajaan siap letakkan lagi tong – tong kitar semula di tempat – tempat awam bagi mengalakkan rakyat membuang sampah – sampah yang boleh dikitar semula didalam tong – tong yang dikhaskan. Sekarang, anda perasan lagi tak tong – tong berkenaan? tidak bukan. Of course lar sekarang tong – tong telah dikitar semula menjadi tong sampah hitam kerana kempen kitar semula yang dijalankan dahulu sebenarnya gagal. Rakyat bukan membuang sampah yang boleh dikitar semula kedalam tong tersebut, tetapi membuang bermacam – macam sampah kedalam tong itu. Jadi sekarang, kempen yang dulu cukup diriuh di kaca – kaca TV dan surat khabar hanya diteruskan oleh pengusaha – pengusaha barang lusuh dan juga tukang sapu sampah. Kempen seumpama ini masih dijalankan, tapi tidak sehebat dulu. Antara kempen yang mirip seperti Kempen Kitar Semula ialah kempen tidak mengunakan plastik pada hari – hari tertentu. Walaubagaimana pun, kempen kebersihan alam sekitar ini masih gagal menghalang kerakusan rakyat untuk menambah jumlah sampah ditapak pelupusan sampah.

Kempen – kempen Kesihatan

Kempen kesihatan yang haku maksudkan ialah seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Kempen Anti Denggi, Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan macam – macam lagi. Tetapi semuanya gagal menarik minat rakyat untuk mengamalkannya walaupun bermacam – macam usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha memastikan rakyat dinegara ini sihat dan bebas dari penyakit.

Sebab-sebab gagal

  • kempen tu memang tak dapat menarik minat rakyat
  • atau rakyat memang hati keras takleh diubah dah atau
  • kempen tu hangat-hangat tahi ayam atau
  • setiap kempen tu sebenarnya ada agenda tersendiri?

 

 

Interlok papar fakta sejarah, tidak menyentuh sensitiviti kaum

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Novel Interlok sepatutnya dibaca dengan kejujuran intelektual kerana apa yang dipaparkan menerusinya adalah fakta sejarah dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga budayawan, Datuk A. Aziz Deraman berkata, novel itu mengangkat tema perpaduan dan Interlok sendiri bermaksud jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat.

”Sekiranya Interlok itu dibaca dan benar-benar difahami, kita akan menyedari bahawa ia memaparkan kebenaran dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini serta perjalanan ke arah membina negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai polemik buku berjudul Interlokkarya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Bagaimanapun, novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan sikap dan pandangan sesetengah pihak terhadap novel itu sehingga ada yang sanggup membakarnya, A. Aziz menasihatkan supaya bukuInterlok dibaca dengan jujur dan tidak dipengaruhi dengan emosi.

Katanya lagi, tindakan membakar novel itu juga tidak sesuai dari sudut keprihatinan masyarakat terhadap ilmu dan pengetahuan.

Justeru tambah beliau, buku itu tidak boleh dilihat dari perspektif perkauman sehingga boleh menimbulkan pertikaian kerana rujukan yang digunakan pengarangnya adalah berdasarkan hakikat sebenar.

”Mengenali Abdullah sebagai seorang penulis, beliau akan merujuk kepada fakta sejarah dalam berkarya seperti mana ketika menghasilkan novel Imam,” kata beliau.

 

Novel Interlok patut dibaca – Baradan

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kontroversi novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain dapat dielakkan sekiranya konteks penggunaan perkataan ‘paria’ dalam novel berkenaan dijelaskan dengan tepat kepada umum.

Bekas wartawan akhbar The Star, K. Baradan berkata, novel itu patut dibaca, tidak diharamkan atau dibakar hanya kerana beberapa pemimpin India merasa terhina dengan penggunaan sistem kasta ‘paria’ dalam novel berkenaan.

“Bantahan yang dilakukan pemimpin berkenaan kerana perkataan paria digunakan merujuk orang India yang diambil dari bahagian India Selatan.

“Dalam novel tersebut, ia merujuk kebanyakannya (orang India) dari eselon-eselon rendah sistem kasta agama Hindu yang bekerja membersihkan hutan-hutan dan memulakan ladang getah yang menguntungkan penjajah,” katanya dalam ruangan pendapat terbitan akhbar The Star, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.

Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Menurut Baradan, menerusi novel tersebut, umum akan mengetahui bagaimana masyarakat pelbagai budaya di negara ini wujud dengan permulaan masyarakat kolonial serta ketibaan orang India dan buruh-buruh Cina di negara ini.

“Novel ini patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia, bukan hanya digunakan dalam kesusasteraan Tingkatan Lima sahaja. Ia memberitahu cerita mengenai Malaysia dan bagaimana negara dilahirkan melalui mata tiga watak utama iaitu Seman, Chin Huat dan Maniam,” katanya.

Katanya, Interlok adalah satu bacaan wajib untuk semua rakyat Malaysia kerana ia mengingatkan tentang kepelbagaian kaum di negara ini.

“Ia bukan bertujuan menghina mana-mana kaum di negara ini baik Melayu, Cina mahupun India tetapi ia menceritakan perkara yang berlaku 150 tahun yang lalu,” jelasnya.

Baradan berkata, penulisan Abdullah jujur dan ikhlas dalam memberi gambaran lengkap mengenai pengalaman bagaimana orang India dan lain-lain tiba di negara ini.

“Beliau tidak seharusnya dipersalahkan,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai langkah Kementerian Pelajaran menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji perenggan berkenaan perkataan ‘paria’ di dalam novel berkenaan.

“Perkataan itu tidak perlu dibuang kerana dalam konteks tersebut ada menerangkan walaupun orang India telah melalui hidup yang sukar, mereka mencari keselesaan bersama dengan berkongsi kesengsaraan, harapan, satu bahasa, asal usul (India Selatan) dan juga kasta.

“Ia bukannya menjadi satu isu untuk digunakan sebagai bacaan kesusasteraan Tingkatan Lima sekiranya konteks ini diterangkan dengan betul kepada pelajar, guru dan orang ramai yang membaca, termasuk ahli-ahli politik India,” ujarnya,