ASPEK-ASPEK SASTERA- Latihan ulang kaji

ASPEK-ASPEK SASTERA

Padankan istilah sastera di dalam ruang A dengan maksudnya di dalam ruang C. Tulis jawapan anda (nombornya sahaja) di dalam ruang B. 

A

B  

C

1 Perwatakan     A perkara-perkara atau isi perkara-perkara lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesebuah karya
2 Imbas kembali     B Jalinan peristiwa demi peristiwa  yang berlaku  dalam sesebuah cerita berdasarkan faktor sebab dan akibat.
3 Tema     C Ringkasan cerita lebih kurang 100 – 150 patah perkataan.
4 Latar     D  bahasa kiasan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit dan dengan kata abstrak atau yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan macam
5 Simile       E pelukisan luaran dan dalaman tentang watak dalam karya
6  Plot     F ketegangan dalam cerita yang membangkitkan perasaan ingin tahu pembaca. Membuat pembaca tertanya -tanya tentang peristiwa selanjutnya.
7 Watak     G teknik mengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialami watak.
8 Pemikiran     H satu idea utama atau idea dasar yang menjadi persoalan utama dalam puisi dan prosa
9 Sinopsis     I pelaku atau tokoh dalam sesebuah karya.
10 Persoalan     J digunakan dalam genre drama dan membawa pengertian yang sama dengan dengan tema.
11 Diksi     K Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
12  Personifikasi     L pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya
13 Metafora     M perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakankata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis
15 Saspens     N memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal -hal yang abstrak.
16 Hiperbola     O bermaksud penyingkatan perkataan
17 Rima     P merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi
18 Aliterasi     Q pengulangan kata pada awal baris secara berurutan
19 anafora     R bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
20 Asonansi     S bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
21 Sinkof     T pengulangan kata dalam baris yang sama
22 epifora     U pengulangan kata pada akhir baris
23 repitisi     V kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesebuah benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
24 Perlambangan     W sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesebuah secara berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya

 

Novel Sukar Membawa Tuah: Sinopsis Ringkas

Novel Sukar Membawa Tuah karya M.Z. Erylsha mengisahkan kesukaran hidup Adit yang merupakan seorang remaja daripada kaum Orang Asli tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan mereka hanya bergantung pada hasil-hasil hutan, kampung mereka kekurangan kemudahan infastruktur, tambahan pula mereka tidak mementingkan pendidikan dan masih berpegang teguh pada kepercayaan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Dalam diam-diam Adit menaruh impian untuk bersekolah. Pada mulanya hasratnya itu dibantah oleh ayahnya Pak Katan yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Akhirnya Aidit bersekolah juga, namun begitu dia tidak mendapat kemudahan untuk tinggal di asrama. Hal  ini menyebabkan dia terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari dengan menumpang kenderaan Ah Tong, pekerja balak. Walaupun terpaksa berulang-alik, Adit tidak pernah ponteng sekolah.  Pada suatu hari Adit ditimpa kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya menjadi tempang. Walaupun cacat, keadaan itu tidak melemahkan semangat Adit untuk meneruskan persekolahannya. Akhirnya Adit ini telah mendapat tempat di asrama.  Dia berkongsi katil dengan sahabatnya Akeh. Adit menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga mendapat tempat pertama dalam kelasnya.

Kejayaan Adit menyebabkan semakin ramai anak Orang Asli yang bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR.  Dia ditawarkan untuk bersekolah di sekolah berasrama penuh, namun begitu Adit menolak tawaran tersebut kerana menyedari kemiskinan keluarganya. Adit  berpendapat walaupun dia belajar di sekolah biasa, dia tetap boleh berjaya asalkan dia rajin berusaha.