Langkah-langkah untuk mempopularkan perubatan tradisional

Bahagian A (i)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah untuk mempopularkan perubatan tradisional. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penggunaan herba untuk tujuan perubatan sudah bermula sejak dahulu. Sebagai sebuah Negara yang menduduki tempat ke-12 dalam kepelbagaian biologi dunia, hasil perut bumi Malaysia perlu dibangunkan dan dikomersialkan sebagai sumber perubatan herba. Di seluruh dunia, penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan menjadi subjek penting dalam bidang pengajian etnobotani. Tumbuhan herba di negara ini perlu diteroka dan dikaji secara maksimum bagi memastikan sumber hutan dapat digunakan dengan berkesan. Kita wajar mencontohi Negara maju dengan mengumpulkan dan membukukan ilmu perubatan herba sehingga menarik perhatian saintis untuk menghasilkan ubat-ubatan daripada tumbuhan herba.

Malangnya, di negara ini, pengetahuan tentang tumbuhan herba yang memberikan khasiat pada kesihatan hanya diperturunkan secara lisan. Tumbuhan herba yang digunakan dalam masakan seperti lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih sebenarnya mempunyai khasiat yang menakjubkan tetapi telah dilupakan, sedangkan tumbuh-tumbuhan itu mudah diperoleh. Pengalaman kehidupan harian mengajar masyarakat tentang jenis tumbuhan herba yang boleh dibuat ubat dan makanan. Kekurangan pengetahuan dalam bidang sains menyebabkan mereka membuat penilaian berdasarkan rupa bentuk, bau dan warna tumbuhan herba tersebut. Malahan masyarakat menganggap perubatan tradisional sudah ketinggalan zaman.

Persoalannya, adakah dakwaan mereka benar dan adakah pengguna sentiasa selamat menggunakan tumbuhan herba tanpa kawalan? Kajian berterusan oleh saintis perlu dilakukan untuk membuktikan tumbuhan herba di Malaysia mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sehingga sekarang banyak seminar diadakan seluruh dunia bagi membincangkan hasil penyelidikan yang ditemui agar potensi tumbuhan herba sebagai alternatif kepada perubatan moden dapat diketahui oleh dunia luar Langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan dengan membenarkan ubat-ubatan tradisional dijual di hospital merupakan langkah yang bertepatan.

Ubat-ubatan tradisional wajar diberi pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan untuk memberi keyakinan kepada masyarakat. Bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan ini, pastikan ubat-ubatan dibungkus dengan baik, seperti ubat-ubatan moden yang lain. Ubat-ubatan tersebut hendaklah dipasarkan secara meluas agar pengguna mudah mendapatkannya. Kempen ubat-ubatan tradisional perlu diuar-uarkan di media massa. Apa gunanya mengeluarkan barang yang baik, tetapi tidak diketahui oleh orang ramai.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai wajar diberi pengiktirafan? 2 markah
  2. Menurut pengarang, apakah empat sikap negatif masyarakat terhadap perubatan tradisional? 4 markah
  3. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini kurang menggunakan perubatan tradisional? 4 markah

 

Advertisements

4 thoughts on “Langkah-langkah untuk mempopularkan perubatan tradisional

  1. assalamualaikum, terima kasih kerana saya dapat mencari bahan bagi pengajaran saya. memandangkan saya akan menjalani praktikum pada bulan januari sehingga april. saya harap lebih banyak lagi rujukan bagi membantu saya. tq

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s