Cara menulis karangan

KARANGAN BERANGSANGAN (KB)

Soalan contoh:

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut huraikan pendapat anda tentang punca-punca pelajar ponteng. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tema: pelajar ponteng.

Kehendak soalan: Punca-punca (pelajar ponteng)

  1. Tentukan= T (Tema).KS  (Kehendak soalan ) dan F(Format).
  2. Tulis dalam 5 perenggan
  3. Huraikan 3 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 2 ayat
  4. Tidak melebihi 120 pp
  • Pengenalan = PW(Penanda wacana seperti kini, pada masa ini, belakangan ini dan penanda wacana seumpamanya) + Ayat tema (T) + (Persoalannya  + Ayat kehendak soalan (KS).
  • P2 (Perenggan 2)= (PW=Antara/salah satu + KS  + ialah + Isi 1 + Ayat huraian  (AH) ATAU  Ayat contoh (AC)
  • P3= PW + Isi 2 + AH atau AC
  • P4 =PW + AH atau AC
  • Kesimpulan= PW + Penegasan (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa /Sememangnya / Sesungguhnya / tidak dapat dinafikan bahawa) KS  + Ayat pendirian  (AP) (Oleh itu…..harapan/ cadangan) + (UM) Ungkapan menarik (peribahasa/slogan/kata-kata hikmat)

KARANGAN RESPONS TERBUKA (KRT)

KARANGAN JENIS FAKTA, PENDAPAT, PERBINCANGAN

  1. Tentukan= T (Tema).KS  (Kehendak soalan ) dan F(Format).
  2. Tulis dalam 7 perenggan
  3. Huraikan 5 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 4 ayat
  4. Melebihi 180 pp
  • Pengenalan = PW + KS + AH (tentang tema/isu) + AH (dengan mendalam) atau AC + AP (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa)
  • P2 (Perenggan 2)= PW (Antara/Salah satu) + (KS) + Isi 1 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian_Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa-Menegaskan fakta/isi)
  • P3 = PW (Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Bukan itu sahaja) + (KS) + Isi 2 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P4 = PW + (KS) + Isi 3 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P5 = PW + (KS) + Isi 4 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P6 = PW (Akhir sekali) + Isi 5 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian-menegaskan idea  )
  • Kesimpulan= PW (Intihanya,…/ Secara tuntas/ Sebagai kesimpulan / Sebelum mengakhiri wacana ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa + KS/ Konklusinya.) + AP (Oleh itu_syor/cadangan dan kesannya) + HARAPAN (Besarlah harapan saya/ saya berharap agar dll) + UM (kata-kata hikmat/slogan/cogan kata/ peribahasa/falsafah)

Teknik ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman dan pandangan daripada rakan-rakan.

Latihan Surat Kiriman Rasmi

Surat Kiriman Rasmi (Surat Aduan)

Latihan:  Sejak akhir-akhir ini, keadaan kawasan di sekitar tempat kediaman anda terlalu kotor kerana pihak kontraktor yang mengangkut sampah tidak mengambil sampah mengikut jadual.  Masalah tersebut semakin meruncing kerana kebanyakan penduduk membuang sampah sesuka hati menyebabkan keadaan kotor dan berbau busuk serta diharungi lalat dan tikus.  Hali ini amat membimbangkan  penduduk di situ.  Sebagai Setiausaha Persatuan Penduduk, tulis surat anda selengkapnya.

 

Rangka karangan (Format Surat Kiriman Rasmi)

  • Sebagai waki……dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan tentang perkara yang di atas.
  • melahirkan ketidaksenangan penduduk berhubung dengan …
  • masalah ini berpunca daripada …….
  • kesan-kesan masalah tersebut pada penduduk di situ
  • bimbang perkara yang lebih buruk akan berlaku…..
  • ingin mengemukakan pendapat/pandangan/cadangan saya mengenai…iaitu:

a)

b)

c)

  • meminta pihak berwajib datang sendiri untuk melihat keadaan
  • menyatakan harapan penduduk

Sepanjang surat pengirim mesti membahasakan dirinya sebagai saya dan kata nama ganti diri bagi penerima ialah tuan atau puan