Bulan Bahasa Kebangsaan hanya gimik

Pekancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan di Kuching, Sarawak pada 1 Oktober lalu mencerminkan betapa bersungguh-sungguhnya kerajaan mahu memartabatkan bahasa Melayu. Sesuailah dengan termaktubnya ia dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Bahasa Kebangsaan. Selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, kita masih tercari-cari formula memperkasakan bahasa Melayu di tanah air sendiri. Kononnya bahasa Melayu adalah bahasa keempat terpenting di dunia dituturkan jutaan manusia terutama di negara rumpun Melayu dan hendak dimartabatkan sebagai bahasa dunia dan ilmu. Alangkah ironinya dan rakyat menanti bila saat ‘impian’ itu termakbul. Ditambah pula dengan kesungguhan kerajaan yang dilihat daripada nada ucapan dan majlis berkaitan bahasa yang diadakan akhir ini, sangat memberangsangkan. Namun, itulah saja yang disajikan kepada kita kerana akhirnya semua berbalik kepada asal. Alangkah sedihnya, Bulan Bahasa sekadar ‘dilancarkan’, beritanya menghangatkan akhbar esoknya dan lepas itu pada hari sama semua pihak berbalik kepada amalan biasa. Bulan Bahasa Kebangsaan hanyut memenuhkan takwim semata-mata. Lebih ironi dikatakan hanya gimik. Sambutan Bulan Bahasa benar-benar ala-Malaysia. Riuh sehari, kemudian semua pihak lupa peranan yang patut dimainkan untuk merealisasikan impian menjadikan bahasa Melayu bahasa dunia dan ilmu. Pemimpin tetap juga dengan kebiasaan, masih menggunakan bahasa Inggeris walaupun dalam acara rasmi negara atau ketika sidang akhbar dengan wartawan Malaysia. Peneraju sektor korporat dan ilmuwan tetap tidak mahu menggunakan bahasa Melayu walaupun bahasa Inggeris yang dituturkan tergagap-gagap. Tidak ada satu pun aktiviti memenuhkan Bulan Bahasa Kebangsaan yang boleh dibanggakan. Tidak ada juga komitmen menuju ke arah memartabatkan bahasa Melayu seperti diperkatakan selain menyerahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan janji memberi kuasa lebih kepada badan itu. Semua pihak patut memainkan peranan masing-masing kerana usaha ini membabitkan semua peringkat dan segenap lapisan rakyat. Bermula daripada pemimpin hingga rakyat jelata perlu serius menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang kegiatan. Ada beberapa saranan yang boleh dilaksanakan sebagai menggambarkan kita menyambut Bulan Bahasa yang baru dilancarkan. Walaupun agak keterlaluan tetapi hanya untuk bulan ini dalam setahun.

  • Pemimpin berhenti menggunakan selain bahasa Melayu. Sebarang ucapan, taklimat dan surat-menyurat dibuat menggunakan bahasa Melayu.Jangan hanya meminta rakyat berbuat demikian sedangkan pemimpin mengabaikannya.
  • Siaran TV dan radio menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya termasuk iklan dan berita kecuali program import. Berita Tamil, Mandarin dan Inggeris dihentikan buat sementara. Rakyat kaum lain tentu memahami sebarang maklumat dalam bahasa Melayu jika selalu terdedah dengan bahasa itu.
  • Rakyat pelbagai kaum mesti berkorban sedikit mengenai bahasa kerana bumi ini akhirnya menjadi milik kita bersama, sepatutnya kita menggunakan bahasa yang sama.
  • Bangsa Melayu jangan berasa sangsi dan sentiasa berusaha menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Berhenti mengamalkan bahasa rojak yang dituturkan selama ini.
Jika ini dapat kita lakukan, orang luar nampak kita serius dengan apa yang diperkatakan. Mereka anggap kita bukan main-main, kata dikota. Apa yang berlaku sekarang selepas Bulan Bahasa dilancarkan, kita terus ghairah menggunakan bahasa Inggeris. Apa yang disarankan hanya dipraktikkan pada Oktober. Memang bahasa Inggeris penting, namun apa salahnya bahasa Melayu diletak pada persada paling atas selama sebulan saja setahun? Lama-kelamaan, segenap lapisan rakyat biasa dengan penggunaan bahasa Melayu. Rakyat akan tahu setiap tiba Oktober, bahasa Melayu tetap di hati walaupun pada bulan lain ia tidak dipedulikan. Indonesia boleh melakukan terhadap bahasa Indonesia. Thailand boleh melakukan terhadap bahasa Thai. Kenapa Malaysia tidak boleh? Semuanya terletak pada kita. 
ILHAM SYAKIMA,
Yan, Kedah.

 

Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (KBR)

Bahasa Malaysia Kertas 2 PMR

Soalan B: (soalan ini bertujuan untuk menguji kebolehan pelajar mengutarakan beberapa hujah (biasanya 3) dengan ayat yang ringkas, tepat dan padat dengan jumlah perkataan dan tempoh masa yang terhad yang terhad (25 mimit).

Soalan contoh:

Lihat peta minda di bawah dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.  Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  • Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang sebab-sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah (mengapa tindakan tersebut patut dilakukan).
  • Karangan ini mesti mengandungi pengenalan, sekurang-kurangnya tiga isi, dan kesimpulan/penutup. Jika karangan tanpa pengenalan dan kesimpulan, pelajar hanya layak diberi markah Cemerlang bawah, iaitu 16/20.
  • Masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit. Oleh itu, jangan menulis karangan melebihi 120 pp.
  • Markah hanyalah 20 sahaja.  Oleh itu jangan  mengambil masa yang terlalu lama untuk menulis karangan ini.

Uktuk memperoleh markah yang baik bagi karangan ini:

a.  Tema bahan rangsangan dihuraikan dengan baik dan jelas.

b.  Isi yang ditulis mestilah berkaitan dengan tema.

c.  Perenggan mesti kemas dan sesuai. Seelok-eloknya satu isi satu perenggan.

d.  Dalam satu perenggan, sebaik-baiknya hanya ayat isi dengan huraian ATAU ayat isi beserta contoh.

Contohnya:

A: Ayat isi dengan huraian:

Antara sebab pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah ialah kerana penggunaan telefon bimbit boleh   menambahkan lagi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.  Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru terpaksa   menyelesaikan masalah disiplin yang banyak, termasuk yang berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.

B: Ayat isi dengan contoh:

Antara kewajaran larangan membawa telefon bimbit ke sekolah terhadap pelajar adalah kerana hal tersebut menambahkan lagi masalah disiplin dalam kalangan pelajar.  Contohnya, masalah mencuri telefon bimbit yang mungkin boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar serta merakam, menonton dan menyebarkan video yang tidak senonoh.

e.  Setiap perenggan mesti ada kesinambungan dengan isi yang sebelumnya.f.   Susunan ayat mesti lengkap, tidak tergantung supaya mudah difahami.

g.  Penggunaan bahasa mesti dipelbagaikan.

h.  Selitkan  peribahasa, cogan kata atau  ungkapan yang menarik.

i.   Gunakan penanda wacana yang sesuai, seperti selain itu, di samping itu, satu lagi, dan bukan itu sahaja.

j.   Isi mesti diolah dengan baik dan tersusun serta tidak mengulangi isi yang sama dalam perengan yang berlainan.

Tip tambahan:

Untuk mengelakkan jumlah karangan melebihi 120 patah perkataan pelajar boleh menggunakan formula 15, 30, 30, 30, 15.  iaitu,  untuk pengenalan isi 1, 2 dan 3 serta penutup = 120 patah perkataan.

Langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya

Berdasarkan gambar di bawah. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggelakkan berlakunya kemalangan jalan raya . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

  1. Mematuhi peraturan dan undang-undang semasa memandu
  2. Hukuman berat kepada pesalah tegar trafik
  3. Memastikan kenderaan selamat dipandu
  4. Kempen keselamatan jalan raya yang berterusan

DRAF JAWAPAN

Kadar kemalangan jalan raya yang berlaku di negara kita merupakan antara yang tertinggi di dunia. Saban hari kita disajikan dengan berita-berita kemalangan yang telah meragut banyak nyawa.  Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya?

Antara……………………………………..ialah …………………………………………………………Hal ini penting supaya………………………………………………………………….Contoh undang-undang tersebut………….. ialah,…………………………………………………………………………………………………………………………….

Selain itu, mengenakan ……………………………………………… Contoh hukuman yang patut dikenakan ialah,………………………………………………………………………….  Perkara ini patut dilakukan…………. supaya…………………………………………………………………………………………………………………………….

Akhir sekali, sebelum memulakan perjalanan ………………………….Saya berpendapat demikian kerana ……………………………………………………………………. Jika semua pemandu bersikap demikian sudah tentu …………………………………………………………………………………………………………………………………

Tuntasnnya/Intihanya ……………………………….Semua pihak janganlah bersikap mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, sebaliknya perlu bekerja sama bagai aur dengan tebing.

 

Kesalahan bahasa yang berleluasa

Kesalahan bahasa yang berleluasa digunakan oleh penyampai radio, pengacara televisyen dan tokoh-tokoh yang ditemuramah oleh wartawan serta orang ramai. Melalui pemerhatian pengarang.

Kata sendi

  • dari dan daripada

Penggunaan yang betul.

  • Ali datang dari Sibu.
  • Dari kiri ke kanan.
  • Surat ini daripada Ali.
  • Cuaca pada hari ini lebih baik daripada semalam.
  • Daripada tiada menjadi ada.
  • Kerusi itu diperbuat daripada kayu.

Namun demikian, seorang penceramah kursus yang pernah saya hadiri menyatakan; Kalau ayat begini; Pensyarah itu daripada UNIMAS.  Ayat ini betul kerana  menujukkan pensayarah itu pensyarah di UNIMAS.

  • ke dan kepada

A.  Semoga berkekalan hingga kepada anak cucu. (Salah)

B. Datuk Ali berpesan kepada anak cucunya supaya menguruskan perniagaannya dengan baik. (Betul)

C.  Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. (Betul)

Ayat A salah kerana anak cucu dalam ayat tersebut bukan merujuk kepada orang tetapi merujuk kepada masa atau zaman.  Sama juga dengan; Semenjak dari era Tun Dr. Mahathir hingga ke era Dato’ Seri Najib.

  • Di samping itu juga, merokok membazir wang. (Salah)
  • Selain itu juga, Ali seorang anak yang baik. (Salah)
  • Di samping itu, merokok juga membazir wang. (Betul)
  • Selain itu, Ali juga seorang anak yang baik. (Betul)

Satu lagi kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para penyampai radio yang biasa kita dengar.

  • Pada pagi ini kita akan berbincang  mengenai denganpenyakit Demam Denggi.  (Salah)
  • Pada pagi ini kita akan berbincang  tentang penyakit Demam Denggi.  (Betul)
  • Pada pagi ini kita akan berbincang mengenai penyakit Demam Denggi.  (Betul)
  • Pada pagi ini kita akan berbincang berkenaanpenyakit Demam Denggi.  (Betul)

Apa yang saya anggap betul mungkin salah dan yang apa yang saya anggap salah itu betul.  Oleh itu, marilah kita berbincang.

Sekian, jumpa lagi.

 

Faedah menyertai aktiviti perkhemahan

Lihat ilustrasi di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat pada ilustrasi tersebut tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

  • Melatih pelajar berdikari
  • Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid
  • Memupuk kesedaran untuk mencintai alam semula jadi dalam kalangan generasi muda
  • Baik untuk kesihatan diri

Draf jawapan

Aktiviti perkhemahan ialah …………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………..

Persoalannya apakah faedah-faedah menyertai aktiviti tersebut kepada pelajar.

Antara …………………………………………………………… ialah dapat…………………….

…………………….. Hal ini penting supaya ……………………………………………………..

Contoh aktiviti yang pelajar lakukan sendiri ialah………………………………………….

Seterusnya………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Akhir sekali ………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………….

Intihanya /Tuntasnya ………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………

Kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan kita

Berdasarkan rajah di bawah. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan kita. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pendahuluan:

Rakan sebaya ialah…………………………Persoalannya apakah kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan kita?

Pilih TIGA isi yang boleh dihuraikan.

  1. Rakan mempengaruhi perwatakan seseorang – rakan yang baik membawa kebaikan, rakan yang jahat membawa keburukan
  2. Rakan tempat kita mencurah segala masalah – terutama masalah remaja, mereka lebih mempercayai rakan berbanding ibu bapa
  3. Rakan sejati akan saling membantu – jika kita dalam kesusahan, segala masalah dapat diselesaikan
  4. Rakan dapat membantu dalam meningkatkan prestasi pelajaran – rakan yang pandai membantu yang lemah, belajar berkumpulan – meningkatkan prestasi

Tuntasnya, ……………………….pilih rakan dengan bijak, kerana rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari………………….

 

Kempen-kempen kerajaan yang gagal

Setiap kali kita berjalan, melepak atau ke mana saja pasti kita akan terpandang kempen – kempen yang dijalankan oleh kerajaan samada di pemplet, poster, risalah, di kaca televisyen mahupun di corong – corong radio. Antara kempen yang paling kerap kita lihat kempen antimerokok, kempen keselamatan jalan raya, kempen kitar semula dan kempen mencegah demam denggi. Sudah diketahui umum, kempen – kempen ini dijalankan oleh pihak kerajaan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang sesuatu pekara demi kebaikan bersama. Tetapi, pernahkah kita melihat sejauh mana keberkesanan kempen-kempen yang telah dijalankan? Jawapannya gagal.

Mengapa gagal? Mudah saja, perhatikan kempen yang pernah diwar – warkan oleh kerajaan . Adakah anda nampak akan perubahan yang berlaku selepas kempen tentang sesuatu isu sudah berjalan lama (contoh kempen keselamatan jalan raya)? sebenarnya tidak ada perubahan langsung. Jika ada perubahan pun, peratusannya sangat – sangatlah kecil. berjuta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam menjayakan kempen mereka, tetapi setiap kali membaca laporan akhbar, pasti ada berita tentang kegagalan kempen yang dijalankan. Apabila dilihat disekeling kita pun, tiada perubahan ketara yang berlaku walaupun ada diantara kempen yang dibuat secara besar – besaran. Kemalangan maut masih berlaku, alam sekitar masih tercemar, orang semakin ramai yang menjadi perokok dan macam – macam lagi.

Oleh itu, haku ingin kongsikan kepada anda beberapa kempen besar yang dikatakan gagal mengubah sikap dan tingkah laku rakyat walaupun jutaan ringgit telah dikeluarkan. Antara contoh kempen – kempen  besar yang gagal memberi kesedaran kepada rakyat

Kempen Antimerokok.

Kempen ini merupakan kempen yang paling mahal dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat berhenti merokok atau tidak merokok. Tetapi, kempen yang berharga RM 20 juta setahun ini sebenarnya gagal mengurangkan jumlah perokok dinegara ini malah peratusan yang merokok semakin meningkat. Cuba anda tanya kepada perokok – perokok, adakah mereka gentar dengan kempen – kempen ngeri yang ditunjukan pada kotak rokok? mudah jawapannya, TIDAK.

Kempen Keselamatan Jalanraya.

Lihat statistik kemalangan jalanraya bagi tempoh 10 tahun dibawah ini, angka semakin meningkat bukan? kalau kita alert dengan laporan OPS Sikap yang jalankan semasa musim – musim perayaan, jumlah kemalangan dan kematian akibat kemalangan pasti meningkat. Banyak kempen – kempen keselamatan jalanraya dilakukan oleh pihak kerajaan seperti kempen pemanduan berhemah, kempen memakai tali pinggang keledar dan macam – macam lagi. Itu tidak termasuk menteri – menteri dan orang – orang besar yang turun padang memberi risalah keselamatan jalan raya kepada para pemandu di tol – tol  semasa musim perayaan. Tetapi tidak ramai yang ikut apa yang disarankan oleh pihak kerajaan dalam kempen yang dijalankan oleh mereka dan kemalangan masih berlaku.

Kempen Kitar Semula

Dulu kempen ini cukup top di dalam TV dan juga surat khabar. Kerajaan siap letakkan lagi tong – tong kitar semula di tempat – tempat awam bagi mengalakkan rakyat membuang sampah – sampah yang boleh dikitar semula didalam tong – tong yang dikhaskan. Sekarang, anda perasan lagi tak tong – tong berkenaan? tidak bukan. Of course lar sekarang tong – tong telah dikitar semula menjadi tong sampah hitam kerana kempen kitar semula yang dijalankan dahulu sebenarnya gagal. Rakyat bukan membuang sampah yang boleh dikitar semula kedalam tong tersebut, tetapi membuang bermacam – macam sampah kedalam tong itu. Jadi sekarang, kempen yang dulu cukup diriuh di kaca – kaca TV dan surat khabar hanya diteruskan oleh pengusaha – pengusaha barang lusuh dan juga tukang sapu sampah. Kempen seumpama ini masih dijalankan, tapi tidak sehebat dulu. Antara kempen yang mirip seperti Kempen Kitar Semula ialah kempen tidak mengunakan plastik pada hari – hari tertentu. Walaubagaimana pun, kempen kebersihan alam sekitar ini masih gagal menghalang kerakusan rakyat untuk menambah jumlah sampah ditapak pelupusan sampah.

Kempen – kempen Kesihatan

Kempen kesihatan yang haku maksudkan ialah seperti Kempen Cara Hidup Sihat, Kempen Anti Denggi, Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan macam – macam lagi. Tetapi semuanya gagal menarik minat rakyat untuk mengamalkannya walaupun bermacam – macam usaha dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha memastikan rakyat dinegara ini sihat dan bebas dari penyakit.

Sebab-sebab gagal

  • kempen tu memang tak dapat menarik minat rakyat
  • atau rakyat memang hati keras takleh diubah dah atau
  • kempen tu hangat-hangat tahi ayam atau
  • setiap kempen tu sebenarnya ada agenda tersendiri?