Novel Tingkatan 5: Silir Daksina: Sinopsis Keseluruhan

Istimewa buat anak-anakku Tingkatan 5. St Thomas 2020 semoga kalian terus berusaha dan berjaya.

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi yang tinggal dengan Umi, bapa tirinya ‘walid’ dan adk tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya, perkhawinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

         Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya tetapi Haiqal tidak dibawa ke csana atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya untuk kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia tetap menyayangi dan menghormati uminya dan tidak berani membantah kata-kata uminya.

         Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, Manuskrip yang diterima itu menceritakan beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kegidupan bapanya yang ingin memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin. Justeru, Haiqal bersasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubati kerinduannya terhadap bapanya yang ditanggung olehnya sejak kecil.

         Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia . Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. Walid memahami persaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor Kelak.

        Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik tirinya sahaja mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal samapai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesaimenunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

             Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada.Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan Haiqal lebih hebat daripada sangkaannya.

        Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak kerja Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebun getah milik arwah ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.

        Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di bank dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di sebuah makan di sebuah restoran. Di restroan itu, Seh hwa berbual-bual dengan Haiqal tengtang Ratna. Semasa makan, Seh Hwa memberitahu bahawa ayahnya  pandai memasak cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan bahawan Seh Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan dapat mengisi kekosogan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahasia hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

           See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal membeli yang berkaitan dengan bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yangsama. Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara mereka berdua . Pada petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal Membaca SMS yang dihantar dari Nurul Aisyah dan membalasnya.

            Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikal berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah.Selepas menunaikan solat maghrib dan isyakdi masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

             Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa buah album, majalah, dan buku-buku milik arwah ayah benar-benar seorang pencinta tarian zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara pekara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera.

            Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Haiqal juga turut serta dalam membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Waparmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajarkan tarian zapin.

           Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada Walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiaql memujuk See Hwa menari dengannya.

           Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu Tauke Ong tentang tujuanya untuk memujuk See Hwa  apabila sedang menggosok kostum untuk tarian zapin. See Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.

         Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona oleh kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal berasa amat terharu dan bersyukur kepada Tuhan apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.

         Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di Unimas. sebuah universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya sudah terlerai apabila uminya datang untuk melihatnya menari tarian zapin. Dalam hatinya, Umi mengakui bahawa darah seni yang mengalir di dalam tubuh Haiqal merupakan darah seni Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang ushawan. Ketika Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir diksina benar-benar mendamaikan.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s