Guru biasa

  • Penulis blog ini bukanlah guru yang pakar dalam bidang Bahasa Malaysia, jauh sekali untuk dikatakan guru cemerlang malahan,  blog ini dibina atas kesedaran bahawa masih banyak perkara tentang Bahasa Malaysia yang harus dipelajari lagi.
  • Komen yang membina daripada pembaca amatlah dialu-alukan.
  • Penulis blog tidak mendapat sebarang keuntungan daripada blog ini, tetapi pada masa yang sama tidak menganggap masa yang diluangkan untuk blog ini sebagai suatu kerugian.
  • Penulis akui bahawa bukan semua artikel dan tulisan yang terdapat dalam blog ini adalah hasil tulisan sendiri.
  • Ada juga beberapa pandangan yang diutarakan hasil daripada pengalaman yang diperoleh semasa mengajar, berkursus dan pembacaan buku-buku dan bahan-bahan di alam siber.
  • Sesiapa saja adalah dibenarkan mengambil dan menyiarkannya di mana-mana saja tanpa perlu meminta kebenaran penulis demi kebaikan bersama.
  • Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih.

32 thoughts on “Guru biasa

  1. Entah di mana silapnya kita gagal membentuk generasi yang suka membaca dewasa ini. Mungkin kerana kita terpaksa bersaing dengan arus pemodenan yang lebih cantik warnanya berbanding hitam putih di helaian kertas bercetak.

  2. Usaha yang baik dalam memartabatkan bahasa Melayu demi kebaikan dan manfaat anak-anak didik yang bakal menerajui negara suatu hari nanti. Moga usaha murni itu akan menjadi amal jariah yang akan terus mengalir walaupun jasad ditelan bumi. Amin….Mohon izin untuk berkongsi ilmu untuk manfaat anak-anak didikku. Terima kasih. Moga anda terus berjaya.

  3. kini baru saya sedar bahawa mengajar bahasa melayu sangat sukar. saya hampir berputus asa untuk mengajar bahasa melayu kerana sebelum ini saya mengajar matematik. kini saya diminta untuk mengajar bahasa melayu.saya memang tidak mahir dalam mengajar bahasa melayu sehinggakan saya buntu untuk memulakan pengajaran. saya susah hati apabila setiap kali melangkah untuk mengajar bahasa melayu. nak menulis rancangan harian pun saya tak tahu kerana sebelum ni saya menulis dalam bahasa inggeris. saya ingin minta jasa baik anda untuk membantu saya menghadapi hari2 mendatang dalam mengajar bahasa melayu tingkatan 2 ini.semoga jasa anda dibalas semula oleh tuhan.

  4. Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian “percuma” ini.Hakikatnya, amal jariah ini amat bernilai di “sana” nanti. Pengetahuan dan ilmu yang kita miliki ini berupa pinjaman yang bersifat sementara. Oleh itu, saya mengingatkan diri sendiri dan menyeru rakan-rakan seperjuangan agar sentiasa bermurah hati untuk berkongsi apa-apa sahaja ilmu dan pengetahuan dalam usaha kita melunaskan tanggungjawab sebagai guru dan sebagai hamba Allah..Tahniah, syabas dan teruskan usaha murni sdr.

  5. sini ada beberapa cadangan tentang kesalahan tatabahasa.
    Berdasarkan tatabahasa dewan edisi ketiga,
    kata penguat ‘amat’, ‘sungguh’ dan ‘sangat’ boleh diserta sekali.
    Contohnya
    amat cantik sekali adalah tepat.

  6. Terima kasih atas inisiatif dan usaha murni anda. Semoga pengorbanan yang anda lakukan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah S.W.T.

  7. ASSALAMUALAIKUM…TAHNIAH DAN SYABAS YER CIKGU DAPAT HASILKAN BLOG YANG SANGAT BAGUS..TERIMA KASIH SEMOGA USAHA MURNI CIKGU DIREDHAINYA.AMIN..

  8. Terima kasih atas perkongsian. byk ilmu bm diperoleh deripada blog ini, khususnya buat guru bukan opsyen bm mcm saya ni. banyak perkara saya belajar di sini. Kalaulah perkongsian ini dibuat juga dlm format pdf atau word, alangkah baiknya..

  9. Selamat pagi cikgu Mab. Bolehkah saya tanya, kita boleh tulis” saya pergi ke sekolah” atau hanya “saya pergi sekolah”?terima kasih.

  10. cikgu sy nak tya..klu sy buat utk pelajar
    B3db1e1-cari isi penting dlm petikan karangan
    b3db1e2- susun isi penting
    b3dt1e1/b3dt1e2- buat ringkasan gn isi penting yg dicari dan masukkan penanda wacana

    betul tak cara sy ni

  11. Assalamualaikum ckg…
    Terima kasih atas pengkongsian ilmu ini…amat sesuai sbg rujukan utk sy yg bkn guru opsyen bm ni…moga hidup ckg sntiasa dalam rahmat Allah..amin.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s