Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu

1    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …

  • salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)
  • betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

  • salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
  • betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

3    Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada

  • dari – rumus  ATM

A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)

T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)

M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)

  • daripada – rumus KABOS

K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

A – asal  (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)

B – banding /beza  (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)

O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)

S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

4    Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)

  • salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
  • betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5    Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan

  • salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi
  • betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6    Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan

  • salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
  • betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7    Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)

  • salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
  • betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8    Pembentukan ayat pasif

  • Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
  • Surat itu telah kami hantar. (betul)
  • Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
  • Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
  • Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
  • Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).

9    Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan

  • salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
  • betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman

  • salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
  • betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
  • betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

11  Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti

Pada

  • berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)
  • bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)
  • bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)

Kepada

  • menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa  menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)
  • menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya)
  • menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

Tatabahasa

Rumus:
me-…-kan —Objek Bergerak,
me-….-I –Objek Tidak Bergerak
Huraian:
Apitan men-…-kan dan men-…-I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-I diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:

  • Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik bergerak atau diserahkan…maksudnya ada pergerakan kain batik dari tangan dia ke arah ibunya ).
  • Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu tidak bergerak)

Latihan :
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ X ]

(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ X ]
(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa.[  X ]
(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [  / ]
(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ / ]
(5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ X  ]
(6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ X  ]
(7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ / ]
(8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [  X ]
(9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ X ]
(10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [  /]

Pasangan apitan me—kan dan awalan me- ….

Rumus:
Me—kan –> Objek Bernyawa
Me-… –> Objek Tak Bernyawa
Huraian:
Apitan me—-kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:

  • Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).
  • Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak bernyawa)
  • Betul: Doktor menjahit luka adik. (Luka tidak bernyawa)
  • Jefferson membacakan adiknya buku cerita. (Adik bernyawa)
  • Jefferson membaca buku cerita untuk adiknya. (buku cerita tidak bernyawa)

Latihan:
Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]
(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ X  ] sepatutnya membuatkan ayah secawan kopi
(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ X ] sepatutnya membuat secawan kopi untuk ayah
(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ /  ]
(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayah. [ /  ]
(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ /  ]
(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [  / ]
(7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya.  [ X  ]
(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat.[  X ]
(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [  / ]
(10) Mereka akan membeli cenderamata untuk kami. [  / ]

KEKHILAFAN PENGGUNAAN IALAH DAN ADALAH

Perkataan ialah dan adalah merupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tulisan yang tidak menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Kedua-dua perkataan ini dikatakan telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu belakangan ini. Hal ini akan menjadi jelas jika diteliti buku klasik Melayu Sejarah Melayu kerana dalamnya kita tidak akan bersua dengan perkataan ialah ataupun adalah. Demikian juga dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada penggunaan kedua-dua perkataan ini. Menurut Asmah Hj Omar (1994), perkataan ialah terbentuk daripada perkataan ia dan lah manakala adalah pula masuk ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Indonesia. Perkataan ini digunakan sebagai padanan bagi kopula yang wujud dalam bahasa Belanda.

Walaupun perkataan-perkataan ini sudah begitu lazim di kalangan pengguna bahasa Melayu, namun terdapat kekhilafan di kalangan pengguna dalam hal penggunaannya yang betul dan mengikut aturan nahu Melayu. Menurut Tatabahasa Dewan (1994), kedua-dua perkataan ini termasuk kelompok kata prafrasa atau perkataan-perkatan yang diletakkan di awal atau di depan frasa. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al. 1994:245). Dan, kedua-dua perkataan adalah dan ialah merupakan jenis kata pemeri. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim et al. 1994:250).

Walaupun kedua-dua kata pemeri boleh digunakan untuk memerihal dan merangkaikan subjek dengan frasa, namun ada aturan untuk menggunakannya. Penggunaannya bukanlah secara sewenang-wenangnya. Sebenarnya, ada dua cara pemerihalan itu dapat dilakukan, iaitu secara persamaan atau secara huraian.

Untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif, kata pemeri ialah digunakan. Perhatikan beberapa contoh penggunaan jenis ini di bawah:

Yang berbeza ialah bentuk dan sifatnya.

  1. Bukti jelas ialah kita masih mempunyai program membantu rakyat yang termiskin.
  2. Lokasi yang sering diberi tumpuan ialah kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai.

Dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama bentuk dan sifatnya, kita, dan kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai. Kesemua frasa ini ialah frasa nama; oleh hal itu, perlulah disusuli kata pemeri ialah.

Sekarang kita perhatikan pula beberapa penggunaan kata pemeri adalah di bawah ini. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian atau kualitatif. Perhatikan beberapa contoh penggunaan di bawah:

  1. Rumah yang dijual adalah terlalu kecil.
  2. Tujuan projek itu adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persatuan itu.

Seperti yang diperhatikan dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti terlalu kecil dan frasa sendi nama untuk mendapatkan sumber sumber kewangan. Dengan yang demikian, yang menjadi jelas kepada kita bahawa kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama sahaja, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Hal ini juga bermakna adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama dan frasa kerja, dan demikian juga ialah tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif ataupun di hadapan frasa sendi nama. Walaupun sudah ada aturan penggunaan sedemikian, namun kita sering bersua juga dengan ayat-ayat yang menggunakannya dengan salah, dan adakalanya digunakan secara tukar ganti, iaitu secara sewenang-wenangnya, seolah-olah kedua-dua kata pemeri itu bersifat sinomim.

  1. Sekarang marilah kita perhatikan beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang tidak betul dan pembetulannya di bawah: Mula-mula kita lihat kekhilafan penggunaan kata pemeri ialah.
  2. Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (Sepatutnya: Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta).

Objektif DBKL membina rumah kos rendah antaranya ialah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. (Sepatutnya: Objektif DBKL membina rumah kos rendah antaranya adalah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah).

Kini, kita perhatikan pula penggunaan kata pemeri adalah yang tidak tepat dalam contoh-contoh yang berikut:

  1. Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (Sepatutnya: Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan).
  2. Pelajar adalah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. (Sepatutnya: Pelajar ialah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan).
  3. Kebanyakannya adalah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat. (Sepatutnya: Kebanyakannya ialah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat).
  4. Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga adalah suatu langkah yang positif. (Sepatutnya: Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga ialah suatu langkah yang positif).

Yang jelas daripada contoh-contoh yang dipaparkan di atas, masih terdapat kekhilafan di kalangan pengguna bahasa Melayu dalam hal menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Yang menjadi menarik di sini ialah sebahagian besar contoh dalam makalah ini dipetik daripada salah sebuah majalah popular, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka! Seperti yang kita ketahui, bahasa yang baik ialah yang tertakluk kepada aturan dalam bahasa tersebut. Jika pengguaannya mengikut kelaziman, kesewenangan, dan ketidakaturan, sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir bahasa tersebut.

Daripada huraian di atas, jelas juga kepada kita bahawa adalah dan ialah tidak boleh diletakkan sebelum frasa kerja. Amalan meletakkan kata pemeri di hadapan frasa kerja memang menyalahi nahu Melayu. Oleh itu, kita perlu mengelakkan membina ayat-ayat seperti yang berikut:

  1. Hampir kesemua filem Barat adalah berorientasikan komersil (Sepatutnya: Hampir kesemua filem Barat berorientasikan komersil).
  2. Perjuangan sebelum merdeka ialah menuntut kemerdekaan dalam segala bidang, iaitu ekonomi, politik, dan sosial. (Sepatutnya: Perjuangan selepas kemerdekaan adalah untuk menuntut kemerdekaan ekonomi, politik, dan sosial).
  3. *Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas ialah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang. (Sepatutnya:Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas adalah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang).
  4. Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (Sepatutnya: Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat).
  5. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari sempena Hari Raya Puasa. (Sepatutnya: Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari … atau Pelajar-pelajar dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari…).
  6. Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka adalah disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri. (Sepatutnya: Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri).

Dalam hal penggunaan kata pemeri, terdapat suatu lagi amalan yang tidak betul. Amalan itu ialah penggunaannya yang bersifat kelewahan. Dengan erti kata yang lain, penggunaannya tidak diperlukan, tetapi digunakan dalam penulisan. Kita perhatikan contoh penggunaan seumpama itu di bawah:

  1. Dia ialah guru. (Sepatutnya: Dia guru).
  1. Masalah itu adalah merupakan masalah besar. Sepatutnya: Masalah itu merupakan masalah besar).
  2. Tindakan yang berterusan gejala maksiat. (Sepatutnya: Tindakan yang berterusan perlu bagi menutup semua gejala maksiat).adalah perlu bagi menutup semua
  3. Persembahan penyanyi itu adalah sungguh hebat. (Sepatutunya: Persembahan penyanyi itu sungguh hebat).

Seperti yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas, penggunaan adalah dan ialah tidak diperlu atau tidak wajib digunakan dalam ayat-ayat di atas. Dalam ayat 21, misalnya, sudah memadailah jika ayat tersebut dibina dengan dua frasa, iaitu ‘persembahan penyanyi itu’ + ‘sungguh hebat’ kerana ayat ini dibina berdasarkan pola FN + FA. Ayat ini tidak perlu kata pemeri adalah untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif dalam frasa tersebut. Dalam ayat ini, persembahan penyanyi itu ialah frasa nama, manakala frasa adjektifnya adalah sungguh hebat. Dalam hal ini, pernah pelajar-pelajar saya berhujah bahawa meninggalkan kopula ialah dan adalah dalam ayat mencacatkannya, dan ada juga yang rasa janggal jika ayat tidak ada kopula. Nyata pandangan mereka itu tidak tepat kerana dalam bahasa tidak tertakluk kepada rasa janggal atau kepada rasa sedap atau tidak sedap. Rasa janggal dan tidak sedap itu timbul kerana pelajar-pelajar tidak biasa dengan 4 pola ayat dalam bahasa Melayu.

Mungkin gejala tersebut terjadi kerana pengaruh bahasa Inggeris. Oleh sebab wujud kata gerund seperti am, is, are, was, dan were dalam semua ayat bahasa Inggeris, maka pengguna bahasa Melayu pula mencuba memadankan kata-kata itu dengan kata pemeri adalah dan ialah. Sebenarnya, amalan memadankan gerund dengan adalah atau ialah dalam bahasa Melayu tidaklah tepat. Kata pemeri dalam bahasa Melayu digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Tidak wajar untuk memasukkan unsur yang tidak menjadi milik bahasa Melayu ke dalamnya.

Mudah-mudahan makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka kepada aturan menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada pelajar-pelajar terutamanya supaya kekhilafan ini dapat diperbetul. Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita!

Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar

 Dalam karangan pelajar yang saya semak, rata-rata melakukan kesalahan yang agak sama. Walau bagaimanapun, saya telah membuat satu kajian dan mendapat kesalahan tersebut berpunca daripada:

  • Kesalahan sejak sekolah rendah
  • Tidak membaca karangan yang telah disemak oleh guru, terutamanya kesalahan ejaan.
  • Membaca buku berbahasa Melayu yang salah sehingga mudah mempercayai dan menggunakan ejaan tersebut.
  • Kesalahan sari kata dalam filem, drama , dan rancangan menerusi televisyen yang dibaca dan terus dipercayai.
  • guru subjek Bahasa Melayu sendiri membuat kesalahan sehingga anak murid mereka pun buat salah.

Berikut ialah kesalahan ejaan paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar:

KESALAHAN……………………..–>PEMBETULAN

  1. Kebanyakkan……………………… kebanyakan
  2. berkerjasama……………………….bekerjasama
  3. kadang-kala…………………………kadangkala
  4. penyalah gunaan………………….penyalahgunaan
  5. Disamping itu……………………….Di samping itu
  6. kerosakkan………………………….kerosakan
  7. anti-merokok………………………antimerokok
  8. serious……………………………….. serius
  9. terguris………………………………….tergores
  10. seringkali ……………………………….sering kali
  11. biadap…………………………………..biadab
  12. television………………………………televisyen
  13. penguatkuasa……………………….penguat kuasa
  14. dairi ……………………………………..diari
  15. barang kali……………………………..barangkali
  16. mengulangkaji………………………..mengulang kaji
  17. menyosalsiasat………………………menyoal siasat
  18. bersatu-padu……………………….bersatu padu
  19. bu-bapa atau ibubapa………………………………..ibu bapa
  20. pasca kemerdekaan……………….pascakemerdekaan

Kata pemeri

Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah
Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut :
1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:

  1. Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
  2. Anak ialah anugerah Allah. (Betul)
  3. Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
  4. Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)
  5. Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
  6. Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

2)    Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

  1. Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
  2. Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)
  3. Persembahan itu ialah baik. (Salah)
  4. Persembahan itu adalah baik. (Betul)

3)    Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:

  1. Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
  2. Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )
  3. Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
  4. Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:

  1. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa… (Salah )
  2. Dengan ini dimaklumkan bahawa… (Betul )
  3. Adalah dimaklumkan bahawa… (Salah )
  4. Dengan ini dimaklumkan bahawa… (Betul)

5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:

  1. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan… (Salah)
  2. Keputusan ini diambil berdasarkan… (Betul)
  3. Para pelajar adalah dipelawa memohon… (Salah)
  4. Para pelajar dipelawa memohon… (Betul)

Membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa

MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA

Bil

Salah

Betul

Catatan

1

Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan ianya diproses oleh pihak JPA. Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan permohonan diproses oleh pihak JPA. Ianya tidak boleh dianggap

sebagai kata ganti diri seperti it dalam bahasa Inggeris.

2

Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan ia diproses oleh pihak JPA. Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan permohonan diproses oleh pihak JPA. Ia tidak boleh dianggap

sebagai kata ganti diri seperti it dalam Bahasa inggeris.

3

…operasi di antara Pentas

Bergerak dan PENTARAMA …

Padanan bagi antara dan di

antara ialah dengan.

…operasi antara Pentas

Bergerak dengan

PENTARAMA…

 

Frasa sendi nama di antara

hanya digunakan untuk

menunjukkan kedudukan

fizikal atau tempat.

4

…bersandarkan kepada

keperluan…

…bersandarkan keperluan… Tidak perlu ada kata sendi

kepada.

5

Dato’ Pengerusi meminta

IPTTAR dapat mengadakan

kursus khas…

Dato’ Pengerusi meminta

IPPTAR mengadakan kursus

khas…

Ayat tidak gramatis.

Kesilapan mengeja.

6

…penyampaian berita

berbahasa Inggeris.

…penyampaian berita bahasa

Inggeris.

Tidak perlu imbuhan ber.

7

maklumbalas maklum balas Kata majmuk, dieja terpisah.

8

…satu mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut… …satu mesyuarat untuk

membincangkan isu tersebut.

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

9

Pengambil alihan

 

Pengambilalihan

 

Kata majmuk dieja sebagai

satu perkataan apabila

menerima awalan dan

akhiran. Contoh:

  • Ambil alih
  • Mengambil alih
  • Pengambilalihan
  • Latar belakang
  • Berlatar belakang
  • Berlatarbelakangkan
  • Kemas kini
  • Mengemas kini
  • Mengemaskinikan
  • kuat kuasa
  • penguat kuasa
  • penguatkuasaan

10

Kementerian diminta untuk

menubuhkan kelab sukan dan

rekreasi untuk KPKK bagi

membolehkan semua warga

kementerian beriadah

disamping mengeratkan

hubungan sesama warga.

 

Kementerian diminta

menubuhkan kelab sukan dan

rekreasi bagi KPKK untuk

membolehkan semua warga

kementerian beriadah di

samping mengeratkan

hubungan sesama warga.

Untuk disusuli kata kerja

Bagi disusuli kata nama

Di berfungsi sebagai kata

sendi bukan imbuhan. Dengan

demikian dieja terpisah.

11

1.35 petang

 

1.35 tengah hari

 

Penentuan waktu

Pagi: 1.00 – 11.59

Tengah hari: 12.00 – 1. 59

Petang: 2.00 – 6.59

Malam: 7.00 – 11.59

Tengah malam: 12.00 – 12. 59

12

pra tonton

 

pratonton

 

Awalan pra tidak boleh berdiri

sendiri dan dieja sebagai satu

perkataan.

Contoh:

• prabayar

• prasekolah

• prapenerbitan

• pratonton

13

Jendela klasik

 

Jendela Klasik

 

Kata nama khas, dengan demikian

konsonan k dieja dgn huruf

besar.

14

Gotong royong

 

Gotong-royong

 

Kata berganda, dieja dgn

tanda sempang.

15

Sosio politik

 

sosiopolitik

 

Awalan sosio tidak boleh

berdiri sendiri dan dieja

sebagai satu perkataan.

Contoh:

• sosioekonomi

• sosiobudaya

• sosiopolitik

• sosiodrama

16

Y.B YB Tidak perlu tanda noktah.

17

dari 250 unit kepada 300

unit…

…daripada 250 unit kepada

300 unit…

Padanan yang tepat ..Dari… ke

Daripada…kepada

18

Pasca Kabinet

 

Pasca-Kabinet, pascakabinet Awalan pasca tidak boleh

berdiri sendiri dan dieja

sebagai satu perkataan

apabila bertemu kata umum,

manakala dieja dgn tanda

sempang apabila bertemu

kata nama khas.

Contoh kata umum:

• Pascabayar

• Pascapenerbitan

• Pascakabinet

Contoh kata nama khas:

• Pasca-Merdeka

• Pasca-Kabinet

19

delegrasi delegasi Kesilapan menaip

20

…bagi membuat

penerangan…

 

…untuk memberi

penerangan…

 

Kita memberikan atau

menyampaikan penerangan.

Kita tidak membuat

penerangan.

21

…mengucapkan terima kasih

di atas kehadiran semua.

…mengucapkan terima kasih

atas kehadiran semua.

Di atas untuk hal-hal yang

fizikal dan boleh disentuh

atau dilihat.

Contoh:

• Di atas meja

• Di atas bahu

• Di atas pokok

• Di atas bumbung

Untuk hal-hal yang abstrak, lebih tepat kata sendi atas. Contoh:

• Mengambil kesempatan atas kelemahan…

• Berasa gembira atas kemenangan…

• Amat bangga atas kejayaan..

• Mengucapkan terima kasih atas

sumbangan..

22

…mesyuarat ini adalah

Mesyuarat Hari Inovasi…

…mesyuarat ini ialah

Mesyuarat Hari Inovasi…

atau

…mesyuarat ini Mesyuarat

Hari Inovasi…

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.

23

berkuatkuasa berkuat kuasa Kata majmuk , dieja terpisah

24

digunapakai diguna pakai Kata majmuk, dieja terpisah

25

dari semasa kesemasa dari semasa ke semasa ke berfungsi sebagai kata sendi nama, bukan imbuhan awalan. Dengan demikian, dieja terpisah.

26

…menjaga semua hal-hal mengenai… …menjaga semua hal mengenai… Semua, kata jamak. Tidak perlu diulang kata nama hal yang menyusulinya.

27

…memantau semua perkaraperkara… …memantau semua perkara … Semua, kata jamak. Tidak perlu diulang kata nama perkara yang menyusulinya.

28

Beliau juga memaklumkan

sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan inovasi diminta menghubungi Cik Diana.

Ahli-ahli mesyuarat diminta

menghubungi Cik Diana sekiranya menghadapi masalah berkaitan inovasi.

Ayat pertama tidak lengkap, tergantung dan tidak gramatis.

29

…diadakan pertandingan di

antara tapak pameran…

…diadakan pertandingan

antara tapak pameran..

Frasa sendi nama di antara

hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.

30

…memberi kerjasama penuh

bagi menjayakan majlis…

…memberi kerjasama penuh

untuk menjayakan majlis…

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

31

disamping di samping Di berfungsi sebagai kata sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

32

YBhg Dato’ Dr. Pengerusi

membangkitkan bagi persediaan buku cenderamata supaya lebih awal dan

mempastikan agar tidak berlaku kesilapan…

YBhg Dato’ Dr. Pengerusi

mengingatkan urus setia untuk menyiapkan kandungan buku cenderamata lebih awal dan memastikan kesilapan yang sama tidak berulang…

Ayat asal tidak gramatis.

Pasti menerima awal mem

dan konsonan p gugur.

Contoh lain: pukul  mem + pukul (p gugur)= memukul

Pasti= mem + pasti (p gugur) =memasti

33

Sehubungan dengan itu beliau

menyarankan sebelum buku

cenderamata “dummy”

tersebut dicetak pastikan

terlebih dahulu buku tersebut

diberikan kepada urus setia

sebelum diserahkan kepada

beliau untuk semakan dan

seterusnya dikemukakan

kepada YBhg Dato’ Wira KSU

untuk mendapat persetujui

oleh YB Menteri.

Sehubungan dengan itu, beliau

menyarankan urus setia

menyerahkan dami buku

cenderamata yang telah

disemak untuk semakan akhir

beliau dan seterusnya

dikemukakan kepada YBhg

Datuk Wira KSU untuk

mendapat persetujuan YB

Menteri sebelum dicetak.

 

Ayat asal tidak gramatis.

34

di urusetiakan diurussetiakan

 

di berfungsi sebagai imbuhan.

Dengan demikian dieja satu perkataan.

35

Bahagian Pengurusan Sumber

manusia (BPSM)

Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia (BPSM)

Kata nama khas, konsonan m dieja dengan huruf besar.

36

Walau bagaimanapun mesyuarat bersetuju untuk dilihat semula tentang waktu ketibaan YB Menteri

dilewatkan …

Walau bagaimanapun mesyuarat bersetuju untuk melihat waktu ketibaan YB Menteri semula yang dilewatkan… Ayat asal tidak gramatis.

37

 Mesyuarat dimaklumkan

melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1994 bagi sambutan Hari Inovasi dibenarkan tidak melebihi daripada 5 acara sahaja.

Mesyuarat dimaklumkan

Pekeliling Perbandaharaan Bil

11 Tahun 1994 menyatakan bahawa sambutan Hari Inovasi

dibenarkan tidak melebihi 5 acara sahaja.

Ayat asal tidak gramatis.

38

…bagi membincangkan… …untuk membincangkan… Bagi disusuli kata nama, untuk disusuli kata kerja

Contoh:

Bagi calon parti itu, daripada hilang wang petaruhan lebih baik dia menarik diri bertanding di DUN itu.

Bagi saya, menjadi guru memang pekerjaan yang diimpi-impikankan, bukannya kerana tiada pekerjaan lain.

39

 Perlantikan Pelantikan

 

Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik.

40

Walau bagaimanapun namanama

peserta daripada beberapa Bahagian perlu ditambah atas saranan YBhg

Dato’ Dr. Pengerusi menyarankan peserta-peserta perlu terdiri daripada

kumpulan sokongan 1, kumpulan sokongan 2 serta Pengurusan & Profesional.

 

Walau bagaimanapun namanama

peserta daripada beberapa Bahagian perlu ditambah kerana YBhg Dato’ Dr. Pengerusi menyarankan

…..

Atau

…wajar ditambah atas

saranan YBhg Dato’ Pengerusi

yang peserta-peserta perlu…

 

Ayat asal tidak gramatis.

41

…untuk memilih pasukan

mana yang menjadi juara.

 

…untuk memilih pasukan

yang menjadi juara.

 

Ayat asal tidak gramatis. Mana ialah kata tanya, kalau begitu, mengapa tiada tanda soal?

42

…boleh dibincangkan pada

mesyuarat yang akan datang.

…boleh dibincangkan dalam

mesyuarat yang akan datang.

Dalam, kata sendi nama yang

lebih tepat.

43

“Banner” dan banting Sepanduk dan kain rentang Jika ada istilah dalam BM, eloklah kita

mempopularkannya.

44

…lebih baik berbanding dari tahun 2009. …lebih baik berbanding dengan tahun 2009. Dengan,kata sendi nama yang lebih tepat.

45

 Mesyuarat mengambil maklum ke atas cadangan berikut: Mesyuarat mengambil maklum akan cadangan yang berikut: Akan ,kata sendi yang lebih tepat.

46

PERBINCANGAN KE ATAS

PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

PERBINCANGAN TENTANG PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

Tentang, kata sendi yang lebih tepat.

47

…bagi menjayakan

sambutan…

…untuk menjayakan

sambutan…

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

48

“Dikau Dihati” “Dikau Di Hati”

 

Fungsi di sebagai kata sendi bukan imbuhan.

49

…bagi menjayakan kedua-dua

program ini…

…untuk menjayakan kedua-dua

program ini..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

50

…bagi memastikan

kelancaran…

…untuk memastikan

kelancaran..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

51

YBhg. YBhg Dieja tanpa tanda noktah.

52

Urus setia Bersama

 

Urus Setia Bersama

 

Kata nama khas, konsonan s

dieja dengan huruf besar.

53

…mengucapkan terima kasih

di atas kehadiran…

…mengucapkan terima kasih

atas kehadiran…

 

54

mengemaskini mengemas kini Kata majmuk, dieja terpisah

55

tata tertib

 

tatatertib

 

Tata, awalan – tidak boleh

berdiri sendiri, dengan

demikian dieja satu

perkataan.

Contoh lain:

• Tatarias

• Tatacara

• Tatabahasa

• Tatanama

• Tatasusila

• Tataatur

• Tataurusan

56

Disamping itu, …

 

Di samping itu, …

 

Di berfungsi sebagai kata sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

57

Struktur Organisasi yang menunjukkan cadangan di mana pegawai lantikan kontrak tersebut akan ditempatkan. Struktur Organisasi yang menunjukkan cadangan penempatan pegawai lantikan kontrak. Ayat asal tidak gramatis. Di mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

58

…seramai 4076 pegawai awam dimana 2480 daripadanya ialah PT (P/O)… ….seramai 4076 pegawai awam yang 2480 daripadanya ialah PT(P/O)… Di mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

59

…bagi memastikan proses berjalan lancar kerana terdapat beberapa

permohonan kenaikan pangkat yang telah tertangguh bagi jangka masa

yang terlalu lama. …untuk memastikan proses

berjalan lancar kerana terdapat beberapa permohonan kenaikan

pangkat yang tertangguh bagi

jangka masa yang terlalu lama.

 

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

60

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang mana akan

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

Yang mana bukan Kata Hubung. mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

61

terdiri dari pegawai-pegawai… …terdiri daripada pegawaipegawai.. Daripada kata sendi yang tepat

62

Ke 4

 

Ke-4

 

Perlu ada tanda sempang

sebelum angka 4.

Contoh:

• Ke-21

• Ke-10

Dieja sebagai satu perkataan apabila angka itu diganti dengan abjad.

Contoh:

• Ketiga

• Kesepuluh

• Keempat

Dalam penulisan nombor 1 hingga 9 elok ditulis dalam perkataan, nombor 10 dan seterusnya ditulis dalam nombor

63

mengambilkira

 

Mengambil kira

 

Kata majmuk dieja terpisah. Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran.

Contoh:

Ambil alih

Mengambil alih

Pengambilan

Anak tiri

Beranak tiri

Menganaktirikan

64

7hb Jun 2010 7 Jun 2010 Perlu seragam, tidak perlu hb.

65

Anggaran peruntukkan

 

Anggaran peruntukan

 

Akhiran an membentuk KN. Akhiran kan membentuk KK.

Kekeliruan timbul apabila perkataan berakhir dgn

konsonan k. Contoh:

Semak

Semak + an = semakan (KN)

Semak + kan = semakkan (KK)

Gosok

Gosok + an = gosokan (KN)

Gosok + kan = gosokkan (KK)

66

Tempoh penyambungan mulai dari Jun 2010 hingga Mei 2011. Tempoh penyambungan mulai Jun 2010 hingga Mei 2011. Tidak perlu kata sendi dari selepas mulai.

67

…inovasi di antara Jabatan/Agensi

 

…inovasi antara Jabatan/Agensi.

 

Kata sendi nama di antara untuk menunjukkan tempat atau ruang.

68

maklumbalas maklum balas Kata majmuk, dieja terpisah.

69

Juru Perunding

 

juruperunding

 

Juru – orang yang mempunyai keahlian dlm sesuatu perkara (biasanya dipakai dlm kata majmuk dan dieja bersambung sebagai satu perkataan).

Contoh:

• Juruacara

• Juruanalisis

• Juruaudit

• Jurubahasa

• Jurubina

• Jurucerakin

• Juruelektrik

• Jurujual

• Jurunikah

79

diperingkat di peringkat Kata sendi di, dieja terpisah.

80

…antara Bahagian Acara KPKK

dan Bahagian Pengurusan dan

Analisis Maklumat…

 

…antara Bahagian Acara KPKK

dengan Bahagian Pengurusan

dan Analisis Maklumat…

 

Padanan antara ialah dengan.Dan hanya terpakai apabila melibatkan lebih drpd dua pihak.

Contoh:

• Perjanjian antara RTM dengan Media Prima

• Perjanjian antara RTM, Media Prima dan ASTRO

81

perlaksanaan

 

pelaksanaan

 

Pelaksanaan kerana daripada proses melaksanakan.

82

…di kaitkan dengan…

 

…dikaitkan dengan… Kait, KK. Dgn demikian awalan di dieja sebagai satu perkataan.

83

Lawatan Kerja Yab Perdana Menteri… Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri… Y A dan B, dieja menggunakan

huruf besar.

84

Pasca Perkhidmatan

 

Pasca-Perkhidmatan

 

Sekiranya Perkhidmatan dianggap kata nama khas, perkataan tersebut dieja

dengan tanda sempang. Andainya perkhidmatan itukata umum, maka perkataan tersebut dieja sebagai satu perkata, pascaperkhidmatan.

85

intisari Inti sari Kata majmuk, dieja terpisah.

86

…terdiri dari pelbagai…… terdiri daripada pelbagai… Kata sendi yang lebih tepat ialah

daripada.

87

…sambutan menggalakan dari

orang ramai

 

…sambutan menggalakkan

daripada orang ramai…

 

Akhiran an membentuk KN.

Akhiran kan membentuk KK.

Kata sendi dari untuk tempat dan masa.

Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan dan asal kejadian.

88

SEKAPUR SIREH

 

SEKAPUR SIRIH

 

Hukum Keselarasan Vokal

Vokal i padanannya vokal i

89

Golongan Cendikiawan Golongan Cendekiawan Kesalahan mengeja

90

menggembeling Menggembleng Kesilapan mengeja

91

Lain-lain dasar Dasar-dasar lain Hukum D – M Yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Dalam konteks ini, yang diterangkan ialah dasar.

Contoh-contah lain:

• pisang goreng bukan goreng pisang

• hal-hal lain bukan lain-lain hal

• faktor-faktor lain bukan lain-lain faktor

• jalan-jalan lain bukan lain-lain jalan

• kedai kasut bukan kasut kedai

92

tanahair tanah air Kata majmuk yang dieja terpisah.

93

Penerbitan buku ini adalah seiring… Penerbitan buku ini seiring… Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

94

Hari Kemerdekaaan Malaysia Ke 52 Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-

52

Perlu ada tanda sempang sebelum angka 52.

95

…kerjasama erat antara sektor

awam dan swasta…

…kerjasama erat antara sektor

awam dengan swasta…

 

Padanan antara dan di antara ialah dengan. Sekiranya melibatkan lebih daripada dua pihak, padanannya ialah dan.

96

…menyatu padukan rakyat…

 

…menyatupadukan rakyat…

 

Kata majmuk dieja sebagai satu

perkataan apabila menerima

awalan dan akhiran.

97

…tahu membezakan antara yang

baik dan buruk,…

 

…tahu membezakan antara baik

dengan buruk…

 

…tahu membezakan antara yang

baik dengan yang buruk…

Padanan yang tepat adalah

seperti yang berikut:

antara … dengan.

98

…asas di mana kesemua rakyat

Malaysia terus bergerak…

 

…asas bagi kesemua rakyat

Malaysia terus bergerak…

 

Di mana ialah kata tanya, dengan demikian tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

99

kemampanan

 

kemapanan

 

Yang ada dalam Kamus Dewan ialah mapan. Kata mampan tidak ada dalam kamus.

100

…menyuburkan kembali sektor

swasta…

 

 

…menyuburkan sektor swasta

kembali…

Kata kerja transitif (KKT) mesti terus menerima kata nama atau frasa nama yang bertindak sebagai objek.

Dalam konteks ini, KKT ialah menyuburkan, dan objeknya

ialah sektor swasta.

101

…kerjasama erat antara sektor awam dan swasta …kerjasama erat antara sektor awam dengan swasta… Rujuk penjelasan di atas.

102

…bersandarkan kepada keperluan… …bersandarkan keperluan… Tidak perlu ada kata sendi kepada.

103

Dato’ Pengerusi meminta IPTTAR dapat mengadakan kursus khas… Dato’ Pengerusi meminta IPPTAR mengadakan kursus khas… Ayat tidak gramatis.

Kesilapan mengeja.

104

…penyampaian berita

berbahasa Inggeris.

…penyampaian berita bahasa

Inggeris.

Tidak perlu imbuhan ber.

105

maklumbalas maklum balas Kata majmuk, dieja terpisah.

106

…satu mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut… …satu mesyuarat untuk

membincangkan isu tersebut.

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

107

Kementerian diminta untuk

menubuhkan kelab sukan dan

rekreasi untuk KPKK bagi

membolehkan semua warga

kementerian beriadah

disamping mengeratkan

hubungan sesama warga.

 

Kementerian diminta

menubuhkan kelab sukan dan

rekreasi bagi KPKK untuk

membolehkan semua warga

kementerian beriadah di

samping mengeratkan

hubungan sesama warga.

Untuk disusuli kata kerja

Bagi disusuli kata nama

Di berfungsi sebagai kata

sendi bukan imbuhan. Dengan

demikian dieja terpisah.

108

1.35 petang

 

1.35 tengah hari

 

Penentuan waktu

Pagi: 1.00 – 11.59

Tengah hari: 12.00 – 1. 59

Petang: 2.00 – 6.59

Malam: 7.00 – 11.59

Tengah malam: 12.00 – 12. 59

109

pra tonton

 

pratonton

 

Awalan pra tidak boleh berdiri

sendiri dan dieja sebagai satu

perkataan.

Contoh:

• prabayar

• prasekolah

• prapenerbitan

• pratonton

110

Jendela klasik

 

Jendela Klasik

 

Kata nama khas, dengan demikian

konsonan k dieja dgn huruf

besar.

111

Gotong royong

 

Gotong-royong

 

Kata berganda, dieja dgn

tanda sempang.

112

Sosio politik

 

sosiopolitik

 

Awalan sosio tidak boleh

berdiri sendiri dan dieja

sebagai satu perkataan.

Contoh:

• sosioekonomi

• sosiobudaya

• sosiopolitik

• sosiodrama

113

Y.B YB Tidak perlu tanda noktah.

114

dari 250 unit kepada 300

unit…

 

…daripada 250 unit kepada

300 unit…

 

Padanan yang tepat

Dari… ke

Daripada…kepada

115

Pasca Kabinet

 

Pasca-Kabinet, pascakabinet Awalan pasca tidak boleh

berdiri sendiri dan dieja

sebagai satu perkataan

apabila bertemu kata umum,

manakala dieja dgn tanda

sempang apabila bertemu

kata nama khas.

Contoh kata umum:

• Pascabayar

• Pascapenerbitan

• Pascakabinet

Contoh kata nama khas:

• Pasca-Merdeka

• Pasca-Kabinet

116

delegrasi

 

delegasi

 

Kesilapan menaip

117

…bagi membuat

penerangan…

 

…untuk memberi

penerangan…

 

Kita memberikan atau

menyampaikan penerangan.

Kita tidak membuat

penerangan.

118

…boleh dibincangkan pada

mesyuarat yang akan datang.

…boleh dibincangkan dalam

mesyuarat yang akan datang.

Dalam, kata sendi nama yang

lebih tepat.

119

“Banner” dan banting Sepanduk dan kain rentang Jika ada istilah dalam BM,

eloklah kita

mempopularkannya.

120

…lebih baik berbanding dari

tahun 2009.

…lebih baik berbanding

dengan tahun 2009.

 

Dengan,kata sendi nama yang

lebih tepat.

121

 Mesyuarat mengambil

maklum ke atas cadangan

berikut:

Mesyuarat mengambil

maklum akan cadangan yang

berikut:

Akan ,kata sendi yang lebih

tepat.

122

PERBINCANGAN KE ATAS

PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

PERBINCANGAN TENTANG

PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

Tentang, kata sendi yang

lebih tepat.

123

…bagi menjayakan

sambutan…

…untuk menjayakan

sambutan…

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

124

“Dikau Dihati”

 

“Dikau Di Hati”

 

Fungsi di sebagai kata sendi

bukan imbuhan.

125

…bagi menjayakan kedua-dua

program ini…

…untuk menjayakan kedua-dua

program ini..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

126

…bagi memastikan

kelancaran…

…untuk memastikan

kelancaran..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

127

YBhg. YBhg Dieja tanpa tanda noktah.

128

Urus setia Bersama

 

Urus Setia Bersama

 

Kata nama khas, konsonan s

dieja dengan huruf besar.

129

…mengucapkan terima kasih

di atas kehadiran…

…mengucapkan terima kasih

atas kehadiran…

 

130

mengemaskini mengemas kini Kata majmuk, dieja terpisah

131

tata tertib

 

tatatertib

 

Tata, awalan – tidak boleh

berdiri sendiri, dengan

demikian dieja satu

perkataan.

Contoh lain:

• Tatarias

• Tatacara

• Tatabahasa

• Tatanama

• Tatasusila

• Tataatur

• Tataurusan

132

Disamping itu, …

 

Di samping itu, …

 

Di berfungsi sebagai kata

sendi bukan imbuhan. Dengan

demikian dieja terpisah.

133

Struktur Organisasi yang

menunjukkan cadangan di

mana pegawai lantikan

kontrak tersebut akan

ditempatkan.

Struktur Organisasi yang

menunjukkan cadangan

penempatan pegawai

lantikan kontrak.

 

Ayat asal tidak gramatis.

Di mana, kata tanya yang

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

134

…seramai 4076 pegawai

awam dimana 2480

daripadanya ialah PT (P/O)…

….seramai 4076 pegawai

awam yang 2480 daripadanya

ialah PT(P/O)…

Di mana, kata tanya yang

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

135

…bagi memastikan proses

berjalan lancar kerana

terdapat beberapa

permohonan kenaikan

pangkat yang telah

tertangguh bagi jangka masa

yang terlalu lama.

…untuk memastikan proses

berjalan lancar kerana

terdapat beberapa

permohonan kenaikan

pangkat yang tertangguh bagi

jangka masa yang terlalu

lama.

 

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

136

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang mana akan

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

 

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

 

Yang mana bukan kata

Hubung. mana, kata tanya yang

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

137

terdiri dari pegawai-pegawai…

 

…terdiri daripada pegawaipegawai.. Daripada kata sendi yang

tepat

138

Salah

Betul

Catatan

139

…boleh dibincangkan pada

mesyuarat yang akan datang.

…boleh dibincangkan dalam

mesyuarat yang akan datang.

Dalam, kata sendi nama yang

lebih tepat.

140

“Banner” dan banting Sepanduk dan kain rentang Jika ada istilah dalam BM,

eloklah kita

mempopularkannya.

141

…lebih baik berbanding dari

tahun 2009.

…lebih baik berbanding

dengan tahun 2009.

 

Dengan,kata sendi nama yang

lebih tepat.

142

 Mesyuarat mengambil

maklum ke atas cadangan

berikut:

Mesyuarat mengambil

maklum akan cadangan yang

berikut:

Akan ,kata sendi yang lebih

tepat.

143

PERBINCANGAN KE ATAS

PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

PERBINCANGAN TENTANG

PERAYAAN HARI SENIMAN

2010

Tentang, kata sendi yang

lebih tepat.

144

…bagi menjayakan

sambutan…

…untuk menjayakan

sambutan…

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

145

“Dikau Dihati”

 

“Dikau Di Hati”

 

Fungsi di sebagai kata sendi

bukan imbuhan.

146

…bagi menjayakan kedua-dua

program ini…

…untuk menjayakan kedua-dua

program ini..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

147

…bagi memastikan

kelancaran…

…untuk memastikan

kelancaran..

Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

148

YBhg. YBhg Dieja tanpa tanda noktah.

149

Urus setia Bersama

 

Urus Setia Bersama

 

Kata nama khas, konsonan s

dieja dengan huruf besar.

150

…mengucapkan terima kasih

di atas kehadiran…

…mengucapkan terima kasih

atas kehadiran…

 

151

mengemaskini mengemas kini Kata majmuk, dieja terpisah

152

tata tertib

 

tatatertib

 

Tata, awalan – tidak boleh

berdiri sendiri, dengan

demikian dieja satu

perkataan.

Contoh lain:

• Tatarias

• Tatacara

• Tatabahasa

• Tatanama

• Tatasusila

• Tataatur

• Tataurusan

153

Disamping itu, …

 

Di samping itu, …

 

Di berfungsi sebagai katav sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

154

Struktur Organisasi yang menunjukkan cadangan di mana pegawai lantikan kontrak tersebut akan ditempatkan. Struktur Organisasi yang

menunjukkan cadangan

penempatan pegawai lantikan kontrak.

Ayat asal tidak gramatis.

Di mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

155

…seramai 4076 pegawai

awam dimana 2480

daripadanya ialah PT (P/O)…

….seramai 4076 pegawai

awam yang 2480 daripadanya

ialah PT(P/O)…

Di mana, kata tanya yang

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

156

…bagi memastikan proses

berjalan lancar kerana terdapat beberapa permohonan kenaikan

pangkat yang telah tertangguh bagi jangka masa yang terlalu lama.

…untuk memastikan proses

berjalan lancar kerana terdapat beberapa permohonan kenaikan

pangkat yang tertangguh bagi

jangka masa yang terlalu lama.

 

Bagi disusuli kata nama untuk disusuli kata kerja

157

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang mana akan

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

…kekeliruan semasa proses

pendaftaran yang

menyebabkan calon hilang

kelayakan untuk menduduki

peperiksaan.

Yang mana bukan kata

Hubung. mana, kata tanya yang

tidak boleh berfungsi sebagai

kata hubung.

158

terdiri dari pegawai-pegawai… …terdiri daripada pegawai-pegawai.. Daripada kata sendi yang tepat

159

Kebanyakan tulang-tulang

Ratusan tulang-tulang

Antara sendi-sendi

Di antara hikmah

Kebanyakan tulang

Ratusan tulang

Antara sendi

Antara hikmah

Kebanyakan, ratusan, semua, seluruh, senarai, kumpulan, persatuan, sebahagian, dan perkataan lain seumpamanya memberi maksud jamak

160

Pilihanraya

di tubuhkan

perlantikan

 

 

Pilihan raya,

ditubuhkan

pelantikan

 

Pilihan raya kata majmuk yang dieja terpisah.

Awalan di, dieja sebagai satu perkataan dengan kata kerja tubuh.

Pelantikan dari proses melantik.

161

Setiausaha agong

Tambahbaik

…agen bagi memudahkan..

Berkuatkuasa

penganalisa

Setiausaha agung

tambah baik

ejen untuk memudahkan…

berkuat kuasa

penganalisis

 

a-g-o-n-g, hanya dieja untuk

Yang di-Pertuan Agong sahaja

Hukum Keselarasan Vokal:

• a – a

• a – i

• a – u

Tambah baik, kata majmuk yang dieja terpisah.

Makna agen: Sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas

(proses dsb)

Makna ejen: Orang (syarikat dsb) yang

menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual Orang yang diupah digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dll)

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.  Yang tepat ialah analisis.

162

Di bulan puasa

Di bulan Ramadan

Indastri (sebutan)

Pada bulan puasa

Pada bulan Ramadan

Industri (sebutan)

Kata sendi di untuk tempat.

Kata sendi pada untuk masa dan waktu.

YB Menteri juga menyebut in dus tri.

163

Lembaga Letrik Pusat di

tubuhkan

  Tidak ada perkataan ‘letrik’ dalam Kamus Dewan. Yang ada, elektrik

164

Anti penuaan

Adik beradik

Antipenuaan

Adik-beradik

 

165

Email e-mel  

166

Surirumah

…membabitkan 23 periuk

nasi…

Suri rumah

…menggunakan 23 periuk

nasi…

Suri rumah, kata majmuk

yang dieja terpisah. ‘Membabitkan’ untuk orang sahaja.

167

Di hari raya nanti…

Di hari lebaran…

Di Syawal nanti…

Di Aidilfitri…

Di pagi Syawal…

Di episod seterusnya

Pada hari raya nanti…

Pada hari lebaran…

Pada Syawal nanti…

Pada Aidilfitri…

Pada pagi Syawal…

Dalam episod seterusnya..

Kata sendi di hanya untuk tempat.

168

muhibbah muhibah  

169

…telah memanjangkan laporan… …telah mengemukakan laporan… Memanjangkan: menjadikan panjang

170

Mesyuarat mengambil

maklum bahawa akan aktiviti Kementerian yang akan diadakan sepanjang minggu ini seperti berikut:

Mesyuarat mengambil

maklum akan aktiviti Kementerian yang diadakan

pada sepanjang minggu ini:

Ayat asal tidak gramatis

171

Menambahbaik kualiti

 

Menambah baik kualiti

 

Tambah baik, kata majmuk

yang dieja terpisah.

172

Lain-lain persatuan pelajar Persatuan-persatuan pelajar

lain

Hukum D-M

173

…di mana buku-buku dibawa ke…

…di mana petugas PD akan…

?

‘di mana’ bukan kata hubung. Jika tidak ada kata hubung yang sesuai, eloklah kita buat ayat baru.

174

…aduan didalam 3 hari… …aduan dalam 3 hari…  

175

…sedang di dalam tindakan… …sedang dalam tindakan..  

176

…bahan-bahan ceramah di

antaranya…

 

…bahan-bahan ceramah

antaranya…

 

177

deraf draf  

178

temuramah temu ramah  

179

diperolehi

 

diperoleh

 

Yang tepat diperoleh, tanpa

akhiran i.

180

mengenalpasti

 

mengenal pasti

 

Kenal pasti, kata majmuk

yang dieja terpisah.

181

Adalah diharapkan PFI … pada

masa sekarang adalah terhad.

Dengan ini diharapkan PFI

…pada masa sekarang amat

terhad.

 

Jangan mulakan ayat dengan

kata pemeri adalah.

182

Mini studio Studio mini Hukum D-M

183

patiotisma patriotisme Ejaan patriotisme, berakhir dengan vokal e.

184

pra sekolah prasekolah Pra ialah imbuhan pinjaman

185

setiakawan setia kawan Kata majmuk

186

temuramah temu ramah Kata majmuk

187

Sirih Pulang ke Ganggang

 

Sirih Pulang ke Gagang

 

Makna ganggang

  • • Sedang disalai dengan api
  • • Ruang di antara dua benda, renggang
  • • Lumut yang tumbuh dalam air

Makna gagang

  • • Tangkai (bunga, gayung, dll)
  • • Hulu (keris, tombak, dll)
  • • Pucuk ranting atau batang pokok yang melata Seperti sirih pulang ke

gagang

188

bandaraya

 

Bandar raya

 

Bagi kata umum, dieja terpisah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,

(nama khas atau digazetkan sedemikian)

189

di atas komitmen atas komitmen  

190

Maka, atas pengumuman

kabinet baru tersebut,

kementerian telah distruktur

semula…

 

Maka, ekoran/susulan

pengumuman kabinet baru

tersebut, kementerian telah

distruktur semula…

 

Ayat asal tidak gramatis.

191

…di atas jasa… …atas jasa atau kerana jasa…  

192

lain-lain aktiviti

 

aktiviti-aktiviti lain Hukum D-M

193

Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.

194

Berdasarkan kepada Akta

Warisan…

Berdasarkan Akta Warisan..

 

Tidak perlu kata sendi kepada.

195

semulajadi

 

Semula jadi

 

kata majmuk yang dieja terpisah.

196

rekabentuk

 

reka bentuk

 

Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.

197

Setinggi terima kasih…

 

Setinggi-tinggi terima kasih…

 

Setinggi-tinggi: seberapa banyak yang mungkin.

Setinggi: sama tinggi

198

jangkamasa

 

jangka masa

 

Jangka masa, kata majmuk yang dieja terpisah.

199

Dalam ucapan beliau, beliau

menyebut bahawa …

Dalam ucapannya, beliau

menyatakan…

Ayat asal tidak gramatis.

200

Berkerja keras Bekerja keras Awalan yang tepat, be.

201

Mempertingkatkan lagi mutu

kerja

 

Meningkatkan/mempertingkat

mutu kerja lagi

 

Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja)

iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).

202 Profail kecemerlangan… Profil kecemerlangan Ejaan yang tepat p r o f I l.

203

U.S.A. USA Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: UAE, UK, dll

204

…objek warisan yang mana

54 butiran…

…objek warisan yang 54

butiran…

Yang mana, kata tanya

Yang, kata hubung

205

Untuk memasak Manok

Pansoh, bahan yang

diperlukan seperti seekor

ayam…

Untuk memasak Manuk

Pansuh, bahan yang

diperlukan ialah seekor ayam…

Ayat asal tidak gramatis

206

Untuk menyedapkan lagi

masakan ini…..

Untuk menyedapkan masakan ini lagi … Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja)

iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).

207

samada

 

sama ada

 

Dieja terpisah.

Contoh lain:

  • • urus setia
  • • alat tulis
  • • siar raya
  • • kereta api
  • • bandar raya
  • • tengah hari

208

…bersembahyang dan

menjalankan masakan

Ponggal…

…bersembahyang dan

menyempurnakan upacara

memasak Nasi Ponggal…

Ayat asal tidak gramatis.

209

Pada hari ini juga, mereka akan memasak Nasi Susu dan Nasi Manis (campuran nasi, susu dan gula tebu) dan masakan ini serta segala jenis buah-buahan akan disuapkan kepada lembu yang

kemudiannya akan diarak dengan paluan gendang Cheti di sekeliling kampung.

Pada hari ini juga,  mereka memasak Nasi Susu dan Nasi Manis (campuran nasi, susu dan gula tebu). Masakan ini dan segala jenis buah-buahan disuapkan kepada lembu yang kemudiannya diarak dengan iringan paluan gendang Cheti di sekeliling kampung. Ada banyak akan dalam satu ayat.

Diarak dengan paluan gendang memberi gambaran seolah-olah paluan gendang berarak bersama-sama dengan lembu.

210

Semua anak-anak dara

 

Semua anak dara

 

Semua kata jamak; dengan

demikian anak tidak perlu diulang.

211

Mereka akan bangun seawal

pagi untuk berhias diri…

Mereka bangun pada awal pagi untuk berhias diri … Ayat asal tidak gramatis.

212

Mengeratkan lagi

perhubungan…

Mengeratkan perhubungan lagi… Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja) iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).

213

Di kedua pipinya…

 

Di dua pipinya …

Di kedua-dua pipinya…

 

Dua bererti two

Kedua bererti second

Kedua-dua bererti both

214

citarasa

 

cita rasa

 

Cita rasa, kata majmuk yang dieja terpisah.

215

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang masih diamalkan oleh sesetengah individu bagi tujuan mengisi masa lapang. Congkak sejenis permainan

tradisional Melayu yang masih diamalkan oleh sesetengah individu untuk mengisi masa lapang.

 

Ayat asal tidak gramatis.

216

Seperti melepaskan batuk di tangga Seperti melepaskan batok di tangga Batok ialah alat daripada tempurung kelapa untuk menyauk air dari dalam tempayan apabila mencuci kaki di kaki tangga sebelum naik ke rumah.

217

Untuk Encik Ali, daripada bekerja dengan kerajaan, lebih baik dia berniaga. Bagi Encik Ali, daripada bekerja dengan kerajaan, lebih baik dia berniaga. Untuk —untuk kata kerja

Bagi— untuk kata anama

218

Pihak kastam telah merampas pelbagai jenama rokok…. Pihak kastam telah merampas rokok pelbagai jenama …. Hukum D-M

219

…anggota lain-lain pangkat. …anggota pangkat-pangkat lain. Hukum D-M

 

 

 

Mari membiasakan yang betul

Ayat yang biasa ditulis atau didengar begini, tetapi ayat yang betul begitu.  Kalau saya salah, tolong betulkan.

Bil. Ayat yang biasa didengar Ayat yang betul dan ulasannya
1 Sertaikan kami di Facebook Sertai kami di Facebook (Tiada imbukan i-kan)
2 Mengenai dengan masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi. Mengenai masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi.
3 Di atas Jambatan Pulau Pinang keadaan masih lagi sesak. Di Jambatan Pulau Pinang keadaan masih sesak lagi.
4 Untuk meningkatkan lagi pendapatan para petani. Untuk meningkatkan pendapatan para petani lagi.
5 Di lain-lain lokasi keadaan jalan raya masih lagi sesak. Di lokasi-lokasi lain keadaan jalan raya masih sesak lagi.
6 Saya belum lagi makan. Saya belum makan lagi.
7 Selain itu juga, Timbalan Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Labis. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga turut melawat mangsa banjir di Labis.
8 Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga kepada anak cucu Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke anak cucu. (ke dalam ayat tersebut merujuk kepada masa)
9 Selain daripada Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan. Selain Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan.
10 Menternak baka kambing boer Menternak kambing baka boer
11 Puan Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad. Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad.
12 Encik Tuan Zaidee bin Raja Ismat. Tuan Zaidee bin Raja Ismat (Tuan sudah menunjukkan pangkat keturunan, jadi tidak perlu tambah encik.  Begitu juga dengan gelaran Nik, Engku, Wan, Ungku dan Tengku kurang sesuai jika ditambah Encik sebelum nama mereka. Bagi Tengku pangilannya ialah Yang Mulia Tengku).
13 Cik Che Siti Nurzalina. Che Siti Nurzalina (Che sudah menunjukkan pangkat, mengapa perlu ditambah Cik.  Tetapi kalau dia sudah berkahwin panggil Che Puan Siti Nurzalina atau Puan Che Siti Nurzalina?)
14 Daripada kiriman Azman Mahbob Kiriman daripada Azman Mahbob
15 Dengarlah sebuah lagu daripada persembahan Jay Jay. Dengarlah sebuah lagu persembahan daripada Jay Jay.
16 Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang daripada permintaan Zainon. Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang permintaan daripada Zainon.
17 Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selelebihnya anggota lain-lain pangkat. Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selebihnya anggota pangkat lain-lain.
18 Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala lain-lain pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing. Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala pelajar-pelajar lain mesti berada di dalam kelas masing-masing.
19 Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang anda berurusan. Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang berurusan dengan anda.
20 PIDM melindungi pelaburan anda. Anda tidak perlu memohon dan ianya automatik PIDM melindungi pelaburan. Anda tidak perlu memohon kerana perlindungan adalah automatik.
21 Penghawa dingin Pendingin hawa (Alat tersebut mendinginkan hawa, bukannya menghawakan dingin. Kalau hendak lebih tepat lagi sebut penyaman udara.  Kalau pendingin hawa betul pembeku sejuk juga betul, tetapi mengapa kita sebut penyejuk beku?
22 Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis kami. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan majlis kami lagi.
23 para guru-guru para guru/ guru-guru (para sudah menunjukkan jamak)
24 antara sebab-sebab Antara sebab
25 satu setengah jam satu jam setengan
26 tiap pelajar setiap pelajar / tiap-tiap pelajar
27 daripada sekolah dari sekolah
28 sejak dari semalam sejak semalam / dari semalam
29 demi untuk ibu bapa untuk ibu bapa / demi ibu bapa
30 beberapa penjahat beberapa orang penjahat
32 koleksi lagu-lagu koleksi lagu / lagu-lagu
33 seorang mayat Satu mayat / beberapa mayat
34 sesetengah daripada kek yang dipotong setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong
35 video cakera padat cakera padat video
35 kain batik sutera kain sutera batik
36 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
37 membuang sampah-sarap membuang sampah sarap (sampah sarap adalah kata majmuk, bukannya kata ganda)
38 Bukit-bukau Bukit bukau (kata majmuk, bukau maksudnya lembah)
39 Pusat membeli-belah Pusat beli-belah
40 bergantung kepada guru bergantung pada guru
41 beralaskan dengan bantal beralas dengan bantal / beralaskan bantal
42 persahabatan di antara Rushi dengan Rani persahabatan antara Rushi dengan Rani
43 semangat berkerjasama semangat bekerjasama
44 rakyat yang bersatu-padu rakyat yang bersatu padu
45 saling hormat-menghormati saling menghormati / hormat-menghormati
46 deretan kedai-kedai deretan kedai / kedai-kedai
47 kawasan pendalaman kawasan pedalaman
48 kawasan pengairan di Selat Melaka kawasan perairan di Selat Melaka
48 melawat ke negeri Sembilan melawat ke Negeri Sembilan
49 menghadiri ke majlis menghadiri majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis
50 bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin bapa menghadiahi ibu sebentuk cincin / bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu(selepas menghadiahi mesti orang dan selepas menghadiahkan mesti benda)
51 memasak nasi menanak nasi
51 memasak air menjerang air
52 memakan makanmakan, minum, mandi, mohon, minta tidak memerlukan imbuhan meN.
53 meminum, memakan Minum (kata kerja makan dan minum, mandi serta mohon tidak perlu imbuhan –meN ). Namun begitu imbuhan meN boleh digunakan jika menunjukkan keadaan makan dengan lebih aktif.  Ayat contoh: Mereka pun duduk memakansarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan waktu, belanja, dan seumpamanya: Contohnya, mengambil: Projek ini tentulah memakan belanja lebih daripada satu ribu ringgit; pelayaran itu memakan masa selama lapan minggu;

Imbuhan meN- patut digunakan dalam keadaan memohon meminta (lebih halus): kami memohon maaf atas kesilapan ini.

53 mengunakan ilmu pengetahuan menggunakan ilmu dan pengetahuan (tidak ada kata majmuk ilmu pengetahuan, yang ada ialah ilmu alam, ilmu hitam dan ilmu falak)
54 kebanyakkan kebanyakan
55 pertunjukkan pertunjukan
56 negara yang aman-damai negara yang aman damai
57 gugusan pulau-pulau pulau-pulau / gugusan pulau (gugusan pulau-pulau salah sebab gugusan sudah menunjukkan jamak)
58 pemainan permainan
59 cendikiawan cendekiawan
60 memberi banyak faedah memberikan faedah yang banyak / banyak memberikan faedah
61 mendatangkan banyak masalah mendatangkan masalah yang banyak / banyak mendatangkan masalah
62 Membazir banyak masa Membazir masa yang banyak / banyak membazir masa
63 golongan pelajar-pelajar golongan pelajar / pelajar-pelajar
64 wajar dilakukan oleh kita wajar kita lakukan
65 akan ditulis oleh saya akan saya tulis
66 mesti dibuat oleh kalian mesti kalian buat
67 Azwan akan dianugerahi oleh beta…. Azwan akan beta anugerahi… (untuk kesalahan nombor 64, 65, 66 dan 67 kata; bantu oleh hanya boleh digunakan bagi kata ganti nama diri ketiga: mereka, dia, baginda dan Azman. Contohnya; wajar dilakukan oleh dia/mereka/baginda/Azman)
68 penyalah gunaan penyalahgunaan
69 menjadi orang yang baik / menjadi orang yang berguna) menjadi insan yang baik / menjadi manusia yang baik (orang ialah penjodoh bilangan bagi insan/manusia.  Tetapi mengapa tidak disebut insan asli / manusia asli.  Kalau dalam bahasa Inggeris disebut good person bukan good human being– kesalahan memerlukan pandangan semua)
70 jangan sesekali kita membuat jahat jangan sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan
71 menyanyi bernyanyi
72 majlis menandatangani majlis penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan adalah kata nama)
73 kadang kala kadangkala
74 barang kali barangkali
75 walaubagaimanapun walau bagaimanapun
76 sejak kebelakangan / sejak belakangan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga kedua dua ini adalah sama betul belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya;
77 sejak akhir ini sejak akhir-akhir ini
78 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan. Oleh itu, masalah ini mestilah diselesaikanjusteru bermaksud bahkan, malahan, kebetula, sebaliknya
79 Saya tidak mengejinya, justeru itu, saya memujinya. Saya tidak mengejinya, justeru memujinya.Justeru bermaksud: sebaliknya, malahan, bahkan dan kebetulan (Kamus Dewan Edisi ke-3)
80 barisan panel hakim-hakim panel hakim / barisan hakim / hakim-hakim
81 telah mereka sediakan telah disediakan oleh mereka
82 jalur lebar berkualiti tinggi jalur lebar berkelajuan tinggi / jalur lebar yang tinggi kelajuannya.
83 Empangan kuasa hidroelektrik Bakun Empangan kuasa elektrikhidro Bakun
84 mini kalkulator kalkulator mini
85 Persatuan Ibu Bapa dan guru Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru / Persatuan Ibu Bapa dan para guru
86 pasaraya pasar raya
87 bandaraya bandar raya
88 kesimpulanya kesimpulannya
89 oleh yang demikian oleh hal yang demikian
90 kerinting keriting
91 kontijen kontinjen
92 Pasukan  peninju negara telah memenangi dua pinggat emas. pasukan petinju negara telah memenangi dua pinggat emas.
93 Karangan contoh Contoh karangan
94 sekawan gajah-gajah sekawan gajah / gajah-gajah
95 adik beradik adik-beradik
96 ilmu mempertahankan diri ilmu pertahanan diri / ilmu untuk mempertahankan diri
96 tujuh setengah tahun tujuh tahun setengah
97 tiga  suku tahun tiga tahun suku
98 Sekumpulan perompak-perompak Sekumpulan perompak / perompak-perompak
99 Jatidiri Jati diri
100 Terngadah Tengadah
101 sesetengah remaja-remaja sesetengah remaja / setengah-setengah remaja
102 Sebuah  sungai Sebatang  sungai
103 Di  dalam mesyuarat Dalam  mesyuarat
104 Pada  masa kini Kini / pada masa ini
105 baju baru baju baharu
106 alatulis alat tulis
109 gambarajah gambar rajah
110 telah dihantar oleh kita telah kita hantar
111 telah adik lakukan telah dilakukan oleh adik
112 sekaligus sekali gus
113 baju kemeja panjang lengan baju kemeja berlengan panjang
114 anti penjajah antipenjajah
115 cintakan tanahair cinta akan tanah air
116 urusniaga urus niaga
117 pilihanraya pilihan raya
118 senarai nama-nama senarai nama
119 setia-setiausaha setiausaha-setiausaha
120 urusetia urus setia
121 keretapi kereta api
122 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
123 media masa media massa
124 kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Justeru Sepatutnya Akan tetapi, Namun begitu, Justeru itu (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
125 Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat: Kita adalah saling memerlukan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing)
126 memberi kasih sayang memberikan kasih sayang
127 Ini menunjukkan….. Hal/ Perkara ini menunjukkan
128 Ini kerana Hal ini demikian kerana
129 mempunyai banyak pilihan mempunyai pilihan yang banyak
130 ialah di Sarawak adalah di Sarawak
131 ialah untuk Ali adalah untuk Ali
132 Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
134 memperbaiki membaiki / memperbaik.
135 Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Ia penting untuk mengawal demam denggi. Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Kempen tersebut penting untuk mengawal demam denggi./ Kempen membanteras nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan kerana kempen tersebut dapat mengawal demam denggi.
136 Oleh kerana hujan Oleh sebab hujan
137 di kalangan dalam kalangan
138 Sehubungan itu,… Sehubungan dengan itu,…
139 Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini. Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini.
140 Tambahan pula, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar. Selain itu, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar, tambahan pula jika sistem perparitan di bandar itu tersumbat banyak. (tambahan pula tidak sama dengan selain itu dan di samping itu.  Oleh sebab itu, tambahan pula tidak boleh digunakan untuk isi baharu atau di pangkal perenggan)
141
  • Cili sos
  • Mini perpustakaan
  • Zaleha Restoran
  • Jaya Klinik
  • Sos cili
  • Perpustakaan mini
  • Restoran Zaleha
  • Klinik Jaya
142
  • mereka-mereka
  • semua kereta-kereta
  • para-para pelajar
  • empat orang abang-abang
  • mereka
  • semua kereta
  • para pelajar
  • empat orang abang
143
  • Raziz suka durian
  • sambil lewa
  • Raziz suka akan durian
  • sambalewa
Perkara yang saya kemukakan di atas adalah pandangan peribadi hasil pengalaman mengajar dan belajar bersama rakan-rakan. Sebarang komen amat dialu-alukan supaya kita dapat mempertingkat kemahiran berbahasa.

PENGIMBUHAN AWALAN MEN-PADA KATA PINJAMAN

k

komersial – mengkomersialkan

komunikasi – mengkomunikasikan

kafir – mengkafirkan

konsepsi – mengkonsepsikan

kategori – mengkategorikan

korporat – mengkorporatkan

kritik – mengkritik

koordinasi – mengkoordinasikan

kuantifikasi – mengkuantifikasikan

komputer – mengkomputerkan

kredit – mengkreditkan

klasifikasi – mengklasifikasikan

kristal – mengkristalkan

kuantiti – mengkuantitikan

p

pamer – mempamerkan

personifikasi – mempersonifikasikan

plaster – memplaster

polemik – mempolemikkan

politik – mempolitikkan

popular – mempopularkan

s

servis – menservis

simulasi – mensimulasikan

stabil – menstabilkan

standard – menstandardkan

steril – mensteril

swasta – menswastakan

syampu – mensyampu

syariat – mensyariatkan

syelek – mensyelek

syarat – mensyaratkan

sabotaj – mensabotajkan

syukur – mensyukuri

syarikat – mensyarikatkan

struktur – menstrukturkan

skru – menskru

syirik – mensyirikkan

t

tabligh – mentablighkan

tadbir – mentadbir

tafsir – mentafsirkan

takdir – mentakdirkan

taksir – mentaksirkan (melalaikan)

takrif – mentakrifkan (mendefinisikan)

takwil – mentakwilkan

talkin – mentalkinkan

takbir – mentakbirkan (mimpi)

tauhid – mentauhidkan

tauliah – mentauliahkan

terjemah – menterjemahkan

tradisi – mentradisikan

transformasi – mentrasformasikan

transkripsi – mentranskripsikan

transliterasi – mentransliterasikan

PENGIMBUHAN AWALAN MEN-PADA KATA BAHASA MELAYU ASLI

k ng

P M

kerja – mengerjakan

ke tengah – mengetengahkan

kalung – mengalungkan

kusut – mengusutkan

kagum – mengagumkan

kecewa – mengecewakan

kalah – mengalahkan

karang – mengarang

kilang – mengilang

kotor – mengotorkan

kecuali – mengecualikan

kerat – mengerat

kaya – mengaya

keluar – mengeluarkan

pandang – memandang

pandu – memandu

panjang – memanjang

pasang – memasang

pasti – memastikan

patuh – mematuhi

pendek – memendekkan

peras – memeras

perlu – memerlukan

pintas – memintas

potong – memotong

puji – memuji

pulau – memulaukan

pusat – memusatkan

s ny

t → n

sakit – menyakitkan

sambung – menyambung

sampai – menyampaikan

satu – menyatukan

sayang – menyayangi

sedia – menyediakan

selimut – menyelimutkan

sembah – menyembah

sembunyi – menyembunyikan

sembur – menyembur

senang – menyenangkan

senduk – menyenduk

serta – menyertai

sidai – menyidai

sumbang – menyumbang

teliti – meneliti

tusuk – menusuk

tunda – menuda

tentang – menentang

tempa – menempa

tampi – menampi

tambah – menambah

tolak – menolak

tampil – menampilkan

tonton – menonton

terbit – menerbitkan

tanam – menanam

tentu – menentukan

tempuk – menepuk