Langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baharu di negara kita, malahan sejak sekian lama kadar kemalangan di jalan raya yang berlaku di negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia.  Kemalangan tersebut telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa, terutamanya kemalangan yang melibatkan penunggang motorsikal dan kemalangan bas. Oleh sebab itu, kerajaan telah melakukan langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini. Contohnya, semasa musim perayaan Hari Raya baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan operasi yang dikenali dengan ‘Ops Selamat’

Antara langkah yang patut dilakukan ialah undang-undang keselamatan jalan di jalan raya perlu diperketat supaya kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Syarat lulus bagi ujian kelas memandu juga haruslah diperketat. Selain itu, para pemandu diwajibkan menduduki peperiksaan setiap dua tahun untuk menyegarkan ingatan dan membiasakan mereka dengan kemahiran yang diajarkan dalam kelas memandu dahulu. Keadaan kenderaan seperti tidak berlampu dan sistem brek yang rosak merupakan antara  penyebab utama kemalangan di jalan raya. Oleh itu, para pemandu perlu sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik sebelum digunakan, khususnya untuk perjalanan yang jauh. Sehubungan dengan hal itu, pihak kerajaan haruslah mewajibkan pemilik  kenderaan menghantar kenderaan ke Puspakom untuk diperiksa setiap tahun dan mengenakan denda terhadap mereka yang mengingkarinya.

Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku sejak belakangan ini adalah berpunca daripada sikap pemandu yang suka memandu  melebihi had laju yang ditetapkan. Dalam hal ini, had laju yang sedia ada wajar dikurangkan, khususnya di kawasan lebuh raya, walaupun sesetengah pemandu sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi apabila suatu peraturan itu telah ditetapkan, mereka harus mematuhinya.

Denda juga harus dikenakan terhadap pengguna yang memandu melebihi had yang ditetapkan. Jika seseorang pemandu itu didapati melakukan kesalahan yang sama lebih daripada dua kali, maka lesen memandu mereka perlu digantung. Tindakan ini sudah pasti akan dapat membuka mata pengguna-pengguna lain. Sikap tidak mengambil peduli akan keselamatan diri dan juga keselamatan pengguna yang lain semasa di jalan raya dalam kalangan pengguna selama ini pasti akan terhakis apabila amaran menggantung lesen memandu mereka dikeluarkan.

Pengguna juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya oleh pihak tertentu, bak kata pepatah,’ janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah’ kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi, kerana nasi sudah pun menjadi bubur.

Advertisements

Mari semak (yang sudah disemak)

Ayat bercetak tebal dalam petikan di bawah mungkin ada kesalahan dan mungkin tidak ada kesalahan.  Jika anda merasakan ayat tersebut ada kesalahan, sila beri cadangan untuk membetulkan ayat itu.

Catatan:  Perkataan atau ayat bertulis condong adalah pembetulan yang dicadangkan.

Cari punca (punca-punca) masyarakat kurang minat (berminat) membaca

2011/02/18

MINAT masyarakat kita terhadap bahan bacaan kini lebih terarah kepada bidang sukan dan selebihnya (terarah kepada) bidang politik dan hiburan. Tidak kira apa bahan pun yang dibaca (tidak/tanpa mengira bahan yang dibaca), perkara (yang) penting adalah (ialah) minat masyarakat terhadap bahan bacaan yang semakin meningkat.

Usaha untuk melahirkan kelompok masyarakat yang gemar membaca mestilah dilakukan secara bersepadu. Menyemai minat suka membaca bukan hanya harus dipikul oleh sekolah dan kerajaan menerusi pelbagai slogan tetapi ia (usaha tersebut) juga memerlukan pembabitan ibu bapa.

Ibu bapa mesti menunjuk (menunjukkan) teladan agar anak berminat untuk membaca. Mereka (bukan sahaja- sebab ada kata malah) mesti membeli bahan bacaan sesuai (bacaan yang sesuai) untuk anak, memberi peruntukan (menyediakan wang yang secukupnya), memantau apa (memantau buku/bahan) yang dibaca malah (mesti) membawa anak ke perpustakaan.

Untuk merealisasikan hasrat murni iaitu amalan membaca (untuk merealisasikan hasrat murni, iaitu menggalakkan masyarakat membaca), percubaan mesti dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan sambutan (terhadap) perpustakaan bergerak. Kita tidak tahu berapa ramai penduduk setempat (yang) berminat untuk meminjam buku jika ada perpustakaan bergerak.

Kepentingan perpustakaan bergerak adalah untuk memudahkan urusan pinjaman (urusan peminjaman) buku. Bagi suri rumah yang sibuk dengan urusan rumah tangga, perpustakaan bergerak akan memberi peluang kepada mereka mengenali dan memperoleh buku selepas dibuat pilihan (selepas membuat pilihan).

Oleh itu, kebimbangan kita terhadap segala lapisan masyarakat yang tidak gemar membaca perlu dicari puncanya. Jika kita gemar memerhati gelagat orang di stesen bas daripada membaca, kita juga mesti menghurai (kan) puncanya.

Di sesetengah kedai makan (kedai makanan) di negara kita sudah ada yang menyediakan bahan bacaan untuk pelanggan. Bahan bacaan itu diletak di rak, tetapi tidak pula diketahui berapa ramai yang membacanya?

Jika semua memahami ‘membaca adalah jambatan ilmu’ (tak perlu tanda baca ‘…….’ ), eloklah (di) pupuk minat membaca.

Mari semak ayat di akhbar

Program belia bendung gejala sosial 

2011/02/18

Sila semak frasa atau ayat yang bercetak tebal dalam petikan di bawah ini. Sekiranya ada sebarang kesalahan, sila beri cadangan anda.

SARANAN isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar golongan belia menguasai kemahiran berpotensi bagi membolehkan mereka mempunyai daya kelangsungan untuk menghadapi arus pembangunan yang semakin mencabar amat signifikan dalam arus pembangunan negara. Ia juga selari dengan pembinaan modal insan yang diinginkan daripada setiap rakyat negara ini.

Golongan belia wajar menggunakan usia muda untuk menimba ilmu dan kepakaran kerana mereka mempunyai kuasa untuk mencipta serta melakukan transformasi negara ke tahap paling tinggi pada masa hadapan.

Pentingnya belia menimba ilmu, menguasai kepakaran dan kemahiran kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan memartabat dan mendaulatkan negara.

Di samping itu, ia bertujuan mewujudkan belia yang berilmu dan bermaklumat dan bertekad tinggi ke arah pembangunan diri dan negara. Nilai positif yang ada pada diri anak muda adalah asas utama kepada kepemimpinan mapan masa depan.

Golongan belia perlu mengikis sikap membuat kerja sambil lewa bagi memastikan dapat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi serta dipandang tinggi masyarakat.

Teori perkembangan kerjaya membuktikan jika individu mempunyai matlamat dalam hidup dan melakukan sesuatu perkara dengan tekun, dedikasi serta komitmen tinggi, pasti menjadi semakin mahir dan berjaya dalam kerjanya.

Negara sentiasa memberi fokus dalam membangun modal insan dalam kalangan anak muda. Justeru, program seperti latihan kepimpinan, bina semangat dan jati diri sentiasa dilaksanakan.

Di samping menyediakan belia dengan kemahiran dan pengetahuan, ia juga memberi kesedaran bahawa kerajaan mengambil berat mengenai peranan mereka dalam membangunkan negara ini.

Anak muda perlu bijak mengambil peluang menjayakan pelbagai aktiviti program belia yang bermanfaat. Program Kem Perkasa Remaja Siri II, contohnya, dapat membantu FELDA menangani masalah sosial dan melahirkan generasi baru yang lebih produktif dan sentiasa berdaya saing, kreatif dan berinovasi.

Program Kem Perkasa ini sangat relevan diadakan ketika berleluasanya gejala sosial kerana melalui aktiviti yang dianjurkan berupaya menyedarkan dan memahatkan anak muda dengan semangat patriotik dan cintakan negara. Ini sangat penting dalam memastikan kemakmuran dan perpaduan yang dinikmati negara selama ini akan tetap terpelihara.

Latihan minggu ke-8

Bahasa Malaysia Tingkatan 2: Latihan Minggu Ke-8  (Sambungan Latihan Minggu ke-7)

Sila garis kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut dan tulis pembetulan di dalam ruangan yang disediakan.

  1. Rupa anak lembu yang cacat itu sungguh pelik, badannya besar kecuali kakinya kecil. (_tetapi__)
  2. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan pada tahun 2010. (__Beribu-ribu__)
  3. Setengah remaja suka melepak di kafe siber dan di pasar raya. ____Sesetegah/ setengah-sesetengah____)
  4. Penghawa dingin berjenama Panasonic sangat laris di pasaran. (__penyaman udara/ pendingin___)
  5. Tilam itu dibuat dari getah asli. (_____daripada_____)
  6. Setiap orang pelajar mesti menyertai ketiga-tiga jenis aktiviti kokurikulum. (___setiap____)
  7. Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat. (_____lazat benar_____)
  8. Ibu mengambil upah jahit baju kurung. (____menjahit____)
  9. Setiap pelajar mesti tumpukan perhatian semasa dalam kelas. (___menumpukan______)
  10. Cerpen itu telah dikarang oleh saya. (_____telah saya karang________)
  11. Projek itu mesti dijalankan oleh kalian. (___mesti kalian jalankan___)
  12. Kamu berasal dari manakah ? (____mana__)
  13. Bila ayah akan pulang ? (_________Apabila______)
  14. Kucing itu tidur dibawah meja. (____di bawah________)
  15. Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak. (__teladan_)
  16. Kucing itu mati. la dilanggar lori. (____mati kerana,____________)
  17. Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (___mereka_____)
  18. Tiap pelajar harus berdisiplin. (____setiap/ tiap-tiap_____)
  19. Sudah dua suku jam dia menunggu. (______dua suku jam______)
  20. Harga baju itu tiga setengah ringgit. (__tiga ringgit setengah______)
  21. Kita mesti hormat guru. (_____menghormati/ hormat akan_____)
  22. Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (__dengan________)
  23. Abang sudah pergi pejabat. (____pergi ke ___________)
  24. Ucapan itu dari Encik Jamal. (____daripada_____)
  25. Buku itu ada dengan Sheila. (_____pada___)
  26. Encik Azman sudah berpindah di Kelang. (___ke______)
  27. Pasu itu terhempas di tanah. (___ke___)
  28. Di waktu petang, saya membantu ayah mencuci kereta. (____pada_______)
  29. Dia kata kepada saya. (___berkata_________)
  30. Dia senyum kepada saya. (_____tersenyum_____)
  31. Ahmad tendang bola itu. (______menendang______________)
  32. Apakah benar ceritamu itu? (______Adakah__________)
  33. Apakah Ali datang semalam? (___Adakah__________________)

Kelemahan sistem pendidikan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kelemahan-kelemahan sistem pendidikan yang terlalu mementingkan peperiksaan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan untuk menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Namun, kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan daya ketahanan untuk menghadapi cabaran. Sehubungan dengan itu, hasrat Kementerian Pelajaran untuk mencari pendekatan baru pendidikan bagi mengurangkan ujian dan peperiksaan yang dianggap tidak praktikal lagi. Diterima baik oleh masyarakat. Melalui pemantauan yang dilakukan telah didapati sistem yang terlalu mementingkan peperiksaan tidak sesuai lagi kerana tidak menguji kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan pelajar dan guru.

Sistem pendidikan yang baru akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di sekolah-sekolah tertentu. Sistem ini akan diuji keberkesanannya selama lima tahun, kemudian barulah ditentukan sama ada sistem baru tersebut akan diperluas ke semua sekolah atau tidak. Dalam proses tersebut penambahbaikan akan dilakukan terhadap mana-mana kecacatan supaya pelaksanaannya benar-benar berkesan. Sistem pendidikan juga memerlukan perubahan kurikulum, buku teks dan perubahan lain-lain. Kini, guru bimbang untuk menggunakan kaedah lain-lain kerana takut terkeluar daripada ketetapan Kementerian Pelajaran akibatnya, motivasi pelajar merosot kerana dipaksa belajar mengikut jadual waktu, bukannya mengikut minat mereka seperti yang sepatutnya.

Sesungguhnya, kita menyedari kesan nyata daripada kepincangan sistem pendidikan negara ialah wujudnya fenomena pengangguran dalam kalangan siswazah akibat tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka peroleh. Masalah itu berlaku kerana sistem pendidikan dikekang birokrasi sehingga sukar berubah. Jelaslah sistem pendidikan yang ada sekarang, melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir. Kesannya, pelajar berlumba-lumba pergi ke kelas tuisyen dan meninggalkan saat-saat indah bersama keluarga dan mengabaikan aktiviti-aktiviti beriadah dan aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat pula berpandangan bahawa hanya mereka yang memperoleh pangkat A dalam setiap pelajaran sahaja pelajar yang cemerlang, tetapi pelajar yang gagal dalam peperiksaan dianggap gagal dalam segala-galanya. Hal ini telah menyebabkan para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehingga hilang keseronokan belajar. Kini segala-galanya terpulang kepada ahli-ahli akademik dan para pemikir pada peringkat tertinggi untuk mengenal pasti sistem pendidikan baru yang sesuai diamalkan.

 

  1. Berikan maksud menguji kemampuan dalam petikan. [2 markah]
  2. Apakah tahap-tahap yang perlu dilakukan untuk menilai sistem baru pendidikan sebelum sistem tersebut dapat dilaksanakan di semua sekolah? [4 markah]
  3. Kebanyakan pelajar sekarang lemah dalam aspek sahsiah dan kurang mahir berkomunikasi walaupun mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran.  Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Latihan Tatabahasa Minggu ke-7 2012

Bahasa Malaysia Tingkatan 2: Latihan Minggu ke-7

Sila garis kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut dan tulis pembetulan di dalam ruangan yang disediakan.

  1. Sungguhpun Pak Ali sungguh miskin. Namun, kesemua orang anaknya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. (____kesemua anaknya_____, __hingga____)
  2. Manakala, mangsa banjir patut kerjasama dengan pihak berkuasa supaya proses pemindahan  mangsa banjir berjalan dengan lancar. (___Dalam pada itu_/ sementara iyu___ ,   ____________________)
  3. Malah, remaja mesti pandai memilih rakan kerana mereka mudah terpengaruh. (___Dalam pada itu, ____)
  4. Ibu bapa mesti memberi kasih sayang kepada anak-anak. (_____…mesti menyayangi anak-anak_______)
  5. Ini menunjukkan masyarakat pada hari ini kurang prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. (__Hal ini__  _)
  6. Kini pelbagai aktiviti kokurikulum yang para pelajar boleh sertai, mereka mempunyai banyak pilihan. (__banyak mempunyai pilihan / mempunyai pilihan yang banyak__ )
  7. Ketua kelas Dua Amanah adalah Junid. (___ialah Junid_____)
  8. Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya adalah menguatkuasakan undang-undang. (_________________________)
  9. Satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. (_____________________,      ____________________)
  10. Selain daripada itu, untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak ibubapa mestilah rajin membaca supaya dapat menjadi contoh terbaik bagi anak-anak. (________________________, ______________________, ____________________________)
  11. Sehubungan itu, semua pihak mestilah berkerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut. (____________________________________________)
  12. Oleh kerana hujan lebat, maka latihan bola sepak pada petang itu telah dibatalkan. (_________________________)
  13. Gempa bumi adalah bencana alam yang berlaku secara semula jadi. (__________________________)
  14. SMK Cochrane adalah di antara sepuluh buah sekolah yang terbaik di Kuala Lumpur. (__________________________)
  15. Baju kakak Limah kotor sebab terkena cili sos yang tertumpah. (_____________________________)
  16. Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi yang paling tertinggi sekali di Asia Tenggara.  (_______________________________________)
  17. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan dapat menyerikan lagi majlis ini. (______________________________________)
  18.  Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya. (___________________________________)

Kepentingan menghayati Rukun Negara

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan menghayati Rukun Negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak di bangku sekolah lagi telah kita telah dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan Negara dalam menyatupadukan rakyat. Walau bagaimanapun, kini penghayatan Rukun Negara semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apabila mereka menempuh alam dewasa.

Antara punca yang menyebabkan  gejala sosial dalam kalangan remaja semakin meningkat sejak belakangan ini adalah sebab penghayatan terhadap Rukun Negara yang kurang. Bagi mengingatkan rakyat tentang kepentingan mempertahan prinsip-prinsip Rukun Negara, kerajaan telah melancarkan Kempen Menghayati Rukun Negara. Semangat Rukun Negara yang telah tersemadi dalam sanubari rakyat sejak lebih 35 tahun dahulu perlu dikekalkan terus. Penghayatan Rukun Negara amat penting kerana mampu mendidik seseorang supaya menghormati kaum-kaum lain. Malah, Rukun Negara dapat mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan bertoleransi bagi mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

Lima prinsip Rukun Negara yang merangkumi pelbagai aspek dalam masyarakat adalah pemangkin keamanan dan kerharmonian negara. Rukun Negara juga mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif selain bersifat terbuka terhadap cara hidup rakyat pelbagai kaum.  Rukun Negara juga dapat mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama kerana lima prinsip Rukun Negara sebenarnya adalah saling lengkap-melengkapi.

Prinsip  kepercayaan kepada Tuhan mampu menerapkan kepercayaan beragama yang boleh mengukuhkan ikatan pelbagai kaum di Malaysia serta melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang padu. Rukun Negara juga mendidik kita menjunjung tinggi nilai kesetiaan kepada Raja dan negara kerana Raja adalah lambang perpaduan negara.  Tidak kurang pentingnya Rukun Negara juga mendidik kita supaya menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Negara.

Kejadian tidak menghormati institusi beraja dan mengheret  institusi  raja ke dalam kemelut politik yang kian meningkat dewasa ini adalah berpunca daripada sikap segelintir pihak yang tidak menghayati Rukun Negara. Oleh itu,  usaha untuk memastikan rakyat menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara sepanjang masa merupakan langkah tepat dan perlu melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud semakin terhakis dari jiwa dalam petikan. [2 markah]
  2. Apakah perkara-perkara yang telah berlaku akibat  sikap masyarakat yang tidak menghayati semangat Rukun Negara? [4 markah]
  3. Masyarakat sekarang semakin kurang menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]