TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN

Novel ini mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.

Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.

Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.

Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya  melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.

Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.

Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.

 

TEMA

  • Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. Situasi yang menyokong tema tersebut ialah;
  • Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus.
  • Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera,Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani  dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Persoalan sesebuah karya tidak terhad; antara persoalan novel Tawanan Komander Caucasus ialah;

Bil Persoalan Contoh
1.       Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agama Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

 

2.         Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang keturunan atau darjat seseorang Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia
3.         Keberanian mengadapi cabaran Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat
4.         Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri. Komander Caucasus endendami manusia  kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia.  Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.
5.         Bekerjasama dalam menentang kejahatan/kezaliman Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander Causasus yang zalim.
6.         Semangat setia kawan yang tinggi membawa kebaikan bersama

 

Atas semangat setia kawan Haikal, Devnath dan Wei sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk mencari Farhani yang telah hilang semasa mencari kumbang.
7.         Keberanian menentang kekejaman/ kezaliman

 

Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.
8.         Rasa bersalah akibat kesombongan diri

 

Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini.  Mujurlah rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasu-
9.         Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.
10.     Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain.

 

Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang
11.     Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai orang lain Komander Caucasus telah menawan damengurung Kim Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia
12.     Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. –  Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.
13.     Sesetengah kejadian alam bersifat misteri hingga tidak terjangkau oleh akal manusia Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan manusia bahawa adanya alam lain. Dalam keadaan tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan pelik.
14.     Kepatuhan/kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpin Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan pemimpin.  Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra.
15.     Kesungguhan mempertahankan budaya dan warisan bangsa. Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya berbangga dengan warisan mereka.  Dia yang mahir pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian tradisional mereka baju kebaya.
16.     Toleransi / saling memahami antara kaum Devnath dan Wei  bertoleransi/memahami punca kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

 

Watak dan perwatakan

-watak ialah termasuk latar belakang watak dan perwatakan merupakan sikap/sifat watak.

Farhani -Watak utama-13 Tahun

  • Anak bongsu dari enam orang adik-beradik
  • Mempunyai tiga orang abang dan dua orang kakak.
  • Murid tingkatan 1 Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana.
  • Bapanya kerja sebagai renjer hutan manakala ibunya sebagai suri rumah
Perwatakan Farhani Contohnya
1.    Cekal dan tabah Farhani cekal dan tabah menempuh semua dugaan dan rintangan yang dilaluinya semasa menjadi tawanan Komander Caucasus
2.    Penyayang Farhani amat menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya
3.    Bertanggungjawab Farhani bertanggungjawab mencari kumbang.  Dia berusaha mencari kumbang seperti yang ditugaskan oleh Cikgu Salimah untuk menjayakan projek zoo mini di sekolahnya
4.    Bijaksana / bijak

– Dapat menerangkan habitat / lokasi kumbang ketika Chea Mei Cikgu Salimah.

– Farhani bijak menyusun strategi untuk menumpaskan tentera kumbang Komander Caucasus, dia menggunakan cecair Endosulfan untuk untuk menewaskan  tentera Komander Caucasus

5.    Prihatin/bersimpati terhadap orang lain Farhani rela membantu Dara Merah membebaskan Puteri Coleoptra, Bara serta rakan-rakan kumbang yang lain daripada tawanan Komander Caucasus.
6.    Taat kepada ibu bapa Farhani meminta kebenaran daripada ibunya, Puan Asmah sebelum pergi mencari Kumbang di dusun datuknya.
7.    Berani

Farhani berani masuk ke dalam rumah usang seorang diri walaupun menyedari bahawa tindakannya itu mungkin berbahaya serta engancam keselamatan nyawanya.

8.    Mengenang  budi

Farhani mengucapkan erima kasih kepada Puteri Coleoptra yang elah menyelamatkan dia dan empat orang rakannya daripada tawanan Komander Caucasus da natal layanan baik Coloeoptra sepanjang mereka berada di dalam dimensi kumbang.

9.    Rajin

Farhani Rajin melayari Internet untuk mengakses laman sesawang yang berkaitan dengan kumbang untuk mencari maklumat tambahan tentang pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya untuk keperluan projek Sainsnya.

10. Bijak menyimpan rahsia

Farhani merahsiakan cerita sebenar yang dilalui oleh mereka  semasa menjadi tawanan kumbang kerana ingin mengelakkan perkara yang lebih buruk mungkin akan berlaku.

Haikal – Watak sampingan

  • Seorang yang berani- bertindak untuk mendapatkan sesuatu kebenaran- Berani pergi ke rumah using pada waktu malam- Haikal mengajak Devnath dan Wei kembali semula ke rumah using pada waktu malam semata-mata untuk menjejaki kehilangan Farhani
  • Seorang yang rasional- Rasional dalam melakukan sesuatu tindakan-Haikal meminta Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei hanya menunggu di luar rumah usangdemi keselamatan mereka sementara dia, Devnath dan Wei meninjau keadaan di dalam rumah itu
  • Seorang yang prihatin dan mengambil berat – Prihatin dan mengambil berat terhadap masalah orang lain.Kita mestilah prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang lain
  • Prihatin -Haikal menziarahi ibu Kim Yong, rakan sekelasnya dirumahnya kerana Haikal turut bersimpati dan berkongsi kesedihan tentang kehilangannya Kim Yong.

Devnanth dan Wei

  • Rakan sekelas Farhani
  • Devnath merupakan anak lelaki tunggal dan anak bongsu dari empat adik
  • Bapanya bernama Ramakrishnan yang merupakan pesara pegawai tentera tetapi telah meninggal
  • Mereka berdua mempunyai sifat setia kawan yang tinggi, seorang yang insaf dan sedar, menepati janji, menghormati adat resam dan agama orang lain

Mira dan Chea Mei

  • Rakan sekelas Farhani
  • Chea Mei berbangsa baba nyonya dan nama penuhnya ialah Ren Chea Mei
  • Bapa  Chea Mei bernama James Ren dan beliau bersikap tegas
  • Bapa Mira bernama Encik Zainal dan ibunya bernama Puan Mariah
  • Mereka mengamalkan semangat  kerjasama
  • Mira mempercayai kepercayaan tahyul
  • Chea Mei pula jujur dalam kata-kata

 Cikgu Salimah

  • Guru Sains dan Guru Tingkata 1 Arif
  • Berumur 25 tahun
  • Mempunya sikap tanggungjawab, berpendirian tegas, penyabar, inovatif, baik hati

Bara dan Dara Merah

  • Merupakan kumbang yang sangat patuh dan sangat setia terhadap puteri Coleoptera
  • Berani mempertahankan puteri Coleoptera

 

LATAR

Latar Masa

Contohnya,

1.       Pukul 2:30 petang sewaktu Mira keluar dari rumahnya dan terus menuju  ke dusun untuk mencari kumbang bersama Farhani
2.       Pukul 3:00 petang Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun milik datuknya
3.       Pukul 5:30 petang Sewaktu Mira bersungut sendirian apabila dia mendapati kelibat sahabatnya,Farhani dan Chea Mei belum kelihatan di pinggir dusun milik datuknya
4.       2 jam

Mira dan Chea Mei menunggu kehadiran Farhani  selama enagi 2 jam

5.       Waktu malam

Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan ‘ dari tangan Farhani

6.       Pukul 8:00 malam Sewaktu ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik Adam
7.       Waktu petang

Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah petang

 LATAR TEMPAT

Latar tempat Contohnya
1.       Rumah Kim Yong

Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim yong

2.       Halaman rumah Kim Yong Tempat terbinanya zoo mini  kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang
3.       Rumah Farhani Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di sana
4.       Rumah Chea Mei, Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren
5.       Rumah Usang

Tempat Haikal,Wei, dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana

 

LATAR MASYARAKAT

Latar Masyarakat Contohnya
1.Masyarakat penyayang Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya
2.Masyarakat yang rajin menimba ilmu sains Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.
3.Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.
4.Masyarakat yang prihatin terhadap keselamatan murid-murid sekolah Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong.  Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.
5.Masyarakat yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.
6.Masyarakat berbilang kaum dan agama yang bersahabat baik dan saling menghormati Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik.  Mereka sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang sama.  Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal  yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Gaya Bahasa & Unsur Bahasa

Diksi (Pemilihan kata/Istilah)

  1. a) Nama-nama saintifik pelbagai spesies kumbang:
    • Lampyridae, Chalcosoma Caucasus, Coccinellidae. Weevil, Chrysomelidae
    • Cicindelidae
  1. b) Terdapat juga penggunaan diksi daripada pengaruh enagi arab
  • Insya-Allah, Alhamdulillah, Assalamualaikum
  1. c) Penggunaan enagi istana
  • Tuanku, Majlis pertabalan, Beta

Ayat

  1. a) Ayat-ayat pendek:
  • Masing-masing terdiam,
  • Farhani kaget
  • Kim Yong tersenyum
  1. b) Ayat-ayat sederhana:
  • Mereka kagum dengan landskap yang menghiasi halaman
  • Dia seakan-akan berjalan atas lautan luas
  • Air itu diidi di dalam tempurung kelapa
  1. c) Ayat-ayat panjang:
  • Ada yang berwarna merah dengan enagi hitam di belakangnya, ada yang bersaiz panjang berwarna seakan-akan warna kayu yang reput, ada yang mempunyai sesungut yang panjang dan tajam serta berwarna kebiru-biruan, dan paling menarik ada yang kelihatan bercahaya-cahaya di kepaknya
  • Tidak ada bunga-bungaan yang memenuhi dewan sebaliknya ruang itu dihiasi dengan daun-daunan dan meja enagi yang dipenuhi buah-buahan yang lazat

Peribahasa

  1. a) Simpulan bahasa:
  • Cikgu Salimah memang pilih kasih
  • Buah tanganyang dibawa segera dihulurkan kepada tuan rumah
  • “Jangan ambil hati dengan kata-kata Akmal
  • …berasa malu dengan sikap anak terutamanya yang panas baranitu.
  • ….nila setitik rosak susu sebelanga
  • …..Ringan tangan
  • …Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit

 b) Perumpamaan, pepatah, bidalan:

  • Sudah gaharu cendana pula.
  • Umpama nila setitik rosak susu sebelanga.
  • Seperti seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.
  • Berpantang maut sebelum ajal.
  • Bapa borek anak rintik.

Simile (Perumpamaan)

  • Rumah besar sepertimahligai itu memang sunyi.
  • Tiba-tiba sahaja Puan Lee meracau-racau sepertiorang hilang akal.
  • Dia merasakan dirinya umpamaduduk dalam keranda.

Personifikasi (Sifat manusia pada perkara lain)

  • Rasa bangga menjengah seketika.
  • Perasaan gementar tiba-tiba sahaja menyelinap dalam hati.
  • Itu pun kalau maut masih belum menjengahnya.

Metafora (Perbandingan secara terus)

  • Tiada istilah takut dalam kamus hidupnya.
  • Wajah kotasemakin jauh ditinggalkan.

Hiperbola (Ungkapan keterlaluan)

  • Kata-kata Encik Adnan mematikan idea Puan Asmah.
  • Angin petang yang dingin dan nyaman sekali- sekala siggah menggigit kulit lengannya yang terdedah.
  • Tipu daya yang merasuk jiwanya.

Paradoks (Bertentangan dengan keadaan yang sepatutnya)

  • Airnya jernih tetapi rasanya manis sekali.
  • Devnath megangguk-angguk manakala Haikal diam saja.

Sinkope

  • Takmustahil…” Devnath pula bersuara,

.       “Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja…”

Inversi (ayat songsang)

  • Mengigatkan hal itu, Cikgu Salimah tersenyum sendiri.
  • Perlahan-lahan Bara melepaskan cengkamannya.

…garau suara

Repetisi (Perulangan)

  • HilangHilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?
  • Kianjauh ke bawah, kian gelap suasana.

Perlambangan (Imejan)

  • Ada butiran jernihyang  gugur dari matanya.
  • Mereka mahu dijadikan seperti tikus makmal.

NILAI DAN PENGAJARAN

Nota- Nilai dan pengajaran boleh menggunakan contoh yang sama, kecuali ayatnya yang berbeza.

Nilai Pengajaran Contohnya
1.    Baik hati

 

Kita mestilah bersikap baik terhadap orang lain

– Farhani dan rakan-rakan sekelasnya baik hati kerana mereka tetap menziarahi ibu Kim Yong yang bersedih atas kehilangan anaknya Kim Yong walaupun Kim Yong bersikap sombong

– Farhani baik hati, dia menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang enagi kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.

2.    Kerjasama Kita mestilah bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang masalah

Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

3.    Bertanggung-jawab Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjalankan tugasan yang diberikan

Farhani bertanggungjawab menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sainsnya, iaitu mencari kumbang.

4.    Kesabaran/Ketabahan Kita patut bersabar ketika berhadapan dengan sesuatu cabaran

Ibu bapa Farhani bersabar /tabah berhadapan dengan kehilangan Farhani

5.    Berdikari

 

Kita mestilah berdikari dalam menjalankan sebarang tugasan/ kerja (tanpa mengharapkan bantuan / tanpa bergantung pada orang lain)

Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

6.Kebangaan terhadap warisan bangsa Kita harus berbangga dengan budaya dan warisan bangsa

 

Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya keturunan baba dan nyonya. Dia memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.

7.Hemah tinggi (sopan santung) Kita mesti berhemah tinggi

Puan Asmah berhemah tinggi. Dia melayani Mira dan Chea Mei yang berkunjung ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah.

8.    Keberanian

 

Kita mesti berani mengambil sebarang tindakan supaya beroleh kejayaan

Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina

@ Farhani berani mencari kumbang seorang diri di dalam hutan dan memasuki sebuah rumah yang sudah usang

9.    Kegigihan Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan

Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus

10. Kasih sayang Kita mestilah menyayangi keluarga kita.

Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong sangat menyayangi anaknya. Dia amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya

11. Kerajinan Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal manghadapi satu-satu tugasan.

Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang

12. Kesopanan/

Kesantunan

Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan antung.

Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu sopan enagih, mesra dan ramah

13. Kebijaksanaan Kita hendaklah bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan satu-satu masalah yang berlaku

Farhani melakukan tindakan yang bijak apabila menggunakan ‘Endosulfan’ untuk menewaskan Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus

14. Bersifat pemaaf/ tidak berdendam Kita tidak seharusnya berdendam dengan seseorang yang pernah sombong/ menyakiti kita.

Farhani tidak berdendam dengan Kim Yong, walaupun Kim Yong pernah bersikap sombong terhadapnya. Dia tetap memafkan Kim Yong

15. Kebebasan Kita tidak seharusnya prihatin terhadap kebebasan orang lain

Kim Yong bertekad untuk membebaskan kumbang-kumbang yang terdapat di dalam zoo mininya setelah peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus

16. Saling membantu/ tolong-menolong Kita mestilah saling membantu/ tolong –menolong untuk menyelesaikan masalah

Bara telah menolong Farhani membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus , kemudian Farhani pula membantu Bara menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya

17. Berterima kasih/ Menghargai pertolongan orang lain Kita seharusnya berterima kasih kepada orang yang telah memberikan pertolongan  / menghargai pertolongan orang lain

Puteri Coleoptera menghargai pertolongan Farhani dan rakan-rakannya dalam mendapatkan kuasanya semula. Sebagai penghargaan/ tanda berterima kasih dia menghadiahi Farhani dengan lambing kebesaran kerajaan kumbang.

18. Keinsafan Kita mestilah menginsafi kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu

Kim Yong insaf akan perbuatannya yang sombong dan angkuh selama ini. Dia memohon maaf daripada Farhani.  Dia juga insaf atas tindakannya mengurung kumbang dan mahu membebaskan haiwan itu.

19. Setia kawan Kita mestilah mempunyai semangat setia kawan yang tinggi

Haikal, Devnath dan Wei pergi ker rumah usang  pada waktu malam tanpa memikirkan risiko yang mungkin dihadapi oleh mereka.  Mereka mahu menjejakki Farhani yang hilang atas semangat setia kawan yang tinggi antara mereka

Usaha tangga kejayaan, Semogga berjaya

Advertisements

Novel Meniti Impian : Tingkatan 2 (Osman Ayob)

NOVEL : MENITI IMPIAN (Osman Ayob)

TEMA

Tema novel Meniti Impian ialah keazaman dan kegigihan seorang remaja berusaha mengejar impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Huraian yang mengukuhkan tema tersebut:

  • Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang.
  • Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usaha Zahar membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.
  • Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi,dia tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.
  • Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh Suhaili yang berkelulusan ITM.
  • Setiap nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan bersungguh-sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.
  • Sebelum menghadapi peperiksaan,Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi,dia sudah belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
  • Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan sebagai penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun hanya belajar di IKM.
  • Walaupun hanya membuat latihan dalam loi di ilang tersebut,namun Zahar tetap belerja bersungguh-sunggh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut tetapi dia telah menolaknya.
  • Akhirnya Zahar berjaya memperoleh kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan membina bengkel perabotnya sendiri yang dibina atas tanahnya sendiri bernama Bengkel Meniti Impian.

PERSOALAN

Persoalan ialah isu-isu sampingan dalam cerita.Sesebuah novel atau cerita itu boleh mempunyai banyak persoalan.

  1. Ketekunan/Kegigihan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun /gigih berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.
  2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM
  3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.
  4. Keharmonian hidup masyarakat di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.
  5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.
  6. Kepentingan ilmu dan pelajaran, Contohnya;Setiap kali pulang ke kampung.Zahar tidak pernah lupa menasihati adik-adiknya supaya tidak mengabaikan pelajaran. Walaupun gagal memasuki Tingkatan 6, Zahar meluahkan hasrat untuk memasuki Tingkatan 6 swasta tetapi terbantut kerana kemiskina
  • Tauke Lim berharap agar anak perempuannya yang bercita-cita menjadi akauntan akan lulus dalam peperiksaan SPM
  • Zahar berjaya dengan cemerlang di IKM kerana dia sedar kepentingan menuntut ilmu
  • Pak Yusuf membiayai kedua-dua orang anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.
  1. Persoalan tanggungjawab yang perlu dijalankan
  • Contohnya; Setelah kematian suaminya, Mak Kiah menoreh getah, membuat tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian untuk menyara kehidupan keluarganya.
  • Mak Temah menghidangkan makanan kepada suaminya Pak Yusuf sebagai memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri.
  • Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh imam masjid
  1. Persoalan Kehidupan masyarakat kampung yang sederhana

–  Contohnya Mak Temah menghidangkan hidangan makan tengah har berlaukan gulai ikan talang,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku.

  1. Perpaduan antara kaum
  • Contohnya, Tauke Lim menempah empat buah meja kayu daripada Pak Yusuf setelah dia berpuas hati dengan hasil perabot yang dibuat oleh Pak Yusuf.
  1. Bersabar dengan penghinaan orang
  • Contohnya, .Zahar tetap bersabar dengan sikap Suhaili yang menghina mereka yang berkelulusan IKM yang kononnya akan merempat dan susah untuk mendapat pekerjaan.
  1. Mematuhi peraturan dan disiplin
  • Contohnya, Zahar,Ramli dan rakan-rakannya mematuhi arahan untuk berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal di IKM.
  1. Kegigihan mencari rezeki
  • Contohnya, Mengetahui kesusahan keluarganya, Zahar tetap membantu – pekerjaan ibunya Mak Kiah setiap kali cuti semester.
  • Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf untuk menyara keluarganya.
  1. Memandang rendah orang lain
  • Contohnya, Sikap Suhaili yang memandang rendah kepada Zahar kerana dia sedang belajar di ITM manakala Zahar hanya berjaya menjadi pelatih IKM.
  1. Semangat kesukanan
  • Contohnya, Walaupun telah memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar,pelatih-pelatih IKM Sungai Petani tetap mengawal diri supaya tidak menguris perasaan lawannya.
  • Zahar tidak menganggap bahawa kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani merupakan usahanya sendiri sebaliknya semua ahli pasukannya yang telah membawa kejayaan.

15 Hidup bergotong-royong
– Penduduk kampung bergotong-royong mendirikan bengkel Zahar tanpa mengira terik panas matahari.
– Penduduk kampung bekerjasama apabila adanya kenduri kendara dan mengeratkan hubungan silatulrahim.

Watak dan perwatakan

Watak utama : Zahar

Watak

  • Anak sulung
  • Berusia awal 20-an
  • Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
  • Abang kepada Zakri dan Halim
  • Bapa saudaranya Pak Yusuf
  • Pandai bermain bola sepak
  • Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
  • Lulusan SPM dan IKM
  • Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
  • Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili

Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ….

  1. Seorang yang rajin
  2. Tidak mudah berputus asa
  3. Anak yang baik
  4. Patuh pada arahan
  5. Seorang yang tegas
  6. Seorang yang tekun
  7. Bersikap rasional
  8. Setia kawan
  9. Taat pada printah agama
  10. Tahu membalas budi
  11. Cinta akan kampung halamannya
  12. Berkeazaman tinggi
  13. Berjimat cermat dalam berbelanja
  14. Anak muda yang pandai berdikari

 

Watak sampingan: Pak Yusuf

Watak

  • Bapa saudara Zahar
  • Dalam lingkungan 60-an
  • Kesihatannya baik
  • Mempunyai bengkel perabot
  • Isterinya Mak Temah
  • Dua orang anaknya sedang belajar di universiti

 

Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah

  1. Mengambil berat terhadap anak saudaranya
  2. Seorang yang bertanggungjawab
  3. Seorang yang gigih bekerja
  4. Seorang yang pemaaf
  5. Seorang yang rajin bekerja

Suhaili

Watak

  • Tinggi lampai
  • Berbibir nipis
  • Kulitnya puth kuning
  • Berlesung pipi kanan
  • Kawan sekelas Zahar
  • Anak ketua kampung, Pak Karim
  • Lulusan ITM
  • Pernah bekerja di Petaling jaya
  • Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran

Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang

  1. Akan mengakui kesalahannya
  2. Suka memandang rendah terhadap orang lain
  3. Mudah berputus asa

Ramli

Watak:

  • Kawan baik Zahar
  • Berasal dari Pulau Pinang
  • Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
  • Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani

Perwatakan

  1. Suka mengusik rakan
  2. Pemain bola sepak yang baik

Norimi

Watak

  • Kawan Zahar
  • Berasal dari Johor Bahru
  • Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina

Perwatakan: Norimi seorang yang….

  1. Lemah -lembut
  2. Mudah tersenyum
  3. Cemerlang dalam pelajaran

Mak Temah

Watak

  • Isteri Pak Yusuf
  • Berbadan gempal

Perwatakan: Mak Temah seorang …..

  1. Isteri yang bertanggungjawab
  2. Suka mengusik anak buahnya
  3. Mengambil berat
  4. Rajin memasak

Watak-watak lain

  • Mak Kiah
  • Tauke Lim
  • Cikkgu Baharun
  • Razali

LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)

Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.

  • Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
  • Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
  • Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
  • Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam setengah
  • Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
  • 30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal
  • Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
  • Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
  • Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
  • Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan

Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.

  • Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
  • Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
  • Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain
  • Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak Karim
  • Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili
  • Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar.
  • IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
  • Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih, Sik menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin

Latar Masyarakat dan contohnya

  • Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya.
  • Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
  • Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama
  • Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
  • Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.
  • Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar
  • Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
  • Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.
  • Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.

Gaya Bahasa

  • Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita lebih menarik
  • Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah
  1. Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;
  • memukul jantung hatinya (Hal. 13)
  • …..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)
  • Zahar tidak mahu gelombang resah…..(Hal. 61)
  • Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)
  1. Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih IKM, me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.
  2. Sinkope – dah, tu, tak, kau
  3. Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului oleh kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;
  • bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi…(Hal.14)
  • Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180
  • Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam
  • Kata-kata yang bagai sembilu
  • Bagaikan belati tajam
  1. Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ; Contoh:
  • Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-lumatnya (hal.72)
  • Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)
  • ..perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan…(Hal. 90)
  1. Peribahasa – Contoh; ‘
  • Tentulah berat kakinya untuk melangkah
  • …patutlah macam isi dengan kuku
  • Zahar tidak pernah berat mulut
  • Berat tulang
  • Pucuk dicita ulam mendatang
  1. Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.
  • Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)
  • Biar peluh pak cik menitik bersama peluh (Hal. 7)
  1. Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana
  2. Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan berakhir.
  3. Kata ganda
  • Manik-manik peluh
  • Kawan-kawan
  • …pokok-pokok
  • Sebaik-baiknya
  1. Personifikasi
  • Panas yang membakar atas zink bengkel
  • Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
  • Sinar mata mengerlip di mata tuanya
  • Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi
  • …cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan
  • Warna senja mulai memanah suasana
  • Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
  • …nadanya menikam jantung Zahar
  1. Penggunaan bahasa Inggeris
  • Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension, urgent, traffic

Nilai dan pengajaran

  • Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi
  • Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang patut dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya bermula dengan…kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah

 

Nilai Pengajaran Contoh
Bertanggung-jawab Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan

Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu    untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.

Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri.

Bermaaf-maafan/ Saling bermaaf Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita

Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM

Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai minggu suai kenal

Keyakinan Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri

Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya

Setia kawan (setia kepada kawan) Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalan

Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan

Kerajinan Kita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik / mendapat rezeki yang bertambah baik

Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya

Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel

Keprihatinan Kita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susah

Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu.

Berdisiplin Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada

Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer

Ketabahan Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain/

Tabah menghadapi dugaan

Zahar tabah walaupun dipandang rendah  oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM

Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya

-Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan orang terhadap diri kita.

-Janganlah kita mudah berputus asa menghadapi kesusahan dalam hidup.

Contoh: Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang mempunyai kelulusan IKM.

–  Mak Kiah dengan tabah membesarkan tiga anaknya dengan hasil menoreh getah,menganyam tikar dan mengambil upah menjahit baju selepas kamatian suaminya.\

Kerjasama Kita mesti bekerjasama  untuk mencapai kejayaan

Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar

Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak seluas padang bola dalam masa yang singkat.

Berpendirian tegas Kita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip atau pendirian yang telah kita tetapkan

Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri

Keberanian Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diri

Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal

Bergotong-royong Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudah

Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik pacaran cahaya matahari

Berbelanja dengan berhemat Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu.

Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi

-Pengajaran:Kita haruslah mengamalkan sikap berjimat cermat.

Contoh:

– Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 sebulan,namun Zahar sentiasa berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa mencukupi.

Ketekunan Kita mesti tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukan Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun
Kesederhanaan (tidak melebih-lebihkan) Kita mestilah bersikap sederhana atau merendah diri, terutamanya apabila berada di tempat orang

Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting

Kegigihan Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan

Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Menghormati orang lain Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita

Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat dan menyediakan jamuan ringan.

Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita

Zahar begitu menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu pertukangan kepada anak-anak muridnya

Baik hati Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lain

Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan

Keinsafan Kita mestilah menginsafi sebarang kesalahan yang pernah kita lakukan

Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM

Kebijaksanaan Kita haruslah bijak dalam menangani sesuatu permasalahan atau berhadapan dengan apa-apa jua  keadaan

Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak IKM Alor Setar

NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL MENITI IMPIAN

Nilai Murni/Nilai Kemanusiaan – Semua perkara atau perbuatan baik yang boleh dijadikan contoh oleh pembaca yang terdapat dalam novel,antara nilai murni yang biasanya dipaparkan oleh pengarang ialah nilai kasih sayang ,berdikari, amanah, bekerjasama, hormat-menghormati, keadilan adil,patriotik, hemah tinggi,taat, rasional, kebersihan, kegigihan dan keyakinan.

Pengajaran -Semua perkara positif dan negatif yang terdapat di dalam novel yang boleh dijadikan pedoman dan peringatan kepada  pembaca dalam kehidupan mereka. Contohnya: Kita haruslah bekerjasama… ( perkara positif)/  Kita janganlah bersikap mementingkan diri sendiri ( perkara negatif )

  • Nilai dan pengajaran boleh mengguakan contoh yang sama, hanya auatnya yang berbeza

Nilai murni: Saling memaafkan

Pengajaran: Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

Contoh:  Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya melanjutkan pelajaran di IKM.

  • Pelatih seniour dan pelatih baharu saling memaafkan kesalahan semasa berlangsungnya minggu suai kenal.
  • Pak Yusuf sentiasa memaafkan kesalahan isterinya Mak Temah walaupun Mak Temah lewat menghidangkan sarapan.

  Nilai:Bertanggungjawab

– Pengajaran: Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang telah diamanahkan.

Contoh: Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.

  • Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan untuk suaminya ,Pak Yusuf dengan sempurna kerana tanggungjawabnya sebagai isteri.

Nilai:Keyakinan

– Pengajaran:Kita perlulah yakin terhadap kemampuan diri sendiri

Contoh: Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan masyarakat.

  • Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.

Nilai:Ambil berat/keprihatin

– Pengajaran:Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan.

Contoh: Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu keluarga Zahar setakat kemampuannya.

Nilai:Berdisiplin

– Pengajaran:Sikap berdisiplin mestilah diamalkan agar kita patuh kepada arahan

Contoh: Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal.

  • Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal sejauh 2 km.

Nilai: kerjasama

– Pengajaran: Kita haruslan bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mencapai kejayaan.

Contoh: Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerjasama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka.

– Pelatih-pelatih baru seramai 150 orang bekerjasama membersihkan kawasan semak seluas padang bola dalam masa yang singkat.

Nilai:Ketegasan

– Pengajaran:Kita mestilah tegas dalam mengambil tindakan atau pendirian yang telah kita buat.

Contoh: Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.

Nilai:Keberanian

– Pengajaran: Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kemampuan diri.

Contoh: Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal.

Nilai:Bergotong-royong

– Pengajaran: Kita haruslah bergotong-royong melakukan sesuatu perkara yang sukar agar menjadi lebih mudah.

Contoh:Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari.

Nilai:Ketekunan

– Pengajaran:Kita mestilah tekun dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan.

Contoh: Zahar tekun bekerja di bengkel Pak Yusuf sejak setahun yang lalu.

-.Zahar dan rakan-rakan sekelasnya sentiasa tekun melaksanakan tugasan mereka sejak latihan mereka bermula di IKM.

 Nilai:Merendah diri/ kerendahan hati

– Pengajaran:Kita mestilah sentiasa bersikap merendah diri terutama di tempat orang.

Contoh: Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting.

Nilai:Saling menghormati /hormat-menghormati

Pengajaran:-Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita.

-.Kita mestilah menghormati guru yang mencurahkan ilmu kepada kita.

Contoh: Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar yang bertancang ke tempat mereka.

-Zahar begitu menghormati Cikgu Baharum, guru pertukangan Perabot yang tidak lokek mencurahkan segala ilmunya.

Nilai:Baik hati

– Pengajaran:Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Contoh:Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia baru mengenali Zahar.

Nilai; Berterima kasih

– Zahar mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan kilang perabot tempat latihan lojinya dan semua rakan sekerja yang begitu baik terhadapnya sejak dia memulakan latihannya di sana.

GOOD LUCK 2 DINAMIK & 2 HARAPAN

Novel Merenang Gelora (Ruslan Ngah)

NOVEL MERENANG GELORA (RUSLAN NGAH) 

Sinopsis Novel  

Novel yang saya pelajari, Merenang Gelora karya Ruslan Ngah mengisahkan kehidupan Badri dan kawan-kawannya semasa zaman persekolahan. Sebagai pengawas sekolah Badri berusaha membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin.

Di sekolah itu, Meng Kong, Shahrul dan Kumar menjual kad prabayar dan menjual telefon bimbit yang dibayar secara ansuran kepada murid. Hal ini menimbulkan masalah kerana murid-murid yang membeli telefon bimbit daripada mereka sering meminta wang sekolah yang lebih daripada ibu bapa.

Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul terbongkar apabila Meng Kong tertangkap mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya sendiri.  Hal ini menyebabkan Shahrul dan Kumar bertambah sakit hati terhadap Badri.  Namun begitu, Kumar insaf apabila dia tertangkap ketika hendak memasukkan sekotak rokok ke dalam beg Meng Kong.  Hal ini menyebabkan Shahrul semakin mendendami Badri. Tambahan pula dia iri hati kerana kawan rapatnya Nadira, murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu berbalik hati kepada Badri.

Badri tidak pernah berputus asa, walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas.

Sinopsis mengikut bab demi bab

Bab 1 – Tugas Baharu

Badri anak sulung daripada dua orang adik beradik mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik Badri, manakala Shahrul seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dan  Badri cabar-mencabar untuk menambat hati Siti Cahaya Nadira.

Bab 2 – Api Yang Mula Membara

Badri menolak ajakan Jamil untuk melepak di Mastika Mall. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah oleh seseorang dengan air kotoran semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau busuk. Selepas itu Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwanya.  Semasa berjalan-jalan dia terserempak dengan Shahrul dan Nadira yang menunggang motosikal. Badri telah pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempak dengan Nadira di sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.

Bab 3 – Main Api

Badri dapat mengenali murid yang menyimbahnya dengan air kotoran di tandas berdasarkan tanda lahir yang terdapat pada leher murid tersebut. Murid itu ialah Kumar.  Kumar dibawa kepada Cikgu Jailani, iaitu guru disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan Selva, rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah mengingatkan Jamil agar memberitahu Badri supaya tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri tidak melaporkan apa-apa kesalahannya kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri dimalukan apabila terjatuh setelah dirempuh oleh Bob dengan kuat dan disindir oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat nota yang memintanya datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Bab 4 – Duri Dalam Daging

Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat boling. Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih berdendam dengan Badri.

Bab 5 – Pertemuan

Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya tentang pelibatannya dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia Jamil itu diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan setelah Encik Tan mengesan kehilangan kad prabayar dan telefon kerap berlaku di kedainya. Badri pula melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira daripada terus berkawan dengan Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.

Bab 6 – Kemuncak Dunia

Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya kerana berpakaian sendat semasa hendak keluar pada pagi Sabtu itu. Nadira menunggu Shahrul dalam keadaan marah kerana Shahrul selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal. Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.

Bab 7 – Secantik Sinar

Jamil menjauhi Badri. Taufik kawan sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira berjumpa dengan Badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi Badri serba salah dan malu. Pertemuan Nadira dengan Badri tersebut  menyebabkan Ahahrul amat marah kepada Badri. Mereka saling mencabar.

Bab 8 – Mengharung Badai

Jamil menceritakan bahawa dia telah dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong kepada Badri. Nasibnya baik kerana bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya. Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan kawan-kawannya, tetapi Badri masih bertekad menyelongkar kebenaran. Siew Mei mengajak Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri supaya tidak bergaduh dengan Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira. Akhirnya Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.

Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar

Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.

Bab 10 – Semarak Api

Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya lupus.

Bab 11 – Tertangkap

Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dilengkapi sistem CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik memerhatikan Meng Kong.

Bab 12 – Suasana Baharu

Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi kerana Meng Kong takut diugut ileh bapanya untuk tinggal dengan datuknya yang garang. Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani. Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.

Bab 13 – Jiwa Remaja

Badri bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklum oleh Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil, mereka berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu pada keesokan harinya namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang dari asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.

Bab 14 – Di Persimpangan

Kumar insaf akan perbuatannya. Dia menjauhkan diri daripada Shahrul agar tidak terpengaruh dan terikut-ikut dengan gaya hidup Shahrul yang mewah. Shahrul berusaha untuk memastikan bahawa Kumar masih mahu menjadi ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.

Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri

Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati ditembak kerana terlibat dengan jenayah dan pengedaran dadah. Badri risau akan Jamil kerana dia juga mungkin turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.

Bab 16 – Tersayat Pedih

Shahrul ketakutan mendengar berita kematian Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh. Badrul dan kawan-kawannya menghantar Shahrul ke hospital. Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati. Apabila berjumpa dengan Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang menyatakan Shahrul telah berubah.

Bab 17 – Mangsa Fitnah

Badri dan Kumar banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran. Namun begitu Badri kesal dengan Siew Mei atas sikapnya yang tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar. Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu Jailani menemukan telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu Jailani mendapati bahawa Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.

Bab 18 – Pentas Sandiwara

Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman, iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

Bab 19 – Cerita Baharu

Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.

Bab 20 – Hati Yang Terluka

Hubungan Nadira dengan Shahrul kembali mesra. Hal ini menimbulkan sedikit kecemburuan dalam hati Badri. Semasa mengelamun, Badri tersebut nama Nadira menyebabkan Siew Mei berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri menyindir Nadira.

Bab 21 – Harapan

Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula. Badri telah memohon kemasukan ke universiti.

Bab 22 – Senja Belum Berlabuh

Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku di resort milik Jamil setelah mereka berjaya dalam kehidupan masing-masing. Mereka mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang perhotelan dan pelancongan di UiTM. Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di sekolah politeknik dalam jurusan automotif sehingga berjaya membuka beberapa bengkel beberapa buah kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap berjaya merenang gelora yang akan datang.

Tema

Novel ini bertemakan cabaran dan tanggungjawab  seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai pengawas. Tema ini dijelmakan melalui watak utamanya, Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sebelum itu.

Persoalan

  • Ibu bapa yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terlibat dalam masalah sosial. Contoh: Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
  • Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh: Encik Tan memohon kepada pengetua  supaya  Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.
  • Hasad dengki dalam persahabatan. Contoh: Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama, walaupun Meng Kong merupakan kawannya juga.
  • Tanggungjawab terhadap tugas. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat dalam kes disiplin walaupun melibatkan kawannya sendiri Jamil.
  • Semangat kerjasama dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Siew Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.
  • Sikap gigih golongan pelajar agar berjaya dalam peperiksaan. Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Buruk sangka terhadap rakan dalam kalangan pelajar. Contoh: Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.
  • Pelibatan golongan remaja dalam lumba haram. Contoh: Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.
  • Berdikari supaya mendapatkan pengalaman bekerja. Contoh: Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.
  • Perpaduan antara kaum yang berbeza bangsa dan agama . Contoh: Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

Plot

Permulaan

  • Pengarang memperkenalkan watak utama, Badri yang baru menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah.
  • Pada bahagian ini juga diperkenalkan watak Badrul iaitu adik kepada Badri yang cuba mengusik abangnya tentang jawatan pengawas yang baru disandang abangnya. Badri merasakan tanggungjawab menjadi pengawas sekolah merupakan tanggungjawab yang berat yang harus digalasnya.
  • Pada bahagian ini diperkenalkan watak Jamil yang merupakan rakan baik Badri tetapi mereka berbeza dari segi prinsip hidup.
  • Kehadiran seorang pelajar baru Siti Cahaya Nadira menjadi satu perselisihan pendapat tentang personaliti Nadira antara Badri dan Jamil tetapi berakhir dengan perdamaian.

Perkembangan

  • Peristiwa Badri disimbah oleh seorang murid dengan air kotoran ketika berada di dalam tandas tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha mencari pelakunya dan akhirnya pelajar yang terbabit dapat ditangkap dan diserahkan kepada guru disiplin.
  • Siew Mei menceritakan kegiatan negatif Meng Kong menjual telefon bimbit dan kad prabayar yang dicuri dari kedai ayah Meng Kong kepada pelajar sekolah. Jamil turut terlibat dalam kegiatan tersebut.
  • Hubungan Badri dengan Jamil semakin renggang kerana Jamil merahsiakan tentang kegiatan penjualan telefon bimbit kepada Badri.
  • Shahrul dan rakan-rakan lumba haram telah diserbu oleh pihak polis ketika Shahrul keluar dengan Nadira.
  • Idham, abang kepada Jamil diberhentikan kerja oleh Encik Tan kerana Meng Kong menuduh Idham mencuri telefon bimbit di kedai bapanya.
  • Masalah kecurian telefon bimbit telah dapat dikesan melalui CCTV yang dipasang di kedai dan di stor milik Encik Tan oleh abang Siew Mei iaitu Ah Meng
  • Jamil menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki oleh Badri kerana keluarga Jamil merahsiakan keberadaan Jamil.
  • Meng Kong berjaya ditempatkan di asrama dan telah berubah sikap begitu juga dengan Kumar yang telah insaf dengan kesalahan yang dilakukannya.
  • Badri, Siew Mei, Taufik, Nadira dan Kumar telah menduduki peperiksaan SPM manakala Sahrul mengambil peperiksaan di hospital akibat kemalangan.
  • Badri dan Siew Mei mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM.
  • Encik Tan, bapa Meng Kong berjumpa pengetua untuk menyelesaikan masalah telefon bimbit yang telah dirampas oleh pihak sekolah. Beliau juga memohon agar anaknya ditempatkan di asrama sekolah agar anaknya berdisiplin dan memberikan tumpuan terhadap pelajaran.
  • Encik Tan meminta maaf kerana anaknya telah menyusahkan murid-murid dan guru-guru di sekolah tersebut. Encik Tan juga meminta anaknya, Meng Kong agar memohon maaf kepada pengetua atas kesalahan yang dilakukan.

iii.       Klimaks / puncak cerita

  • Shahrul terlibat dalam kemalangan jalan raya mengakibatkan kakinya tempang sebelah.
  • Peristiwa mengejutkan telah berlaku apabila cikgu Jailani menemui telefon bimbit di dalam beg Badri.
  • Kumar ditangkap oleh Badri dan Taufik ketika cuba memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong. Tujuannya adalah supaya Meng Kong dibuang dari asrama.
  • Meng Kong, Shahrul dan Kumar dipanggil ke bilik pengetua dan dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga sebatan setiap seorang.

Peleraian

Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur.

  • Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
  • Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan.
  • Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort di Terengganu.
  • Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur.
  • Shahrul telah berkahwin dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan diploma fesyen di UiTM.
  • Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi.
  • Badri dan rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap mereka akan berjaya merenang gelora yang mendatang.

Teknik Penceritaan 

  1. Pemerian (diceritakan secara terus): Contoh: Badri tidak mengendahkan usikan adiknya. Dia menyuap nasi lemak dan mengunyahnya perlahan-lahan.
  2. Dialog (perbualan): Contoh:”Kalau Badrul buat salah, abang jangan tangkap”, usik Badrul lagi.
  3. Imbas kembali (mengenang hal lalu).  Contoh: Jamil menjelaskan kehilangannya dari sekolah kerana telah berpindah ke Sarawak ketika bertemu semula dengan Badri di resort kepunyaan Jamil.
  4. Imbas Muka (pada masa depan). Contoh: Kumar mengandaikan sekiranya Meng Kong mengambil stok baharu telefon bimbit dari stor ayahnya pasti dia akan memperoleh keuntungan yang lumayan.
  5. Elemen Saspens/ketegangan (menyebabkan tertanya-tanya, tertunggu-tunggu). Contoh: Kehilangan Jamil di sekolah tidak dapat dijejaki oleh Badri dan rakan-rakannya walaupun telah bertanya kepada ibu bapa Jamil.
  6. Unsur kejutan (secara tiba-tiba/tidak diduga). Contoh: Shahrul dan rakan-rakannya terkejut apabila Badri tiba-tiba muncul di pondok tempat mereka berbincang tentang penjualan telefon bimbit.
  7. Monolog dalaman (kata hati).  Contoh: Shahrul mengucapkan terima kasih kepada Badrul dalam hatinya.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Badri

Watak

  • Anak sulung kepada Mak Siti.
  • Mempunyai seorang adik lelaki bernama Badrul.
  • Berperawakan kemas dan berwibawa dalam menjalankan tanggungjwab sebagai seorang pengawas.
  • Pengawas sekolah.

Perwatakan Badri:

  1. Badri georang yang bertanggungjawab. Contoh: Badri telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.
  2. Seorang yang berdisiplin. Contoh: Dia tidak pernah melanggar peraturan sekolah sepanjang bergelar pelajar melalui pengetahuan adiknya.
  3. Seorang yang menepati masa. Contoh: pada pukul 6.40 pagi Badri tidak pernah terlewat menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
  4. Seorang yang setia dalam persahabatan. Contoh: Badri berkawan baik dengan Jamil walaupun beliau telah mengetahui bahawa Jamil turut terlibat dalam kes pejualan telefon bimbit di sekolahnya.
  5. Seorang yang berani menghadapi cabaran. Contoh: Badri bersikap berani menghadapi cabaran dalam menangani masalah murid yang berlagak ala samseng,dan sengaja melanggar disiplin sekolah.
  6. Seorang yang rajin belajar. Contoh: Badri mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan untuk mengulangkaji pelajaran.
  7. Seorang yang berpendirian teguh. Contoh, Badri tidak menghiraukan tentang usikan rakan-rakannya mengenai hubungannya dengan Nadira dan Siew Mei.

Watak Sampingan

Shahrul

Watak

  • Murid dari kelas 5 Cergas.
  • Bersahabat baik dengan Kumar dan Meng Kong.
  • Berasal daripada keluarga berada.

Perwatakan:

  1. Seorang yang ego. Contoh: Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres kerana selama ini dia tinggal di rumah banglo
  2. Seorang yang materialistic / mementingkan kebendan. Contoh: Shahrul telah terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
  3. Seorang yang tidak menepati masa. Contoh: Shahrul tidak menepati masa dan selalu terlewat ketika berjanji temu dengan Nadira.
  4. Seorang yang suka berfoya-foya. Contoh: Shahrul bercampur-gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
  5. Seorang yang gemar makan makanan barat. Contoh: Shahrul sering mengunjungi sebuah restoran barat di pusat beli-belah.
  6. Seorang yang bersikap buruk sangka atau prejudis terhadap rakan. Contoh: Shahrul menganggap bahawa Badri pengawas yang suka berlagak.
  7. Seorang yang panas baran. Contoh: Shahrul mencekak kolar baju Kumar semasa memujuk Kumar mengikut arahannya untuk menjual telefon bimbit secara ansuran.
  8. Seorang remaja yang mudah terpikat dan berani mendekati gadis cantik. Contoh: Shahrul berani membawa Nadira keluar bersiar-siar menaiki motosikal.

Nadira

Watak

  • Seorang murid perempuan.
  • Baru berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah ke Kuala Lumpur kerana mengikut ayahnya bertugas di sana.
  • Merupakan sahabat Badri dan Jamil dalam kelas 5 Bestari.

Perwatakan

  1. Seorang yang tidak tegas pendirian. Contoh: Nadira mudah dipengaruhi oleh Shahrul bahawa Badri turut terlibat dalam masalah disiplin seperti membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun sebenarnya Badri telah dianiayai oleh Shahrul.
  2. Seorang yang mengalami kejutan budaya. Contoh: Setelah berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul, Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
  3. Seorang yang tidak mendengar nasihat. Contoh: Nadira tidak mendengar nasihat Badri agar tidak terpengaruh dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah serta boleh menjejaskan masa depannya.
  4. Seorang yang suka membazirkan masa. Contoh: Nadira sering membazirkan masa dengan bersiar-siar menaiki motosikal dan melepak di kompleks beli-belah bersama-sama Shahrul.
  5. Seorang yang tidak menghormati orang lain. Contoh: Nadira meninggikan suara ketika kakaknya, Nurul Ain menegur tentang pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.

Meng Kong

Watak

  • Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai telefon bimbit.
  • Sahabat kepada Badri.

Perwatakan:

  1. Seorang anak yang tidak jujur. Contoh: Meng Kong mencuri kad prabayar dan telefon bimbit dari kedai ayahnya sendiri lalu dijual kepada murid-murid di sekolahnya.
  2. Seorang yang mata duitan. Contoh: Meng Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
  3. Seorang yang telah insaf akan kesalahan yang dilakukan. Contoh: Setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya melalui rakaman CCTV dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
  4. Seorang yang patuh dan taat kepada ibu bapa. Contoh: Meng Kong sanggup tinggal di asrama sekolah sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.

Cikgu Jailani

  • Guru Matematik dan guru disiplin sekolah.

Perwatakan

  1. Seorang yang tegas. Contoh: Dia mengambil tindakan tegas kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
  2. Seorang yang adil. Contoh: Dia mengarahkan supaya para pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang pengawas dalam satu pasukan.
  3. Seorang yang rasional. Contoh: Cikgu Jalani menyelidiki kes Badri disimbah air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon bimbit yang dijumpainya di dalam beg sekolah Badri.
  4. Seorang yang bertolak ansur. Contoh: Walaupun Kumar kerap melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya Cikgu Jailani tidak menggantung persekolahannya.

Latar

Latar Tempat   

  • Tepi tasik. Contoh: Badri berjoging pada waktu pagi.
  • Pondok kecil. Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong duduk berbincang tentang aktiviti menjual telefon bimbit dan kad prabayar.
  • Rumah Badri. Contoh: Ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan sarapan.
  • Tempat menunggu bas. Contoh: Badri dan Badrul menunggu bas untuk ke sekolah.
  • Blok C bangunan sekolah. Contoh: Tempat Badri bertugas sebagai pengawas sekolah pada hari yang ditetapkan.
  • Tandas sekolah. Contoh: Badri disimbah oleh Kumar dengan air kotoran ketika berada di dalam tandas.
  • Kelas 5 Bestari. Contoh: Kelas Jamil dan Badri belajar bersama-sama.
  • Kedai telefon bimbit Encik Tan. Contoh: Tempat Idham, dan Ah Meng bekerja sebagai pembantu kedai.
  • Stor dan kedai telefon bimbit Encik Tan. Contoh: Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai Encik Tan iaitu bapanya sendiri. Rumah Pak Alang. Contoh: Badri ke rumah Pak Alang untuk mempelajari ilmu persilatan.
  • Kompleks beli-belah. Contoh: Tempat kegiatan melepak Shahrul, Kumar dan Meng Kong selepas sesi persekolahan dan pada hujung minggu.
  • Resort Jamil. Contoh: Tempat pertemuan semula antara Badri, Jamil dan Taufik selepas masing-masing berjaya menamatkan pelajarannya di universiti dan berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Latar Masa

  • Contoh: Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.
  • Waktu selepas rehat. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas sekolah, telah dibenarkan makan selepas waktu rehat kerana telah bertugas pada waktu rehat.
  • Selepas waktu persekolahan. Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah selepas waktu persekolahan.
  • Hari Sabtu. Contoh: Meng Kong telah membuka kedai dan membantu bapanya berniaga di kedai telefon bimbit bapanya iaitu Encik Tan.
  • Pukul 4.00 petang. Contoh: Badri telah sampai ke pasar raya untuk menemui Siew Mei..
  • Petang. Contoh: Shahrl berkumpul dengan budak-budak motor.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat yang prihatin terhadap anak. Contoh: Encik Tan merelakan Meng Kong tinggal di asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan boleh mengubah perangainya untuk berjaya dalam peperiksaan.
  • Masyarakat yang bijak menguruskan masa. Contoh: Badri dan Badrul berada di tempat menunggu bas seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas.
  • Masyarakat pelajar yang rajin belajar. Contoh: Badri, Siew Mei dan Taufik bersungguh-sungguh mengulang kkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan.
  • Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas. Contoh: Badri sebagai seorang pengawas melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.
  • Masyarakat guru yang tegas dan adil. Contoh: Cikgu Jailani tegas dan adil dalam menyelesaikan masalah disiplin murid supaya tidak ada murid yang teraniayai.
  • Masyarakat pelajar yang terjebak dalam permasalahan sosial. Contoh: Shahrul, Kumar dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak di kompleks beli-belah, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur dengan budak-budak motor.
  • Masyarakat yang bekerjasama menyelesaikan masalah. Contoh: Lokman dan Badri bekerjasama untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti Shahrul dan Kumar agar komplot penjualan telefon bimbit dapat dihapuskan di sekolah.
  • Masyarakat yang emosional. Contoh: Shahrul cepat melenting apabila ditegur oleh rakannya-rakannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Gaya Bahasa

  • Contoh: Ombak memukul pantai
  • Contoh: Macam pinang dibelah dua, Biar pecah di perut jangan pecah di mulut, dan Menang jadi arang kalah jadi abu.
  • Pengulangan kata, Contoh: Dia benar-benar bencikan kau. Dia merasakan kau sabagai batu penghalang kegiatannya. Dia juga menyatakan dalam hati kecilnya, sebenarnya dia mencemburui kau.
  • Kata ganda. Contoh: mandi-manda
  • Simpulan bahasa. Contoh: Buah mulut
  • Contoh: Kau, Nak
  • Contoh: Langkahnya terasa berat seperti sedang memikul beban yang amat besar
  • Antara kau dengan Shahrul macam burung gagak dengan kapal terbang
  • Contoh: Seribu penyesalan bertakhta dalam sanubari Badri.
  • Bahasa Asing (bahasa Inggeris). Contoh: Romeo rupa-rupanya, Understanding daripada kakak, Race

Pengajaran      

  • Kita perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menylesaikan masalah. Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes penjualan telefon bimbit.
  • Kita haruslah mempelajari seni pertahanan diri untuk menjaga keselamatan diri. Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada Shahrul secara spontan kerana dia memang mempunyai ilmu persilatan.
  • Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Kita mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak menganiaya orang lain. Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.
  • Kita hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah. Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
  • Kita janganlah terburu-buru dalam membuat keputusan. Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di kedainya.
  • Kita haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan. Contoh:  Meng Kong akur dengan tindakan bapanya untuk tinggal di asrama sekolah
  • Kita hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus mengalami kesusahan. Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala kesalahannya setelah terlibat   dalam kemalangan dan menyebabkan kakinya tempang sebelah.
  • Kita hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.

Nilai

  • Nilai kasih sayang. Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya, Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
  • Nilai ketabahan. Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan, cemuhan, ugutan dan tindakan yang terpaksa dihadapi olehnya.
  • Nilai kegigihan. Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Nilai bertanggungjawab. Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan  anak-anaknya.
  • Nilai prihatin. Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya demi sayang akan masa depan Nadira.
  • Nilai cinta akan seni warisan bangsa, Contoh: Badri mempelajari seni pertahanan diri iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana saja dia berada.
  • Nilai keberanian. Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah sosial rakan-rakan di sekolahnya
  • Nilai persahabatan yang berkekalan (semangat setiakawan). Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong, dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap kekal dalam sanubari masing-masing.

Latihan

  1. Merenang Gelora: Persoalan- Tanggungjawab Terhadap Tugas. Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat  menggambarkan persoaSoalan 2:
  2. NILAI – KEGIGIHAN. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan.
  3. NILAI- KEBERANIAN. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian.
  4. NILAI- KASIH SAYANG. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang.
  5. PERWATAKAN WATAK UTAMA – BADRI SEORANG YANG BERANI. Berdasarkan novel :Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
  6. PERWATAKAN WATAK UTAMA- BADRI SEORANG YANG GIGIH. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
  7. PERBANDINGAN ANTARA WATAK– Watak utama- Badri dengan watak sampingan- Shahrul. Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak sampingan?
  8. Berdasarkan novel “Merenang Gelora” jelaskan tiga latar tempat setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
  9. Berdasarkan novel “Merenang Gelora”, jelaskan tiga latar masyarakat. Bagi setiap tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku.
  10. LATAR:  MASA   >>>  TEMPAT   >>>>   MASYARAKAT:  Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?
  11. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU DALAM KEHIDUPAN. Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah novel Tingkatan 3.
  12. Novel yang saya kaji ialan “Merenang Gelora” karya Ruslan Ngah terdapat banyak peristiwa yang memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan. Huraikan 3 contoh peristiwa yang memperlihatkan sikap tersebut.
  13. PENGAJARAN
  • KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP
  • KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN
  • KITA JANGANLAH MELANGGAR PERATURAN SEKOLAH

Berdasarkan novel Tingkatan Tiga yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang menggambarkan setiap pengajaran di atas.

  1. Tuliskan tiga peristiwa yang menarik yang terdapat dalam novel Merenang Gelora
  2. Nyatakan tiga contoh penggunaan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
  3. Berdasarkan novel yang anda kaji. Huraikan tiga perwatakan watak utama yang wajar kita contohi

Teruskan membaca

SAJAK ORANG TUA (Puspa Rani a/p Munusamy)

Maksud sajak

Rangkap 1: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yangmerempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpahaluan sambil membawa begnya yang buruk.

Rangkap 2: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua itu tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak.

Rangkap 3: Penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yag terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang menuntut mayatnya di bilik mayat.

Rangkap 4: Penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhluk ciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu tidak dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budi anak-anaknya.

Tema

Tema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh wanita tua akibat diabaikan.

Persoalan

a) Penderitaan hidup warga tua.

b) Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi.

c)Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

Nada

Sinis

Bentuk

a) Berbentuk bebas

b) Terdiri daripada empat rangkap

c) Berisi enam baris serangkap

d) Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris

e) Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris

f) Rima akhir rangkap pertama ialah abcdee , rima akhir rangkap kedua ialah abcdce, rima akhir rangkap ketiga ialah abacbb, dan rima akhir rangkap keempat ialah abccda.

Unsur-unsur Bunyi

a) Asonansi (pengulangan vokal a). Contohnya:Nampakkah kau tiada siapa datang menuntutnya.(pengulangan vokal e). Contohnya: membawa bersamanya beg usang tetapi bezanya mereka diabaikan.(pengulangan vokal i). Contohnya: mayat si tua dibiarkan di situ.

b) Aliterasi (pengulangan konsonan l). Contohnya:lelaki tua di hujung jalan.(pengulangan konsonan m). Contohnya: mukanya comot rambutnya kusut.(pengulangan konsonan t). Contohnya: tanpa suatu destinasi.

Gaya Bahasa

a) Repetisi (pengulangan kata dalam baris ayat yang sama). Contohnya: ayat Nampakkah kau pada baris pertama rangkap 1, 2, dan

b) Contohnya:kau

c) Contohnya:mengalas perut

d) Bahasa puitis. Contohnya:mukanya comot rambutnya kusut.

Nilai

a) Kasih sayang. Contohnya: kasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan.

b) Mengenang budi. Contohnya: membalas segala jasa yang telah dicurahkan oleh kedua ibu bapa.

c) Contohnya, mengambil berat terhadap ibu bapa.

Pengajaran

a) Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap golongan warga emas
terutamanya ibu bapa.

b) Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita.

c) Kita janganlah mementingkan diri.

d) Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa.

SAJAK RUMPUT (Khadijah Hashim)

Rangkap 1: Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.

Rangkap 2: Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata.

Rangkap 3: Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

Tema

Rintihan nasib seseorang yang dipandang rendah dan dipandang hina.

Persoalan

(a)          Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin.

(b)          Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.

(c)          Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.

(d)          Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Nada

Melankolik.

Bentuk

(a)          Sajak ini berbentuk bebas.

(b)          Mengandungi tiga rangkap.

(c)          Baris-baris ayat dan rima akhir:

– Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.

-Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.

-Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Unsur-unsur Bunyi

(a)          Asonansi. (pengulangan vokal a). Contohnya: baru saja tangan hendak menari,(pengulangan vokal i). Contohnya: mujur embun pagi membersih diri,  Nasib rumput di tepjalan.(pengulangan vokal u). Contohnya: diserbdebu menutup muka, tak sehijau rumput di padang.

(b)          Aliterasi. (pengulangan konsonan b). Contohnya:  baru saja hendak berbedak.(pengulangan konsonan n). Contohnya: cuaca panas angin kering.

Gaya Bahasa

(a)          Personifikasi. Contohnya: tangan hendak menari.

(b)          Sinkope. Contohnya: tak.

(c)          Repetisi. Contohnya: frasa baru saja diulang pada rangkap pertama baris 1 dan 3, rangkap kedua baris 1.

(d)          Anafora ( pengulangan kata pada awal baris). Contohnya: cepat panjang cepat dapat wang!

(e)          Simile. Contohnya: bagai menunggu mati, sehijau rumput.

Nilai

(a)          Ketabahan. Contohnya, segala ujian dan rintangan dalam kehidupan dilalui dengan penuh ketabahan.

(b)          Kegigihan. Contohnya, sikap gigih mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kejayaan meskipun serba kekurangan.

Pengajaran

(a)          Janganlah kita menghina orang yang susah atau miskin.

(b)          Kita perlu mengamalkan sikap hormat- menghormati, terutamanya terhadap golongan miskin.

(c)          Janganlah kita memandang rendah akan bakat seseorang.

(d)          Janganlah kita menutup peluang orang lain, terutamanya peluang golongan orang susah atau miskin.

Sajak: Seorang Insan Istimewa(Natasya Puteri)

Maksud setiap rangkap

1    Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

2    Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

3    Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

4    Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa

telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN

  1. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkansebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.
  2. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insansempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.

iii.      Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya inibersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

  1. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diriinsan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
  2. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkanoleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK

  1. Sajak ini berbentuk bebas.
  2. Mengandungi empat rangkap.

iii.       Baris-baris ayat dan rima akhir

  • Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
  • Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
  • Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
  • Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

GAYA BAHASA

  1. Repitisi. Contoh  :  Seorang insan istimewa.
  2. Anafora. Contoh    :  sebuah.

iii.      Responsi.Contoh  :  suatu.

  1. Asonansi – pengulangan vokal ‘e’Contoh  :  meneruskan kehidupan.
  2. Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’Contoh  :  bantulah, bimbinglah.
  3. InversiContoh  :  biar sukar mesti disempurnakan.

NILAI

  1. Nilai keredaan. Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.
  2. Nilai ketabahan. Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

iii.     Nilai simpati.  Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

  1. Nilai bantu-membantu. Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.
  2. Nilai keikhlasan. Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.
  3. Nilai amanah. Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii.    Nilai bertanggungjawab. Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawabmenolong golongan kurang upaya.

PENGAJARAN

  1. Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.
  2. Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.

iii.      Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.

  1. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.
  2. Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

SYAIR LI-ATTAR GHIB

Maksud Syair

Rangkap 1: Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

Rangkap 2: Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

Rangkap 3: Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.

Rangkap 4: Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

Rangkap 5: Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.

Rangkap 6: Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

Rangkap 7: Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia.

Rangkap 8: Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

 

Tema

Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.

 

Persoalan

(a)    Kematian yang tidak dapat dielakkan.

(b)   Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama.

(c)    Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian.

(d)   Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi kematian.

Bentuk

(a)    Bentuknya terikat.

(b)   Mempunyai lapan rangkap.

(c)    Mempunyai empat baris bagi setiap rangkap.

(d)   Semua baris adalah maksud.

(e)   Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.

(f)     Terdiri daripada sembilan hingga empat belas suku kata sebaris.

(g)    Rima akhirnya aaaa.

 

Unsur-unsur Bunyi

(a)    Asonansi  (pengulangan vokal a) Contoh: sebab bersama-sama mengembara.

(b)   Aliterasi (pengulangan konsonan d) Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah.

 

Gaya Bahasa

(a)    Repitisi – Pengulangan perkataan segala dalam satu baris. Contoh: Segala pekerjaan segala perkara.

(b)   Inversi – Ayat songsang. Contoh: Kita sepertinya akan didatangkan.

(c)    Diksi – Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.

(d)   Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

 

Nilai

(a)    Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi keinsafan kepada diri kita.

(b)   Kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberi keuntungan yang lumayan.

(c)    Kesabaran. Contohnya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

 

Pengajaran

(a)    Kita haruslah insaf  dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.

(b)   Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

(c)    Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.