Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula

Pemeliharaan bermaksud memelihara, pembelaan, perawatan, manakala pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam konteks  alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah,  kekal, tetap),  berkualiti dan seimbang.

Pemimpin negara yang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia bercita-cita mencapai taraf negara maju yang mengikut  acuannya yang tersendiri menjelang tahun 2020. Pembangunan yang pesat dari segi ekonomi dan sosial telah melahirkan keperluan untuk pembangunan fizikal yang lebih besar dan lebih canggih. Namun begitu, dalam usaha untuk membangunkan negara, kita harus memastikan bahawa alam sekitar tidak sekali-kali menjadi korban.

Walaupun secara keseluruhannya, menurut Malaysian Quality of Life Report, indeks kualiti alam sekitar hampir tidak berubah sepanjang jangka 1990-2000 (iaitu sekitar 100.2 mata), namun terdapat kemerosotan dalam beberapa petunjuk yang membimbangkan. Contohnya, kemerosotan dalam kualiti air sungai dan air, seperti yang ditunjukkan dalam peratusan sungai bersih dalam negara, yang jatuh daripada 53.3 peratus pada tahun 1990 kepada 28.3 peratus pada tahun 2000.

Kemerosotan kualiti air sungai-sungai kita ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk pencemaran yang datang daripada sisa-sisa buangan isi rumah dan ladang ternakan; efluen dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian; pepejal terampai (tidak mendap, terapung), dari hakisan tanah; dan sisa logam berat dari kilang. Sedikit sebanyak, hal ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat Malaysia masih kurang mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pejal yang bersih dan teratur. Dalam hal ini, kita mempunyai infrastruktur kelas dunia, tetapi mentaliti pada tahap mentaliti rakyat dunia ketiga.  Rakyat Malaysia yang bermentaliti sedemikian yang harus berubah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa antara masalah alam sekitar yang semakin meruncing di Malaysia pada masa ini ialah jumlah sisa pepejal yang dibuang semakin banyak, ditambah dengan masalah tapak pelupusan sisa buangan yang semakin berkurangan lagi. Malaysia adalah antara negara yang paling banyak sampah, iaitu kira-kira 17,000 tan sampah dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan setiap tahun. Kadar penghasilan sampah negara dijangka akan terus meningkat pada kadar 2 peratus setiap tahun, selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam pada itu, menurut satu kajian,  tapak pelupusan sisa buangan akansetakat 80 peratus dalam hanya dua tahun lagi.

Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan teknologi pelupusan sampah yang canggih-canggih untuk melupuskan sisa buangan. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencukupi untuk mencapai tujuan kita. Sebenarnya, di samping pengurusan sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan perhatianterhadap isu pengurangan sisa dan sampah itu sendiri. Di sini, pemahaman dan amalan kitar semula oleh segenap lapisan masyarat dapat memainkan peranan yang amat penting.

Kitar semula bukanlah satu perkara baru, malah banyak negara telahpun lama melaksanakannya. Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi jika rakyat Malaysia dapat menerapkan amalan kitar semula dalam rutin harian mereka.

Dari segi ekonomi misalnya, negara kita terpaksa membelanjakan lebih daripada 400 juta ringgit setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara. Sekiranya negara berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 22 peratus daripada jumlah janaan sampah negara, adalah dijangka kita boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 88 juta ringgit setiap tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat.

Dalam bidang industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baru, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih, jika dibandingkan dengan industri pembuangan sisa pejal semata-mata.

Perkara yang paling pentin ialah amalan kitar semula dapat membantu  memelihara alam sekita dan dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Cuba bayangkan keadaan jika sisa-sisa buangan yang berlebihan yang tidak dikumpulkan itu terjatuh ke dalam sungai dan longkang-longkang. Akhirnya, sisa-sisa buangan akan mengakibatkan masalah alam sekitar seperti banjir kilat, atau menyebabkan air bertakung yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sudah pasti hal ini akan membawa kemudaratan dan mendatangkan penyakit kepada rakyat Malaysia sendiri. Oleh hal itu, pendekatan pembangunan yang lebih lestari dan tidak membinasakan alam sekitar menjadi kritikal. Program kitar semula memainkan peranan yang penting menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semulajadi yang mapan. Secara spesifik, ia bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti perbandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.

Program kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan telah mencecah usia 3 tahun, akan tetapi rakyat telah mencapai kadar kitar semula kira-kira 3 peratussahaja. Jika dibandingkan dengan kadar kitar semula dii negara-negara maju yang kebanyakan daripada mereka telah mencapai kadar kitar semula setinggi 30 hingga 47 peratus – prestasi Malaysia jauh ke belakang. Bilangan pusat kitar semula di negara tidak mencukupi dan amalannya tidak meluas sama sekali.

Ada orang yang berpendapat bahawa negara-negaraelah mengambil masa kira-kira 25 tahun untuk mencapai kadar kitar semula tersebut. Namun begitu, Malaysia tidak perlu mengambil masa 25 tahun untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Hal ini dikatakan demikian, adalah kerana kesedaran tentang alam sekitar telah sedia wujud sekarang, dan sebilangan rakyat Malaysia telah pun menitikberatkan keadaan alam sekitar.

Di samping itu, kita mempunyai keupayaan dan akses kepada kaedah-kaedah dan teknologi pelupusan sampah yang tidak mengotori alam sekitar berbanding dengan teknologi pelupusan sampah masa lalu. Yang paling penting, kita ada kelebihan pengalaman kerana dapat mempelajari daripada pengalaman negara-negara maju dalam pelaksanaan program kitar semula, baik dari segi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat, mahupun dari segi menggunapakai kaedah-kaedah kitar semula yang terkini. Oleh itu, saya percaya kita boleh memendekkan tempoh pembelajaran kita mengenai pengitaran semula dan mempertingkatkan lagi kadar pengitaran semula negara dengan segera.

Sebahagian besar daripada usaha kita untuk meningkatkan amalan kitar semula bergantung kepada penerapan nilai-nilai, sikap dan amalan pro-alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia supaya kekal dengan pemikiran dan budaya negara maju, sebagai mana yang kita idamkan dalam wawasan 2020. Sesungguhnya, kita perlu menghargai, mengasihi dan menghormati alam sekitar.

Kini, dalam pemikiran ramai rakyat Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong-tong kitar semula semata-mata. Namun kitar semula adalah jauh daripada itu; ia adalah satu cara hidup yang berkait rapat dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana dan menghargai nilai sesuatu benda. Sesungguhnya pemikiran kitar semula harus menjadi sebahagian daripada kebiasaan kita, baik di peringkat pembelian, penggunaan ataupun pembuangan.

Di samping itu, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan amalan kitar semula dalam diri setiap rakyat Malaysia, pihak-pihak berkuasa hendaklah bekerjasama dengan rakyat dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah mencukupi, efisyen, konvenien, dan konsisten. Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan perlu mengkaji aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh membantu mempertingkat amalan kitar semula dalam negara. Hal ini, termasuklah langkah- langkah untuk memberi galakan yang bersesuaian, terutama bagi penggunaan teknologi dalam aktiviti kitar semula.

Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak- pihak berkuasa tempatan haruslah bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dan responsif kepada pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa buangan. Aspek ini amat penting kerana kita semua, sebagai penjawat awam, adalah pemegang amanah rakyat dan harus memberi tumpuan kepada tanggungjawab kita untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Dalam pada itu, kementerian perumahan, pihak berkuasa tempatan, pemaju perumahan, pengurus pusat membeli belah dan pihak-pihak lain mestilah memastikan bahawa pusat pengumpulan sisa buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai dan mudah diakses, seperti di kawasan perumahan, di pusat aktiviti komuniti, di pusat membeli-belah, dan juga di tempat pekerjaan, untuk memudahkan dan menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula.

Untuk menyahut seruan kepimpinan melalui tauladan, dan dalam menjadi sebuah “role-model” bagi pihak-pihak yang lain, semua kementerian, jabatan serta agensi kerajaan, terutamanya yang berada di Putrajaya, mesti menempatkan tong-tong kitar semula di pejabat masing-masing dan mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan semua pegawai kerajaan mengamalkan kitar semula. Untuk mengukuhkan lagi amalan kitar semula tersebut dalam kalangan pegawai dan keluarga mereka, setiap kawasan perumahan kerajaan, terutamanya di Putrajaya perlu dilengkapkan dengan pusat pengitaran semula.

Selain itu, kita boleh mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam penggunaan sumber-sumber di pejabat kita. Dalam usaha mengurangkan jumlah kertas yang digunakan di pejabat kerajaan dan sebagai langkah konkrit ke arah kerajaan tanpa kertas.  Dalam hal ini ketua setiausaha negara untuk mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pencetakan komputer dwi-muka, dan juga menggalakkan penggunakan bahagian belakang muka surat yang telah digunakan untuk menulis atau mencetak draf-draf dokumen bukan rasmi.

Sebagai bandar moden dan terancang Putrajaya mesti menjadi contoh amalan kitar semula bagi rakyat dan majikan lain di seluruh negara. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air.

Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua individu, kerajaan persekutuan ataupun negeri, pihak berkuasa tempatan, swasta dan institusi pengajian sama-sama menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup kita.

Perlaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak.

91 thoughts on “Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula

    • pemeliharaan =pemeliharaan 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 3. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 4. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah;
      pemelihara 1. orang yg memelihara; 2. suka memelihara.

      pemuliharaan = pulihara; memulihara memulihkan serta memelihara (menjaga dsb), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik: kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya;
      pemuliharaan perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah.

  1. terima kasih cikgu. emm cuma saya nak komen. boleh tak kalau cikgu beri maklumat yang padat tapi ringkas dan mudah untuk di fahami. sebab kebanyakan pembaca ialah pelajar tingkatan satu untuk pbs mereka(termasuk saya!)kami mencari maklumat hebat macam cikgu sajikan tetapi tidak panjang berjela untuk di baca. manalah tahu nanti kami terpaksa tapis2 lagi untuk di persembahkan. nanti tersilap data kantoilah jawabnya,salam,,,

  2. it’s a super web page helping me to do ma pbs……………!!!!!!!!!!! thank you so much!!!! may god bless you in your life wif pleasence!!!!!!!!!!

  3. Saya nakkan

    *maksud pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan jelas
    *kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dengan jelas

    • pelihara; memelihara 1. membela, menjaga, merawat: mereka ~nya sehingga ia dewasa; di rumah sakit dia dipelihara dgn sempurna; ~ tubuh drpd diserang oleh penyakit; 2. mengerjakan (mengusahakan, membina, dll) dgn baik; ~ pelajaran dan bahasa; ~ cucuk tanam; 3. menternak binatang: ia banyak ~ lembu; 4. mempunyai atau menyimpan (gundik dll); 5. membiarkan (menggiatkan) tumbuh (janggut, rambut, dll); 6. menyelamatkan, melepaskan (melindungi) drpd bahaya dll: dipeliharakan Allah

      pulihara; memulihara memulihkan serta memelihara (menjaga dsb), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik: kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya;
      pemuliharaan perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah.

  4. I really wanted to discuss this specific
    blog post, “Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui amalan kitar semula BAKTI DI SEPANJANG PERJALANAN” with my own
    close friends on twitter. I actuallyonly wished to pass on
    your outstanding writing! Thanks a lot, Viola

  5. Survival experts know that you can cut the banana plant off at the trunk, hollow out the center, and it will
    fill with drinkable water over the next few days. This mask can be used often,
    as it does not aggravate the skin. Irrespective of which
    recipe you use in preparing a meal or snack that contains
    the fruit, however, know that you are doing your body (and taste buds) a big favor.

  6. Boleh tak beri maksud dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan secara padat dan ringkas sebab nak buat dalam brosur ??

  7. saya nak

    DEFENISI UNTUK PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

    KENAPA PENTING MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

    HURAIKAN MENGENAI AMALAN GUNA SEMULA DAN CONTOHNYA

    HURAIKAN MENGENAI KITAR SEMULA BAHAN DAN CONTOHNYA

  8. cikgu sedang cri karangn negeri bersih rkyt sihat… tpi tk jumpe. krngn ni ade adlh evidens pbs. karngn ni juge nk 1000 pth perkataan, saya nk mntk tlong cg boleh tk cg buat satu untuk saya?

  9. cikgu bleh bgi mksud dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber bumi dan amalan guna semula dan kitar semula bahan.sehri suntuk sye cri jwpn tpi x umpe jwpn yg sesuai dan x fhm.tolong ikgu,ikgu sye bgi mse 5 hri tuk iapkn pementngn nie,mne ukup,lgi2 pbs,bnyk folio sye kene sipkn dlm mse2 minggu sbb cuti sekolh dh nk hbis dan btul2 tinggl 2 minggu lgi nk sekolah.

  10. BAGUUUUUUUUUUUUUUUSSSSSS SANGAT!!!!!!^^Saya dah ambil sikit isi untuk PBS saya……ermmm…ade lagi tak???? NAK…… HI..HI..^O<

  11. saya nak definisi pemeliharaan dan pemuliharaan, amalan guna semula bahan, amalan kitar semula.. boleh tak cikgu???

  12. karangan memang padatttttttt………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!kocakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  13. Hell᧐ very nice web site!! Guy .. Excellent .. Superb ..
    Ӏ’ll bookmark yߋur site and take the feeds
    also? I am satisfied t᧐ find so many սseful info riɡht
    heге withіn thе publish, we’ⅾ likе develop extra strategies іn tһis regard,
    tһanks for sharing. . . . . .

Tinggalkan Jawapan kepada baby sukri ^^ (@ieza_sukri) Batal balasan