Kata Bantu

Latihan minggu ke-9 (2011)

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan Kata Bantu

yang paling sesuai

sedang hendak boleh

mahu

dapat mesti harus akan
sudah pernah perlu telah

1.     Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

2.     Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

3.     Dalam pertandingan bola sepak itu, pasukan sekolah Ali ___________ kalah.

4.     Chef Nizam ______________ mengangkat kek yang panas itu dari ketuhar.

5.     Encik Ahmad ______________ melawat jirannya di hospital.

6.     Amir Izzat ______________  mandi ketika saya tiba di rumahnya.

7.     Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

8.     Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

9.     Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.

10. Pasukan sekolah Syafiq ____________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

11.  Cikgu Kalsom ___________  ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.

12. Puan Khatijah _______________  menjahit baju sutera itu lagi.

13. Shasha ________ pergi ke sekolah pagi esok.

14. Zamili __________ menyiapkan kerja sekolahnya semalam.

15. Pak Abu ____________  menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.

16. Ali dan Salim _________ makan nasi goreng kampung.

17. Cikgu Azmir belum ________ mengajar murid-murid di kelas 2 Amanah.

18. Khalid, Riduan, dan Hashim ____________ menyertai pasukan bola sepak Negara setelah menjalani beberapa sesi ujian.

19. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, Siti _______ tetap bersabar.

20. Semua pengawas sekolah ______ memakai tali leher pada setiap hari Isnin.

21. Walaupun telah dijelaskan oleh guru, namun ______ ramai murid yang melakukan kesalahan.

22. Samad dan Farid _____________ melanggar peraturan sekolah dan mereka telah didenda oleh guru disiplin.

23. Semua murid Tahun 6 _______________ menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September ini.

24. Pakaian yang dijemur oleh ibu pagi tadi __________ kering sepenuhnya.

25. Khairul _____________ menghadiri aktiviti kokurikulum pada petang ini.

26. Walaupun terpisah jauh, Salina dan Mariam ______________ berhubung.

27. Majlis perpisahan Guru Besar ________________ diadakan pada pagi tadi.

28. Cikgu Razak _______________  menjadi guru saya pada suatu ketika dahulu.

29. Puan Marina Chin ____________ berbual-bual dengan Puan Fauziah.

30. “.Adib ______________ belajar rajin – rajin untuk berjaya”,. kata ibunya.

Advertisements

3 thoughts on “Kata Bantu

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s