“Tertakluk kepada terma dan syarat”

“Tertakluk kepada terma dan syarat” begitulah bunyi iklan yang biasa kita dengan di radio pada masa ini.  Bagi mereka yang prihatin tentang bahasa Melayu dan tahu bahawa ayat “tertakluk kepada terma dan syarat” itu salah pasti mereka geram dan muak dengan bunyi iklan yang memualkan. Pasti ada yang tertanya-tanya juga, mengapa pihak yang bertanggungjawab tidak menegur pihak yang melakukan kesilapan tersebut atau pun adakah pihak pengiklan membuat rujukan bahasa terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu iklan. Lebih menghairankan lagi mengapa stesen radio berbahasa Melayu tiada penasihat bahasa Melayunya? Kalau ada apa peranannya?

Kata sendi nama pada digunakan dalam ayat untuk menunjukkan beberapa tujuan, iaitu untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat; dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada  (untuk manusia dan haiwan). Bagi tempat kata sendinya ‘di’, tetapi bagi manusia Kata Sendinya ialah ‘pada’

 Kada Sendi ‘pada’ juga untuk menunjukkan keterangan waktu, antara contoh penggunaannya dalam ayat:

  1. Mail tidak sedarkan diri pada masa itu
  2. Pemergian Jamil ke Mekah pada tahun ini.
  3. Kebakaran pada malam itu, satu tragedi bagi keluarga Amin.

Ayat contoh yang menunjukkan penggunaan pada untuk tempat bagi perbuatan sesuatu kerja ialah

  1. Lukislah peta minda pada kertas putih ini.
  2. Tali rafia pada tiang gol itu lapuk.
  3. Maklumat itu ditampal pada papan kenyataan.

Kata sendi nama pada apabila didahului oleh perkataan ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan.  Contohnya:

  1. Buku itu ada pada ayah.
  2. Cincin bertatah berlian itu ada pada kakak.
  3. Sifat ingin tahu ada pada  setiap remaja.

Harus diingat bahawa kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran.  Misalnya:

  1. Pada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?

(seharusnya: Kepada siapakah bungkusan ini hendak diserahkan?)

  1. Kecurian itu mesti dilaporkan pada polis.

(seharusnya: Kecurian itu mesti dilaporkan kepada polis).

Dalam kedua-dua ayat di atas, kata sendi nama pada  tidak boleh saling bertukar ganti dengan kata sendi nama kepada kerana pada tidak digunakan untuk maksud sasaran.

Sebagai hasil perkembangan bahasa Melayu, kata sendi nama pada dapat digunakan juga dalam bentuk-bentuk ungkapan seperti yang berikut:

  1. Pada saya, kelincahannya bermain sangat mengagumkan.
  2. Kisah itu hanya cerita karut sahaja pada pandangan saya.

Kesimpulannya,

  • Kata Sendi ‘pada’ digunakan sebagai ‘di’ bagi manusia dan haiwan.
  • Untuk menunjukkan ‘sandaran’ bagi sesuatu atau seseorang (bergantung pada suara ramai, terpulang pada ibu, tertakluk pada syarat, terserah pada pengetua, bersandar pada dinding, bergayut pada dahan, berpegang pada janji dan sebagainya).
  • Untuk menunjukkan keterangan waktu.

Kata sendi nama kepada  ialah kata sendi yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan tiga perkara, iaitu

  1. menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia;
  2. menyatakan pecahan; dan
  3. menyatakan perubahan keadaan.

Untuk fungsi (i), ayat contohnya adalah seperti yang berikut:

(a)  Jangalah berbuat sesuka hati kepada  orang. (sasaran manusia)

(b)  Kepercayaan kepada yang karut-marut itu tahyul. (unsur mujarad)

(c)  Beberapa ketul daging lembu dilemparkannya kepada  harimau itu. (sasaran haiwan)

(d)  Buku rujukan percuma dihantar kepada pihak perpustakaan. (institusi)

Bagi menunjukkan pecahan, kata sendi nama kepada digunakan dalam ayat-ayat contoh yang berikut:

  1. Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan.
  2. Sawah satu hektar itu dipecahkan kepada empat lot.

Seterusnya, bagi maksud menyatakan perubahan sesuatu keadaan, kepada digunakan seperti maksud dalam ayat-ayat contoh berikut:

  1. Suhu badan Aftar meningkat kepada 38˚C.
  2. Perubahan daripada pendiam kepada peramah itulah sikap Wan Zack yang baharu.

Kata sendi nama kepada sering berpasangan dengan kata sendi nama daripada, seperti contoh yang berikut ini:

  1. daripada Jubin  kepada Ikin
  2. daripada 37˚C kepada  39˚C
  3. daripada muda kepada tua
  4. daripada tidak tahu kepada tahu

Perlulah diingat bahawa kata sendi nama kepada tidak boleh digunakan untuk tujuan merujuk tempat.  Ayat-ayat contoh yang berikut ini tidak betul tatabahasanya.

  1. Perjalanannya dari Kajang kepada Kuala Lumpur. (seharusnya: Perjalanannya dari Kajang ke Kuala Lumpur.)
  2. Beras seguni itu dipikulnya dari bendang kepada rumah. (seharusnya: Padi seguni itu dipikulnya dari bendang ke rumah.)

JELASLAH BAHAWA AYAT YANG BETUL IALAH ‘TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT’

Advertisements

‘baru’ atau ‘baharu’

Sebelum ini, apabila pelajar bertanya tentang perbezaan penggunaan perkataan ‘baru’ dan ‘baharu’ saya tidak begitu yakin untuk menjelaskan perkara tersebut’, sehinggalah saya mendengar satu penjelasan yang mengatakan bahawa ‘baru’ adalah Kata Bantu Aspek Masa, iaitu untuk merujuk masa. Contohnya, baru habis makan, baru selesai bertugas, baru mula mahu mengenali hati budi, baru tamat latihan dan seumpamanya.   ‘Baharu’ pula ialah Kata Adjektif, iaitu untuk menerangkan perkara-pekara, barang-barang atau benda-benda yang ‘baharu. Contohnya, seluar baharu, Iphone 4s baharu, azam baharu, tilam baharu dan sebagainya,

Perlukah frasa ‘antara satu dengan yang lain’? Sekadar pandangan peribadi.

Ayat ‘antara satu dengan yang lain’ adalah pengaruh ayat bahasa Inggeris ‘with each other’ . Ayat yang berikut ialah antara contoh ayat bahasa Melayu yang menggunakan ayat ‘antara satu dengan yang lain’

  1. ….supaya mereka boleh saling mengenali antara satu sama / dengan yang lain.
  2. Uda dan Dara saling mecintai antara satu dengan yang lain.
  3. Rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain.
  4. Mereka saling berbalas senyuman antara satu sama lain
  5. Kita mesti hormat-menghormati antara satu sama lain supaya hidup kita aman dan sejahtera.

Perhatikan pula apabila ayat yang tertulis di atas tanpa unngkapan ‘antara satu sama lain/ dengan yang lain’

  1. ….supaya mereka saling mengenali ATAU ….supaya mereka boleh berkenal-kenalan
  2. Uda dan Dara saling mecintai.
  3. Rakyat Malaysia saling menghormati.
  4. Mereka berbalas-balas senyuman.
  5. Kita mesti hormat-menghormati ATAU Kita mesti saling menghormati supaya hidup aman dan sentosa

Faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan

Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti  sukan dalam kalangan murid.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti  bersukan?

Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.  Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk  memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya  belajar.  Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei  tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa  pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan.  Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Latihan 1

Kenal pasti perkara yang berikut;

  1. Pendahuluan- Definisi tema soalan, huraian dan contoh, dan kehendak soalan.
  2. Perenggan isi 1 hingga 5 – idea utama,  huraian idea utama (5W1H), contoh untuk menjelaskan idea dan ayat penegasan / pendirian terhadap idea yang diutarakan.
  3. Kesimpulan – rumusan idea, ayat cadangan dan harapan serta ungkapan yang menarik 

Latihan 2

Berpandukan karangan contoh di atas tulis  karangan yang berikut:

Pada masa masa ini, penggunaan laman sosial di internet amat popular dalam kalangan pelajar di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang keburukan terlampau aktif melayari  laman sosial kepada para pelajar.

80 Kesalahan tatabahasa yang lazim

1.      pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

  1. dua setengah kilogram ( X  )
  2. dua kilogram setengah (√  )
  3. tiga setengah minit  ( X  )
  4. lima liter suku     (√  )
  5. tiga suku jam  ( X  )
  6. tiga jam suku (√)

2.    ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………oleh……………

  1. Roti itu dimakan oleh saya. ( X   )
  2. Roti itu saya makan.                  (√  )
  3. Roti itu kamu makan.           (√  )
  4. Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
  5. Roti itu mereka makan.            ( X  )
3.     membuat  /  berbuat = abstrak/bukan benda
  1. Jangan membuat bising.  ( X   )
  2. Jangan berbuat bising.   (  √ )
  3. berbuat begitu    (  √  )
  4.  membuat begitu  (  X  )
  5.  berbuat demikian   ( √   )

4.   antara (bukan tempat)  / di  antara(tempat)

  1. Antara hobi saya ialah membaca buku.   (√  )
  2. Di antara hobi saya ialah membaca buku.   ( X    )
  3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga.    (√  )
  4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam.   (√ )
  5.  Antara alat-alat tulis  yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam.  (  X   )

5.    di dalam (lubang/ruang)    /   dalam (abstrak/tidak nampak)

1.     di dalam ingatannya (  X   )

2.     dalam ingatannya     ( √  )

3.     di dalam bilik        (  √ )

4.     dalam mesyuarat      (  √  )

5.      di dalam hatinya       (  X   )

6.   ialah (kata nama ,kata kerja)    /   adalah (kata sendi,kata adjektif)

1.     Ramli ialah abang saya.    (  √  )

2.     Ramli adalah abang saya.  ( X   )

3.     Mesyuarat itu  adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. (  √   )

4.     Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang.   (√   )

5.     Hobi saya adalah bermain badminton.  (  X  )

  1. _____ jangan = Harap sahaja

1.     Harap jangan merokok. (  √  )

2.     Sila jangan merokok. (  X  )

3.     Tolong jangan merokok. ( X   )

4.     Usah jangan merokok. ( X   )

5.     Jangan merokok. (  √  )

8.    meN-…-i (orang)   / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1.     menasihati Ali       ( √   )

2.     menasihatkan Ali    ( X   )

3.     menghidangkan tetamu (  X  )

4.     menghidangkan nasi lemak untuk tetamu (  √  )

5.     menaikkan bendera   ( X  )

6.     menganugerahi Encik Azim ( √)

7.     menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8.     menaiki taktha (√)

9.     menaiki kereta api (√)

10.  menaikkan lori sawit (X)

9.     (orang)di-…-i(benda)    /   (benda) di-…-kan (orang)

1.     Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah.  (√   )

2.     Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan.  ( X   )

3.     Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan.  (√   )

4.     Menteri  itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X    )

5.     Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√   )

10. memper  (kata adjektif)      /    memper-…-kan (kata kerja)

1.     memperdalamkan lubang itu ( x   )

2.     memperdalam lubang itu (√   )

3.     mendalamkan lubang itu (  √ )

4.     memperkatakan  hal itu (  √  )

5.     memperkata hal itu  ( x   )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1.     Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X   )

2.     Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√   )

3.     Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√   )

4.     Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X   )

5.     Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√   )

12.  meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1.     Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√   )

2.     Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X    )

3.     Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. (  √  )

4.     Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X   )

5.     Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√   )

  1. kata bilangan ‘ber’ = 2X

1.     berpuluh tahun (  X   )

2.     berpuluh-puluh tahun ( √    )

3.     beribu-ribu penonton (  √   )

4.     beribu penonton ( X   )

5.     ribuan penonton ( √   )

  1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1.     kedua-dua anaknya (√   )

2.     kedua anaknya ( X   )

3.     anaknya yang kedua (√   )

4.     ketiga-tiga ekor kucing itu ( X   )

5.     ketiga-tiga kucing itu  (√    )

  1. kata bilangan =  B  1

1.     semua murid-murid (  X  )

2.     semua murid  (√   )

3.     para pelajar    (√   )

4.     semua kanak-kanak (√    )

5.     ramai budak (  √   )

16. ramai (meriah/seronok)   /   banyak (bilangan/bukan suasana)

1.     Ramai pelanggan di pasar raya itu. (  √  )

2.     Banyak  pelanggan di pasar raya itu. ( X   )

3.     Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √    )

4.     Orang ramai menonton  konsert nasyid itu. ( √    )

5.     Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √    )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG)    /   ber (ADA TENTANG)

1.     Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2.     Cikgu Norida menceritakan  pengalamannya. ( √   )

3.     Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √   )

4.     Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. (  √ )

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X    )

18.  kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1.     Wau itu akan saya buat. (  √   )

2.     Wau itu saya akan buat. ( X    )

3.     Surat itu telah saya tulis. (  √  )

4.     Surat itu saya telah tulis. ( X   )

5.     Orang gila itu  pernah kamu lihat? (  √   )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1.     Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X    )

2.     Jalil tidak datang ke sekolah kerana  demam. (  √   )

3.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √    )

4.     Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X    )

5.     0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah.  (  √   )

20.  ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1.     Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. (  X  )

2.     Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3.     Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X  )

4.     Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )

5.     Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X  )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3.  kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di oleh(KGN 1,2)

1.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

2.     Kuih itu dimakan bapa. (  √   )

3.     Kuih itu dimakan oleh bapa. (  √   )

4.     Kuih itu termakan oleh bapa. (    √ )

5.     Kuih itu termakan  bapa. ( x    )

6.     Kuih itu kena makan oleh bapa. (  √   )

7.     Kuih itu kena makan  bapa. (  √   )

8.     Pencuri itu tertangkap polis. ( x   )

9.     Pencuri itu kena tangkap polis. ( √   )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √   )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x   )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √   )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11 dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1.     1950an ( X   )

2.     1950-an ( √   )

3.     1950 – an ( X    )

4.     lima puluhan (  √  )

5.     lima puluh an ( X   )

23. lain = di akhir ayat,1x

1.     masalah-masalah lain ( √   )

2.     lain-lain masalah ( x    )

3.     perkara-perkara lain ( √   )

4.     lain-lain perkara (  x  )

5.     hal-hal lain ( x   )

24. akan = tiada imbuhan

1.     menyayangi akan anaknya ( x   )

2.     sayang akan anaknya (  √  )

3.     sayang  anaknya ( x   )

4.     merindui ibunya (  √  )

5.     rindu akan anaknya (  √   )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1.     Daud dan Arif saling kejar-mengejar (  x     )

2.     Daud dan Arif saling mengejar (  √   )

3.     Daud dan Arif kejar-mengejar (  √   )

4.     Perompak dan anggota polis itu saling menembak. (  √   )

5.     Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. (  √   )

26.  kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1.     juru-juruterbang (  x   )

2.     juruterbang-juruterbang ( √   )

3.     olahragawan-olahragawan ( √    )

4.     olah-olahragawan ( x    )

5.     seniman-seniman (  √   )

27.  kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1.     guru-guru besar (  √  )=banyak guru besar

2.     guru besar-guru besar ( x   )

3.     guru besar-besar (  √   )=banyak guru yang besar

4.     alat-alat tulis ( x    )

5.     alat tulis-alat tulis (  √  )

28. kata penguat bebas=sas

1.     sangat cantik (  √   )

2.     cantik sangat (  √   )

3.     amat kejam     (  √   )

4.     kejam amat     (  √   )

5.     bijak sungguh (   √  )

29.  sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. (  √   )

2. KLCC tertinggi. ( √    )

3. KLCC tinggi sekali. (  √    )

4. KLCC paling tinggi sekali . ( x   )

5. KLCC tinggi sekali. (  √  )

30. ku/ kau = 1 perkataan   ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada  kah,tiada imbuhan

1.     Buku itu telah kuambil. (  √  )

2.     Buku itu telah kumengambil. ( x   )

3.     Ke mana  kaupergi tadi? (√   )

4.     Itu adikkau? ( X    )

5.     Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1.     Siapakah nama saudari? (√   )

2.     Siapa nama saudari? ( x   )

3.     Nama saudari siapa? (√   )

4.     Nama saudari siapakah? ( x   )

5.     Yang manakah basikal kamu ? (  √  )

6.     Cikgu Ali sudah datangkah? (  x    )

7.     Cikgu Ali sudah datang ? (   √  )

8.     Sudah datangkah Cikgu Ali? (  √   )

32. baharu =benda  /  baru=masa=PMR/SPM sama

1.     Abu Bakar memakai baju baharu. (  √  )

2.     Abu Bakar memakai baju baru. ( x    )

3.     Dia baru sampai pagi tadi. (  √  )

4.     Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x   )

5.     Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya.  (  √  )

33. apa?    /  apa-apa   / mana?   / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1.     Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x   )

2.     Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. (  √  )

3.     Kami tidak ke mana-mana semalam. (  √   )

4.     Kami tidak ke mana semalam. ( x    )

5.     Datanglah ke rumah saya bila ada masa. (  x   )

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu   /  ber

1.     Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. (  √  )

2.     Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x   )

3.     Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x   )

4.     Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. (  √   )

5.     Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x    )

35. belaka = B 1

1.     Baju itu murah-murah belaka.

2.     Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x   )

3.     Mereka bijak-bijak belaka. ( x   )

4.     Mereka bijak belaka. (  √  )

5.     Mereka-mereka  bijak-bijak belaka. ( x   )

36. daripada….kepada=perbezaan  / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)

2.     Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.

3.     Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4.     Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x   )

5.     Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. (  √   )

37. boleh=keizinan  /  dapat=memperoleh,guna tenaga

1.     Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√  )

2.     Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x   )

3.     Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x    )

4.     Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. (  √   )

5.     Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x   )

38. kata bantu= boleh bersama

1.     Saya belum pernah makan durian. (  √  )

2.     Adik Lilyana masih belum bersekolah. (  √  )

3.     Karim Pin masih sedang menulis surat.(  √  )

4.     Yatimah sudah pernah melawat Jepun. (  √  )

5.     Puan Wong sedang hendak ke pasar. (  √  )

39. sekalian = B 1

1.     Para hadirin sekalian, ( x    )

2.     Hadirin sekalian, (  √   )

3.     Hadirin yang dihormati, (  √  )

4.     Hadirin yang dihormati sekalian,  ( √   )

5.     Tuan-tuan dan puan-puan, (  √  )

40. hanya   / sahaja= tidak boleh bersama

1.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x   )

2.     Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. (  √  )

3.     Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. (  √  )

4.     Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. (  √  )

5.     Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. (  √  )

41.   Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1.     alat penghawa dingin ( x   )

2.     alat hawa dingin ( x    )

3.     pendingin hawa (   √   ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4.     penghawa dingin (  x  )

5.     penyaman udara (  √  )

42.  isme bukan isma

1.     nasionalisma ( x    )

2.     nasionalisme (  √   )

3.     plasma (  √  )

4.     plasme (  x  )

5.     patriotisme (  √  )

6.     vandalisma (  x )

43.          kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√    )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x    )

2.     Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (  √   )

Kami  akan pergi esok. (  √   )

3.     Kami semua akan  berkelah di Teluk Batik. ( x    )

4.     Kami  akan  berkelah di Teluk Batik. ( √   )

5.     Kita semua haruslah bekerjasama. ( x   )

44. di = sudah tiba,sedia ada   /   ke belum tiba

1.     Mereka sudah sampai di Tapah. (  √   )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x    )

3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √   )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. (  x   )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. (  √    )

45. 1.     menengok televisyen (  √ )

2.     menonton televisyen  (  √ )

3.     memotong getah         (  x   ) = lisan boleh

4.     menoreh getah            ( √  )

5.     menggantung baju di ampaian ( x   )= menyidai

46.  manakala = 2,3.. orang    /   sementara=1 orang

1.     Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2.     Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3.     Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. (  √  )

4.     Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5.     Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √  )

47. atas=bukan tempat    /   di atas= tempat

1.     Terima kasih atas pertolongan saudara. (    )

2.     Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x   )

3.     Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x   )

4.     Buku kamu ada di atas meja itu. (    )

5.     Burung berterbangan di atas awan. ( x   )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1.     Saya tidak tahu siapa namanya. ( x   )

2.     Saya tidak tahu namanya. (  √  )

3.     Polis akan menangkap siapa yang mencuri. (  x   )

4.     Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.(  x    )

5.     Saya tidak tahu tempat tinggal  Cikgu Shaari. (  √  )

49. tidak=kata kerja,kata adjektif   /  bukan=kata nama,

1.     Dia bukan abang saya. (  √  )

2.     Komputer ini bukan berat.(  x   )

3.     Soalan ini bukan susah. (  x   )

4.     Soalan ini tidak susah. (  √   )

5.     Gillian tidak suka bermain bola sepak. (  √  )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan   /   terdapat   /  ada

1.     Sekolah saya mempunyai  sebuah padang. (  x   )

2.     Sekolah saya terdapat  sebuah padang. (  √   )

3.     Sekolah saya ada  sebuah padang. (  √   )

4.     Semua serangga  mempunyai  enam kaki. (  √  )

5.     Saya mempunyai empat orang anak. (  √  )

51. untuk  = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan ‘untuk’ (kaji ayatnya)

1.     Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. (  x  )

2.     Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. (  √    )

3.     Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. (  √  )

4.     Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. (  x  )

5.     Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.(  √   )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)

1.     tak mau                  =_____tidak mahu_______

2.     tak tau                   =_____tidak tahu___

4.     mak saya               =____emak saya____

5.     tuk saya  =____datuk saya________

6.     dah tau                   =____sudah tahu________

7.     kak saya =____kakak saya________

8.     tak nak                   =____tidak hendak______

53. adakah= ya,tidak    /  apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? (  √ )

2. Apakah kamu sakit? (  X   )

3. Apakah nama haiwan itu? (  √   )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? (  X   )

5. Apakah yang terjadi?  (  √  )

54. dan sebagainya =sama jenis  /   dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. (  √   )

2.     Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. (   x  )

3.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x   )

4.     Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. (  √   )

5.     Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.(  x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1.     pasar raya (√   )

2.     pasaraya    ( x  )

3.     bandar raya (  √  )

4.     Bandaraya Kuala Lumpur ( √   )

5.     Bandar Raya Kuala Lumpur ( x  )

6.     Bandaraya Ipoh (  √  )

7.     pilihan raya (  √ )

8.     jalan raya (  √  )

9.     hari raya (  √  )

10. lebuhraya ( x   )

  1. goreng = nak makan/goreng apa?

1.     Saya suka goreng pisang. (  x    )

2.     Saya suka  pisang goreng. (  √   )

3.     Tolong goreng pisang itu. (  √   )

4.     Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x    )

5.     Saya suka menggoreng pisang. (  √   )

  1. kepada  /   ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)

1.     memberitahu kepada Cikgu Siti (  x   )

2.     memberitahu Cikgu Siti (  √  )

3.     melawat ke Kuala Lumpur (  x   )

4.     melawat ke datuknya (  x   )

5.     melaporkan kepada pihak polis (  √   )

6.     kami melawat nenek di kampung (  √   )

7.     ke hospital untuk melawat kawan (  √   )

  1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.

1.     Dia tersangat nakal. (  √   )

2.     Dia sangat ternakal. (  x   )

3.     Baju itu amat termahal. (  x   )

4.     Baju itu amat mahal. (  √  )

5.     Baju itu termahal. (  √   )

59. ke……ke  /  untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

1.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. (  √   )

2.     Saya tidak tahu  sama ada dia ke Ipoh atau  Johor. (  x  )

3.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. (  x   )

4.     Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. (  √    )

5.     Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x   )

60. se……  /  se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1.     dari masa ke semasa (  x    )

2.     dari semasa ke semasa ( √  )

3.     dari masa ke masa (  √    )

4.     dari hari ke hari  (  √   )

5.     dari hari ke sehari (  x  )

61. setengah  = ½    / sesetengah = jumlah, sebilangan

1.     Setengah orang tidak suka akan durian. (   x  )

2.     Sesetengah orang tidak suka akan durian. (  √    )

3.     Setengah-setengah  orang tidak suka akan durian. (  √  )

4.     Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. (  x   )

5.     Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. (  √  )

62.          beberapa  = jumlah  /  berapa = soalan

1.     Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. (  √   )

2.     Beberapa  pelajar telah menyertai kursus itu. (  x  )

3.     Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x   )

4.     Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? (  √   )

5.     eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. (  √   )

63.    = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1.     bas mini (  √  )

2.     mini bas (  x  )

3.     sos cili   (  √  )

4.     cili sos   (  x  )

5.     Aminah Kedai Jahit (  x   )

64.   telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1.     ayam telur (  √   )

2.     telur ayam (  √   )

3.     ayam daging (  √  )

4.     daging ayam (  √   )

5.     kuning telur (√ )

65.   1.    Bahasa Melayu (  √  ) = nama khas bagi mata pelajaran

2.     bahasa Melayu (   √  ) = nama am bagi  bahasa

3.     berbahasa Melayu (  √    )

4.     berBahasa Melayu (   x  )

5      fasih Bahasa Inggeris  ( x )

66.   benda  + orang

1.     bapa kereta (  x  )

2.     kereta bapa  (  √   )

3.     saya punya wang (  x    )

4.     wang saya (  √    )

67. kata ganda separa + ber…an =  B 1, 1 B

1.     dedaun berguguran (  x   )

2.     daun berguguran (  √  )

3.     lelayang bergantungan (  √   )

4.     layang-layang bergantungan (  √   )

5.     kekacang bertaburan (  x   )

68.  selain = tidak perlu daripada,dari

1.     Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

2.     Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  x   )

3.     Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (  √   )

4.     Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani.  (  √   )

5.     Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x  )

69.   (0rang) menghiaskan  /(Benda) menghiasi  /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1.     Mereka sedang menghiaskan pentas  itu. (  √   )

2.     Mereka sedang menghiasi pentas  itu. (  x   )

3.     Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. (  x   )

4.    Pelbagai bunga menghiasi pentas  itu. (  √   )

5.    Adik mengotori lantai itu. (  x    )

70. penjodoh bilangan

1.    seketul pemadam (   √  )

2.    seutas tali leher( x  )

3.    sebuah jam dinding             (  √  )

4.    sepuluh butir telur ayam (   √  )

5.    lima buah rumah-rumah  ( x  )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1.     Rumah saya rumah batu juga.(  √  )

2.     Rumah saya juga rumah batu.(  x   )

3.     Gadis itu tersenyum saja. (  √   )

4.     Gadis itu saja tersenyum. (   x  )

5.     Haji Ali ke Makkah lagi.(  √   )

72. kata penguat(tidak perlu)  +  kata ganda berirama

1.     Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x    )

2.     Rambut Afiqah kusut-masai. (   √  )

3.     Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. (  x    )

4.     Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. (  √   )

5.     Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

73. berkali-kali / berulang kali = B  1 , 1  B

1.     Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2.     Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju (  √   )

3.     Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju (  √   )

4.     Ramli mengangguk-angguk berulang kali. (  x   )

5.     Ramli mengangguk berulang kali. (  √   )

74.  dia (betul)    /    dai (salah)

1.     diari (√    )

2.     dairi (  x   )

3.     dailek (  x   )

4.     dialek(  √   )

5.     dialog(  √   )

75.  di  = tempat   /  pada = benda

1.     Ada setompok darah di bajunya. (   x    )

2.      Ada setompok darah pada bajunya. (  √    )

3.     Doktor membalut luka pada kakinya. (  √  )

4.     Doktor membalut luka di  kakinya. (  x   )

5.     Jangan bersandar di dinding itu. (  x   )

75.          ayat songsang

1.     pendepanan frasa kerja transitif,

2.     pendepanan frasa kerja tak transitif

3.     pendepanan frasa adjektif

4.     pendepanan frasa sendi/kata hubung

1.     Sedang membaca buku murid itu. (  √  )

2.     Tertidur Mawi di situ. (   √  )

3.     Sungguh besar sekolah itu.(   √    )

4.     Ke Makkah lagi Haji Ali. (  √   )

5.      Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. (   √  )

76.  (pesakit)menjalani  /  (doktor)menjalankan

1.     Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √  )

2.     Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )

77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas  /   beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1.      Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. (  √   )

2.     Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati.  (  x    )

3.     Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. (  x   )

4.     Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. (  √  )

5.     Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. (  √   )

78.  Guru Besar  = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1.     Bapa saya  guru besar.( √    )

2.     Bapa saya  Guru Besar di SK. Gunung Rapat.  (  √   )

3.     Semua guru besar sedang bermesyuarat. (  √   )

4.     Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. (  √    )

5.     Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. (  √   )

79.  kata bilangan   + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1.     sebahagian orang murid(  x   )

2.     sebahagian murid (  √   )

3.     segala ekor binatang (  x    )

4.     segala binatang  (  √   )

5.     setiap orang rakyat (   x    )

80. agar   /   supaya  /  jika  / sekiranya = 1x

1.     Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.(  x   )

2.     Saya berdoa  supaya Fatin berjaya. (  √   )

3.     Saya berdoa agar Fatin berjaya. (  √   )

4.      Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.(  x   )

5.     Jika  saya terlupa, tolong hubungi saya (  √   )

Kata Pemeri ialah dan adalah

Perkataan ialah dan adalah merupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tulisan yang tidak menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Kedua-dua perkataan ini dikatakan telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu belakangan ini. Hal ini akan menjadi jelas jika diteliti buku klasik Melayu Sejarah Melayu kerana dalamnya kita tidak akan bersua dengan perkataan ialah ataupun adalah. Demikian juga dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada penggunaan kedua-dua perkataan ini. Menurut Asmah Hj Omar (1994), perkataan ialah terbentuk daripada perkataan ia dan lah manakala adalah pula masuk ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Indonesia. Perkataan ini digunakan sebagai padanan bagi kopula yang wujud dalam bahasa Belanda.

Walaupun perkataan-perkataan ini sudah begitu lazim di kalangan pengguna bahasa Melayu, namun terdapat kekhilafan di kalangan pengguna dalam hal penggunaannya yang betul dan mengikut aturan nahu Melayu. Menurut Tatabahasa Dewan (1994), kedua-dua perkataan ini termasuk kelompok kata prafrasa atau perkataan-perkatan yang diletakkan di awal atau di depan frasa. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al. 1994:245). Dan, kedua-dua perkataan adalah dan ialah merupakan jenis kata pemeri. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim et al. 1994:250).

Walaupun kedua-dua kata pemeri boleh digunakan untuk memerihal dan merangkaikan subjek dengan frasa, namun ada aturan untuk menggunakannya. Penggunaannya bukanlah secara sewenang-wenangnya. Sebenarnya, ada dua cara pemerihalan itu dapat dilakukan, iaitu secara persamaan atau secara huraian.

Untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif, kata pemeri ialah digunakan. Perhatikan beberapa contoh penggunaan jenis ini di bawah:

  1. Yang berbeza ialah bentuk dan sifatnya.
  2. Bukti jelas ialah kita masih mempunyai program membantu rakyat yang termiskin.
  3. Lokasi yang sering diberi tumpuan ialah kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai.

Dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama bentuk dan sifatnya,kita, dan kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai. Kesemua frasa ini ialah frasa nama; oleh hal itu, perlulah disusuli kata pemeri ialah.

Sekarang kita perhatikan pula beberapa penggunaan kata pemeri adalah di bawah ini. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian atau kualitatif. Perhatikan beberapa contoh penggunaan di bawah:

  1. Rumah yang dijual adalah terlalu kecil.
  2. Tujuan projek itu adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persatuan itu.

Seperti yang diperhatikan dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti terlalu kecil dan frasa sendi nama untuk mendapatkan sumber sumber kewangan. Dengan yang demikian, yang menjadi jelas kepada kita bahawa kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama sahaja, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Hal ini juga bermakna adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama dan frasa kerja, dan demikian juga ialah tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif ataupun di hadapan frasa sendi nama. Walaupun sudah ada aturan penggunaan sedemikian, namun kita sering bersua juga dengan ayat-ayat yang menggunakannya dengan salah, dan adakalanya digunakan secara tukar ganti, iaitu secara sewenang-wenangnya, seolah-olah kedua-dua kata pemeri itu bersifat sinomim.

Sekarang marilah kita perhatikan beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang tidak betul dan pembetulannya di bawah: Mula-mula kita lihat kekhilafan penggunaan kata pemeri ialah.Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (Sepatutnya: Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta).

  1. Objektif DBKL membina rumah kos rendah antaranya ialah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. (Sepatutnya: Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya adalah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah).

Kini, kita perhatikan pula penggunaan kata pemeri adalah yang tidak tepat dalam contoh-contoh yang berikut:

  1. Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (Sepatutnya: Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan).
  2. Pelajar adalah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. (Sepatutnya: Pelajar ialah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan).
  3. Kebanyakannya adalah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat. (Sepatutnya: Kebanyakannya ialah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat).
  4. Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga adalah suatu langkah yang positif. (Sepatutnya: Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga ialah suatu langkah yang positif).

Yang jelas daripada contoh-contoh yang dipaparkan di atas, masih terdapat kekhilafan di kalangan pengguna bahasa Melayu dalam hal menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Yang menjadi menarik di sini ialah sebahagian besar contoh dalam makalah ini dipetik daripada salah sebuah majalah popular, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka! Seperti yang kita ketahui, bahasa yang baik ialah yang tertakluk kepada aturan dalam bahasa tersebut. Jika pengguaannya mengikut kelaziman, kesewenangan, dan ketidakaturan, sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir bahasa tersebut.

Daripada huraian di atas, jelas juga kepada kita bahawa adalah dan ialah tidak boleh diletakkan sebelum frasa kerja. Amalan meletakkan kata pemeri di hadapan frasa kerja memang menyalahi nahu Melayu. Oleh itu, kita perlu mengelakkan membina ayat-ayat seperti yang berikut:

  1. Hampir kesemua filem Barat adalah berorientasikan komersil (Sepatutnya: Hampir kesemua filem Barat berorientasikan komersil).
  2. Perjuangan sebelum merdeka ialah menuntut kemerdekaan dalam segala bidang, iaitu ekonomi, politik, dan sosial. (Sepatutnya: Perjuangan selepas kemerdekaan adalah untuk menuntut kemerdekaan ekonomi, politik, dan sosial).
  3. Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas ialah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang. (Sepatutnya:Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas adalah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang).
  4. Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialah menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (Sepatutnya: Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat).
  5. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari sempena Hari Raya Puasa. (Sepatutnya: Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari … atau Pelajar-pelajar dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari…).
  6. Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka adalah disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri. (Sepatutnya: Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri).

Dalam hal penggunaan kata pemeri, terdapat suatu lagi amalan yang tidak betul. Amalan itu ialah penggunaannya yang bersifat kelewahan. Dengan erti kata yang lain, penggunaannya tidak diperlukan, tetapi digunakan dalam penulisan. Kita perhatikan contoh penggunaan seumpama itu di bawah:

  1. Dia ialah guru. (Sepatutnya: Dia guru).
  2. Masalah itu adalah merupakan masalah besar. Sepatutnya: Masalah itu merupakan masalah besar).
  3. Tindakan yang berterusan gejala maksiat. (Sepatutnya: Tindakan yang berterusan perlu bagi menutup semua gejala maksiat).adalah perlu bagi menutup semua
  4. Persembahan penyanyi itu adalah sungguh hebat. (Sepatutunya: Persembahan penyanyi itu sungguh hebat).

Seperti yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas, penggunaan adalah dan ialah tidak diperlu atau tidak wajib digunakan dalam ayat-ayat di atas. Dalam ayat 21, misalnya, sudah memadailah jika ayat tersebut dibina dengan dua frasa, iaitu ‘persembahan penyanyi itu’ + ‘sungguh hebat’ kerana ayat ini dibina berdasarkan pola FN + FA. Ayat ini tidak perlu kata pemeri adalah untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif dalam frasa tersebut. Dalam ayat ini, persembahan penyanyi itu ialah frasa nama, manakala frasa adjektifnya adalah sungguh hebat. Dalam hal ini, pernah pelajar-pelajar saya berhujah bahawa meninggalkan kopula ialah dan adalah dalam ayat mencacatkannya, dan ada juga yang rasa janggal jika ayat tidak ada kopula. Nyata pandangan mereka itu tidak tepat kerana dalam bahasa tidak tertakluk kepada rasa janggal atau kepada rasa sedap atau tidak sedap. Rasa janggal dan tidak sedap itu timbul kerana pelajar-pelajar tidak biasa dengan 4 pola ayat dalam bahasa Melayu.

Mungkin gejala tersebut terjadi kerana pengaruh bahasa Inggeris. Oleh sebab wujud kata gerund seperti am, is, are, was, dan were dalam semua ayat bahasa Inggeris, makapengguna bahasa Melayu pula mencuba memadankan kata-kata itu dengan kata pemeri adalah dan ialah. Sebenarnya, amalan memadankan gerund dengan adalah atau ialah dalam bahasa Melayu tidaklah tepat. Kata pemeri dalam bahasa Melayu digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Tidak wajar untuk memasukkan unsur yang tidak menjadi milik bahasa Melayu ke dalamnya.

Mudah-mudahan makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka kepada aturan menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada pelajar-pelajar terutamanya supaya kekhilafan ini dapat diperbetul. Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita!

Perihal ‘sebab’ dan ‘kerana’.

Banyak orang keliru dengan penggunaan perkataan “kerana”. Sebagai contoh, banyak yang bertanya tentang ayat yang bermula begini: ”Ini kerana …” seperti dalam ayat ”Ini kerana ibunya sakit.” Bolehkah ayat seperti ini digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul?

Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk ”Ini kerana …” jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, ”This is because …” Oleh itu, sebenarnya binaan ini bukan binaan bahasa Melayu sejati. Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa basahan, penggunaan bentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap berlaku.
“Kerana” ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat “Dia tidak datang kerana ibunya sakit.” Dalam ayat ini, “kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini, “kerana” ialah kata hubung ke-terangan.

Ayat yang bermula dengan “Ini kerana …”, seperti dalam ayat: “Ini kerana ibunya sakit”, adalah tidak tepat, disebabkan perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek “ini”. Maka binaan ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: “Hal ini demikian kerana ibu-nya sakit”. Dalam ayat ini, ayat induk ialah “Hal ini demikian”, dan “kerana” yang mengikutinya kini berfungsi sebagai kata hubung.
Soal binaan ayat begini memang mengelirukan kerana banyak orang kurang faham tentang golongan kata sesuatu perkataan, lantas berlaku kesalahan dalam menggunakan perkataan tersebut. Dalam contoh di atas, “kerana” yang tergolong sebagai kata hubung telah digunakan sebagai predikat ayat. Hal ini berlaku kerana pengaruh binaan bahasa Inggeris.

Satu lagi persoalan yang berkait dengan perkataan “kerana” ialah dalam konteks penggunaan “oleh kerana”. “Oleh kerana” kerap digunakan bertukar ganti dengan “oleh sebab” yang berfungsi sebagai frasa sendi nama.

Dalam binaan frasa sendi nama, frasa yang bermula de-ngan kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. Kata sendi nama dalam frasa “oleh kerana” dan “oleh sebab”, ialah “oleh”. Yang menjadi persoalan ialah, apakah golongan kata “kerana” dan “sebab”?
“Kerana” dan “sebab” tergolong sebagai kata hubung. Ayat “Dia tidak datang kerana ibu-nya sakit”, misalnya, boleh juga menjadi “Dia tidak datang sebab ibunya sakit”. Ini membuktikan bahawa kedua-dua perkataan “kerana” dan “sebab” ialah kata hubung.
Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang boleh menduduki lebih daripada satu golongan kata, bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Perkataan “dalam”, misalnya, berfungsi sebagai kata adjektif dalam ayat “Perigi itu sangat dalam”, dan berfungsi sebagai kata arah dalam ayat “Bukunya tersimpan di dalam almari”.

Demikian juga halnya dengan perkataan “sebab”. Dalam ayat “Dia tidak datang sebab ibunya sakit”, kata “sebab” berfungsi sebagai kata hubung. Tetapi dalam ayat “Nyatakan empat sebab mengapa kamu tidak datang”, kata “sebab” berfungsi sebagai kata nama dan bukannya kata hubung.
Penggunaan frasa nama “oleh sebab” adalah lebih tepat dalam bahasa Melayu kerana “sebab” boleh berfungsi sebagai kata nama, sedangkan “kerana” tidak tergolong sebagai kata nama. Misalnya kita tidak pernah menyatakan: “Nyatakan empat kerana mengapa kamu tidak datang”; melainkan “Nyatakan empat sebab mengapa kamu tidak datang”. Jelas, penggunaan “oleh kerana” tidak mematuhi hukum nahu bahasa Melayu.