Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawafaedah kepada murid. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Latihan 1
Kenal pasti perkara yang berikut;
- Pendahuluan- Definisi tema soalan, huraian dan contoh, dan kehendak soalan.
- Perenggan isi 1 hingga 5 – idea utama, huraian idea utama (5W1H), contoh untuk menjelaskan idea dan ayat penegasan / pendirian terhadap idea yang diutarakan.
- Kesimpulan – rumusan idea, ayat cadangan dan harapan serta ungkapan yang menarik
Latihan 2
Berpandukan karangan contoh di atas tulis karangan yang berikut:
Pada masa masa ini, penggunaan laman sosial di internet amat popular dalam kalangan pelajar di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang keburukan terlampau aktif melayari laman sosial kepada para pelajar.
10q 4 help me……….
terima kasih
amat membantu,, terima kasih,, ^_^
Huhu
thks
minta izin untuk dicopy..hehe
thnks
jangan takut
thank u….. 🙂
terima kasih…..amat menolong kami dlm pelajaran sekiranya tidak mencukupi isi atau huraian….
THANK YOU…. 🙂
karangan yg bagus… good luck..!!!!!!!!!
terima kasih…… 🙂
setelah lame mencari…..:))
HIIII.
:p
terima kasih
Terima kasih kerana menolong saya. (bahasa KL)
Trimak kaseh sebab nolong kamek.(bahasa Sarawak)
Aik ado bahasonyo jugok .
( bahasa kelantan )
Terima kasih
Ini juga adalah kepentingan bersukan,bukan?
Thanks ..karangan ini amat membantu sy ”…god luck …
betul kta awk smua karangan ini sgt bagus
tenkiu ….
lama mencari , baru sekarang jumpe….
ayat yg bgos..
Ye. Betuull
sgt brguna..thanks..hope will be help me to get SKOR At SPM
krgn yg baik!..
thnks.. i can use for my karangan.. haha
#brokenenglish
humanguoys
Terima kasih. Amat membantu.
thank u so much sir.it very useful to me when my PBS.thank u so much again…………
teqima kaseh orang Kedah kata karangan yang baguih
betul btul btul karangan yang sangat baguih
kami amat memerlukan pertolongan anda trima kasih banyak2 sbb mnolong kmi
trima kasih sbb karangan ni
thank u for this information 🙂 🙂
hope u can update more 🙂
Mohon copy ye cikgu
karangan ini sungguh sedap!!!!!
hello this is good essay!!!!!!!!!!!
Yo,good but not good ………….
Adding something less would be nice…..
Terima kasih….
ini memang bagus ,terima kasih !
Can u follow me too?
TOLONG JELAS KAN. MCM MNA KITA NAK MULAKAN DULUU..
thanks
Thank for pendapat lisan
thanks a lot. sya ambil certain point sja utk kasi masuk dlm karangan sya. hehehe…
ini karangan spm ke karangan pt3
terima kasih
tq
wow senang nye nk cari maklumat
thank u to give more information
dpt manfaat dri karangan ini….. tq
terima ksih untuk pkongsian ini..
this is very useful for me
alhamdulilah