Memahami PT3

PT 3 – 2014

PT 3 - 2014
Penerangan lanjut sila klik pada gambar diatas.

Apa itu PT3(Pentaksiran Tingkatan 3) ?

Bagi memahami PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3)  
Baca artikel mengenai Jadual dan Pelaksanaan PT3.  Rujuk juga info mengenai artikel  Pelbgai Instrumen  supaya dapat bersedia lebih awal. Manakala bagi Matapelajaran yang ditaksiar adalah mengikut Format pentaksiran tingkatan 3(PT3).
 

Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, menerusi instrumen tersebut, murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.
Katanya, ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.
Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.
“Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global.
“Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang,” katanya

Secara ringkas perlaksanaannya adalah seperti berikut:

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s