Jacquez Ngindang

Jacquez Ngindang

Mandi-manda di Sungai Ampang

Advertisements

Kesalahan bahasa yang berleluasa dalam iklan

  1. ………………tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. ………………bergantung kepada keputusan mesyuarat.
  3. …………….. terserah kepada kamu.

Kata Sendi Nama yang betul ialah pada

Kesalahan Bahasa yang berleluasa kini

  1. di mana..ATAU ..yang mana . Ayat contoh: Lee Chong Wei ialah Pemain Badminton No. 1 Dunia, di mana beliau telah banyak memenangi kejohanan berperstij.
  2. Fotosintesis ialah proses di mana tumbuhan mengubah tenaga cahaya matahari menjadi energi kimia dan menyimpannya dalam bentuk glukosa karbohidrat.
  3. Pasar raya ialah tempat di mana orang ramai membeli-belah.

Sepatutnya Lee Chong Wei ialah Pemain Badminton No. 1 Dunia, beliau telah banyak memenangi kejohanan berperstij.

Mengapa perlu di mana? Di mana untuk bertanyakan tempat.  Jawapannya  di situ, di kampung, di KLIA dan sebagainya.

ASPEK-ASPEK SASTERA

ASPEK-ASPEK SASTERA

Padankan istilah sastera di dalam ruang A dengan contoh atau penerangan di dalam ruang C. Tulis jawapan anda (nombornya sahaja) di ruang B. 

A

B  

C

1 Personifikasi     A Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
2 Aliterasi     B perahu duka, ladang kesabaran, akar sejarah
3 Nada patriotik    

C

Nada sajak yang dapat dikenal apabila penyajak menyindir pihak yang tertentu dalam sesuatu isu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati
4 Hiperbola     D “Apa dah jadi ini?”
  Nada protes     E seribu lautan sanggup diharungi
5 Asonansi     F nada sajak yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara.
6 Anafora     G Sajak yang bersifat puisi pemilihan kata dan pengucapan yang dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yang mempunyai pertalian bunyi.
7 Nada romantis     H perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi bunyi dari segi tinggi rendahnya tekanan suara apabila mendeklamasikan sesebuah sajak
8 Sinkope     I Nada sajak yang dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau membantah pihak-pihak yang tertentu.
9 Nada     K Nada sajak yang menggambarkan penyajak meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan
10 Metafora     L Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!

Tambah mengimbau sorotan Kitab ESA!

10 Nada sinis     M matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
11 Nada melankolik       N nada sajak yang perlahan dan penuh dengan kelembutan dan kasih sayang
12 Puitis     O Memacu menghimpun kekuatan

ASPEK-ASPEK SASTERA- Latihan ulang kaji

ASPEK-ASPEK SASTERA

Padankan istilah sastera di dalam ruang A dengan maksudnya di dalam ruang C. Tulis jawapan anda (nombornya sahaja) di dalam ruang B. 

A

B  

C

1 Perwatakan     A perkara-perkara atau isi perkara-perkara lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesebuah karya
2 Imbas kembali     B Jalinan peristiwa demi peristiwa  yang berlaku  dalam sesebuah cerita berdasarkan faktor sebab dan akibat.
3 Tema     C Ringkasan cerita lebih kurang 100 – 150 patah perkataan.
4 Latar     D  bahasa kiasan yang membandingkan sesuatu dengan menggunakan kata konkrit dan dengan kata abstrak atau yang tidak menggunakan kata seperti, bak, bagai, umpama, persis, laksana dan macam
5 Simile       E pelukisan luaran dan dalaman tentang watak dalam karya
6  Plot     F ketegangan dalam cerita yang membangkitkan perasaan ingin tahu pembaca. Membuat pembaca tertanya -tanya tentang peristiwa selanjutnya.
7 Watak     G teknik mengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialami watak.
8 Pemikiran     H satu idea utama atau idea dasar yang menjadi persoalan utama dalam puisi dan prosa
9 Sinopsis     I pelaku atau tokoh dalam sesebuah karya.
10 Persoalan     J digunakan dalam genre drama dan membawa pengertian yang sama dengan dengan tema.
11 Diksi     K Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
12  Personifikasi     L pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya
13 Metafora     M perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakankata seperti, bak, bagai, umpama, macam dan persis
15 Saspens     N memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal -hal yang abstrak.
16 Hiperbola     O bermaksud penyingkatan perkataan
17 Rima     P merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi
18 Aliterasi     Q pengulangan kata pada awal baris secara berurutan
19 anafora     R bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
20 Asonansi     S bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi
21 Sinkof     T pengulangan kata dalam baris yang sama
22 epifora     U pengulangan kata pada akhir baris
23 repitisi     V kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesebuah benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
24 Perlambangan     W sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesebuah secara berlebihlebihan daripada maksud yang sebenarnya