Semangat perpaduan kukuh di Sabah dan Sarawak contoh terbaik


Keharmonian inspirasi 1Malaysia

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

Semangat perpaduan kukuh di Sabah dan Sarawak contoh terbaik: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.

Sambil menyifatkan kisah Sabah dan Sarawak sebagai ‘kisah 1Malaysia’, Perdana Menteri berkata, kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam keadaan harmoni.

“Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni.

 

“Ada banyak contoh yang bersemangat dan bertenaga untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan etnik boleh menerima banyak perkara yang menyatukan kita, bukannya membiarkan beberapa perkara kecil memecahbelahkan kita,” katanya dalam kenyataan peribadi sempena Hari Malaysia, semalam.

Perdana Menteri yang berkongsi wawasannya bagi membina masa depan lebih cemerlang untuk semua rakyat Malaysia, turut mengimbas bagaimana penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung pada 1963 melahirkan Malaysia moden.

Najib berkata, ketika menyaksikan perayaan Gawai Dayak di rumah panjang di Sarawak, baru-baru ini, beliau menyedari penduduk negeri itu sudah pun menerima pakai nilai 1Malaysia, lama sebelumnya.

“Contoh ini merangsang komitmen saya. Kita hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan dan keharmonian boleh dicapai jika kita menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Sabah mengalami pertumbuhan pesat dalam keseluruhan sektor ekonominya dan beliau amat tertarik kepada semangat keusahawanan serta membawa pembaharuan pada rakyat negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, kemajuan ekonomi di kedua-dua negeri itu tersekat oleh masalah rangkaian pengangkutan dan perkhidmatan. selain persekolahan akibat kekurangan dana.

“Sehubungan itu, saya memperluaskan bantuan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana penting, bekalan perkhidmatan dan penambahbaikan peluang pendidikan, terutama di kawasan luar bandar.

“Untuk membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni dengan masa depan yang cemerlang, kita mesti membangunkan negara kita sebagai 1Malaysia. Pelaburan yang diperbaharui dan diperluas bagi masa hadapan Sabah dan Sarawak yang sudah saya cadangkan (sebelum ini) adalah langkah ke arah itu.

“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah rakyat Malaysia dan sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.

 

One thought on “Semangat perpaduan kukuh di Sabah dan Sarawak contoh terbaik

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s