Keperluan asas perlu diberi. Jangan dijadikan modal/senjata politik

Terima kasih kepada akhbar Berita Harian kerana sering memberi ruang dan peluang bagi artikel tentang Sabah dan Sarawak

Rakyat Sabah, Sarawak tuntut pembangunan lebih pantas

PADA 1971, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein melancarkan dasar jangka panjang baru menerusi Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan ini yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru dirangka sebagai serampang dua mata iaitu dari aspek sosioekonomi bertujuan membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan kaum di Malaysia dalam masa 20 tahun.

Ketika itu, Malaysia baru melepasi pergolakan 13 Mei yang membawa kepada perpecahan kaum. Selepas tempoh 20 tahun tamat pada 1991, dasar berkenaan diganti dengan Dasar Pembangunan Nasional. Namun secara dasarnya, sasaran yang ingin dicapai DEB masih relevan hingga ke hari ini.

Kini, kita bangga selepas 53 tahun merdeka, negara melangkah jauh dalam aspek sosioekonomi sehingga menjadi antara negara contoh dalam perpaduan rakyat berbilang kaum. Namun, pencapaian dan pembangunan di Sarawak dan Sabah jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung.

Hal ini ditambah Sabah dan Sarawak cuma merdeka 47 tahun dulu dan mempunyai lebih banyak suku kaum. Kedua-dua negeri juga mempunyai pelbagai halangan terutama geografi bagi tujuan pembangunan.

Jika benar kerajaan mahu mencapai kemajuan seperti diinginkan dalam DEB dan dasar berikutnya, kemajuan di Sarawak dan Sabah harus lebih pantas berbanding di Semenanjung.

Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kita melihat pelbagai agihan diperuntukkan bagi Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, kebanyakan agihan itu termasuk RM1.5 bilion ialah membina jalan masuk ke kawasan terbabit dengan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) serta Empangan Baram di Miri tidak banyak memberi kesan kepada keseluruhan kadar kemiskinan tegar di luar bandar Sabah dan Sarawak.

Projek jalan raya dan kemudahan perhubungan lain amat ditunggu rakyat. Tidak semua tempat di Sabah dan Sarawak terpencil sehingga ada yang mengatakan orang Sarawak tinggal di dalam hutan dan hidup di atas pokok.

Amat menyedihkan jika hampir setengah abad Malaysia terbentuk, masih ada rakyatnya yang kurang kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik sedangkan mereka juga berjuang membangunkan negara.

Begitu juga dengan aspek pendidikan. Mungkin pada bajet akan datang kerajaan mampu mempertimbangkan penyediaan agihan khusus untuk pendidikan di Sarawak dan Sabah, bukan secara keseluruhan untuk semua sekolah di Malaysia.

Pendidikan di sini bukan saja perlu untuk diperbaiki infrastruktur serta bantuan kewangan, malah perlu ada usaha mantap untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa di luar bandar mengenai kepentingan menghantar anak ke sekolah.

Pengenalan sistem sekolah berprestasi tinggi berkuasa autonomi dan mampu mendapat agihan perbelanjaan sehingga RM1 juta setahun amat digalakkan. Namun, dikhuatiri usaha ini akan menjarakkan lagi jurang perbezaan antara sekolah di Semenanjung khususnya, dan di bandar secara umumnya berbanding sekolah di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Melihatkan tidak ada sebuah pun daripada 20 sekolah yang terpilih adalah dari Sabah atau Sarawak, kebimbangan ini amat berasas.

AHMAD AZFA,
Taman Koperasi Polis II,
Kuala Lumpur.

 

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s