Kanak-kanak Iban antara yang paling ramai belum berdaftar dengan JPNS

KUCHING: Kanak-kanak Iban antara yang mencatat jumlah paling ramai belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Sarawak (JPNS).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata jumlah tersebut adalah daripada statistik yang telah dibuat oleh pasukan petugas dan juga Unit Khas Bergerak (UKB) sejak penubuhannya dua bulan lepas.

“Kita telah dibantu oleh doktor udara bagi mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah dan kita telah memperolehi senarai seramai 2,500 kanak-kanak yang belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Daripada jumlah tersebut kanak-kanak berbangsa Iban merupakan antara yang paling ramai dilaporkan belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pasukan Petugas Menangani Masalah Dokumen Pengenalan Diri Penduduk Negeri Sarawak, semalam.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah termasuk kanak-kanak dari sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh Sarawak dan jumlah paling ramai dilaporkan adalah di bahagian Miri.

Jelaing yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Pasukan Petugas berkata, tiada dokumen pengenalan diri yang sah untuk kanak-kanak atau pelajar-pelajar akan mendatangkan banyak masalah terutamanya apabila mahu memohon bantuan pendidikan.

“Kalau anda sentiasa dalam keadaan yang selesa dan merasakan tidak ada melakukan kesalahan memang anda tidak akan memerlukan Mykad.

“Tetapi sekarang dokumen pengenalan diri yang sah bagi pelajar diperlukan untuk mendapatkan bantuan seperti Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), buku teks dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga memberitahu polisi atau dasar Kementerian Pelajaran adalah untuk memberikan dan menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak asalkan mereka adalah anak warga tempatan.

“Dasar pihak pelajaran kita di sini adalah memberikan pelajaran kepada mana-mana kanak-kanak yang disahkan anak-anak tempatan yang bukan anak warga asing oleh ketua kampung atau penghulu.

“Dan apabila mereka hendak menduduki peperiksaan, pengetua dan guru besar akan sahkan kehadiran mereka ini agar mereka boleh menduduki peperiksaan awam,” katanya menjawab pertanyaan pemberita tentang bagaimana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen diri yang sah boleh mendaftar di sekolah kerajaan.

Justeru, Jelaing menasihati mereka yang belum mendaftar agar mendaftar segera dalam tempoh dua tahun iaitu mulai tahun ini hingga akhir bulan Disember tahun depan.

“Bagi pelajar, mereka boleh memohon melalui sekolah dan kita akan meminta bantuan daripada guru besar dan guru kelas untuk memanggil ibu bapa mereka dan mendapatkan apa-apa dokumen serta maklumat penting.

“Dan yang paling penting mereka harus memohon dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini hingga Disember tahun depan,” katanya.

Menurut beliau populasi penduduk di negeri ini adalah sekitar 2.45 juta orang dan jumlah yang belum berdaftar dengan JPN dianggarkan 29,000 orang.

“Dianggarkan 29,000 penduduk di negeri ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah termasuk Sijil Kelahiran dan MyKad,” katanya.

Agenda mesyuarat tersebut ialah membentangkan pencapaian Pasukan Petugas dari Januari hingga Mac 2010 yang melibatkan penempatan UKB di lima bahagian iaitu Miri, Sri Aman, Bintulu, Kapit dan Betong.

Hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia Datuk Alwi Ibrahim dan Pengarah JPNS Datu Abu Bakar Mat.

 

 

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s