Cadangan kerja sembilan jam atasi beban tugas guru?

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan program perintis sistem kerja sembilan jam bagi guru mulai Januari ini yang ditolak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menjadi isu terbaru yang hangat dibincangkan kelompok keguruan sekarang. Bagi kesatuan terbabit, cadangan menetapkan tempoh waktu kerja bagi guru adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Alasan bagi menyokong pendirian ini ialah tugas guru tidak tamat selepas waktu persekolahan. Kementerian Pelajaran pula mahu guru bersikap terbuka terhadap cadangan itu. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kelmarin, berkata program perintis itu hanyalah kajian awal yang membabitkan 5,000 guru di empat negeri. Sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya kepada keseluruhan warga perguruan belum dimuktamadkan dan bergantung kepada hasil kajian itu yang mengambil masa enam bulan. Program perintis itu seperti dijelaskan Ka Siong adalah sebahagian daripada usaha menangani isu beban tugas guru yang dikatakan semakin berat sekarang. Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar.

Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu penyelesaian harus dicari bagi meringankan beban ini kerana lambat laun ia akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid. Apa sekali pun, kita yakin Kementerian Pelajaran akan mengambil kira kebajikan guru dalam menilai buruk baiknya penetapan waktu kerja sembilan jam ini sebelum membuat keputusan untuk melaksanakannya.
Advertisements

3 thoughts on “Cadangan kerja sembilan jam atasi beban tugas guru?

  1. Sebagai seorang insan yang telah berkhidmat b selama 35 tahun dalam bidang pendidikan sebagai guru sekolah rendah, guru sekolah menengah, Penolong Kanan 1, Pengetua, Nazir Sekolah Persekutuan dan Ketua Penolong Pengarah Teknologi Pendidikan, saya berpendapat rancangan kerja sembilan jam bgai guru-guru adalah tidak praktikal. Tugas guru sebenarnya tidak tamat di waktu sessii sekolah iaitu dfari 7.30 pagi hingga 2,40 petang. Dengan waktu sessi sekolah yang singkat itu tentu sekali semua tugasannya tidak dapat diseleasikan di sekolah. Maka adalah perkara biasa bagi seorang guru membawa balik buku-buku latihan murid untuk ditanda. Kalau sebuah kelas ada 45 orang murid, cuba congak berapa buah buku latihan yang guru terpaska menanda jika dia mengajar lima buah kelas? Di samping menanda buku latihan di rumah, guru juga terpaksa menyediakan nota-nota pengajaran (selain Buku Persediaan Mengajar), alat bantu mengajar (yang tidak disediakan oleh sekolah) dan nota-nota dan latihan bagi pelajar-pelajarnya untuk keesokan harinya. Semua ini akan memakan masa lebih kurang 3 di rumah. Maknanya di sekolah guru bertugas 6 jam 40 minit dan di rumah 3 jam (secara tak rasmi). Jumlahnya 9 jam 40 minit. Tak sama ke dengan rancangan kerja sembilan jam yang hendak dilaknsanakan oleh KP? Sama tetapi bezanya rancangan 9 jam KP memaksa guru berada di sekolah sehingga 4.00 ptg. KP perlu peka bahawa guru adalah manusia punya keluarga (sama ada yang bujang mahu pun yang sudah beruma tangga). Mereka bukan robot yang tidak mempunyai perasaan. Biarkanlah guru menghabiskan masa 3 jam kerja-kerja berkaitan tugas di rumah. Mengapa mesti bereskan kerja-kerja tersebut di sekolah? Ini akan menimbulkan stress di kalangan guru-guru. Oleh itu, saya tidak setuju dengan rancangan 9 jam kerja untuk guru-guru yang hendak di”rasmikan” oleh KP. I don’t know who the “bright spark” is behind this move but I find it totally absurd. If you force teachers to be in school, you’ll not get quality service. From my vast experience, I can guarantee that. Sometime ago there was also a suggestion that we follow the West where schools begin at 8 a.m. and ends at 4p.m. We seem to forget or pretend to forget that the situation in our country differs much from most western countries. The weather, cost of providing meals in between the morning session and the afternoon session, overhead costs like electricity, parents’ expenditure,etc.,etc., unless of course the government can fully afford to to this. I’m not against changes or innovations. I ‘m against stupid , shortsighted and unpractical changes.

  2. saya tak setuju…. tak bole suruh guru duduk sekolah sampai jam 4 ptg… sbb tugas guru bukan mcm org keje pejabat, pegi pagi balik petang… tapi kami ni habis je waktu sekolah akan di sambung dgn meeting, ko-ko, persatuan, sukan , kursus, kelas tambahan dan pelbagai lagi… lepas tu sambung pulak keje sekolah di rumah… tengah malam pulak key-in pbs dll sampaila pukul 3-5 pagi… lepas blk sekolah biar guru pulang buat urusan rumah dulu lepas tu baru buat keje sekolah… mmg kejam la kalau guru kene duduk sekola sampai 9 jam… guru kene balik mcm biasa utk urus anak2, keluarga sbb bila malam je kami akan sambung keje2 sekolah pulak….

  3. Pelaksanaan rancangan 9 jam yang sedang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak dilihat sebagai langkah ke belakang dalam usaha untuk meningkatkan prestasi dan motivasi para guru. Semua sedia maklum, beban tugas guru di sekolah sememangnya menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan guru-guru di sekolah. Hal ini demikian kerana tugasan di luar bilik darjah dilihat menghalang para guru daripada menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, pada pandangan saya, rangcangan 9 jam adalah tidak relevan untuk dilaksanakan pada waktu ini kerana rancangan ini akan menambahkan lagi beban guru yang sudah sedia terbeban.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s