Perlukah frasa ‘antara satu dengan yang lain’? Sekadar pandangan peribadi.

Ayat ‘antara satu dengan yang lain’ adalah pengaruh ayat bahasa Inggeris ‘with each other’ . Ayat yang berikut ialah antara contoh ayat bahasa Melayu yang menggunakan ayat ‘antara satu dengan yang lain’

  1. ….supaya mereka boleh saling mengenali antara satu sama / dengan yang lain.
  2. Uda dan Dara saling mecintai antara satu dengan yang lain.
  3. Rakyat Malaysia saling menghormati antara satu sama lain.
  4. Mereka saling berbalas senyuman antara satu sama lain
  5. Kita mesti hormat-menghormati antara satu sama lain supaya hidup kita aman dan sejahtera.

Perhatikan pula apabila ayat yang tertulis di atas tanpa unngkapan ‘antara satu sama lain/ dengan yang lain’

  1. ….supaya mereka saling mengenali ATAU ….supaya mereka boleh berkenal-kenalan
  2. Uda dan Dara saling mecintai.
  3. Rakyat Malaysia saling menghormati.
  4. Mereka berbalas-balas senyuman.
  5. Kita mesti hormat-menghormati ATAU Kita mesti saling menghormati supaya hidup aman dan sentosa

One thought on “Perlukah frasa ‘antara satu dengan yang lain’? Sekadar pandangan peribadi.

  1. ‘antara satu dengan yang lain’ perlu apabila tidak menggunakan perkataan ‘saling’ atau kata ganda atau barangkali tiada penggunaan imbuhan me… Contohnya; mereka menghormat satu sama lain, mereka mencintai satu sama lain, mereka merindui satu sama lain. Kalau menggunakan kata ‘saling’ atau kata ganda…’satu sama lain’ tak perlu.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s