Soal jawab dengan DBP

Bil

Soalan Jawapan

1

Apakah perkataan yang sesuai dengan back drop dalam bahasa Melayu Padanan backdrop dalam bahasa Melayu ialah latar pentas, latar hias atau latar belakang.

2

Yang mana satukah yang betul; sehubungan itu atau sehubungan dengan itu? Mengikut Kamus Dewan, istilah sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Sehubungan dengan itu bermaksud sama dengan. Oleh hal yang demikian, perkataan sehubungan itu atau sehubungan dengan itu sama, kedua-duanya boleh dipakai.

3

Penggunaan tanda koma (,) yang betul. Contoh; ikan, udang, dan sayur atau; ikan, udang dan sayur 2. Penggunaan tanda sempang (-) di hujung ayat. Contoh; saya ada sebuah ke-reta baru. Contoh ayat di atas, tanda koma tidak perlu sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan ayat setara. Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan makna dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan

4

Sistem penggunaan tanda koma sebelum kata dan.Contoh,Saya makan nasi,kuih,dan kek. ATAU Saya makan nasi, kuih dan kek. Penggunaan yang mana yang betul? Untuk contoh ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata dan kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya.

5

Bolehkah ayat dalam Bahasa Melayu dimulakan dengan perkataan ini. Ini dan itu ialah kata ganti nama tunjuk, iaitu perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk. Boleh diletakkan di hadapan ayat, contohnya: Ini ayam. Ini ayam jantan. Ini ayam jantan Ahmad

6

Kesatria atau kesateria Kesateria ialah ejaan yang tepat yang membawa maksud perajurit yang gagah berani.

7

Bagaimanakah hendak membezakan penggunaan istilah amat dan paling Kata amat tergolong dalam kata penguat bebas yang boleh berada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya:

 

  1. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.
  2. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat.
  3. Paling pula tergolong dalam kata penguat depan.

8

Apa makna digembol? Kamus Dewan merakamkan makna kata gembol dalam dua erti.

  1. Berasal daripada kata Jawa yang bermaksud membawa sesuatu di dalam kocek, kocek dan lain-lain.
  2. Kembung dan berisi (digunakan khusus untuk kedadan pipi seseorang).

9

Soalannya berbunyi: adakah kita boleh menggunakan sungguh dengan sekali bersama-sama? Bolehkah tuan/puan/cik memberikan maklumat yang terkini tentang kata penguat? Terima kasih. Kata penguat sungguh boleh digunakan untuk ayat sungguh comel sekali.Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai kata penguat boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 247.

10

Apakah yang dimaksudkan dengan kosa kata Bahasa Melayu? Kosa kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s