Soal jawab dengan DBP

11 Tanah air atau tanahair? Tanah air dieja dua perkataan
12 Customization dan customize dalam bahasa Malaysia. Customize, customise = membuat sesuatu mengikut spesifikasi tempahan atau pesanan.
13 Apakah maksud yang lain bagi rama – rama @ kupu – kupu kupu-kupu:1. sj serangga dgn kepak yg berwarna-warni dan tertutup rapat sewaktu rehat, dan tergolong dlm order Lepidoptera; ~ malam perempuan jahat, pelacur; gaya ~ = kuak ~ sj gaya berenang. 2. 1. sj tumbuhan (pokok renek), bunga perak, Bauhini
14 Bahasa Melayu digolongkan dalam keluarga bahasa mana? Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
15 Makna diskriminasi dan diskriminasi gender Makna diskriminasi ialah perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb. Diskriminasi gender ialah perlakuan yang membezakan jantina.
16 Apakah ejaan sebenar automatis atau automatik Automatik ialah ejaan dan istilah yang standard yang DBP perakui.
17 Saya cuma ingin tahu mengenai istilah bagi 30 tahun, untuk 100 tahun dipanggil kurun atau abad. Adakah 30 tahun dipanggil suku abad atau ada istilah lain yang boleh kita gunakan? 10 tahun ialah dekad atau darsawarsa, 25 tahun, suku abad, 100, abad. Untuk menjawab soalan saudara, tidak semua jumlah angka tahun mempunyai istilah panggilan khusus. Harap maklum.
18 Adakah perkataan access dalam BI boleh diterjemah dalam Bahasa Melayu sebagai akses? Access dalam bahasa Melayu ialah capaian.
19 Apakah makna balasungkawa? Ejaan yang tepat ialah BELASUNGKAWA bukan balasungkawa. Belasungkawa berasal daripada kata Jawa yang bermaksud turut berasa dukacita atau takziah
20 Salam sejahtera. saya ingin bertanya pasal kata majmuk tanggung jawab atau tanggungjawab yang mana satu betul? Kata majmuk tanggungjawab dieja sebagai satu perkataan
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s