Rekod pertanyaan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka

Soalan

Jawapan

Betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi. 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama “hingga” tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama “ke”. Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah.
2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis.
Kata Kerja Transitif mesti disambut oleh objek / frasa nama. Contohnya Pihak kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel sepatutnya ditulis begini Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum. Akan tetapi, terlalu banyak ayat Kata Kerja Transitif yang salah, misalnya; mengumumkan dalam masa terdekat keputusannya. Sepatutnya mengumumkan keputusannya dalam masa terdekat dan banyak lagi kesalahan seumpamanya. bagaimana pula dengan menembak mati penjenayah (menembak penjenayah hingga mati), menghumum mati, menembak jatuh burung, dll? Pendapat tuan betul, kata kerja transitif memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Ayat contoh dan frasa yang diberikan juga betul, iaitu Pihak kerajaan akan menyiarkan surat-surat yang pernah ditulis oleh Tun Dr Mahathir kepada pemimpin Israel kepada umum, menembak penjenayah hingga mati, menghukum orang yang bersalah dan menembak burung hingga jatuh.

 

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s