Rekod perbincangan antara saya dengan DPB

Soalan

Jawapan

Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me…i, me…..kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini? Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain.
Ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak….tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua.
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kali edisi baharu diterbitkan.
Peribahasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung. Tidakkah sebetunya begini; ibarat burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung. dan kalau mahu melentur buluh, barlah dari rebungnya. terima kasih Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu terbitan DBP, ibarat burung: mata lepas badan terkurung bermaksud tidak ada kemerdekaan. Peribahasa umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung pula bermaksud anak gadis dalam pingitan. Peribahasa melentur biarlah waktu rebung bermaksud mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.
Selamat malam, ada pendapat mengatakan Kata-kata aluan salah, sebab tak ada perkataan aluan dalam kamus, yang ada ialah alu-aluan maka sepatutnya kata alu-aluan. Bagaimana pendapat tuan? Terima kasih Frasa yang betul ialah kata alu-aluan
Justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasih Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat “justeru” bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan “justeru” yang membawa maksud “oleh itu” adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa “justeru” boleh ditukar ganti dengan “oleh itu” mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut.
Sebagai guru saya diajar (semasa berkursus) dan mengajar anak murid saya kata ganti nama diri ia hanya untuk menggantikan manusia, tetapi dalam berita ia digunakan untuk menggantikan semua perkara di dunia ini. Mengapa kita tidak ada kata yang sepakat dalam hal ini? Terima kasih Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.
Perkataan alu-aluan pun tak ada dalam kamus. Bagaimana kalau kata-kata aluan/ kata alu-aluan itu disebut kata mengalu-alukan =1. menyambut kedatangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. menyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pengumuman yg dibuat oleh Menteri itu; Frasa yang betul ialah kata alu-aluan.
Ayat yang mana betul….patut disemai dalam diri pelajar atau …..disemai dalam jiwa pelajar. Yang mana lebih tepat. Atau ….semangat itu semakin terhakis dari dalam diri pelajar Atau ….semakin terhakis dari jiwa pelajar? Jawapan yang lebih tepat ialah …disemai dalam jiwa pelajar dan … semangat itu semakin terhakis daripada jiwa pelajar.
Dari segi Hukum D-M frasa yang manakah yang betul stesen jana kuasa elektrikhidro atau stesen jana kuasa hidroelektrik. Istilah yang betul ialah stesen janakuasa hidroelektrik
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s