Penanda Wacana II

Penanda wacana untuk Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan (PMR)

Penanda wacana untuk memulakan karangan

  1. Sejak akhir-akhir ini,
  2. Baru-baru ini,….
  3. Sejak belakangan ini, …
  4. Belakangan ini,….
  5. Dalam meniti arus kemodenan ini,…..
  6. Dasawarsa ini,…..
  7. Dewasa ini,
  8. Kebelakangan ini,
  9. Kini, (Pada masa kini-SALAH)
  10. Pada era globalisasi ini,
  11. Pada masa ini,
  12. Pada tahun-tahun belakangan ini,
  13. Sejak dahulu lagi
  14. Sejak sedekad yang lalu,
  15. Sejak zaman-berzaman
  16. Sepanjang tahun /bulan/minggu lalu/ini,
  17. Umum mengetahui bahawa,
  18. Sudah diketahui umum bahawa
  19. Sejak awal kemerdekaan lagi
  20. Sejak zaman penjajahan lagi

Penanda wacana untuk memulakan isi baharu dan  untuk menambahkan isi

  1. Antara, (untuk perenggan kedua)
  2. Selain itu,
  3. Di samping itu,
  4. Sementara itu, (unsur pertentangan)
  5. Dalam pada itu,
  6. Lain daripada itu,
  7. Dalam pada itu,
  8. —- yang seterusnya,
  9. Begitu juga dengan ……, …..

Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan

  1. Saya berpendapat demikian kerana
  2. Hal ini demikian kerana
  3. Hal ini berlaku kerana
  4. Hal ini terjadi kerana
  5. Hal ini disebabkan oleh
  6. Hal ini wujud akibat daripada
  7. Hal ini bersangkut-paut dengan
  8. Hal ini berpunca daripada
  9. Hal ini tercetus apabila
  10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan

  1. Misalnya,
  2. Contohnya,
  3. Sebagai contoh,
  4. Tamsilnya,
  5. Seperti yang kita sedia maklum,
  6. Antaranya adalah seperti
  7. Satu contoh
  8. Satu cara
  9. Antara contoh
  10. Seperti yang diketahui umum……
  11. Persis……

Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

  1. Walau bagaimanapun,
  2. Namun demikian,
  3. Namun begitu,
  4. Meskipun,
  5. Daripada perspektif yang berbeza,
  6. Jika dilihat dari sudut lain,
  7. Jika dilihat dari perspektif yang berbeza,
  8. Dengan kata lain,
  9. Kontradiksinya,
  10. Di sebalik itu,
  11. Dalam pada itu,
  12. Dari sudut yang lain,

Penanda wacana untuk  menambah dan menghubungkan isi

  1. dan
  2. atau
  3. sambil
  4.  serta
  5. lagi
  6. lebih-lebih lagi
  7. tambahan pula
  8. selanjutnya,
  9. …….seterusnya,
  10. di samping itu,
  11. Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukanya untuk kesimpulan atau penutup)
  12. Akhirnya (untuk menutup huraian tentang kesan atau kesudahan)
  13. Selain itu,
  14. Begitu juga dengan…

Menunjukkan urutan isi

  1. pertama,
  2. kedua,
  3. —–seterusnya,
  4. selepas itu,  (untuk menerangkan langkah membuat sesuatu/jalan cerita)
  5. kemudian,
  6. kemudian daripada itu,
  7.  akhirnya.

Untuk menandakan penyataan semula/penegasan

  1. iaitu,
  2. yakni,
  3. dengan kata lain,
  4. seperti yang diterangkan

Unntuk menanda waktu

  1. tatkala
  2. apabila,
  3. ketika,
  4. semasa,
  5. kemudian,
  6. selepas,
  7. pada mulanya,
  8. lama-kelamaan,
  9. lambat-laun,
  10. akhirnya,
  11. akhir sekali,
  12. sementara itu,
  13. pada masa yang sama.

Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan, kata-kata hikmat dan slogan mutakhir.

  1. ___bak kata peribahasa,
  2. ___bak kata peribahasa Melayu,
  3. ___bak kata pepatah Melayu,
  4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
  5. ___bak kata mutiara,
  6. ___bak peribahasa,
  7. ___bak pepatah,
  8. ___bak kata cendekiawan,
  9. ___persis kata peribahasa,
  10. ___persis kata peribahasa Melayu,
  11. ___persis kata orang tua-tua,
  12. ___persis kata mutiara,
  13. ___persis peribahasa,
  14. ___persis kata cendekiawan,
  15. Hal ini sama dengan peribahasa
  16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni…………..
  17. Fenomena ini dikatakan
  18. Masalah ini sama dengan peribahasa
  19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
  20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua

Penanda berkenan tempat

  1. berhampiran  dengan,
  2. bersebelahan dengan,
  3. bertentangan dengan.
  4. berhadapan dengan

Untuk menanda sebab dan kesan

  1. oleh itu,
  2. kerana (Oleh kerana=SALAH)
  3. oleh sebab itu,
  4. oleh sebab yang semikian
  5. oleh hal yang demikian,
  6. lantaran, (hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: lantaran cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; lantaran itu =kerana itu;
  7. jadi, dengan itu.
  8. lantas (tidak berantara, langsung, terus)

Menanda perbandingan

  1. seperti juga….,
  2. serupa dengan…
  3. sesuai dengan
  4. sama juga denga
  5. tidak banyak berbeza dengan
  6. tiada bezanya

Penanda wacana untuk menghuraikan contoh

  1. Hal ini mengakibatkan
  2. Hal ini menyebabkan
  3. Oleh itu,
  4. Maka,
  5. Oleh hal yang demikian,
  6. Oleh sebab itu,
  7. Jelaslah bahawa
  8. Justifikasinya,(justifikasi sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan (diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan bagi sesuatu)
  9. Hal ini penting kerana……
  10. Langkah demikian perlu dilakukan supaya…..
  11. Dalam hal ini, pihak…..perlu

Penanda untuk menutup isi dalam satu-satu perenggan

  1. Kesannya,
  2. Natijahnya,
  3. Akibatnya,
  4. Akhirnya,
  5. Dengan itu,
  6. Kesudahannya,
  7. Dengan berbuat demikian,
  8. Dengan keadaan sedemikian,

Penanda untuk menulis dua huraian dalam satu ayat

  1. justeru, (sama maksud dengan bahkan, malahan, sebaliknya, kebetulan. BUKAN bermaksud oleh itu…../justeru itu SALAH
  2. juga,
  3. malah,
  4. malahan,
  5. tambahan pula,
  6. sementelahan,
  7. bahkan juga,
  8. sekali gus,
  9. di samping,
  10. bahkan,
  11. malar-malar,

Penanda untuk memulakan perenggan penutup / rumusan /kesimpulan

  1. Kesimpulannya,
  2. Intihanya,
  3. Secara tuntas,
  4. Tuntasnya,
  5. Konklusinya,
  6. Sebagai penutup wacana,
  7. Sebagai penghias bicara akhir, ( untuk  syarahan/perbahasan)
  8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
  9. Secara keseluruhan,
  10. Secara total,
  11. Akhir kata,
  12. Rumusannya,
  13. Sebagai penyimpul kata

Advertisements

One thought on “Penanda Wacana II

  1. salam, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kpd cikgu. saya nak ucapkan trm kasih kerana cikgu berkorban masa mengajar dg cara blog ini. ia sgt membantu saya..

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s