Latihan Pengukuhan

Latihan Pengukuhan. Terima kasih atas perhatian anda,

Ayat berikut mengandungi kesalahan.  Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

Kesalahan Kata sendi

  1. Hanya seorang dari peserta ekspedisi yang mengalami kecederaan. [______daripada____]
  2. Oleh kerana lapar, kanak-kanak itu menangis tanpa henti-henti.[____Oleh sebab/ Kerana__]
  3. Dia belum mengetahui akan keputusan yang diambil oleh ayahnya. [_tidak perlu kata bantu aspek akan__]
  4. Minat bersukan di kalangan pelajar semakin meningkat. [____dalam_______]
  5. Antara sukan hoki dan bola sepak, saya lebih minat akan sukan hoki. [___dengan____]
  6. Buku cerita itu masih ada dengan adiknya. [____pada_____]
  7. Selain daripada membentuk sahsiah positif, kokurikulum juga boleh menyihatkan tubuh badan.[___Selain___]
  8. Ayah begitu mengambil berat terhadap kebajikan anak-anaknya. [__akan___]
  9. Dia hidup di dalam kemiskinan setelah kematian bapanya.[_____dalam__]

Kesalahan Penggunaan kata Ganti Diri

  1. Penjenayah itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Encik Rahman. [__dia___]
  2. Mereka-mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari. [_mereka__]
  3. Lembu-lembu itu terpaksa dibunuh kerana ianya dijangkit penyakit berjangkit. [_tidak perlu iyanya_]

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja

  1. Ahmad kerap jalan kaki ke sekolah. [___berjalan____]
  2. Pak Osman sering nasihat anaknya supaya berbuat baik. [__menasihati____]
  3. Saya suka dengar rancangan Sinar Pagi di Sinar FM. [___mendengar___]
  4. Tuan hakim telah menjatuhi hukuman penjara selama lima tahun ke atas pencuri itu. [___menjatuhkan hukuman____]
  5. Tuan hakim telah menjatuhkan pengedar dadah itu hukuman mati mandatori. [___menjatuhi___]
  6. Mereka sekeluarga suka rancangan Running Man. [__menyukai/suka akan___]

Kesalahan Kata Adjektif

  1. Saya sayangkan negara ini.[__sayang akan_____]
  2. Mereka sukakan makanan yang tidak mengandungi lemak. [___suka akan_____]
  3. Saya percaya Ahmad tidak bersalah dalam hal ini. [______percaya bahawa Ahmad_ ]
  4. Lelaki gemuk itu yang telah meragut beg tangan nenek saya. [__Lelaki yang___ _]
  5. Program Latihan Kidmat Negara telah berjaya melahirkan generasi muda yang cintakan negara. [____cinta akan__]
  6. Saya rindukan masakan ibu. [__rindu akan_____]
  7. Ibu terlalu kasihkan anak-anaknya. [__ kasih akan_______]
  8. Saya bencikan sesiapa yang pandai bermuka-muka. [___benci akan___]
Advertisements

3 thoughts on “Latihan Pengukuhan

  1. bukankah ayat ini lebih sedap dan gramatis bunyinya Ayat berikut “mengandungi” kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.
    Daripada
    Ayat berikut “mengandung” kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.
    Tolong komen.
    Terima kasih.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s