Latihan Pengukuhan Tatabahasa

Latihan Pengukuhan

Ayat berikut mengandung kesalahan.  Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

Kata sendi nama di, ke, dari, pada, daripada, akan dan terhadap

  1. Tren Komuter itu daripada Bandar Tasik Selatan. [_____dari___]
  2. Adil menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran daripada universiti itu. [__tiada kesalahan ( daripada sebab universiti merupakan organisasi)__]
  3. Dia suka pada kuih bahulu. [_____akan___]
  4. Puan Hasniah sangat sayang pada anak-anaknya. [__akan_______]
  5. Dari duduk di rumah sahaja, lebih baik saya berkebun. [______daripada______]
  6. Kita mesti hormat pada guru. [_______akan/ menghormati_ _]
  7. Jam tangan itu ada kepada Salmiah. [__pada___]
  8. Akeh berpaut di dahan itu. [_____pada_______]
  9. Para petani bergantung kepada air hujan. [______pada_____]
  10. Kelvan mengalungkan rantai itu di leher anjingnya. [____pada___]
  11. Keputusan pertandingan itu bergantung kepada ketua pengadil.  [__pada__]
  12. Pembayaran pinjaman itu bermula daripada tarikh pinjaman diterima. [_dari__]
  13. Meja itu dibuat dari kayu jati. [_____daripada________________]
  14. Dia tersedar dari lamunan apabila bahunya ditepuk orang. [ ___daripada__ __]
  15. Bantuan itu akan diserahkan pada keluarganya.  [__kepada_______]
  16. Meja itu ditolaknya kepada dinding. [____ke______]
  17. Jadual itu mesti ditampal di papan kenyataan kelas. [____pada_____]
  18. Saham Felda meningkat ke paras tertinggi {_____kepada___ _]
  19. Para pelajar dibahagikan pada tiga kumpulan. [_kepada
  20. Dia lebih baik dari abangnya. [_______daripada______]
  21. Elakkan dari bermain di padang ketika hujan lebat. [___daripada____]
  22. Buku itu diterbitkan semula di atas permintaan ramai. [__atas____]
  23. Terima kasih di atas kesudian saudari datang ke majlis ini. [_____atas________]
  24. Paras air sungai itu berada di tahap bahaya. [_______pada_ ___]
  25. Tangisan bayi itu kedengaran hingga ke rumah saya. [____hingga______]
  26. Buku itu ada dengan Asrarudin. [__pada_____]
  27. Ayah bekerja di pagi hingga ke petang. {____dari pagi hingga petang________]
  28. Layang-layang Azman tersangkut ke dahan. {_pada______]

Kata sendi nama untuk, bagi, demi, tentang, terhadap dan oleh 

  1. Saya sanggup berkorban demi untuk begara. [___demi / untuk_______]
  2. Tanggapannya tentang Zakriah selama ini meleset. [_terhadap_____ ___]
  3. Kempen itu dijalankan untuk memperkasa mata pelajaran Bahasa Inggeris. [__bahasa__]
  4. Beliau akan menyampaikan ceramah hak pengguna. [___ceramah tentang______]
  5. Acara sukan itu dibatalkan oleh kerana hujan lebat. (____oleh sebab_______]
  6. Cintanya bagi Hassan semakin dalam. [___terhadap___]
  7. Dia suka mengada-adakan cerita terhadap keburukan orang lain. [___tentang____]

5 thoughts on “Latihan Pengukuhan Tatabahasa

  1. Terima kasih atas usaha tuan membantu meningkatkan penguasaan tatabahasa di kalangan murid.mohon izin menggunakan bahan ini

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s