Latihan Pengukuhan Tatabahasa 1

Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama

Ayat berikut mengandung kesalahan.  Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

  1. Aku minta diri dulu” kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [  _______saya______     ]
  2.  “ Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila?” Tanya Lily kepada Cikgu Imran.[_______cikgu_____]
  3. “Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya?” Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______]
  4. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____Aku_________    ]
  5. Engkau ada berapa orang adik-beradik” tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ]
  6. Dikau mesti mempercayai ku. (_____________Kau__________]
  7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [  ____Engkau__________  ]
  8. Kamu mesti datang ke pejabat saya” kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____ ___    ]
  9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari.       [   _________Dia__________  ]
  10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing itu_______]
  11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu tumbang kerana dilanggar lori____ ____]
  12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [_______dia_________]
  13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [________bahasa____ ___]
  14. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris. [__________bahasa_______ __]
  15. Kami kurang setuju dengan cadangan ia. [________cadangannya_________]
  16. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____kau mesti buang________]
  17. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan! [_________Tuhanku___pada-Mu__ _____]
  18. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. [___kehendak-Nya________]
  19. Saya amat memerlukan bantuan dia. [____bantuannya__________]
  20. Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-belah Pasaraya Aeon Jusco. [__Pasar Raya_______________]
  21. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap pantun. [_____Kata alu-aluan_________]
  22. “Kamu ada nampak Liza?” Ada…saya bertemu dengan dia perpustakaan tadi. [__dengannya____________]
  23. “Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan engkau” kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu Rahimah. [_______ayat ini betul__________________]
  24. Bantuan biasiswa itu mesti kau terima. [_______kauterima_________________]
  25. “Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri. [____kauambilkan_______]
  26.  Saya berasa seronok dapat berkawan dengan dia. [__dengannya______]

10 thoughts on “Latihan Pengukuhan Tatabahasa 1

  1. Laman web yang amat menarik dan bermanfaat untuk para guru. Izinkan saya menggunakan bahan ini untuk tujuan p&p saya. Terima kasih.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s