Beberapa kekecualian daripada hukum bahasa

Kekecualian yang dimaksudkan ialah sesuatu yang menyimpang, berlainan, serta terasing daripada suatu peraturan atau hukum bahasa yang telah diterima umum.

PENGEJAAN KATA MAJMUK

  • tengah hari
  • urus setia
  • reka bentuk
  • jalan raya
  • kereta api

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut jelas mengandungi dua kata dasar, misalnya:

  • antarabangsa
  • sukarela
  • kakitangan
  • olahraga
  • bumiputera
  • jawatankuasa
  • setiausaha
  • beritahu
  • tandatangan
  • warganegara

ASPEK PENGIMBUHAN meN-… APABILA BERTEMU DENGAN HURUF PTKS (pergi tidur kalau sakit)

Kita mengetahui bahawa apabila imbuhan awalan meN-…digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan tersebut, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), misalnya;

  • memakai daripada kata dasarnya pakai,
  • menangkap (tangkap)
  • mengutip (kutip)
  • menyapu (sapu)

Namun begitu, peraturan ini tidak berlaku bagi perkataan terbitan seperti:

  • menternak
  • mentadbir
  • mentakrif
  • menterjemah
  • mentertawakan
  • mempelopori
  • mempengaruhi
  • mempelawa
  • mempercayai
  • mempunyai
  • mempedulikan
  • mengkaji

Konsep kekecualian yang digunakan untuk menjelaskan sebab huruf pertama perkataan tersebut tidak mengalami penyesuaian menimbulkan persoalan, walaupun perkataan tersebut bukanlah kata pinjaman.

BENTUK AWALAN beR-…

Bentuk awalan ber-… yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya –er-, misalnya

  • serta, maka r dalam awalan ber-… tersebut tidak gugur dan akan membentuk berserta.
  • berderma
  • berserban
  • bercermin
  • berceramah

Namun begitu, hukum ini bertentangan dengan perkataan terbitan bekerja, iaitu r pada imbuhan ber-… telah digugurkan melalui proses disimilasi. Walaupun bekerja dianggap sebagai suatu kekecualian, namun keadaan ini boleh mengelirukan pengguna bahasa.
PERKATAAN PEMBELAJARAN DAN PEMELAJARAN

Perkataan pembelajaran ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Bentuk yang betul ialah pemelajaran kerana bentuk tersebut terbit daripada kata kerja transitif mempelajari, bukannya daripada kata kerja tak transitif belajar yang disangka oleh kebanyakan pihak.

  • pembelajaran sebagai bentuk kekecualian
  • pemelajaran sebagai bentuk yang tetap diterima.

Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pemelajaran kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.

PERKATAAN PENGELIBATAN DAN PELIBATAN

  • Perkataan pengelibatan ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan.
  • Perkataan pelibatan betul kerana bentuk tersebut terbit daripada kata libat, bukannya daripada kata gelibat yang tidak membawa sebarang makna.

Walaupun demikian, sepatutnya para pengguna bahasa, terutamanya guru wajar menggunakan perkataan pelibatan kerana kesalahan tetap menjadi kesalahan dan tidak seharusnya dipermudah.

KATA SENDI NAMA DI DAN DALAM UNTUK DI KALANGAN DAN DALAM KALANGAN

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, misalnya:

  • di pekan
  • di kantin
  • di sini
  • di utara

Kata Sendi Nama di untuk kalangan, misalnya dalam ayat ini; Masalah disiplin di kalangan pelajar amat membimbangkan. Adakah betul frasa di kalangan atau frasa dalam kalangan lebih tepat? Berdasarkan hukum penggunaan sendi nama di, jelaslah bahawa kalangan tidak menunjukkan tempat atau arah tetapi bermaksud lingkungan atau golongan. Oleh itu, penggunaan frasa dalam kalangan sepatutnya digunakan kerana menepati hukum bahasa.

KATA KERJA TRANSITIF MESTI DIIKUTI OBJEK ATAU FRASA NAMA MENGIKUT HUKUM D-M

Kata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti objek atau frasa nama. Ayat contoh:

  • SALAH: ….menyerikan lagi majlis ini. (menyerikan apa? Menyerikan majlis)
  • BETUL: …..menyerikan majlis ini lagi.
  • SALAH: …..membangunkan semula kawasan yang terjejas. (membangunkan apa? Membangunkan kawasan yang terjejas)
  • BETUL: …..membangunkan kawasan yang terjejas semula.
  • SALAH: …..memaklumkan kepada ibu bapa jumlah yuran PIBG.
  • BETUL: …..memaklumkan jumlah yuran kepada ibu bapa.
  • SALAH: …..menyiarkan kepada umum surat-surat mantan Perdana Menteri.
  • BETUL: …..menyiarkan surat-surat mantan Perdana Menteri kepada umum.
  • SALAH: ….menyiarkan di akhbar-akhbar utama berita panas itu.
  • BETUL: …..menyiarkan berita panas itu di akhbar-akhbar utama.
  • SALAH: ….menyerlahkan juga keanggunan penampilannya.
  • BETUL: ….. menyerlahkan keanggunan penampilannya juga.
  • SALAH: …..menawarkan kepada para pembeli kereta seratus peratus pinjaman
  • BETUL: …..menawarkan pinjaman seratus peratus kepada para pembeli kereta.

Kesimpulannya, KKT tidak boleh diikuti Kata Sendi Nama atau perkataan yang lain selain frasa nama.  Namun demikian, oleh sebab sudah diterima umum dan kononnya sudah mantap ayat yang berikut dikatakan betul:

  • ….. menembak mati penjahat (Menembak siapa? Menembak penjahat; sepatutnya menembak penjahat hingga mati)
  • ….. menembak jatuh jet pejuang (menembak apa? Menembak jet pejuang)
  • ….. menghukum mati pesalah (menghukum siapa? Menghukum pesalah, bukannya menghukum mati. bagaimana hendak menghukum mati?
Advertisements

One thought on “Beberapa kekecualian daripada hukum bahasa

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s