Antara ayat yang salah dan ayat yang betul

  1. SALAH: Kerajaan akan menyiarkan kepada umum surat-surat Tun Dr Mahathir kepada pihak Israel . (Kesalahan Kata Kerja Transitif (KKT) menyiarkan mesti disambut oleh objek, iaitu frasa nama dan bukannya kata sendi kepada)
  2. BETUL:  Kerajaan akan menyiarkan  surat-surat Tun Dr Mahathir kepada pihak Israel kepada umum .
  3. SALAH: Sayarikat penjual kereta Bahasa Cacamarba menawarkan seratus peratus pinjaman kepada pembeli kereta. (kesalahan hukum D-M, menawarkan pinjaman, bukannya menawarkan seratus peratus)
  4. BETUL: Sayarikat penjual kereta Bahasa Cacamarba menawarkan pinjaman seratus peratus kepada pembeli kereta.
  5. SALAH: Pihak RTM akan menyiarkan semula drama Opah atas permintaan para peminat drama tersebut. (kesalahan sama dengan ayat 1)
  6. BETUL: Pihak RTM akan menyiarkan drama Opah semula atas permintaan para peminat drama tersebut
  7. SALAH: Kerajaan akan membangunkan semula kawasan yang terjejas teruk akibat banjir itu. (kesalahan KKT, seperti ayat 1 dan 5)
  8. BETUL: Kerajaan akan membangunkan kawasan yang terjejas teruk akibat banjir itu semula.
  9. SALAH: Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengumumkan dalam masa  yang terdekat jurulatih mereka yang baru baru. (Kesalahan KKT tidak boleh diikuti oleh kata yang lain, selain frasa nama)
  10. BETUL:  Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengumumkan jurulatih mereka yang baru dalam masa yang terdekat.
  11. SALAH: Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa jumlah yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para pelajar.
  12. BETUL: Pihak sekolah akan memaklumkan jumlah yuran PIBG yang perlu dibayar oleh para pelajar kepada ibu bapa
Advertisements

2 thoughts on “Antara ayat yang salah dan ayat yang betul

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s