10 perkara yang menyebabkan pelajar menangis, kecewa, dan bersedih. Mereka berasa demikian jika:

  1. Dipaksa mempelajari bidang yang sebenarnya kurang atau tidak disukainya. Tamsil ibu bapanya ingin dia menjadi doktor, lalu memasukkannya ke fakulti perubatan. Sedangkan sebenarnya dia ingin menjadi penyanyi yang hebat.
  2. Ia gagal dalam ujian.
  3. Ia tidak diterima belajar di sekolah pilihannya.
  4. Ia dikatakan atau dianggap bodoh oleh guru atau rakan-rakannya.
  5. Ia tidak diterima dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebayanya.
  6. Ia dihalang mengetahui banyak hal oleh gurunya atau dikatakan belum tiba masanya untuk dia mengetahui  hal itu, padahal sebenarnya ia memang ahli dalam hal itu.
  7. Ia seorang pelajar yang berprestasi dan berbakat, namun kurang atau tidak disediakan prasarana atau kemudahan yang mencukupi.
  8. Pemikiran atau pendapatnya yang hebat dan sesuai diterima, tetapi disalahkan, tidak diterima, tidak diendahkan oleh guru-guru dan rakan-rakannya hanya kerana dia belum dewasa.
  9. Sesuatu yang tulis olehnya telah ditiru oleh orang lain dan dia telah dinafikan bahawa dia yang menghasilkan karya itu.
  10. Ia dikatakan orang yang aneh dan unik hanya kerana perilakunya, perkataanya, pemikirannya, pendapatnya aneh dan unik juga.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://netsains.com

10 perkara yang menyebabkan seorang guru menangis atau sekurang-kurangnya berasa ingin menangis….atau menangis dalam hatinya.

  1. Jika ia tidak dapat mengajar pelajarnya memahami atau mengerti apa yang diajarkannya.
  2. Jika ia menyaksikan pelajar-pelajarnya gagal dalam ujian, tidak lulus dalam mata pelajaran  yang diajarkannya. Kesedihan ini akan terasa begitu mendalam jika pelajar-pelajarnya gagal di dalam menghadapi “ujian kehidupan”.
  3. Jika ia melihat pelajarnya gagal dalam hidup dan kehidupannya.
  4. Jika guru itu tidak bisa membuat muridnya lebih baik daripada dirinya.
  5. Jikia ia tidak bisa membuat muridnya lebih pandai daripada dirinya.
  6. Jika ia tidak boleh mengajar para pelajarnya lemah lembut dalam bertutur kata, bersikap matang, arif dalam memilih, dan bijaksana dalam membuat keputusan.
  7. Jika ia melihat atau mendengar muridnya terlibat di dalam dunia hitam, seperti jenayah, penagihan dadah dan kesalahan lain seumpamanya.
  8. Jika ia melihat pelajarnya menjadi insan yang dijauhi masyarakat, seperti, penzina, curang, pecah amanah, terlibat dengan rasuah, terlibat dalam bidang maksiat seperti pelacuran dan seumpamanya.
  9. Jika ilmu yang diajarkannya hanya dihafal sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan nyata.
  10. Jika ilmu yang diajarkannya disalahgunakan, atau dengan kata lain, ilmu yang diajarkannya digunakan untuk tujuan kejahatan seperti menipu. merompak, menganiaya dan membunuh insan lain.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://netsains.com