Mari membiasakan yang betul

Ayat yang biasa ditulis atau didengar begini, tetapi ayat yang betul begitu.  Kalau saya salah, tolong betulkan.

Bil. Ayat yang biasa didengar Ayat yang betul dan ulasannya
1 Sertaikan kami di Facebook Sertai kami di Facebook (Tiada imbukan i-kan)
2 Mengenai dengan masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi. Mengenai masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi.
3 Di atas Jambatan Pulau Pinang keadaan masih lagi sesak. Di Jambatan Pulau Pinang keadaan masih sesak lagi.
4 Untuk meningkatkan lagi pendapatan para petani. Untuk meningkatkan pendapatan para petani lagi.
5 Di lain-lain lokasi keadaan jalan raya masih lagi sesak. Di lokasi-lokasi lain keadaan jalan raya masih sesak lagi.
6 Saya belum lagi makan. Saya belum makan lagi.
7 Selain itu juga, Timbalan Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Labis. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga turut melawat mangsa banjir di Labis.
8 Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga kepada anak cucu Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke anak cucu. (ke dalam ayat tersebut merujuk kepada masa)
9 Selain daripada Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan. Selain Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan.
10 Menternak baka kambing boer Menternak kambing baka boer
11 Puan Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad. Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad.
12 Encik Tuan Zaidee bin Raja Ismat. Tuan Zaidee bin Raja Ismat (Tuan sudah menunjukkan pangkat keturunan, jadi tidak perlu tambah encik.  Begitu juga dengan gelaran Nik, Engku, Wan, Ungku dan Tengku kurang sesuai jika ditambah Encik sebelum nama mereka. Bagi Tengku pangilannya ialah Yang Mulia Tengku).
13 Cik Che Siti Nurzalina. Che Siti Nurzalina (Che sudah menunjukkan pangkat, mengapa perlu ditambah Cik.  Tetapi kalau dia sudah berkahwin panggil Che Puan Siti Nurzalina atau Puan Che Siti Nurzalina?)
14 Daripada kiriman Azman Mahbob Kiriman daripada Azman Mahbob
15 Dengarlah sebuah lagu daripada persembahan Jay Jay. Dengarlah sebuah lagu persembahan daripada Jay Jay.
16 Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang daripada permintaan Zainon. Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang permintaan daripada Zainon.
17 Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selelebihnya anggota lain-lain pangkat. Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selebihnya anggota pangkat lain-lain.
18 Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala lain-lain pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing. Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala pelajar-pelajar lain mesti berada di dalam kelas masing-masing.
19 Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang anda berurusan. Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang berurusan dengan anda.
20 PIDM melindungi pelaburan anda. Anda tidak perlu memohon dan ianya automatik PIDM melindungi pelaburan. Anda tidak perlu memohon kerana perlindungan adalah automatik.
21 Penghawa dingin Pendingin hawa (Alat tersebut mendinginkan hawa, bukannya menghawakan dingin. Kalau hendak lebih tepat lagi sebut penyaman udara.  Kalau pendingin hawa betul pembeku sejuk juga betul, tetapi mengapa kita sebut penyejuk beku?
22 Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis kami. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan majlis kami lagi.
23 para guru-guru para guru/ guru-guru (para sudah menunjukkan jamak)
24 antara sebab-sebab Antara sebab
25 satu setengah jam satu jam setengan
26 tiap pelajar setiap pelajar / tiap-tiap pelajar
27 daripada sekolah dari sekolah
28 sejak dari semalam sejak semalam / dari semalam
29 demi untuk ibu bapa untuk ibu bapa / demi ibu bapa
30 beberapa penjahat beberapa orang penjahat
32 koleksi lagu-lagu koleksi lagu / lagu-lagu
33 seorang mayat Satu mayat / beberapa mayat
34 sesetengah daripada kek yang dipotong setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong
35 video cakera padat cakera padat video
35 kain batik sutera kain sutera batik
36 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
37 membuang sampah-sarap membuang sampah sarap (sampah sarap adalah kata majmuk, bukannya kata ganda)
38 Bukit-bukau Bukit bukau (kata majmuk, bukau maksudnya lembah)
39 Pusat membeli-belah Pusat beli-belah
40 bergantung kepada guru bergantung pada guru
41 beralaskan dengan bantal beralas dengan bantal / beralaskan bantal
42 persahabatan di antara Rushi dengan Rani persahabatan antara Rushi dengan Rani
43 semangat berkerjasama semangat bekerjasama
44 rakyat yang bersatu-padu rakyat yang bersatu padu
45 saling hormat-menghormati saling menghormati / hormat-menghormati
46 deretan kedai-kedai deretan kedai / kedai-kedai
47 kawasan pendalaman kawasan pedalaman
48 kawasan pengairan di Selat Melaka kawasan perairan di Selat Melaka
48 melawat ke negeri Sembilan melawat ke Negeri Sembilan
49 menghadiri ke majlis menghadiri majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis
50 bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin bapa menghadiahi ibu sebentuk cincin / bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu(selepas menghadiahi mesti orang dan selepas menghadiahkan mesti benda)
51 memasak nasi menanak nasi
51 memasak air menjerang air
52 memakan makanmakan, minum, mandi, mohon, minta tidak memerlukan imbuhan meN.
53 meminum, memakan Minum (kata kerja makan dan minum, mandi serta mohon tidak perlu imbuhan –meN ). Namun begitu imbuhan meN boleh digunakan jika menunjukkan keadaan makan dengan lebih aktif.  Ayat contoh: Mereka pun duduk memakansarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan waktu, belanja, dan seumpamanya: Contohnya, mengambil: Projek ini tentulah memakan belanja lebih daripada satu ribu ringgit; pelayaran itu memakan masa selama lapan minggu;

Imbuhan meN- patut digunakan dalam keadaan memohon meminta (lebih halus): kami memohon maaf atas kesilapan ini.

53 mengunakan ilmu pengetahuan menggunakan ilmu dan pengetahuan (tidak ada kata majmuk ilmu pengetahuan, yang ada ialah ilmu alam, ilmu hitam dan ilmu falak)
54 kebanyakkan kebanyakan
55 pertunjukkan pertunjukan
56 negara yang aman-damai negara yang aman damai
57 gugusan pulau-pulau pulau-pulau / gugusan pulau (gugusan pulau-pulau salah sebab gugusan sudah menunjukkan jamak)
58 pemainan permainan
59 cendikiawan cendekiawan
60 memberi banyak faedah memberikan faedah yang banyak / banyak memberikan faedah
61 mendatangkan banyak masalah mendatangkan masalah yang banyak / banyak mendatangkan masalah
62 Membazir banyak masa Membazir masa yang banyak / banyak membazir masa
63 golongan pelajar-pelajar golongan pelajar / pelajar-pelajar
64 wajar dilakukan oleh kita wajar kita lakukan
65 akan ditulis oleh saya akan saya tulis
66 mesti dibuat oleh kalian mesti kalian buat
67 Azwan akan dianugerahi oleh beta…. Azwan akan beta anugerahi… (untuk kesalahan nombor 64, 65, 66 dan 67 kata; bantu oleh hanya boleh digunakan bagi kata ganti nama diri ketiga: mereka, dia, baginda dan Azman. Contohnya; wajar dilakukan oleh dia/mereka/baginda/Azman)
68 penyalah gunaan penyalahgunaan
69 menjadi orang yang baik / menjadi orang yang berguna) menjadi insan yang baik / menjadi manusia yang baik (orang ialah penjodoh bilangan bagi insan/manusia.  Tetapi mengapa tidak disebut insan asli / manusia asli.  Kalau dalam bahasa Inggeris disebut good person bukan good human being– kesalahan memerlukan pandangan semua)
70 jangan sesekali kita membuat jahat jangan sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan
71 menyanyi bernyanyi
72 majlis menandatangani majlis penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan adalah kata nama)
73 kadang kala kadangkala
74 barang kali barangkali
75 walaubagaimanapun walau bagaimanapun
76 sejak kebelakangan / sejak belakangan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga kedua dua ini adalah sama betul belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya;
77 sejak akhir ini sejak akhir-akhir ini
78 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan. Oleh itu, masalah ini mestilah diselesaikanjusteru bermaksud bahkan, malahan, kebetula, sebaliknya
79 Saya tidak mengejinya, justeru itu, saya memujinya. Saya tidak mengejinya, justeru memujinya.Justeru bermaksud: sebaliknya, malahan, bahkan dan kebetulan (Kamus Dewan Edisi ke-3)
80 barisan panel hakim-hakim panel hakim / barisan hakim / hakim-hakim
81 telah mereka sediakan telah disediakan oleh mereka
82 jalur lebar berkualiti tinggi jalur lebar berkelajuan tinggi / jalur lebar yang tinggi kelajuannya.
83 Empangan kuasa hidroelektrik Bakun Empangan kuasa elektrikhidro Bakun
84 mini kalkulator kalkulator mini
85 Persatuan Ibu Bapa dan guru Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru / Persatuan Ibu Bapa dan para guru
86 pasaraya pasar raya
87 bandaraya bandar raya
88 kesimpulanya kesimpulannya
89 oleh yang demikian oleh hal yang demikian
90 kerinting keriting
91 kontijen kontinjen
92 Pasukan  peninju negara telah memenangi dua pinggat emas. pasukan petinju negara telah memenangi dua pinggat emas.
93 Karangan contoh Contoh karangan
94 sekawan gajah-gajah sekawan gajah / gajah-gajah
95 adik beradik adik-beradik
96 ilmu mempertahankan diri ilmu pertahanan diri / ilmu untuk mempertahankan diri
96 tujuh setengah tahun tujuh tahun setengah
97 tiga  suku tahun tiga tahun suku
98 Sekumpulan perompak-perompak Sekumpulan perompak / perompak-perompak
99 Jatidiri Jati diri
100 Terngadah Tengadah
101 sesetengah remaja-remaja sesetengah remaja / setengah-setengah remaja
102 Sebuah  sungai Sebatang  sungai
103 Di  dalam mesyuarat Dalam  mesyuarat
104 Pada  masa kini Kini / pada masa ini
105 baju baru baju baharu
106 alatulis alat tulis
109 gambarajah gambar rajah
110 telah dihantar oleh kita telah kita hantar
111 telah adik lakukan telah dilakukan oleh adik
112 sekaligus sekali gus
113 baju kemeja panjang lengan baju kemeja berlengan panjang
114 anti penjajah antipenjajah
115 cintakan tanahair cinta akan tanah air
116 urusniaga urus niaga
117 pilihanraya pilihan raya
118 senarai nama-nama senarai nama
119 setia-setiausaha setiausaha-setiausaha
120 urusetia urus setia
121 keretapi kereta api
122 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
123 media masa media massa
124 kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Justeru Sepatutnya Akan tetapi, Namun begitu, Justeru itu (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
125 Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat: Kita adalah saling memerlukan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing)
126 memberi kasih sayang memberikan kasih sayang
127 Ini menunjukkan….. Hal/ Perkara ini menunjukkan
128 Ini kerana Hal ini demikian kerana
129 mempunyai banyak pilihan mempunyai pilihan yang banyak
130 ialah di Sarawak adalah di Sarawak
131 ialah untuk Ali adalah untuk Ali
132 Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
134 memperbaiki membaiki / memperbaik.
135 Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Ia penting untuk mengawal demam denggi. Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Kempen tersebut penting untuk mengawal demam denggi./ Kempen membanteras nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan kerana kempen tersebut dapat mengawal demam denggi.
136 Oleh kerana hujan Oleh sebab hujan
137 di kalangan dalam kalangan
138 Sehubungan itu,… Sehubungan dengan itu,…
139 Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini. Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini.
140 Tambahan pula, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar. Selain itu, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar, tambahan pula jika sistem perparitan di bandar itu tersumbat banyak. (tambahan pula tidak sama dengan selain itu dan di samping itu.  Oleh sebab itu, tambahan pula tidak boleh digunakan untuk isi baharu atau di pangkal perenggan)
141
  • Cili sos
  • Mini perpustakaan
  • Zaleha Restoran
  • Jaya Klinik
  • Sos cili
  • Perpustakaan mini
  • Restoran Zaleha
  • Klinik Jaya
142
  • mereka-mereka
  • semua kereta-kereta
  • para-para pelajar
  • empat orang abang-abang
  • mereka
  • semua kereta
  • para pelajar
  • empat orang abang
143
  • Raziz suka durian
  • sambil lewa
  • Raziz suka akan durian
  • sambalewa
Perkara yang saya kemukakan di atas adalah pandangan peribadi hasil pengalaman mengajar dan belajar bersama rakan-rakan. Sebarang komen amat dialu-alukan supaya kita dapat mempertingkat kemahiran berbahasa.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s