Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Enau ialah sejenis pokok palma yang besar dan ketinggiannya boleh mencapai 25 m. Batang enau yang sudah matang berdiameter hingga 65 cm, batang pokoknya kukuh dan pada bahagian atas diselimuti oleh serabut berwarna hitam yang dikenal sebagai ijuk, injuk, juk atau duk. Ijuk sebenarnya adalah bagian dari pelepah daun yang menyelubungi batang.

Daunnya majmuk menyirip, seperti daun kelapa, panjang hingga 5 m dengan tangkai daun hingga 1,5 m. Anak daun seperti pita bergelombang, hingga 7 x 145 cm, berwarna hijau gelap di atas dan keputih-putihan oleh kerana lapisan lilin di sisi bawahnya.

Berumah satu, bunga-bunga jantan terpisah dari bunga-bunga betina dalam tongkol yang berbeda yang muncul di ketiak daun; panjang tongkol hingga 2,5 m. Buah buni bentuk bulat peluru, dengan diameter sekitar 4 cm, beruang tiga dan berbiji tiga, tersusun dalam untaian seperti rantai. Setiap tandan mempunyai 10 tangkai atau lebih, dan setiap tangkai memiliki lebih kurang 50 butir buah berwarna hijau sampai coklat kekuningan. Buah ini tidak dapat dimakan langsung kerana getahnya sangat gatal. Pohon enau menghasilkan banyak hal, yang menjadikannya popular sebagai tumbuhan serba guna, terutama sebagai penghasil gula kabung.

Peribahasa bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bermaksud manusia yang mementingkan diri tanpa menghiraukan insan lain, ibarat enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuknya setinggi yang mungkin supaya mendapat cahaya matahari yang lebih banyak daripada tumbuhan yang lain di sekitarnya.

Buah enau

Advertisements

One thought on “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s