Selama ini kita ingat betul, tetapi sebenarnya salah.

Bil.

Salah

Betul

Catatan

1 Seperti sirih pulang ke ganggang Seperti sirih pulang ke gagang Makna ganggang- Sedang disalai dengan api• Ruang di antara dua benda, renggang• Lumut yang tumbuh dalam airMakna gagang

• Tangkai (bunga, gayung, dll)

• Hulu (keris, tombak, dll)

• Pucuk ranting atau batang pokok yang melata Seperti sirih pulang ke

gagang

2 bandaraya Bandar raya Bagi kata umum, dieja terpisah.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,(nama khas atau digazetkansedemikian)
3 di atas komitmen atas komitmen
4 Maka, atas pengumuman kabinet baru tersebut,kementerian telah distruktur semula… Maka, ekoran/susulan pengumuman kabinet baru tersebut, kementerian telah distruktur semula… Ayat asal tidak gramatis.
5 …di atas jasa… …atas jasa atau kerana jasa…
6 lain-lain aktiviti aktiviti-aktiviti lain Hukum D-M
7 Y.B. YB Tidak perlu tanda noktah.
8 Berdasarkan kepada Akta Warisan… Berdasarkan Akta Warisan.. Tidak perlu kata sendi kepada.
9 semulajadi Semula jadi kata majmuk yang dieja terpisah.
10 rekabentuk reka bentuk Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah.
11 Setinggi terima kasih… Setinggi-tinggi terima kasih… Setinggi-tinggi: seberapa banyak yang mungkin.Setinggi: sama tinggi
12 jangkamasa jangka masa Jangka masa, kata majmuk yang dieja terpisah.
13 Dalam ucapan beliau, beliaumenyebut bahawa … Dalam ucapannya, beliaumenyatakan… Ayat asal tidak gramatis.
14 Berkerja keras Bekerja keras Awalan yang tepat, be.
15 Mempertingkatkan lagi mutukerja Meningkatkan/mempertingkatmutu kerja lagi Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja)iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).
16 Profail kecemerlangan… Profil kecemerlangan Ejaan yang tepat p r o f I l.
17 U.S.A. USA Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: UAE, UK, dll
18 …objek warisan yang mana54 butiran… …objek warisan yang 54butiran… Yang mana, kata tanyaYang, kata hubung
19 Untuk memasak Manok Pansoh, bahan yang diperlukan seperti seekor ayam… Untuk memasak Manuk Pansuh, bahan yang diperlukan ialah seekor ayam… Ayat asal tidak gramatis
20 Untuk menyedapkan lagi masakan ini….. Untuk menyedapkan masakan ini lagi … Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja)iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).
21 samada sama ada Dieja terpisah.Contoh lain:• urus setia• alat tulis• siar raya• kereta api• bandar raya

• tengah hari

22 …bersembahyang dan menjalankan masakan Ponggal… …bersembahyang dan menyempurnakan upacara memasak Nasi Ponggal… Ayat asal tidak gramatis.
23 Pada hari ini juga, merekaakan memasak Nasi Susu danNasi Manis (campuran nasi,susu dan gula tebu) danmasakan ini serta segala jenisbuah-buahan akan disuapkan kepada lembu yang kemudiannya akan diarak dengan paluan gendang Cheti di sekeliling kampung. Pada hari ini juga,  mereka memasak Nasi Susu dan Nasi Manis (campuran nasi, susudan gula tebu). Masakan ini dan segala jenis buah-buahan disuapkan kepada lembu yangkemudiannya diarak dengan iringan paluan gendang Chetidi sekeliling kampung. Ada banyak akan dalam satu ayat. Diarak dengan paluan gendang memberi gambaran seolah-olah paluan gendang berarak bersama-sama dengan lembu.
24 Semua anak-anak dara Semua anak dara Semua kata jamak; dengandemikian anak tidak perlu diulang.
25 Mereka akan bangun seawal pagi untuk berhias diri… Mereka bangun pada awal pagi untuk berhias diri … Ayat asal tidak gramatis.
26 Mengeratkan lagi perhubungan… Mengeratkan perhubungan lagi… Kata kerja transitif (meningkatkan) terus menerima objek (mutu kerja)iaitu kata nama atau frasa nama, dan tidak boleh disisipkan dengan kata-kata lain (lagi).
27 Di kedua pipinya… Di dua pipinya …Di kedua-dua pipinya… Dua bererti twoKedua bererti secondKedua-dua bererti both
28 citarasa cita rasa Cita rasa, kata majmuk yangdieja terpisah.
29 Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu yang masih diamalkan oleh sesetengah individu bagi tujuan mengisi masa lapang. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang masih diamalkan oleh sesetengah individu untuk mengisi masa lapang. Ayat asal tidak gramatis.
30 Seperti melepaskan batuk di tangga Seperti melepaskan batok di tangga Batok ialah alat daripada tempurung kelapa untuk menyauk air dari dalam tempayan apabila mencuci kaki di kaki tangga sebelum naik ke rumah. Hal ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata.
32
  • Untuk Encik Ali, daripada bekerja dengan kerajaan, lebih baik dia berniaga.
  • Kerajan berusaha bagi memajukan..
  • bagi menjamin
  • bagi memelihara keamanan
  • Bagi Encik Ali, daripada bekerja dengan kerajaan, lebih baik dia berniaga.
  • Kerajan berusaha untuk memajukan..
  • untuk menjamin
  • untuk memelihara keamanan
Untuk —untuk kata kerjaBagi— untuk kata nama

Namun begitu, hal ini masih memerlukan perbincangan dan pandangan pihak-pihak yang lain

33 Pihak kastam telah merampas pelbagai jenama rokok…. Pihak kastam telah merampas rokok pelbagai jenama …. Hukum D-MMengikut ayat asal, puhak Kastam hanya merampas jenama rokok yang pelbagai, bukannya merampas rokok
34 …anggota lain-lain pangkat. …anggota pangkat-pangkat lain. Hukum D-M
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s