Mari membiasakan yang betul

Bil. Salah Betul Catatan
1
  • Kebanyakan tulang-tulang
  • Ratusan tulang-tulang
  • Antara sendi-sendi
  • Di antara hikmah
  • Kebanyakan tulang
  • Ratusan tulang
  • Antara sendi
  • Antara hikmah
Kebanyakan, ratusan, semua, seluruh, senarai, kumpulan, persatuan, sebahagian, dan perkataan lain seumpamanya memberi maksud jamak
2
  • Pilihanraya
  • di tubuhkan
  • perlantikan
  • Pilihan raya
  • ditubuhkan
  • pelantikan
Pilihan raya kata majmuk yang dieja terpisah.Awalan di, dieja sebagai satu perkataan dengan kata kerja tubuh.Pelantikan dari proses melantik.
3
  • Setiausaha agong
  • Tambahbaik
  • …agen bagi memudahkan..
  • Berkuatkuasa
  • penganalisa
  • Setiausaha agung
  • tambah baik
  • ejen untuk memudahkan…
  • berkuat kuasa
  • penganalisis
a-g-o-n-g, hanya dieja untukYang di-Pertuan Agong sahajaHukum Keselarasan Vokal:• a – a• a – i• a – uTambah baik, kata majmuk yang dieja terpisah.Makna agen: Sesuatu yang menyebabkan berlakunya tindak balas(proses dsb)Makna ejen: Orang (syarikat) yang menjalankan perniagaan untuk orang lain, wakil penjual Orang yang diupah digaji) untuk melakukan sesuatu untuk orang lain (pemerintah dll)Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah.Yang tepat ialah analisis.
4
  • Di bulan puasa
  • Di bulan Ramadan
  • Indastri (sebutan)
  • Pada bulan puasa
  • Pada bulan Ramadan
  • Industri (sebutan)
Kata sendi di untuk tempat.Kata sendi pada untuk masa dan waktu.YB Menteri juga menyebut in dus tri.
5 Lembaga Letrik Pusat ditubuhkan  ? Tidak ada perkataan ‘letrik’dalam Kamus Dewan. Yang ada, elektrik
6
  • Anti penuaan
  • Adik beradik
  • Antipenuaan
  • Adik-beradik
7 Email e-mel
8
  • Surirumah…
  • membabitkan 23 periuk nasi…
  • Suri rumah…
  • menggunakan 23 periuk nasi…
Suri rumah, kata majmuk yang dieja terpisah.‘Membabitkan’ untuk orang sahaja.
9
  • Di hari raya nanti…
  • Di hari lebaran…
  • Di Syawal nanti…
  • Di Aidilfitri…
  • Di pagi Syawal…
  • Di episod seterusnya
  • Pada hari raya nanti…
  • Pada hari lebaran…
  • Pada Syawal nanti…
  • Pada Aidilfitri…
  • Pada pagi Syawal…
  • Dalam episod seterusnya..
Kata sendi di hanya untuk tempat.
10 muhibbah muhibah
11 …telah memanjangkan laporan… …telah mengemukakan laporan… Memanjangkan: menjadikan panjang
12 Mesyuarat mengambil maklum bahawa akan aktiviti Kementerian yang akan diadakan sepanjang minggu ini seperti berikut: Mesyuarat mengambil maklum akan aktiviti Kementerian yang diadakanpada sepanjang minggu ini: Ayat asal tidak gramatis
13 Menambahbaik kualiti Menambah baik kualiti Tambah baik, kata majmuk yang dieja terpisah.
14 Lain-lain persatuan pelajar Persatuan-persatuan pelajar lain Hukum D-M
15
  • …di mana buku-buku dibawa ke……
  • di mana petugas PD akan…
? ‘di mana’ bukan kata hubung. Jika tidak ada kata hubung yang sesuai, eloklah kita buat ayat baru.
16 …aduan didalam 3 hari… …aduan dalam 3 hari…
17 …sedang di dalam tindakan… …sedang dalam tindakan..
18 …bahan-bahan ceramah diantaranya… …bahan-bahan ceramahantaranya…
19 deraf draf
20 temuramah temu ramah
21 diperolehi diperoleh Yang tepat diperoleh, tanpa akhiran i.
22 mengenalpasti mengenal pasti Kenal pasti, kata majmuk yang dieja terpisah.
23 Adalah diharapkan PFI … padamasa sekarang adalah terhad. Dengan ini diharapkan PFI…pada masa sekarang amat terhad. Jangan mulakan ayat dengan kata pemeri adalah.
24 Mini studio Studio mini Hukum D-M
25 patiotisma patriotisme Ejaan patriotisme, berakhir dengan vokal e.
26 pra sekolah prasekolah
27 setiakawan setia kawan
28 temuramah temu ramah
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s