Membiasakan yang betul

MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA

Bil.

Salah

Betul

Catatan

1

Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan ianya diproses oleh pihak JPA. Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan permohonan diproses oleh pihak JPA. Ianya tidak boleh dianggapbasebagai kata ganti diri seperti it dalam Bahasa inggeris.

2

Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan ia diproses oleh pihak JPA. Semua permohonan mesti sampai selewat-lewatnya pada minggu depan bagi memudahkan permohonan diproses oleh pihak JPA. Ia tidak boleh dianggapbasebagai kata ganti diri seperti it dalam Bahasa inggeris.

3

…operasi di antara PentasBergerak dan PENTARAMA … …operasi antara PentasBergerak dengan PENTARAMA… Frasa sendi nama di antara hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.Padanan bagi antara dan di antara ialah dengan.

4

…bersandarkan kepadakeperluan… …bersandarkan keperluan… Tidak perlu ada kata sendikepada.

5

Dato’ Pengerusi memintaIPTTAR dapat mengadakan kursus khas… Dato’ Pengerusi memintaIPPTAR mengadakan kursus khas… Ayat tidak gramatis.Kesilapan mengeja.

6

…penyampaian beritaberbahasa Inggeris. …penyampaian berita bahasaInggeris. Tidak perlu imbuhan ber.

7

maklumbalas maklum balas Kata majmuk, dieja terpisah.

8

…satu mesyuarat bagi membincangkan isutersebut… …satu mesyuarat untuk membincangkan isu tersebut. Bagi disusuli kata namaUntuk disusuli kata kerja

9

Pengambil alihan Pengambilalihan Kata majmuk dieja sebagaisatu perkataan apabila menerima awalan dan akhiran.Contoh: Ambil alihMengambil alih

Pengambilalihan

Latar belakang

Berlatar belakang

Berlatarbelakangkan

Kemas kini

Mengemas kini

Mengemaskinikan

kuat kuasa

penguat kuasa

penguatkuasaan

10

Kementerian diminta untuk menubuhkan kelab sukan dan rekreasi untuk KPKK bagi membolehkan semua warga kementerian beriadah di samping mengeratkan hubungan sesama warga. Kementerian diminta menubuhkan kelab sukan dan rekreasi bagi KPKK untuk membolehkan semua warga kementerian beriadah di samping mengeratkan hubungan sesama warga. Bagi disusuli kata namaDi berfungsi sebagai kata sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

11

1.35 petang 1.35 tengah hari Penentuan waktuPagi: 1.00 – 11.59Tengah hari: 12.00 – 1. 59Petang: 2.00 – 6.59

Malam: 7.00 – 11.59

Tengah malam: 12.00 – 12. 59

12

pra tonton pratonton Awalan pra tidak boleh berdirisendiri dan dieja sebagai satuperkataan.Contoh:

• prabayar

• prasekolah

• prapenerbitan

• pratonton

13

Jendela klasik Jendela Klasik Kata nama khas, dengan demikiankonsonan k dieja dgn huruf besar.

14

Gotong royong Gotong-royong Kata berganda, dieja dgntanda sempang.

15

Sosio politik sosiopolitik Awalan sosio tidak bolehberdiri sendiri dan dieja sebagai satu perkataan.Contoh:• sosioekonomi

• sosiobudaya

• sosiopolitik

• sosiodrama

16

Y.B YB Tidak perlu tanda noktah.

17

dari 250 unit kepada 300unit… …daripada 250 unit kepada300 unit… Padanan yang tepatDari… keDaripada…kepada

18

Pasca Kabinet Pasca-Kabinet, pascakabinet Awalan pasca tidak boleh berdiri sendiri dan dieja sebagai satu perkataan apabila bertemu kata umum,manakala dieja dgn tanda sempang apabila bertemu kata nama khas.Contoh kata umum:• Pascabayar

• Pascapenerbitan

• Pascakabinet

Contoh kata nama khas:

• Pasca-Merdeka

• Pasca-Kabinet

19

delegrasi delegasi Kesilapan menaip

20

…bagi membuatpenerangan… …untuk memberipenerangan… Kita memberikan ataumenyampaikan penerangan. Kita tidak membuat penerangan.
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s