MEMBETULKAN YANG BIASA

MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA

Bil.

Salah

Betul

Catatan

1

…boleh dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang. …boleh dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang. Dalam, kata sendi nama yang lebih tepat.

2

“Banner” dan banting Sepanduk dan kain rentang Jika ada istilah dalam BM ,eloklah kita mempopularkannya.

3

…lebih baik berbanding dari tahun 2009. …lebih baik berbanding dengan tahun 2009. Dengan,kata sendi nama yang lebih tepat.

4

Mesyuarat mengambil maklum ke atas cadangan berikut: Mesyuarat mengambil maklum akan cadangan yang berikut: Akan ,kata sendi yang lebih tepat.

5

PERBINCANGAN KE ATAS PERAYAAN HARI SENIMAN 2010 PERBINCANGAN TENTANG PERAYAAN HARI SENIMAN 2010 Tentang, kata sendi yang lebih tepat.

6

…bagi menjayakan sambutan… …untuk menjayakan sambutan… Bagi disusuli kata nama Untuk disusuli kata kerja

7

“Dikau Dihati” “Dikau Di Hati” Fungsi di sebagai kata sendi bukan imbuhan.

8

…bagi menjayakan kedua-dua program ini… …untuk menjayakan kedua-dua program ini.. Bagi disusuli kata nama

Untuk disusuli kata kerja

9

…bagi memastikankelancaran… …untuk memastikankelancaran.. Bagi disusuli kata namaUntuk disusuli kata kerja

10

YBhg. YBhg Dieja tanpa tanda noktah.

11

Urus setia Bersama Urus Setia Bersama Kata nama khas, konsonan s dieja dengan huruf besar.

12

…mengucapkan terima kasih di atas kehadiran… …mengucapkan terima kasih atas kehadiran…

13

mengemaskini mengemas kini Kata majmuk, dieja terpisah

14

tata tertib tatatertib Tata, awalan – tidak boleh berdiri sendiri, dengan demikian dieja satu perkataan.

  • Contoh lain:
  • • Tatarias
  • • Tatacara
  • • Tatabahasa
  • • Tatanama
  • • Tatasusila
  • • Tataatur
  • • Tataurusan

15

Disamping itu, … Di samping itu, … Di berfungsi sebagai kata sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

16

Struktur Organisasi yang menunjukkan cadangan dimana pegawai lantikan kontrak tersebut akan ditempatkan. Struktur Organisasi yang menunjukkan cadangan penempatan pegawai lantikan kontrak. Ayat asal tidak gramatis.

Di mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

17

…seramai 4076 pegawai awam dimana 2480 daripadanya ialah PT (P/O)… ….seramai 4076 pegawai awam yang 2480 daripadanya ialah PT(P/O)… Di mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

18

…bagi memastikan proses berjalan lancar kerana terdapat beberapa permohonan kenaikan pangkat yang telah tertangguh bagi jangka masa yang terlalu lama. …untuk memastikan proses berjalan lancar kerana terdapat beberapa permohonan kenaikan pangkat yang tertangguh terlalu lama. Bagi disusuli kata namaUntuk disusuli kata kerja

19

…kekeliruan semasa proses pendaftaran yang mana akan menyebabkan calon hilang kelayakan untuk menduduki peperiksaan. …kekeliruan semasa proses pendaftaran yang menyebabkan calon hilang kelayakan untuk menduduki peperiksaan. Yang mana bukan kata Hubung. mana, kata tanya yang tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung.

20

terdiri dari pegawai-pegawai… …terdiri daripada pegawaipegawai.. Daripada kata sendi yang tepat

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s