20 Kesalahan yang biasa

MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG BIASA

Bil.

Salah

Betul

Catatan

1

…mengucapkan terima kasihdi atas kehadiran semua. …mengucapkan terima kasihatas kehadiran semua. Di atas untuk hal-hal yang fizikal dan boleh disentuh atau dilihat. Contoh:

  • • Di atas meja
  • • Di atas bahu
  • • Di atas pokok
  • • Di atas bumbung

Untuk hal-hal yang abstrak,lebih tepat kata sendi atas.Contoh:

  • •Mengambil kesempatan atas kelemahan…
  • •Berasa gembira atas kemenangan…
  • Amat bangga atas kejayaan..
  • •Mengucapkan terima kasih atas sumbangan..
2 …mesyuarat ini adalahMesyuarat Hari Inovasi… …mesyuarat ini ialahMesyuarat Hari Inovasi…atau…mesyuarat ini Mesyuarat

Hari Inovasi…

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.
3 berkuatkuasa berkuat kuasa Kata majmuk , dieja terpisah

4

digunapakai diguna pakai Kata majmuk, dieja terpisah

5

dari semasa kesemasa dari semasa ke semasa ke berfungsi sebagai katasendi nama, bukan imbuhan awalan. Dengan demikian, dieja terpisah.
6 …menjaga semua hal-halmengenai… …menjaga semua halmengenai… Semua, kata jamak. Tidakperlu diulang kata nama halyang menyusulinya.
7 …memantau semua perkara-perkara… …memantau semua perkara Semua, kata jamak. Tidak perlu diulang kata nama perkara yang menyusulinya.

8

Beliau juga memaklumkansekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan Inovasi diminta menghubungi Cik Diana. Ahli-ahli mesyuarat diminta menghubungi Cik Diana sekiranya menghadapi masalah berkaitan Inovasi. Ayat pertama tidak lengkap,tergantung dan tidak gramatis.

9

…diadakan pertandingan di antara tapak pameran… …diadakan pertandingan antara tapak pameran.. Frasa sendi nama di antara hanya digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.

10

…memberi kerjasama penuh bagi menjayakan majlis… …memberi kerjasama penuh untuk menjayakan majlis…
  • Bagi disusuli kata nama
  • Untuk disusuli kata kerja
disamping di samping Di berfungsi sebagai kata sendi bukan imbuhan. Dengan demikian dieja terpisah.

11

YBhg Dato’ Dr. Pengerusi membangkitkan bagi persediaan buku cenderamata supaya lebih awal dan mempastikan agar tidak berlaku kesilapan… YBhg Dato’ Dr. Pengerusi mengingatkan urus setia untuk menyiapkan kandungan buku cenderamata lebih awaldan memastikan kesilapan yang sama tidak berulang… Ayat asal tidak gramatis.Pasti menerima awal mem dan konsonan p gugur.Contoh lain:pukul–mem + pukul (p gugur)

= memukul

pasti–mem + pasti (p gugur)

=memasti

12

Sehubungan dengan itu beliau menyarankan sebelum buku cenderamata “dummy”tersebut dicetak pasti kanterlebih dahulu buku tersebut diberikan kepada urus setia sebelum diserahkan kepada beliau untuk semakan dan seterusnya dikemukakan kepada YBhg Dato’ Wira KSU untuk mendapat persetujui oleh YB Menteri. Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan urus setia menyerahkan dami buku cenderamata yang telah disemak untuk semakan akhir beliau dan seterusnya dikemukakan kepada YBhg Datuk Wira KSU untuk mendapat persetujuan YB Menteri sebelum dicetak. Ayat asal tidak gramatis.

13

di urusetiakan diurussetiakan di berfungsi sebagai imbuhan.Dengan demikian dieja satu perkataan.

14

Bahagian Pengurusan Sumber manusia (BPSM) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kata nama khas, konsonan mdieja dengan huruf besar.

15

Walau bagaimanapun Mesyuarat bersetuju untuk dilihat semula tentang waktu ketibaan YB Menteri dilewatkan … Walau bagaimanapun Mesyuarat bersetuju untuk melihat semula waktu ketibaan YB Menteri yang dilewatkan… Ayat asal tidak gramatis.

16

Mesyuarat dimaklumkan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1994 bagi sambutan Hari Inovasi dibenarkan tidak melebihi daripada 5 acara sahaja. Mesyuarat dimaklumkan Pekeliling Perbandaharaan Bil11 Tahun 1994 menyatakan bahawa sambutan Hari Inovasi dibenarkan tidak melebihi 5 acara sahaja. Ayat asal tidak gramatis.

17

…bagi membincangkan… …untuk membincangkan…
  • Bagi disusuli kata nama
  • Untuk disusuli kata kerjaContoh:

Bagi calon SUPP, daripada hilang wang petaruhan lebih baik dia menarik diri bertanding di DUN itu.

Bagi saya, menjadi guru memang pekerjaan yang diimpi-impikankan, bukannya kerana tiada pekerjaan lain.

18

Perlantikan Pelantikan Pelantikan daripada prosesmelantik bukan berlantik.

19

Walau bagaimanapun namanama peserta daripada beberapa Bahagian perlu ditambah atas saranan YBhg Dato’ Dr. Pengerusi menyarankan peserta-peserta perlu terdiri daripada kumpulan sokongan 1,kumpulan sokongan 2 serta Pengurusan & Profesional. Walau bagaimanapun namanama peserta daripada beberapa Bahagian perlu ditambah kerana YBhg Dato’ Dr. Pengerusi menyarankan…..

Atau

…wajar ditambah atas saranan YBhg Dato’ Pengerusi yang peserta-peserta perlu…

Ayat asal tidak gramatis.

20

…untuk memilih pasukan mana yang menjadi juara. …untuk memilih pasukan yang menjadi juara. Ayat asal tidak gramatis. Mana ialah kata tanya, kalau begitu, mengapa tiada tanda soal?
Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s