Kepuasan berbahasa

Sebagai guru Bahasa Melayu saya amat menitikberatkan soal pembinaan ayat yang gramatis tanpa mengira tujuan, tempat atau alat yang digunakan.  Apabila menghantar pesan ringkas melalui telefon bimbit saya sentiasa memastikan ayat yang saya tulis itu betul dan gramatis . Selain itu, apabila memberi komen di facbook atau pun menulis komen di blog, saya berasa amat janggal apabila menggunakan singkatan seperti yg. mmg, sbg, spt, dll, mgnakan dan banyak lagi singkatan seumpamanya.

Begitu juga semasa mengajar, saya amat jarang atau boleh dikatakan hampir tiada langsung menulis di papan hitam menggunakan singkatan-singkatan tersebut.  Kadang-kadang, apabila menulis di papan hitam saya akan mengubah sesuatu ayat itu berkali-kali untuk memastikan bahawa ayat yang saya tulis itu gramatis. Dalam pada itu, saya berasa malu dan berasa tidak bertanggung jawab jika ayat yang saya tulis itu tidak gramatis.  Saya akui, ayat yang saya tulis itu kadang-kadang salah dan tidak gramatis.  Namun begitu, sekurang-kurangnya saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.

Bagi saya, menulis ayat yang gramatis itu adalah satu kepuasan.  Dalam hal ini, saya juga berharap agar para pelajar dan guru-guru atau sesiapa sahaja yang memberi komen dalam blog ini, gunakanlah Bahasa Melayu yang betul dan gramatis kerana kalau tidak rakyat Malaysia seperti kita, siapa lagi yang akan menggunakan Bahasa Melayu yang  betul. Saya yakin dan percaya, untuk memartabatkan Bahasa Melayu setiap rakyat Malaysia mesti berbahasa Melayu dengan betul bak kata pujangga, perjalanan beribu batu, mesti bermula dengan langkah pertama.

Sebagai mengakhiri wacana ini, sekali lagi saya menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan meluaskan penggunaannya mestilah bermula dengan kita.  Kalau hal ini dipandang enteng, slogan 1Bangsa 1Bahasa akan dikenang sebagai satu slogan semata-mata, tanpa dapat mencapai tujuannya.

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s