Mari semak (yang sudah disemak)

Ayat bercetak tebal dalam petikan di bawah mungkin ada kesalahan dan mungkin tidak ada kesalahan.  Jika anda merasakan ayat tersebut ada kesalahan, sila beri cadangan untuk membetulkan ayat itu.

Catatan:  Perkataan atau ayat bertulis condong adalah pembetulan yang dicadangkan.

Cari punca (punca-punca) masyarakat kurang minat (berminat) membaca

2011/02/18

MINAT masyarakat kita terhadap bahan bacaan kini lebih terarah kepada bidang sukan dan selebihnya (terarah kepada) bidang politik dan hiburan. Tidak kira apa bahan pun yang dibaca (tidak/tanpa mengira bahan yang dibaca), perkara (yang) penting adalah (ialah) minat masyarakat terhadap bahan bacaan yang semakin meningkat.

Usaha untuk melahirkan kelompok masyarakat yang gemar membaca mestilah dilakukan secara bersepadu. Menyemai minat suka membaca bukan hanya harus dipikul oleh sekolah dan kerajaan menerusi pelbagai slogan tetapi ia (usaha tersebut) juga memerlukan pembabitan ibu bapa.

Ibu bapa mesti menunjuk (menunjukkan) teladan agar anak berminat untuk membaca. Mereka (bukan sahaja- sebab ada kata malah) mesti membeli bahan bacaan sesuai (bacaan yang sesuai) untuk anak, memberi peruntukan (menyediakan wang yang secukupnya), memantau apa (memantau buku/bahan) yang dibaca malah (mesti) membawa anak ke perpustakaan.

Untuk merealisasikan hasrat murni iaitu amalan membaca (untuk merealisasikan hasrat murni, iaitu menggalakkan masyarakat membaca), percubaan mesti dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan sambutan (terhadap) perpustakaan bergerak. Kita tidak tahu berapa ramai penduduk setempat (yang) berminat untuk meminjam buku jika ada perpustakaan bergerak.

Kepentingan perpustakaan bergerak adalah untuk memudahkan urusan pinjaman (urusan peminjaman) buku. Bagi suri rumah yang sibuk dengan urusan rumah tangga, perpustakaan bergerak akan memberi peluang kepada mereka mengenali dan memperoleh buku selepas dibuat pilihan (selepas membuat pilihan).

Oleh itu, kebimbangan kita terhadap segala lapisan masyarakat yang tidak gemar membaca perlu dicari puncanya. Jika kita gemar memerhati gelagat orang di stesen bas daripada membaca, kita juga mesti menghurai (kan) puncanya.

Di sesetengah kedai makan (kedai makanan) di negara kita sudah ada yang menyediakan bahan bacaan untuk pelanggan. Bahan bacaan itu diletak di rak, tetapi tidak pula diketahui berapa ramai yang membacanya?

Jika semua memahami ‘membaca adalah jambatan ilmu’ (tak perlu tanda baca ‘…….’ ), eloklah (di) pupuk minat membaca.

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s