Mari semak ayat di akhbar

Program belia bendung gejala sosial 

2011/02/18

Sila semak frasa atau ayat yang bercetak tebal dalam petikan di bawah ini. Sekiranya ada sebarang kesalahan, sila beri cadangan anda.

SARANAN isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar golongan belia menguasai kemahiran berpotensi bagi membolehkan mereka mempunyai daya kelangsungan untuk menghadapi arus pembangunan yang semakin mencabar amat signifikan dalam arus pembangunan negara. Ia juga selari dengan pembinaan modal insan yang diinginkan daripada setiap rakyat negara ini.

Golongan belia wajar menggunakan usia muda untuk menimba ilmu dan kepakaran kerana mereka mempunyai kuasa untuk mencipta serta melakukan transformasi negara ke tahap paling tinggi pada masa hadapan.

Pentingnya belia menimba ilmu, menguasai kepakaran dan kemahiran kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan memartabat dan mendaulatkan negara.

Di samping itu, ia bertujuan mewujudkan belia yang berilmu dan bermaklumat dan bertekad tinggi ke arah pembangunan diri dan negara. Nilai positif yang ada pada diri anak muda adalah asas utama kepada kepemimpinan mapan masa depan.

Golongan belia perlu mengikis sikap membuat kerja sambil lewa bagi memastikan dapat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi serta dipandang tinggi masyarakat.

Teori perkembangan kerjaya membuktikan jika individu mempunyai matlamat dalam hidup dan melakukan sesuatu perkara dengan tekun, dedikasi serta komitmen tinggi, pasti menjadi semakin mahir dan berjaya dalam kerjanya.

Negara sentiasa memberi fokus dalam membangun modal insan dalam kalangan anak muda. Justeru, program seperti latihan kepimpinan, bina semangat dan jati diri sentiasa dilaksanakan.

Di samping menyediakan belia dengan kemahiran dan pengetahuan, ia juga memberi kesedaran bahawa kerajaan mengambil berat mengenai peranan mereka dalam membangunkan negara ini.

Anak muda perlu bijak mengambil peluang menjayakan pelbagai aktiviti program belia yang bermanfaat. Program Kem Perkasa Remaja Siri II, contohnya, dapat membantu FELDA menangani masalah sosial dan melahirkan generasi baru yang lebih produktif dan sentiasa berdaya saing, kreatif dan berinovasi.

Program Kem Perkasa ini sangat relevan diadakan ketika berleluasanya gejala sosial kerana melalui aktiviti yang dianjurkan berupaya menyedarkan dan memahatkan anak muda dengan semangat patriotik dan cintakan negara. Ini sangat penting dalam memastikan kemakmuran dan perpaduan yang dinikmati negara selama ini akan tetap terpelihara.

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s