Punca-punca penyakit kulit

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyakit kulit. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penyakit kulit mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada bahagian anggota yang terkena jangkitan, misalnya kulat kutu air yang tumbuh di kaki, ruam gatal yang tumbuh di pangkal paha selain kurap yang tumbuh di bahagian anggota badan yang lain.

Tanda-tanda awal jangkitan kulat ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh. Keadaan yang sedemikian akan memudaratkan kesihatan seseorang. Seseorang yang dijangkiti kulat akan berasa tidak selesa dan sentiasa menggaru-garu untuk menghilangkan rasa gatal.

Pakaian yang ketat juga menggalakkan pertumbuhan kulat, terutamanya pada bahagian kaki dan anggota badan yang berlipat seperti lutut dan siku. Selain itu, memakai kasut yang sempit dan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik menyebabkan kaki dan jari-jemari kaki berpeluh lalu mengundang pertumbuhan kulat.

Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri mudah dijangkiti kulat melalui angin. Angin yang bertiup mampu menerbangkan jutaan spora kulat ke permukaan kulit yang lain. Jangkitan turut terjadi jika seseorang itu suka berkongsi barang-barang peribadi dengan ahli keluarga atau orang lain.

Jangkitan kulat juga boleh berlaku melalui sentuhan, iaitu apabila tubuh menyentuh tanah, air, tumbuhan atau haiwan yang telah dijangkiti kulat. Lazimnya, penghidap penyakit kulit malas mandi atau mereka tidak mencuci semua permukaan kulit sehingga bersih.

Penawar anti-kulat boleh didapati di farmasi dan kedai perubatan Cina dalam bentuk krim, cecair, dan serbuk. Walau bagaimanapun, jika tanda-tanda jangkitan kurap berlarutan, penghidap hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai kata mengundang pertumbuhan? 2 markah
  2. Berdasarkan petikan, bagaimanakah keadaan kulit orang yang dijangkiti kulat? 4 markah
  3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengatasi penyakit kulit? 4 markah

 

Advertisements

5 thoughts on “Punca-punca penyakit kulit

  1. jawapan 1
    mengundang pertumbuhan yang dimaksudkan adalah mengalakan tumbuhnya kulat dan menyebab kan penyakit semakin merebak

    jawapan 2
    keadaaan kulit orang dijangkiti ialah permukaan kulit cepat menjadi merah, bersisik , dan gatal. Kulit bertukar menjadi kepingan flora dan kulat akan bercambah dengan lebih banyak apabila badan berpeluh.

    jawapan 3
    pada pendapat saya untuk mengatasi penyakit ini adalah mengelakan memakai pakaian ketat dan mendapatkan rawatan dihospital atau membeliubat di farmasi berhampiran anda.

    p/s : farmasi cosway menyediakan khidmat nasihat kesihatan anda.. untuk semua penyakit.

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s