Tindakan bakar Interlok dikutuk

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM

pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Kementerian Pelajaran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar novel Interlok oleh kira-kira 100 penduduk di Klang, semalam.

Timbalan menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menganggap dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang turut menyertai demonstrasi itu sebagai kebudak-budakan.

”Mereka yang terlibat dalam perbuatan itu cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada penulis tersebut sedangkan penulis berkenaan menulis dengan semangat patriotik, jujur dan ikhlas bagi menyampaikan mesej penting bagaimana hubungan kepelbagaian kaum mampu menjadi satu bangsa negara.

”Saya yakin, mereka yang mengambil tindakan tersebut tidak membaca novel itu malah cuba dipolitikkan walaupun novel tersebut mempunyai unsur pendidikan yang begitu besar,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, kementerian akan bertemu dengan penulis novelInterlok, Abdullah Hussain untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Sasterawan Negara itu berhubung penulisannya yang dikatakan menyentuh sensitiviti masyarakat India negara ini, hari ini.

Katanya, kementerian mengambil jalan rasional dalam membuat keputusan untuk meneruskan atau menarik balik penggunaan novel itu sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

”Setakat ini, kementerian masih meneruskan penggunaan buku itu, cuma kita akan bertemu dengan penulis novel berkenaan mengenai perkara ini, esok.

”Sebelum ini anggota panel yang memilih novel itu sebagai buku teks telah menyatakan bahawa novel tersebut tidak ada unsur-unsur menghina kaum,” katanya.

Apa yang pasti, jelas beliau, apa sahaja keputusan yang akan dibuat tidak bergantung pada tekanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kementerian akan berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.

”Ini kerana, perlu diingatkan bahawa ada pihak lain yang tidak berpuas hati dan tersinggung dengan cara isu ini dipersoalkan.

”Saya berharap agar semua pihak bersabar supaya isu ini dapat ditangani dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan bantahan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

 

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s