Interlok papar fakta sejarah, tidak menyentuh sensitiviti kaum

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Novel Interlok sepatutnya dibaca dengan kejujuran intelektual kerana apa yang dipaparkan menerusinya adalah fakta sejarah dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga budayawan, Datuk A. Aziz Deraman berkata, novel itu mengangkat tema perpaduan dan Interlok sendiri bermaksud jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat.

”Sekiranya Interlok itu dibaca dan benar-benar difahami, kita akan menyedari bahawa ia memaparkan kebenaran dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini serta perjalanan ke arah membina negara bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai polemik buku berjudul Interlokkarya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Bagaimanapun, novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan bersikap perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan sikap dan pandangan sesetengah pihak terhadap novel itu sehingga ada yang sanggup membakarnya, A. Aziz menasihatkan supaya bukuInterlok dibaca dengan jujur dan tidak dipengaruhi dengan emosi.

Katanya lagi, tindakan membakar novel itu juga tidak sesuai dari sudut keprihatinan masyarakat terhadap ilmu dan pengetahuan.

Justeru tambah beliau, buku itu tidak boleh dilihat dari perspektif perkauman sehingga boleh menimbulkan pertikaian kerana rujukan yang digunakan pengarangnya adalah berdasarkan hakikat sebenar.

”Mengenali Abdullah sebagai seorang penulis, beliau akan merujuk kepada fakta sejarah dalam berkarya seperti mana ketika menghasilkan novel Imam,” kata beliau.

 

Advertisements

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s