Punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Masalah sosial dalam kalangan remaja bermaksud salah laku sosial yang dilakukan oleh golongan remaja. Masalah sosial seperti membuli rakan, mencuri, terlibat dengan lumba haram dan sebagainya bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan remaja pada hari ini. Malahan, masalah ini semakin menjadi-jadi dari hari ke hari sehingga telah membimbangkan banyak pihak. Misalannya, sepanjang tahun 2010 sebanyak, 5,165 kes yang melibatkan remaja dilaporkan, masing-masing 1,947 kes membabitkan pelajar dan 3,218 kes oleh bukan pelajar, iaitu peningkatan 38 peratus dan 43 peratus berbanding 2009.   Sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terus berleluasa.

Gejala kurang sihat ini berlaku kerana para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya bagi ibu bapa yang bekerja di bandar. Ibu bapa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Akibat keletihan, mereka langsung tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk meluangkan masa bagi mendengar masalah anak-anak mereka. Hal ini pasti menyebabkan anak-anak berasa bosan, sekali gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

Selain itu, golongan remaja terjebak dalam gejala negatif juga akibat bergaul dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa pula berpendapat bahawa pemberian wang yang secukupnya kepada anak-anak sudah memadai. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak dapat ditukar ganti dengan wang.

Sementara itu, segolongan remaja pula mengambil jalan mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka. Contohnya perceraian antara ibu bapa mereka.dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Para remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah dan mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh.

Penglibatan golongan remaja dalam kegiatan jenayah ini dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. Guru-guru, misalnya boleh memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian yang ungugul dalam kalangan para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang bermasalah tentunya dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi dengan lebih tenang dan rasional.

Dalam pada itu, guru-guru juga mesti menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar tidak mempunyai alasan untuk melepak. Di samping itu, pendidikan agama haruslah diterapkan dalam kalaangan anak-anak sejak mereka kecil lagi. Pendidikan Moral dan agama amat perlu  dipertingkankan  kerana semua agama mendidikr penganutnya supaya berkelakuan baik.

Tegasnya, banyak punca remaja ini terlibat dengan masalah sosial. Oleh tu, semua pihak harus bekerjasama dalam menentukan golongan remaja yang akan meneruskan kepemimpinan negara pada masa hadapan.  Sikap masayarakat kita yang ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ haruslah diubah.  Anggota masyarakat sepatutnya prihatin dengan melaporkan segala kegiatan salah laku yang melibatkan golongan remaja kepada pihak yang berkuasa.

Bahagian A (ii) Pemahaman

  1. Beri maksud rangkai kata  mengambil tahu. (2 markah)
  2. Berdasarkan petikan, nyatakan tiga langkah yang perlu dilakukan untuk membendung gejala sosial dalam kalangan remaja? (4 markah)
  3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi masalah sosial ini? (4markah)

32 thoughts on “Punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja

  1. Nasib baik siap!! kalau tidak…hmm..kena denda ngan cikgu lah akibatnya!! XD XD! Terbaik ahhhhhhh karangan ni!! ishhh kalau saya dapat buat karangan cam ni…confirm kena puji! hahahahaha!! Thanks bro for the karangan!

Tinggalkan sepatah dua kata

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s