Tag Archives: Peribahasa

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat bermaksud manusia bersatu (sebulat suara) kerana bermuafakat. Betung bermaksud sejenis buluh yang besar, (gambar) nama saintifiknya Dendrocalamus asper; membetung pula membubuh paip untuk saluran air atau saluran kumbahan.  Pembetung pula bermaksud orang atau alat untuk membetung.  Air hanya berbentuk bulat apabila mengalir melalui pembetung, begitu juga manusia, bulat (bersefahaman/bulat kata, bulat hati) apabila bermuafakat.

Seperti melepas batuk di tangga

Seperti melepas batuk di tangga merupakan perumpamaan yang telah sekian lama digunakan oleh penyampai berita di media massa apabila merujuk sikap individu atau agensi tertentu yang bekerja  tidak bersungguh-sungguh dalam menguatkuasakan tugasan mereka.

Semasa di sekolah rendah, ketika mula mengenal peribahasa  saya ingat peribahasa tersebut merujuk kepada sikap seseorang yang berpura-pura batuk atau batuk yang dibuat-buatnya apabila berada di kaki tangga rumah orang supaya tuan rumah sedar akan kehadirannya lalu membuka pintu seraya menjemputnya masuk. Pada tanggapan saya orang itu batuk kerana segan nak memberi salam.

Persepsi ini timbul kerana dalam benak saya ‘batuk’ dalam perumpamaan tersebut adalah merujuk kepada batuk kerana tekak kering dan gatal serta banyak kahak atau pun seseorang itu memang pengidap tibi. Apa bezanya kalau perumpamaan itu seperti melepas batuk dalam jamban, seperti melepas batuk di padang atau seperti melepas batuk di tepi sungai.  Batuk di mana-mana pun sama, tidak dapat menggambarkan perbuatan atau sikap sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh.

Semasa berkursus di Port Dickson pada tahun 2003, penceramah dari UPM mempersoalkan yang  manakah yang betul : Seperti melepas batuk di tangga; atau seperti melepas batok di tangga? ejaannya batuk atau batok  ? batok ialah penceduk daripada tempurung kelapa. Semasa artikel ini ditulis, untuk makluman semua sehingga kini masih belum ada satu kajian khusus yang dilaksanakan oleh pakar bahasa untuk mengkaji kesahihan penggunaan ‘batuk’ ataupun batok. Buat masa ini DBP menggunakan kata ‘batuk’ untuk peribahasa tersebut kerana mengikut Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang standard.

Antara persoalan yang timbul ialah, adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan  “batok”.  Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu sering memperjelas hal ini kepada pelajar, tetapi penjelasan tersebut hanya sia-sia kerana pihak-pihak di luar sana yang lebih berpengaruh sering mennyebut perumpamaan tersebut seperti melepas batuk di tangga.

Ada seorang yang keliru tentang  perumpamaan ini mengemukakan persoalan kepada pihak DBP, apakah maksud sebenar “batuk” dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? Pihak DBP menjelaskan, dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.

Pada pandangan saya, di mana-mana sekalipun kita batuk, sama ada batuk di tangga, batuk di tepi longkang atau batuk di depan pintu kedai runcit sekali pun, batuk itu tetap batuk yang bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya dan sukar untuk menghubungkaitkannya dengan perbuatan tidak bersungguh-sungguh atau bersikap sambil lewa. Kalau boleh pun, kita mungkin boleh merujuk ‘seperti melepas batuk’ tersebut sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana boleh menyebarkan penyakit tibi atau virus H1N1. Tetapi kalau batok yang merujuk kepada sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa saya ada penjelasannya. Pada masa dahulu di kaki tangga setiap rumah orang Melayu dan juga rumah panjang Iban biasanya ada sebuah tempayan.  Air dalam tempayan tersebut biasanya air hujan yang ditadah dari kaki atap. Bersama tempayan tersebut disediakan batok, sejenis alat yang diperbuat daripada tempurung kelapa untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum naik tangga. Batok tersebut ada dua jenis, ada batok yang dibuat pemegang dan ada batok yang hanya tempurung kelapa tanpa pemegang. Mengikut adap yang betul, sebaik sahaja seseorang itu selesai membasuh kaki, batok tersebut mesti diletakkan semula di sebatang pancang kayu di tepi tangga supaya tidak hilang.  Orang tua-tua sering berpesan jangan sesekali meletakkan batok di tangga kerana jika diletakkan di tangga, tangga akan basah dan licin.  Bukan itu sahaja, jika seseorang terpijak batok yang diletkkan di tangga tersebut juga boleh terjatuh.

Pada pendapat saya, peribahasa ini lahir hasil daripada penelitian orang tua-tua dahulu apabila melihat keadaan tangga yang  licin, basah dan bersepah apabila batok dilepaskan atau diletakkan ditangga. Daripada situ, timbul pendapat apabila melakukan sesuatu pekerjaan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh hingga selesai supaya tiada masalah timbul pada kemudian hari. Samalah dengan membasuh kaki di kaki tangga, ambil batok dari pancannya, basuh kaki, selepas itu letakkan semula batok di tempat asalnya supaya tiada masalah timbul akibat kerja yang tidak selesai.

Berikut juga antara beberapa pandangan yang lain tentang perumpamaan ini;

1.  Melepas Batok Di Tangga

Ramai orang yang masih salah faham akan peribahasa yang diturunkan oleh nenek moyang kita ni…

Aku sendiri penah tersalah gambaran tentang situasi melepas batok di tangga’

Apa yang pernah aku bayangkan….

Kita berada di muka pintu ( anda bayangkan umah kampong tinggi… pintu masuk adu tangga kayu.. )
pastu lepaskan batok di tangga tersebut…sambil meludah ke bawah tanah…

Maksud yang boleh diintepretasikan di situ ialah…

membuat kerja tidak bersungguh-sungguh, malas nak turun batok/ ludah ke tanah…

huhu…

Ingat aku ketika mengambil kelas Social Anthropology yang di ajar oleh Dr Azlan yang memang sangat best…

Beliau bertanyakan apakah yang kamu bayangkan “melepaskan batok di tangga”?

Hampir seluruh kelas memberi jawapan seperti yang aku imaginasikan di atas…

Dr Azlan tersenyum dan bertanya kembali kepada kami..

“Kamu semua tau tak maksud batok tu apa?”

Kami yang dah boleh agak jawapan dan imaginasi kami salah terus menggeleng kepala…

“Kamu semua ingat tak, zaman orang dulu-dulu, mesti ada tempayan kat depan umah untuk mengisi air basuh kaki… dan kita akan guna tempurung untuk di jadikan cebok.. haa…. tempurung itulah yang dimaksudkan BATOK tadi”

Jadi… kenalah maksud peribahasa tersebut… ” ibarat melepas batok di tangga “

kami semua…”ooooo…”

BATOK = Jw 1. tempurung; 2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak. ( rujukan kamus dewan edisi keempat )

2. Seperti melepas batok di tangga

Mungkin ramai yang selalu mendengar peribahasa ini. Boleh dikatakan dari kecil kita didedahkan dengan seni bahasa yang merupakan salah satu keindahan bahasa Melayu, wacana ibunda kita. Warisan nenek moyang yang diperturunkan sejak ratusan tahun dahulu. Namun tidak ramai dari kita yang benar-benar mahir berbahasa, dalam konteks yang sebenarnya. Sehingga adakalanya kita lari dari maksud sebenar bahasa itu.

 

Berbalik kepada perbincangan asal, semenjak mengenal huruf dan pandai membaca, apa yang difahami penulis berkaitan peribahasa di atas ‘melepas batok di tangga’ialah perbuatan batuk di tangga rumah jelasnya pergi ke tangga dan berdehem beberapa kali. Begitu yang lazim penulis fahami dan begitu juga rata-rata dari kita semua. Sebelum kita melanjuti perbincangan ini, elok diperjelaskan maksud peribahasa tersebut secara kasar iaitu melakukan perbuatan sambil lewa / tidak bersungguh-sungguh serta mendatangkan mudarat kepada orang lain.

 

Namun, sesungguhnya pemahaman penulis tersasar daripada maksud asal‘BATOK’. Apa yang yang disangkakan berdehem ditangga rupanya sejenis alat untuk mencedok air dahulukala. Ceduk yang disediakan di tangga rumah berpasangan dengan tempayan bertujuan membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

 

Hampir 34 tahun penulis terpesong, terima kasih kepada abang ipar yang menjelaskan perkara sebenar tempoh hari. Lantaran itu, penulis ingin kongsi pengalaman ini bersama. Semoga kita lebih peka dan minat mendalami erti bahasa ibunda kita. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi , yang indah itu bahasa. Sekian….

 

Seperti melepas batuk di tangga

Seperti melepas batuk di tangga merupakan perumpamaan yang telah sekian lama digunakan oleh penyampai berita di media massa apabila merujuk sikap individu atau agensi tertentu yang bekerja  tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan mereka.

Semasa di sekolah rendah, ketika mula mengenal peribahasa  saya ingat peribahasa tersebut merujuk kepada sikap seseorang yang berpura-pura batuk atau batuk yang dibuat-buatnya apabila berada di kaki tangga rumah orang supaya tuan rumah sedar akan kehadirannya lalu membuka pintu seraya menjemputnya masuk. Pada tanggapan saya orang itu batuk kerana segan hendak memberi salam.

Persepsi ini timbul kerana dalam benak saya ‘batuk’ dalam perumpamaan tersebut adalah merujuk kepada batuk kerana tekak kering dan gatal serta banyak kahak atau pun seseorang itu memang pengidap tibi. Apa bezanya kalau perumpamaan itu seperti melepas batuk dalam jamban, seperti melepas batuk di padang atau seperti melepas batuk di tepi sungai.  Batuk di mana-mana pun sama, tidak dapat menggambarkan perbuatan atau sikap sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh.

Semasa berkursus di Port Dickson pada tahun 2003, penceramah dari UPM mempersoalkan yang  manakah yang betul : Seperti melepas batuk di tangga; atau seperti melepas batok di tangga? ejaannya batuk atau batok  ? batok ialah penceduk daripada tempurung kelapa. Semasa artikel ini ditulis, untuk makluman semua sehingga kini masih belum ada satu kajian khusus yang dilaksanakan oleh pakar bahasa untuk mengkaji kesahihan penggunaan ‘batuk’ ataupun batok. Buat masa ini DBP menggunakan kata ‘batuk’ untuk peribahasa tersebut kerana mengikut Sistem Ejaan Bahasa Melayu yang standard.

Antara persoalan yang timbul ialah, adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan  “batok”.  Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu sering memperjelas hal ini kepada pelajar, tetapi penjelasan tersebut hanya sia-sia kerana pihak-pihak di luar sana yang lebih berpengaruh sering mennyebut perumpamaan tersebut seperti melepas batuk di tangga.

Ada seorang yang keliru tentang  perumpamaan ini mengemukakan persoalan kepada pihak DBP, apakah maksud sebenar “batuk” dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada? Pihak DBP menjelaskan, dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.

Pada pandangan saya, di mana-mana sekalipun kita batuk, sama ada batuk di tangga, batuk di tepi longkang atau batuk di depan pintu kedai runcit sekali pun, batuk itu tetap batuk yang bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya dan sukar untuk menghubungkaitkannya dengan perbuatan tidak bersungguh-sungguh atau bersikap sambil lewa. Adakah kalau peribahasa tersebut berbunyi; seperti melepaskan batuk di dalam bilik tidur menggambarkan sikap bersungguh-sungguh? Atau di manakah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan batuk? Pada pandangan saya, kita mungkin boleh merujuk ‘seperti melepas batuk’ tersebut sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana boleh menyebarkan penyakit tibi atau virus H1N1. Tetapi kalau batok yang merujuk kepada sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa saya ada penjelasannya. Pada masa dahulu di kaki tangga setiap rumah orang Melayu dan juga rumah panjang Iban biasanya ada sebuah tempayan.  Air dalam tempayan tersebut biasanya air hujan yang ditadah dari kaki atap. Bersama tempayan tersebut disediakan batok, sejenis alat yang diperbuat daripada tempurung kelapa untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki sebelum naik tangga. Batok tersebut ada dua jenis, ada batok yang dibuat pemegang dan ada batok yang hanya tempurung kelapa tanpa pemegang. Mengikut adap yang betul, sebaik sahaja seseorang itu selesai membasuh kaki, batok tersebut mesti diletakkan semula di sebatang pancang kayu di tepi tangga supaya tidak hilang.  Orang tua-tua sering berpesan jangan sesekali meletakkan batok di tangga kerana jika diletakkan di tangga, tangga akan basah dan licin.  Bukan itu sahaja, jika seseorang terpijak batok yang diletkkan di tangga tersebut juga boleh terjatuh.

Pada pendapat saya, peribahasa ini lahir hasil daripada penelitian orang tua-tua dahulu apabila melihat keadaan tangga yang  licin, basah dan bersepah apabila batok dilepaskan atau diletakkan ditangga. Daripada situ, timbul pendapat apabila melakukan sesuatu pekerjaan, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh hingga selesai supaya tiada masalah timbul pada kemudian hari. Samalah dengan membasuh kaki di kaki tangga, ambil batok dari pancangnya, basuh kaki, selepas itu letakkan semula batok di tempat asalnya supaya tiada masalah timbul akibat kerja yang tidak selesai.

Buat renuangan semua: perhatikan beberapa persoalan berikut?

  1. Jalankan tugas kita dengan bersungguh-sungguh hingga selesai seperti melepas batuk di dalam bilik. (Sebab kalau melepas batuk di tangga dikatakan tidak bersungguh-sungguh).
  2. Jalankan tugas kita dengan bersungguh-sungguh hingga selesai seperti melepaskan batok di pancangnya. (Sebab kalau melepas batok di tangga dikatakan tidak bersungguh-sungguh).
  3. Di manakah kita patut melepas batuk supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari? (Jawapan: Kita patut melepas batuk di.……???tiada jawapan ???…..jangan melepas  batuk di tangga supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari.)
  4. Di manakah kita patut melepas batok supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari? (Jawapan: Kita patut melepaskan batok di pancangnya jangan melepas batok di tangga supaya tidak mendatangkan masalah pada kemudian hari.)

 

Berikut juga antara beberapa pandangan yang lain tentang perumpamaan ini;

1.  Melepas Batok Di Tangga

Ramai orang yang masih salah faham akan peribahasa yang diturunkan oleh nenek moyang kita ni…

Aku sendiri penah tersalah gambaran tentang situasi melepas batuk di tangga’

Apa yang pernah aku bayangkan….

Kita berada di muka pintu ( anda bayangkan umah kampong tinggi… pintu masuk adu tangga kayu.. )
pastu lepaskan batok di tangga tersebut…sambil meludah ke bawah tanah…

Maksud yang boleh diintepretasikan di situ ialah…

membuat kerja tidak bersungguh-sungguh, malas nak turun batuk/ ludah ke tanah…

huhu…

Ingat aku ketika mengambil kelas Social Anthropology yang di ajar oleh Dr Azlan yang memang sangat best…

Beliau bertanyakan apakah yang kamu bayangkan “melepaskan batok di tangga”?

Hampir seluruh kelas memberi jawapan seperti yang aku imaginasikan di atas…

Dr Azlan tersenyum dan bertanya kembali kepada kami..

“Kamu semua tau tak maksud batok tu apa?”

Kami yang dah boleh agak jawapan dan imaginasi kami salah terus menggeleng kepala…

“Kamu semua ingat tak, zaman orang dulu-dulu, mesti ada tempayan kat depan umah untuk mengisi air basuh kaki… dan kita akan guna tempurung untuk di jadikan cebok.. haa…. tempurung itulah yang dimaksudkan BATOK tadi”

Jadi… kenalah maksud peribahasa tersebut… ” ibarat melepas batok di tangga “

kami semua…”ooooo…”

BATOK = Jw 1. tempurung; 2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak. ( rujukan kamus dewan edisi keempat )

2. Seperti melepas batok di tangga

Mungkin ramai yang selalu mendengar peribahasa ini. Boleh dikatakan dari kecil kita didedahkan dengan seni bahasa yang merupakan salah satu keindahan bahasa Melayu, wacana ibunda kita. Warisan nenek moyang yang diperturunkan sejak ratusan tahun dahulu. Namun tidak ramai dari kita yang benar-benar mahir berbahasa, dalam konteks yang sebenarnya. Sehingga adakalanya kita lari dari maksud sebenar bahasa itu.

 

Berbalik kepada perbincangan asal, semenjak mengenal huruf dan pandai membaca, apa yang difahami penulis berkaitan peribahasa di atas ‘melepas batok di tangga’ ialah perbuatan batuk di tangga rumah jelasnya pergi ke tangga dan berdehem beberapa kali. Begitu yang lazim penulis fahami dan begitu juga rata-rata dari kita semua. Sebelum kita melanjuti perbincangan ini, elok diperjelaskan maksud peribahasa tersebut secara kasar iaitu melakukan perbuatan sambil lewa / tidak bersungguh-sungguh serta mendatangkan mudarat kepada orang lain.

 

Namun, sesungguhnya pemahaman penulis tersasar daripada maksud asal‘BATOK’. Apa yang yang disangkakan berdehem ditangga rupanya sejenis alat untuk mencedok air dahulukala. Ceduk yang disediakan di tangga rumah berpasangan dengan tempayan bertujuan membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

 

Hampir 34 tahun penulis terpesong, terima kasih kepada abang ipar yang menjelaskan perkara sebenar tempoh hari. Lantaran itu, penulis ingin kongsi pengalaman ini bersama. Semoga kita lebih peka dan minat mendalami erti bahasa ibunda kita. Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi , yang indah itu bahasa. Sekian….

 

 

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers