Penilaian Band 6 Tingkatan 1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
 

DESKRIPTOR

B6 DL1

Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional

 

EVIDENS

B6 DL1 E1

Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain.

B6 DL1 E2

Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan.

 

AKTIVITI PENTAKSIRAN

 

 

 

Bahan: Drama Surat untuk Ina; Antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1 (hlm.133-144)

Langkah pentaksiran

  1. Dua kumpulan murid  melakonkan drama ‘Surat untuk Ina’ atau drama-drama lain.
  2. Murid-murid diminta memberikan komen atau ulasan terhadap lakonan rakan-rakan mereka.
  3. Komen atau ulasan yang dicadangkan (Murid-murid berhujah tentang perkara yang berikut)
    1. Lakonan kumpulan mana yang paling berkesan?
    2. Kumpulan mana yang paling bekerjasama?
    3. Apakah kelemahan lakonan sesebuah kumpulan?
    4. Siapakah pelakon lelaki/wanita terbaik?
    5. Kalau cerita ini dijadikan filem/drama. Watak mana yang ingin anda lakonkan?
    6. Apakah pandangan anda tentang lakonan (salah seorang/beberapa orang pelakon.?
    7. Berbincang tentang seni lakon (drama/filem terkini).
CONTOH ITEM CONTOH KAD INVENTORI PERBINCANGAN

Bil. Kriteria Pentaksiran (B6 DL1 E1 dan B6 DL1 E2) √  /  X
1 Murid itu memahami tajuk yang dibincangkan?  
2 Murid mengemukakan hujah /pendapat  yang logik?  
3 Murid memberikan contoh yang sesuai untuk menguatkan hujah?  
4 Murid memberikan respons secara tertib dan bersopan? (contoh: memberikan salam, meminta izin, tutur kata sopan dan  tidak memperkecil pendapat lain).  
5 Murid dapat menyampaikan pendapat atau idea dengan fasih dan bermakna?  
6 Hujah murid boleh diterima oleh rakan-rakan?  
7 Boleh menerima atau menolak hujah rakan dengan alasan yang munasabah dan dengan beradap?  
8 Boleh menerima kritikan dan pendapat orang lain?  

Tandatangan guru :——————————————

KEMAHIRAN MEMBACA
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR B6 DB1

Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan.

EVIDENS B6 DB1 E1

Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan.

AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan: Teks Dialog

Langkah Pentaksiran:

  • Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 2.
  • Murid menjawab soalan guru tentang teks dialog tersebut
  • Berdasarkan teks dialog tersebut, murid membuat ramalan tentang kesan buruk jika kebersihan dan keceriaan sekolah tidak dijaga.
CONTOH ITEM Rujukan:  Teks Dialog, hlm 2, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

Khairi:  Syukurlah kita berada dalam tingakatan yang sama. Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur dengan tebing.

Kevin:  Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudah-mudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik.

Mohan:  Luas sungguh kawasan sekolah kita.. Tentu ada banyak kemudahan.

Khairi:   Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal komputer, makmal sains dan kedai koperasi.

Syafiq:   Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas   menghijau. Pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah pula menambahi keindahan persekitaran sekolah  kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita.

Kevin:   Taman sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas.

Khairi:   Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam    itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia.

Mohan:  Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita bersama-sama.

Khairi:   Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu.

Tandatangan guru:…………………………………..

KEMAHIRAN MEMBACA
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis
DESKRIPTOR B6 DB1

Membaca dan menilai sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan secara keseluruhan.

EVIDENS B6 DB1 E2

Menilai dan memberikan pendapat tentang bahan yang dibaca

AKTIVITI PENTAKSIRAN Bahan: Teks dialog

Langkah Pentaksiran: Soalan contoh

Murid membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks  Bahasa Melayu Tingkatan 1, muka surat 9.

  • Apakah kebaikan berbelanja secara berhemat?
  • Apakah kesan berbelanja secara tidak berhemat kepada individu, masyarakat dan negara?
  • Bagaimanakah cara-cara berbelanja yang berhemat?
  • Apakah cara-cara menggalakkan masyarakat berbelanja secara berhemat?
CONTOH ITEM Rujukan: Teks Dialog, ms 9, Bahasa Melayu Tingkatan 1.

SYAHIDA :     Helo, selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan Shin Yee?

SHIN YEE :     Shin Yee di sini, Syahidakah itu?

SYAHIDA :     Ya, saya. Bagaimana awak tahu saya yang bercakap?

SHIN YEE :     Mustahil saya tidak mengenali  suara rakan karib saya. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?

SYAHIDA :     Saya hendak mengajak awak ke sekolah awal sedikit kerana saya hendak meminta awak menemani saya ke  kedai koperasi sekolah.

SHIN YEE :     Oh, begitu! Baiklah, nanti saya akan meminta kebenaran daripada ibu saya untuk keluar lebih awal. Apakah yang hendak awak beli di kedai koperasi sekolah?

SYAHIDA :     Saya hendak membeli buku rampaian, fail dan alat tulis.

SHIN YEE ;     Mengapa tidak beli di kedai di belakang rumah kita sahaja?

SYAHIDA :     Banyak faedah jika kita berbelanja di kedai koperasi                           sekolah. Harga barang di sana lebih murah. Tambahan pula,  kita ahli koperasi. Sebaik-baiknya kita memberikan sokongan kepada kedai koperasi sekolah kita.

SHIN YEE :     Betul kata awak. Kita pun membayar yuran keahlilan                           koperasi sekolah. Baiklah, kita pergi bersama-sama. Saya  juga mahu membeli lencana sekolah dan baju sukan.

SYAHIDA :     Baiklah Shin Yee, saya akan ke rumah awak sebentar lagi. Terima kasih.

SHIN YEE :     Terima kasih kembali.

Tandatangan guru:……………………………………………………

KEMAHIRAN MENULIS
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR B6 DT 1:

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

EVIDENS B6 DT1 E1:

Menghasilkan  puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.

AKTIVITI

PENTAKSIRAN

Bahan

Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

(Antologi Kasut Kelopak Jantung: hlm 7)

Langkah Pentaksiran (contoh soalan)

Guru menyuruh murid melafazkan pantun dengan intonasi, sebutan dan jeda yang betul

  1. Manakah ungkapan menarik dalam pantun tersebut?
  2. Senaraikan ungkapan-ungkapan menarik yang terdapat dalam pantun di papan tulis.
  3. Bina ungkapan menarik berdasarkan contoh yang telah disenaraikan.
  4. 4.      Hasilkan tiga rangkap pantun empat kerat bertemakan keburukan sikap boros/suka membazir
  5. Guru memilih beberapa orang murid untuk membacakan pantun yang ditulis.
  6. Beri komen anda tentang pantun-pantun rakan anda?
CONTOH

ITEM

Contoh Kad Inventori Pantun:

1 Menepati tema √  /  X
2 Rima ahkir pantun menepati abab.  
3 Mengandungi 4 – 5 patah kata sebaris.
4 Pembahagian pembayang dan maksud pantun jelas
5 Sekurang-kurangnya 2 unsur gaya bahasa seperti asonansi dan aliterasi
6 Simile
7 Anafora /Epifora
8 Imej alam
9 Ada ungkapan yang menarik.
10 Mengandungi nilai dan pengajaran.
11 Pembayang maksud yang sesuai
12 Maksud pantun yang jelas
 13
 14

Tandatangan guru:

KEMAHIRAN MENULIS
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR B6 DT 1:

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.

EVIDENS B6 DT1 E2:

Menghasilkan  prosa yang boleh dijadikan contoh.

AKTIVITI

PENTAKSIRAN

Soalan:

Sejak kebelakangan ini berita tentang keruntuhan akhlak remaja semakin banyak disiarkan di akhbar-akhbar. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca keruntuhan akhlak remaja pada masa ini. Panjang karangan anda mestilah dalam lingkungan 180 patah perkataan.

CONTOH

ITEM

       Senarai semak penulisan

Bil. Kriteria (B6 DT1 E2)
1 Menjawab soalan
2 Pengenalan yang lengkap dengan tema/definisi/dan kehendak soalan
3 Ada sekurang-kurangnya 3 hingga 5 isi
4 Kesalahan bahasa yang minimum
5 Penggunaan pelbagai ayat.
6 Penggunaan dan tanda baca yang betul.
7 Isi yang relevan dan dihuraikan dengan huraian yang jelas berserta contoh.
8 Pengolahan menarik serta berkesan.
9 Pemerengganan dan format menepati kehendak tugasan.
10 Terdapat penggunaan ungkapan menarik.
11 Kosa kata yang luas
 12
 13
 14

Tandatangan guru:

KEMAHIRAN MENULIS
BAND 6
PERNYATAAN STANDARD Menilai sesuatu perkara yang didengar – dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR B6 DT 2:

Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.

EVIDENS B6 DT2 E1:

Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.

AKTIVITI

PENTAKSIRAN

Bahan:   Hasil penulisan murid.

Langkah Pentaksiran

  1. Murid diminta bertukar-tukar hasil penulisan
  2. Murid diminta mengenal pasti dan membetulkan kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut.
  3. Guru menanda hasil penyemakan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid terhadap karangan rakan mereka

Contoh kesalahan

  • Ejaan
  • Tanda baca
  • Penanda wacana
  • Pemilihan kata
  • Pengimbuhan
  • Ayat /frasa

Senarai semak (dicatat oleh pelajar)

Bil. Kesalahan /jenis kesalahan Baris Pembetulan Catatan  guru (√  /  X)
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Tandatangan guru:

31 responses

  1. ,sabO je la uad pbs niey. .dugaan la ktekan. ! huh. .grm nyer. .lbih baek uad pmr. .

    1. setuju ! saya sokong

      1. sape kau ??

  2. Aku sokong komen izzati lbih baik uad pmr je senang tpi nak uad cm mne kite pmr dh x de kne la uad pbs pbs ni.

    1. KEBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

      Mendidik guru berintegriti.
      Mudah merujuk pencapaian murid.
      Memberi makna kepada gred pelajar.
      Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pnp.
      Taburan markah / gred tidak ditetapkan.
      Tidak membanding-banding dan membeza-bezakan murid dengan gred.
      Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard.
      PBS dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu pnp dijalankan.
      Pentaksiran menyeluruh jasmani, emosi, rohani dan intelek.

      1. Izara Sofea Asyikin

        err..so u support for pbs =_=”

  3. rasanye inilah contoh pbs band 6 yg terbaik saya jumpa dan menepati standart

    1. Btul tu sya stuju dngan awak skrang sya dh pass band6

  4. Marsyanda Natasya | Balas

    Terima Kasih atas Kenyataan yang anda telah berikan!!
    ^_^

  5. stress . mmbuat pbs nyh !!!!! baek amek PMR lg bg0s .

    1. setuju sangat afira

  6. Siti NurZulaika | Balas

    terima kasih atas pernyataan iu…

  7. hmmm. tak faham ler :{

  8. hmm sorry saya tak faham

  9. betul ke ? Pbs ni yang dijawab oleh pelajar dalam band 6?harap inilah pbs yang bakal dijawab.

  10. everyone knows it it is useless saya sudah pass band 6 untuk semua subjek pandai tak i amalso handsome u know

    1. gila kah u who is online pls lah balas i am boring

  11. NURUL SYAZA NABILA | Balas

    HISH HARI-HARI ADE PBS X BEST LARH MENGALAHKAN PERIKSA

    1. siti nor aina | Balas

      betul tuh bljr lah sama asyik2 pbs je boring lah….

  12. aimansloppie | Balas

    kau bgi lah definisi setiap band !!!

  13. ala..b6d6e1 x de ke.???

  14. KORANG NI GILAH KE .PBS NI SANGAT SENENG.SIAPA RAJIN DIA DAPET PENILAIAN YG BAGUS ATAU BAIK.

  15. so,helpful

  16. so,helpful,

  17. JOANNA SANDRA DASS | Balas

    it’s so easy……… i like it!!!!!!!!!!

  18. susahnyer!!!!!!!!!!!

  19. mcm sng jer.. mcm sng jer…

Tinggalkan sepatah dua kata

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers

%d bloggers like this: