Kebaikan program kitar semula

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

 Kini program kitar semula bahan buangan telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Sampah yang semakin banyak perlu diuruskan dengan baik demi kebaikan semua.

Tujuan kerajaan mengadakan kempen kitar semula sampah adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran tanah dan pencemaran udara yang boleh mendatangkan wabak penyakit. Program kitar semula dapat  mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang di Malaysia kerana beberapa jenis bahan buangan boleh dikitar semula menjadi pelbagai barangan untuk pelbagai kegunaan.

Pengitaran semula sampah sarap juga akan menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar.

Mengitar semula bahan buangan juga penting untuk sumber industri berasaskan logam, kertas dan plastik. Oleh sebab itu, bagi sesetengah golongan program mengitar semula bahan buangan ini merupakan mata pencarian mereka. Tamsilnya, kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang lain penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Semua bahan berkenaan boleh djual dan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya.

Mengitar  semula sampah juga penting agar alam sekitar sentiasa bersih sepanjang masa. Kitar semula mendidik semua generasi mencintai kebersihan alam sekitar yang indah. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih. Kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.

Sesuatu yang penting ialah kempen kitar semula juga dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Kerajaan mengharapkan semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Program kitar semula telah dapat  menyemaikan rasa tanggungjawab dalam jiwa masyarakat untuk bersama-sama membantu memelihara alam sekitar dengan membuang sampah di tempat pembuangan sampah yang sepatutnya.

Rakyat Malaysia mesti sanggup berkorban demi kebersihan alam secara berkekalan. Kita mesti sanggup bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjayakan program kitar semula bahan terbuang. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

 Pemahaman

  1. Berikan maksud rangkai kata mata pencarian dalam?[2 markah]
  2. Nyatakan beberapa bahan sampah yang boleh dikitar semula dan kegunaannya dalam industri pembuatan? [4 markah]
  3. Kempen kitar semula ini telah lama dilakukan, namun begitu masih ramai mereka yang tidak menyahut seruan tersebut.  Pada pandangan anda, mengapakah hal ini berlaku? [4 markah]

Sebab-sebab rakyat Malaysia perlu bersatu padu

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Rakyat bermuafakat negara maju itulah antara slogan yang sering dilaung-laungkan untuk menunjukkan betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Rakyat Malaysia perlu bersatu agar dapat mewujudkan perpaduan, lebih-lebih lagi bagi negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat pelagai kaum yang mempunyai latar belakang budaya dan adat resam yang berbeza. Dalam kalangan masyarakat majmuk ini saling memahami satu sama lain amat penting untuk menjamin keamanan negara. Negara yang aman dan harmoni dapat membangun dengan pesat lantas memberikan keselesaan hidup kepada rakyatnya.

Rakyat yang bersatu padu juga dapat menggembleng tenaga dalam menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi supaya ekonomi negara berkembang pesat. Hasil pengeluaran pelbagai sektor seperti pertanian dan pembuatan akan dapat ditingkatkan dan berkembang maju. Sekiranya rakyat kita bersatu pelabur asing tentunya berminat melabur dalam negara yang stabil dan makmur

Sekiranya rakyat bersatu padu, sudah pasti kehidupan rakyat akan aman dan sejahtera hasil perpaduan tersebut lahirlah generasi berilmu, yang mampu menjadi contoh kepada negara-negara yang lain. Keadaan ini menjadi tarikan kepada pelancong datang ke negara ini seterusnya untuk menikmati keindahan negara kita dan keunikan budaya masyarakat di sini. Masyarakat Malaysia yang bersatu juga melahirkan generasi muda yang berwibawa yang mampu menjadi pemimpin yang berkaliber serta pekerja yang berdisiplin yang mampu menangani segala bentuk masalah sosial dalam masyarakat seterusnya mengurangkan kadar jenayah.

Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya masyarakat sentiasa bersatu padu, contohnya dengan mengadakan program rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan.  Selain itu aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk di sesebuah kawasan patut diadakan dengan kerap mewujudkan semangat kerjasama dan saling membantu.

PEMAHAMAN

  1. Berikan maksud rangkai kata mampu menangani? [2 markah]
  2. Apakah usaha yang patut dilakukan untuk memupuk semangat perpaduan kaum di negara kita? [4 markah]
  3. Pada pandangan anda, apakah keburukannya jika rakyat Malaysia tidak bersatu padu?  [4 markah]

Faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak faedah yang diperoleh apabila seseorang pelajar itu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu begitu ramai pelajar yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Mereka menganggap menyertai kegiatan kokurikulum hanyalah membuang masa dan mereka mahu masa tersebut hanya untuk memenuhi keperluan mereka sendiri,  seperti untuk berpelesiran di kafe siber dan melepak di pusat beli-belah.

Persoalannya sedarkah mereka tentang faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Seseorang pelajar dapat menggunakan masanya dengan berfaedah apabila melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Dalam pada itu, sikap berdisiplin dapat ditanam dalam sanubari pelajar-pelajar sekolah. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan guru atau pelajar dengan pelajar. Hal ini akan mewujudkan sikap kerjasama dan toleransi di samping itu, perpaduan kaum juga dapat dipupuk. Perpaduan kaum adalah tulang belakang dalam membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Yang lebih penting para pelajar dapat meluaskan ilmu pengetahuan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia dan seterusnya  dapat mewujudkan rasa bangga terhadap budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda selain dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan. Hal ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan kes-kes juvana dalam kalangan remaja kerana pelajar tidak akan ada masa untuk melibatkan diri dengan masalah-masalah sosial.

Kita akui bahawa sesetengah pelajar menganggap kegiatan kokurikulum ini boleh menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran, malahan boleh mengeruhkan hubungan antara pelajar berbilang kaum jika tidak dikawal, namun begitu golongan yang berfikiran negatif ini haruslah ingat akan faedahnya lebih banyak berbanding kesan buruknya.

PEMAHAMAN

  1. Berikan maksud rangkai kata  menjejaskan tumpuan?
  2. Apakah alasan yang diberikan oleh yang pelajar tidak mahu menyertai kegiatan kokurikulum ?
  3. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk menggalakan para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum?

Kesalahan Tatabahasa

“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”  contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.

(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )

salah betul
  • Cili sos
  • Mini perpustakaan
  • Zaleha Restoran
  • Jaya Klinik
  • Sos cili
  • Perpustakaan mini
  • Restoran Zaleha
  • Klinik Jaya

Kata jamak

salah betul
  • mereka-mereka
  • semua kereta-kereta
  • para-para pelajar
  • empat orang abang-abang
  • mereka
  • semua kereta
  • para pelajar
  • empat orang abang

Kata penguat

salah betul
  • sangat tinggi sekali
  • sungguh jauh sekali
  • paling indah sekali
  • amat menakutkan sekali
  • sangat tinggi
  • sungguh jauh
  • paling indah
  • amat menakutkan

kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.

Salah betul
  • Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
  • Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
  • Sani mendapat markah yang tertinggi
  • Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

kata hubung

salah betul
  • Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
  • Badannya besar kecuali kakinya kecil.
  • Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
  • Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan

salah betul
  • Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
  • Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan
  • Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
  • Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
  • Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
  • Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

7. Kata Sendi

            i – Dari

salah betul
  • Umar telah berpindah daripadasekolah ini bulan lalu.
  • Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
  • Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
  • Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii – Daripada

salah betul
  • Tilam itu dibuat dari getah asli.Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
  • Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
  • Tilam itu dibuat daripada getah asli. Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
  • Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii – Pada

salah betul
  • Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
  • Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
  • Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
  • Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv – Di

salah betul
  • Saya dilahirkan di Sarawak.
  • Ayah awak bekerja dimana ?
  • Saya dilahirkan di Sarawak.
  • Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan

salah betul
  • Setiap orang pelajar.
  • Sesetengah orang rakyat.
  • Seluruh buah negeri.
  • Semua ekor binatang.
  • Setiap pelajar.
  • Sesetengah rakyat.
  • Seluruh negeri.
  • Semua binatang.

Kata ganti diri

salah betul
  • Pencuri itu telah ditangkap. Beliaudibawa ke balai polis.
  • Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
  • Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
  • Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kata adjektif

salah betul
  • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya  benar lazat.
  • Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
  • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar.
  • Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.

kata kerja transitif

salah betul
  • Ibu sedang jahit baju kurung.
  • Ayah selalu cuci keretanya.
  • Ibu sedang menjahit baju kurung.
  • Ayah selalu mecuci keretanya.

Ayat pasif

salah betul
  • Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
  • Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
  • Cerpen itu telah saya karang.
  • Latihan itu mesti kaubuat.

Kata tanya

salah betul
  • Kamu berasal dari manakah?
  • Apa nama pengawas itu ?
  • Bila ayah akan pulang ?
  • Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
  • Kamu berasal dari mana?
  • Siapakah nama pengawas itu ?
  • Bilakah ayah akan pulang ?
  • Binatang peliharaan awak bernama apa ?

Ejaan

salah betul
  • Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.
  • Kucing itu tidur dibawahmeja.
  • Amin mendapat tempat ke tigadalam acara itu.
  • Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
  • Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
  • Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
  • Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.
  • Kucing itu tidur di bawah meja
  • Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
  • Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
  • Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
  • Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

Kata Ganti Diri

1.      Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

2.      Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

  • Kucing itu mati. Ia dilanggar lori. (salah)
  • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

3.      Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:

  • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
  • Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

4.      Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:

  • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
  • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

5.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi “ianya. Misalnya:

  • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
  • Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)

6.      Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

Kata Bilangan

1.      Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.

2.      Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

  • Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
  • Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)
  • Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
  • Tiap-tiap / setiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
  • Kedua orang itu anggota polis. (salah)
  • Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
  • Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
  • Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul )

3.      Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi  parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

  • Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
  • Para peserta sedang berbaris. (betul )

4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

  • Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
  • Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
  • Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
  • Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

3 Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2.      Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersama-sama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:

  • para orang pelajar (salah)
  • Para pelajar (betul)
  • segala ekor binatang (salah)
  • segala binatang (betul)
  • sekalian orang peserta (salah)
  • sekalian peserta (betul)
  • seluruh buah negari (salah)
  • seluruh negeri (betul)
  • semua orang gadis (salah)
  • semua gadis (betul)

4 Kata Sendi

  1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
  2.  Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
  • Ravi suka durian. (salah)
  • Ravi suka akan durian. (betul)
  • Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
  • Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
  • Abang sudah pergi pejabat.(salah)
  • Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
  • Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
  • Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
  • Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

3 .     Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

  • Para pelancong dari Jepun. (bukan daripada)
  • Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan dan) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan dari)
  • Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan dari)
  • Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan dari)
  • Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan di)
  • Buku itu ada pada Sheila. (bukan dengan)
  • Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan di)
  • Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan di)
  • Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan ke)
  • Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan dengan)
  • Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara berikan. (bukan  di atas)

5 Kata Kerja Tak Transitif

1.      Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.

2.      Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:

  • Dia kata kepada saya. (salah)
  • Dia berkata kepada saya. (betul)
  • Jangan lompat. (salah)
  • Jangan melompat. (betul
  • Dia senyum kepada saya. (salah)
  • Dia tersenyum kepada saya. (betul)

6 Kata Kerja Transitif

  1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
  2. Objeknya mestilah frasa nama.
  3. Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber…kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:
  • Dia suka baca buku. (salah)
  • Dia suka membaca buku (betul
  • Ahmad tendang bola itu. (salah)
  • Ahmad menendang bola itu. (betul)

4.      Kata kerja transitif yang berapitan men …kan dan men …i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

  • Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)
  • Dia memberi saya sebatang pena. (betul)
  • Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)
  • Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)
  • Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)
  • Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

7 Kata Tanya

1.     Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2.     Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.

3.     Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.

4.     Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.

5.     Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

6.      Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

  • Nama kucing ini siapa? (salah)
  • Nama kucing ini apa? (betul)
  • Apa nama anak saudara ini? (salah)
  • Siapa nama anak saudara ini? (betul)

8 Kata Hubung

1.      Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2.      Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

  • Kudaing berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan maka)
  • Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan meskipun)
  • Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan dan)
  • Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan bila)
  • Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan bila)
  • Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan agar)
  • Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan  maka)
  • Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan  hingga)
  • Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan  meskipun)
  • Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan  baik…ataupun)

9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat

1.      Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya.

2.      Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3.      Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah dalam ayat.

Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan
Adakah dan Apakah

i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.

ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakansesuatu yang tidak khusus.

iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata apakah digunakan pada tempat adakah.Salah

  • Apakah benar ceritamu itu?
  • Apakah Ali datang semalam?
  • Apakah kamu bermimpi?

Betul

  • Adakah benar ceritamu itu?
  • Adakah Ali datang semalam?
  • Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai

i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang.

ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan

dengan keadaan Huh-rendah,  riang, gembira, meriah, serba gist, sibuk, tidak sunyi, dan penduduk yang banyak. Jadi, kata ramai menunjukkan suasana atau keadaan.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata banyak diganti dengan kata ramai.

Salah

  • Ramai orang yang hadir dalam majlis itu.
  • Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar
  • Sudirman mempunyai peminat yang ramai.

Betul

  • Banyak orang yang hadir dalam majlis itu.
  • Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.
  • Sudirman mempunyai peminat yang banyak.

Boleh dan Dapat

i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.

ii Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata dapat diganti dengan kata boleh.

Salah:

  • Adik saya sudah boleh menungang basikal.
  • Dia tidak boleh hadir kerana deman.
  • Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk.

Betul

  • Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
  • Dia tidak dapat hadir kerana demam.
  • Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk.

Bukan dan Tidak

i. Kata bukan dan tidak tergolong dalam kelas kata nafi untuk membentuk ayat nafi.

ii. Kata bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa

kerja menjadi predikat ayat.

iii. Kata tidak pula tidak boleh digunakan apabila frasa nama menjadi predikat ayat.Salah

  • Beg ini bukan berat.
  • Adik bukan tidur di bilik.
  • Dia bukan menulis surat.

Betul

  • Beg ini tidak berat.
  • Adik tidak tidur di bilik.
  • Dia tidak menulis surat.

Golong dan Gulung

i. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan, tergolong, golongan, dan penggolongan. Tiap- tiap kata ini berbeza maknanya.

ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan

menjadi bergulung, mengulung, tergulung, dan gulungan.

iii. Kata golong dan gulung ini sering salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama bentuknya.Salah

  • Gulungan petani memerlukan bantuan.
  • Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.
  • “Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.
  • Kakak sedang menggolong tikar.

Betul

  • Golongan petani memerlukan bantuan.
  • Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.
  • Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.
  • Kakak sedang menggulung tikar.

Menonton dan Menuntun

  1. Kata menonton bererti melihat sesuatu pertunjukan. Selain itu, ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya.
  2. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya.
  3. Penggunaan kata menonton sering dieja salah sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan sama.Salah
  • Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.
  • Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
  • Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.
  • Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Betul

  • Kami menonton televisyen sehingga larut malam.
  • Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
  • Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.
  • Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Pedalaman dan Pendalaman

  1. Kedua-dua kata ini berasal daripada
  2. kata yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya.
  3. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan.
  4. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan.
  5. Kesalahan pengunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Salah
  • Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
  • Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Betul

  • Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
  • Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

Pendapat dan Pendapatan

i. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata yang sama (dapat) tetapi berbeza maknanya.

ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan.

iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah.

iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan pada tempat pendapat.Salah

  • Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
  • Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa kebaikan.

Betul

  • Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
  • Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

Tembok dan Tembuk

  1.  Tembok bererti dinding atau halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding.
  2. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk yang bererti membuat lubang.
  3. Kesalahan penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya.Salah
  • Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
  • Tapak kasut ini sudah tembok.
  • Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik

Betul

  • Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.
  • Tapak kasut ini sudah tembuk.
  • Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

Bentuk Jamak

1.      Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:

  • pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya.
  • penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua pelajar, para pemudi, dan sebagainya.
  • Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya.
  • pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.

2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang. Misalnya:

  • dua buah kereta-kereta (salah)
  • dua buah kereta (betul
  • semuapelajar-pelajar(salah)
  • semua pelajar (betul
  • para pemudi-pemudi (salah)
  • para pemudi (betul)

3.      Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:

  • Rakyat-rakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)
  • Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul

4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Misalnya:

  • Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
  • Lukisan itu cantik-cantik belaka. (betul)
  • Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (salah)
  • Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (betul)

11 Hukum DM

1.      Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam ayat.

2.      Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenang-wenang. Misalnya:

  • Lain-lain hal(salah)
  • Hal-hal lain (betul)
  • Malik kedai runcit (salah)
  • kedai runcit Malik (betul)
  • goreng pisang (salah)
  • pisang goreng (betul)
  • cili sos (salah)
  • sos cili (betul)
  • mini estet(salah)
  • estet mini (betul)

12 Frasa Adjektif

  1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
  2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat. Contohnya: sangat besar atau besar sekali.
  3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus. Misalnya:
  • Ubat itu sangat pahit betul. (salah)
  • Ubat itu sangat pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)
  • Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)
  • Soalan inilah yang paling sukar. (atau)
  • Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)

4.      Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:

  • Asmah mendapat markah yang paling terbaik. (salah)
  • Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)
  • Stadium inilah yang terbesar sekali di dunia. (salah)
  • Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)

5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:

  • Saya gemar lagu-lagu Melayu asli. (salah)
  • Saya gemar akan lagu-lagu Melayu asli. (betul)
  • Kami benci sikapnya itu. (salah)
  • Kami benci akan sikapnya itu.(betul)

13 Frasa Kerja Tak Transitif

  1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja utamanya.
  2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber…kan tidak boleh disertai kata sendi  kerana akhiran kan pada apitan ber…kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata sendi dengan, atau pada, atau tentang. Misalnya:
  • berdasarkan pada keterangan ini (salah)
  • berdasarkan keterangan ini (betul)
  • bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)

3.      Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:

  • Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)
  • Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)
  • Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)
  • Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)

14 Frasa Kerja Transitif

  1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
  2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh disisipkan. Misalnya:
  • Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
  • Kami membincangkan masalah itu. (betul)
  • Dia membeli banyak buah.(salah)
  • Dia banyak membeli buah. (betul)
  • Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)
  • Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)
  • Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)

15 Frasa Kerja Pasif

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.

Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja pasif itu. Misalnya:

  • Surat itu saga akan balas.(salah)
  • Surat itu akan saga balas.
  • Orang itu kita patut Bantu.(salah)
  • Orang itu patut kita Bantu. (betul)
  • Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)
  • Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)

3.    Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan.

Misalnya:

  • Buku itu dibaca oleh saya.(salah)
  • Buku itu saya baca. (betul)
  • Meja-meja itu disusun oleh kami. (salah)
  • Meja-meja itu kami susun. (betul)
  • Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)
  • Nota itu kamu tulis? (betul

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:

  • Dinding itu dia conteng. (salah)
  • Dinding itu diconteng olehnya. (betul)
  • Drama itu mereka persembahkan. (salah)
  • Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)

Ayat Tergantung

1.   Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2.   Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.

3.   Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang berikut.

  • Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya)
  • Negara-negara di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negara-negara)

4.      Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang berikut.

  • Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)
  • Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)
  • Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)
  • Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dari sini) atau
  • Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)
  • Beberapa contoh “ayat tergantung” yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.
  • Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya) Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (Subjeknya: Keterangan ini)
  • Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)
  • Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)
  • Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya)
  • Seluruh kawasan sudah dinaiki air. (subjeknya: Seluruh kawasan)

10 perkara yang menyebabkan pelajar menangis, kecewa, dan bersedih. Mereka berasa demikian jika:

  1. Dipaksa mempelajari bidang yang sebenarnya kurang atau tidak disukainya. Tamsil ibu bapanya ingin dia menjadi doktor, lalu memasukkannya ke fakulti perubatan. Sedangkan sebenarnya dia ingin menjadi penyanyi yang hebat.
  2. Ia gagal dalam ujian.
  3. Ia tidak diterima belajar di sekolah pilihannya.
  4. Ia dikatakan atau dianggap bodoh oleh guru atau rakan-rakannya.
  5. Ia tidak diterima dalam pergaulan dengan rakan-rakan sebayanya.
  6. Ia dihalang mengetahui banyak hal oleh gurunya atau dikatakan belum tiba masanya untuk dia mengetahui  hal itu, padahal sebenarnya ia memang ahli dalam hal itu.
  7. Ia seorang pelajar yang berprestasi dan berbakat, namun kurang atau tidak disediakan prasarana atau kemudahan yang mencukupi.
  8. Pemikiran atau pendapatnya yang hebat dan sesuai diterima, tetapi disalahkan, tidak diterima, tidak diendahkan oleh guru-guru dan rakan-rakannya hanya kerana dia belum dewasa.
  9. Sesuatu yang tulis olehnya telah ditiru oleh orang lain dan dia telah dinafikan bahawa dia yang menghasilkan karya itu.
  10. Ia dikatakan orang yang aneh dan unik hanya kerana perilakunya, perkataanya, pemikirannya, pendapatnya aneh dan unik juga.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://netsains.com

10 perkara yang menyebabkan seorang guru menangis atau sekurang-kurangnya berasa ingin menangis….atau menangis dalam hatinya.

  1. Jika ia tidak dapat mengajar pelajarnya memahami atau mengerti apa yang diajarkannya.
  2. Jika ia menyaksikan pelajar-pelajarnya gagal dalam ujian, tidak lulus dalam mata pelajaran  yang diajarkannya. Kesedihan ini akan terasa begitu mendalam jika pelajar-pelajarnya gagal di dalam menghadapi “ujian kehidupan”.
  3. Jika ia melihat pelajarnya gagal dalam hidup dan kehidupannya.
  4. Jika guru itu tidak bisa membuat muridnya lebih baik daripada dirinya.
  5. Jikia ia tidak bisa membuat muridnya lebih pandai daripada dirinya.
  6. Jika ia tidak boleh mengajar para pelajarnya lemah lembut dalam bertutur kata, bersikap matang, arif dalam memilih, dan bijaksana dalam membuat keputusan.
  7. Jika ia melihat atau mendengar muridnya terlibat di dalam dunia hitam, seperti jenayah, penagihan dadah dan kesalahan lain seumpamanya.
  8. Jika ia melihat pelajarnya menjadi insan yang dijauhi masyarakat, seperti, penzina, curang, pecah amanah, terlibat dengan rasuah, terlibat dalam bidang maksiat seperti pelacuran dan seumpamanya.
  9. Jika ilmu yang diajarkannya hanya dihafal sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan nyata.
  10. Jika ilmu yang diajarkannya disalahgunakan, atau dengan kata lain, ilmu yang diajarkannya digunakan untuk tujuan kejahatan seperti menipu. merompak, menganiaya dan membunuh insan lain.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://netsains.com

Cara menulis karangan

KARANGAN BERANGSANGAN (KB)

Soalan contoh:

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut huraikan pendapat anda tentang punca-punca pelajar ponteng. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tema: pelajar ponteng.

Kehendak soalan: Punca-punca (pelajar ponteng)

  1. Tentukan= T (Tema).KS  (Kehendak soalan ) dan F(Format).
  2. Tulis dalam 5 perenggan
  3. Huraikan 3 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 2 ayat
  4. Tidak melebihi 120 pp
  • Pengenalan = PW(Penanda wacana seperti kini, pada masa ini, belakangan ini dan penanda wacana seumpamanya) + Ayat tema (T) + (Persoalannya  + Ayat kehendak soalan (KS).
  • P2 (Perenggan 2)= (PW=Antara/salah satu + KS  + ialah + Isi 1 + Ayat huraian  (AH) ATAU  Ayat contoh (AC)
  • P3= PW + Isi 2 + AH atau AC
  • P4 =PW + AH atau AC
  • Kesimpulan= PW + Penegasan (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa /Sememangnya / Sesungguhnya / tidak dapat dinafikan bahawa) KS  + Ayat pendirian  (AP) (Oleh itu…..harapan/ cadangan) + (UM) Ungkapan menarik (peribahasa/slogan/kata-kata hikmat)

KARANGAN RESPONS TERBUKA (KRT)

KARANGAN JENIS FAKTA, PENDAPAT, PERBINCANGAN

  1. Tentukan= T (Tema).KS  (Kehendak soalan ) dan F(Format).
  2. Tulis dalam 7 perenggan
  3. Huraikan 5 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 4 ayat
  4. Melebihi 180 pp
  • Pengenalan = PW + KS + AH (tentang tema/isu) + AH (dengan mendalam) atau AC + AP (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa)
  • P2 (Perenggan 2)= PW (Antara/Salah satu) + (KS) + Isi 1 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian_Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa-Menegaskan fakta/isi)
  • P3 = PW (Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Bukan itu sahaja) + (KS) + Isi 2 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P4 = PW + (KS) + Isi 3 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P5 = PW + (KS) + Isi 4 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian )
  • P6 = PW (Akhir sekali) + Isi 5 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian-menegaskan idea  )
  • Kesimpulan= PW (Intihanya,…/ Secara tuntas/ Sebagai kesimpulan / Sebelum mengakhiri wacana ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa + KS/ Konklusinya.) + AP (Oleh itu_syor/cadangan dan kesannya) + HARAPAN (Besarlah harapan saya/ saya berharap agar dll) + UM (kata-kata hikmat/slogan/cogan kata/ peribahasa/falsafah)

Teknik ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman dan pandangan daripada rakan-rakan.

Yang salah dan yang betul

  • Oleh kerana atau oleh sebab

Oleh sebab betul: Contohnya: Beri surat tunjuk sebab, bukannya surat tunjuk kerana Atau berikan 3 sebab, bukannya berikan 3 kerana.

  • Yang menjalankan tugas ATAU saya yang menjalankan tugas= kedua-duanya betul

Catatan: Yang berfungsi sebagai:

  1. penegas atau penguat = Saya suka seluar pendek yang ini.
  2. frasa nama = Yang datang itu ibu saya.
  3. pemajmukan = Lelaki yang datang itu adik saya.
  • Setengah-setengah ATAU setengah-tengah

Saya pernah terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa setengah-tengah adalah betul, namun begitu setengah-setengah atau sesetengah telah sekian lama dianggap betul, tetapi kalau mengikut penggunaan imbuhan se- yang lain adalah seperti berikut:

  1. seolah-olah BUKANNYA  seolah-seolah
  2. seakan-akan BUKANNYA seakan-seakan
  3. seboleh-boleh BUKANNYA seboleh-seboleh
  4. sebanyak-banyak BUKANYA sebanyak-sebanyak
  5. setinggi-tinggi BUKANYA setinggi-setinggi
  6. sekecil-kecil BUKANYA sekecil-sekecil
  7. setua-tua BUKANYA setua-setua
  8. sebesar-besar BUKANYA sebesar-sebesar

Sedikit-sedikit betul sebab SEDIKIT memang satu perkataan, bukanya terbentuk dengan kehadiran imbuhan se-

  • merbahaya ATAU berbahaya. Berbahaya betul (tidak ada imbuhan meR_)
  • Yang di-Pertuan Agong (betul ejaan telah ditetapkan)
  • sedikit sebanyak: Salah, yang betul ialah sedikit banyak
  • Ini kerana; salah sepatutnya; hal ini demikian atau hal ini dikatakan demikian kerana…..
  • Ini penting kerana; salah; sepatutnya hal ini penting atau hal ini dikatakan penting kerana……
  • Majlis menandatangani; salah, sepatutnya majlis penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan pula kata nama) : Contohnya: majlis perpisahan BUKANNYA majlis memisahkan atau majlis pelancaran bukannya majlis melancarkan dan majlis penyampaian anugerah bukannya majlis menyampaikan hadiah.
  • memperolehi; salah. Yang betul ialah; memperoleh.
  • bermain dengan api; salah. Sepatutnya bermain api.  sama seperti bermain bola sepak bukannya bermain dengan bola sepak. (kata kerja mesti diikuti oleh objek)
  • mempunyai banyak harta; salah; sepatutnya banyak mempunyai harta atau mempunyai harta yang banyak (Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek (Frasa Nama).
  • Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menyerikan lagi majlis ini; salah; sepatutnya Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat menyerikan majlis ini lagi.
  • pusat beli belah; betul. Yang salah ialah pusat membeli-belah, sebab membeli-belah adalah kata kerja.
  • dewan makan; salah. Sepatutnya dewan makanan.  Hal ini dikatakan demikian kerana makan ialah kata kerja
  • pertandingan perbahasan, salah. Sebab perbahasan sudah membawa makna pertandingan.

Sekadar pandangan peribadi

Ada guru yang suka menggunakan bahasa rojak semasa mesyuarat

Kerajaan sewajarnya mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi dan pentadbiran awam, sama ada ketika mengadakan mesyuarat dan perbincangan, dalam surat-menyurat atau seminar. Arahan terbaru kerajaan itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Kebangsaan 2011 kelmarin, adalah sebahagian daripada usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Untuk tujuan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu itu, satu Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh terdekat ini. Selama ini pun jabatan kerajaan sememangnya menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi, termasuk surat-menyurat dan mesyuarat. Justeru, arahan itu bolehlah dianggap sebagai satu peringatan kepada pegawai awam agar mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu selaras dengan sistem ejaan dan sebutan baku bahasa Melayu.

Kita akui ketika ini masih ada kekurangan dan kelemahan oleh sesetengah pihak dalam menguasai bahasa Melayu ketika melaksanakan urusan rasmi kerajaan, antaranya masih ada lagi ejaan salah atau pihak yang menulis surat tidak memahami penggunaan nahu yang tepat atau istilah tertentu dengan betul. Sejajar dengan saranan Muhyiddin itu, adalah wajar semua kakitangan kerajaan termasuk pegawai tertinggi di kementerian atau jabatan mengikuti semula kursus kemahiran bahasa bagi membolehkan mereka menyampaikan maklumat, sama ada dengan secara lisan atau bertulis menggunakan bahasa kebangsaan dengan lancar dan berkesan. Serentak itu, sangatlah diharapkan pemimpin tertinggi kerajaan akan menggunakan bahasa kebangsaan ketika berucap dalam sesuatu majlis rasmi, mengendalikan sidang media atau ketika ditemubual.

Kita juga berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut menyokong agenda nasional itu dengan menggunakan bahasa kebangsaan dalam bidang perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan lain. Dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu, sektor swasta hendaklah digalakkan mengutamakan bahasa Melayu dalam urusan seharian mereka. Kita berharap pihak berkuasa tempatan, termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lagi berkrompomi dan bersikap tegas dalam menguatkuasakan peraturan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan tanda syarikat atau premis perniagaan di seluruh negara.

Mari membiasakan yang betul

Ayat yang biasa ditulis atau didengar begini, tetapi ayat yang betul begitu.  Kalau saya salah, tolong betulkan.

Bil. Ayat yang biasa didengar Ayat yang betul dan ulasannya
1 Sertaikan kami di Facebook Sertai kami di Facebook (Tiada imbukan i-kan)
2 Mengenai dengan masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi. Mengenai masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi.
3 Di atas Jambatan Pulau Pinang keadaan masih lagi sesak. Di Jambatan Pulau Pinang keadaan masih sesak lagi.
4 Untuk meningkatkan lagi pendapatan para petani. Untuk meningkatkan pendapatan para petani lagi.
5 Di lain-lain lokasi keadaan jalan raya masih lagi sesak. Di lokasi-lokasi lain keadaan jalan raya masih sesak lagi.
6 Saya belum lagi makan. Saya belum makan lagi.
7 Selain itu juga, Timbalan Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Labis. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga turut melawat mangsa banjir di Labis.
8 Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga kepada anak cucu Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke anak cucu. (ke dalam ayat tersebut merujuk kepada masa)
9 Selain daripada Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan. Selain Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan.
10 Menternak baka kambing boer Menternak kambing baka boer
11 Puan Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad. Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad.
12 Encik Tuan Zaidee bin Raja Ismat. Tuan Zaidee bin Raja Ismat (Tuan sudah menunjukkan pangkat keturunan, jadi tidak perlu tambah encik.  Begitu juga dengan gelaran Nik, Engku, Wan, Ungku dan Tengku kurang sesuai jika ditambah Encik sebelum nama mereka. Bagi Tengku pangilannya ialah Yang Mulia Tengku).
13 Cik Che Siti Nurzalina. Che Siti Nurzalina (Che sudah menunjukkan pangkat, mengapa perlu ditambah Cik.  Tetapi kalau dia sudah berkahwin panggil Che Puan Siti Nurzalina atau Puan Che Siti Nurzalina?)
14 Daripada kiriman Azman Mahbob Kiriman daripada Azman Mahbob
15 Dengarlah sebuah lagu daripada persembahan Jay Jay. Dengarlah sebuah lagu persembahan daripada Jay Jay.
16 Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang daripada permintaan Zainon. Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang permintaan daripada Zainon.
17 Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selelebihnya anggota lain-lain pangkat. Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selebihnya anggota pangkat lain-lain.
18 Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala lain-lain pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing. Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala pelajar-pelajar lain mesti berada di dalam kelas masing-masing.
19 Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang anda berurusan. Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang berurusan dengan anda.
20 PIDM melindungi pelaburan anda. Anda tidak perlu memohon dan ianya automatik PIDM melindungi pelaburan. Anda tidak perlu memohon kerana perlindungan adalah automatik.
21 Penghawa dingin Pendingin hawa (Alat tersebut mendinginkan hawa, bukannya menghawakan dingin. Kalau hendak lebih tepat lagi sebut penyaman udara.  Kalau pendingin hawa betul pembeku sejuk juga betul, tetapi mengapa kita sebut penyejuk beku?
22 Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis kami. Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan majlis kami lagi.
23 para guru-guru para guru/ guru-guru (para sudah menunjukkan jamak)
24 antara sebab-sebab Antara sebab
25 satu setengah jam satu jam setengan
26 tiap pelajar setiap pelajar / tiap-tiap pelajar
27 daripada sekolah dari sekolah
28 sejak dari semalam sejak semalam / dari semalam
29 demi untuk ibu bapa untuk ibu bapa / demi ibu bapa
30 beberapa penjahat beberapa orang penjahat
32 koleksi lagu-lagu koleksi lagu / lagu-lagu
33 seorang mayat Satu mayat / beberapa mayat
34 sesetengah daripada kek yang dipotong setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong
35 video cakera padat cakera padat video
35 kain batik sutera kain sutera batik
36 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
37 membuang sampah-sarap membuang sampah sarap (sampah sarap adalah kata majmuk, bukannya kata ganda)
38 Bukit-bukau Bukit bukau (kata majmuk, bukau maksudnya lembah)
39 Pusat membeli-belah Pusat beli-belah
40 bergantung kepada guru bergantung pada guru
41 beralaskan dengan bantal beralas dengan bantal / beralaskan bantal
42 persahabatan di antara Rushi dengan Rani persahabatan antara Rushi dengan Rani
43 semangat berkerjasama semangat bekerjasama
44 rakyat yang bersatu-padu rakyat yang bersatu padu
45 saling hormat-menghormati saling menghormati / hormat-menghormati
46 deretan kedai-kedai deretan kedai / kedai-kedai
47 kawasan pendalaman kawasan pedalaman
48 kawasan pengairan di Selat Melaka kawasan perairan di Selat Melaka
48 melawat ke negeri Sembilan melawat ke Negeri Sembilan
49 menghadiri ke majlis menghadiri majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis
50 bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin bapa menghadiahi ibu sebentuk cincin / bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu(selepas menghadiahi mesti orang dan selepas menghadiahkan mesti benda)
51 memasak nasi menanak nasi
51 memasak air menjerang air
52 memakan makanmakan, minum, mandi, mohon, minta tidak memerlukan imbuhan meN.
53 meminum, memakan Minum (kata kerja makan dan minum, mandi serta mohon tidak perlu imbuhan –meN ). Namun begitu imbuhan meN boleh digunakan jika menunjukkan keadaan makan dengan lebih aktif.  Ayat contoh: Mereka pun duduk memakansarapan pagi; 2. memerlukan atau menghabiskan waktu, belanja, dan seumpamanya: Contohnya, mengambil: Projek ini tentulah memakan belanja lebih daripada satu ribu ringgit; pelayaran itu memakan masa selama lapan minggu;

Imbuhan meN- patut digunakan dalam keadaan memohon meminta (lebih halus): kami memohon maaf atas kesilapan ini.

53 mengunakan ilmu pengetahuan menggunakan ilmu dan pengetahuan (tidak ada kata majmuk ilmu pengetahuan, yang ada ialah ilmu alam, ilmu hitam dan ilmu falak)
54 kebanyakkan kebanyakan
55 pertunjukkan pertunjukan
56 negara yang aman-damai negara yang aman damai
57 gugusan pulau-pulau pulau-pulau / gugusan pulau (gugusan pulau-pulau salah sebab gugusan sudah menunjukkan jamak)
58 pemainan permainan
59 cendikiawan cendekiawan
60 memberi banyak faedah memberikan faedah yang banyak / banyak memberikan faedah
61 mendatangkan banyak masalah mendatangkan masalah yang banyak / banyak mendatangkan masalah
62 Membazir banyak masa Membazir masa yang banyak / banyak membazir masa
63 golongan pelajar-pelajar golongan pelajar / pelajar-pelajar
64 wajar dilakukan oleh kita wajar kita lakukan
65 akan ditulis oleh saya akan saya tulis
66 mesti dibuat oleh kalian mesti kalian buat
67 Azwan akan dianugerahi oleh beta…. Azwan akan beta anugerahi… (untuk kesalahan nombor 64, 65, 66 dan 67 kata; bantu oleh hanya boleh digunakan bagi kata ganti nama diri ketiga: mereka, dia, baginda dan Azman. Contohnya; wajar dilakukan oleh dia/mereka/baginda/Azman)
68 penyalah gunaan penyalahgunaan
69 menjadi orang yang baik / menjadi orang yang berguna) menjadi insan yang baik / menjadi manusia yang baik (orang ialah penjodoh bilangan bagi insan/manusia.  Tetapi mengapa tidak disebut insan asli / manusia asli.  Kalau dalam bahasa Inggeris disebut good person bukan good human being- kesalahan memerlukan pandangan semua)
70 jangan sesekali kita membuat jahat jangan sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan
71 menyanyi bernyanyi
72 majlis menandatangani majlis penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan adalah kata nama)
73 kadang kala kadangkala
74 barang kali barangkali
75 walaubagaimanapun walau bagaimanapun
76 sejak kebelakangan / sejak belakangan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga kedua dua ini adalah sama betul belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya;
77 sejak akhir ini sejak akhir-akhir ini
78 Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan. Oleh itu, masalah ini mestilah diselesaikanjusteru bermaksud bahkan, malahan, kebetula, sebaliknya
79 Saya tidak mengejinya, justeru itu, saya memujinya. Saya tidak mengejinya, justeru memujinya.Justeru bermaksud: sebaliknya, malahan, bahkan dan kebetulan (Kamus Dewan Edisi ke-3)
80 barisan panel hakim-hakim panel hakim / barisan hakim / hakim-hakim
81 telah mereka sediakan telah disediakan oleh mereka
82 jalur lebar berkualiti tinggi jalur lebar berkelajuan tinggi / jalur lebar yang tinggi kelajuannya.
83 Empangan kuasa hidroelektrik Bakun Empangan kuasa elektrikhidro Bakun
84 mini kalkulator kalkulator mini
85 Persatuan Ibu Bapa dan guru Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru / Persatuan Ibu Bapa dan para guru
86 pasaraya pasar raya
87 bandaraya bandar raya
88 kesimpulanya kesimpulannya
89 oleh yang demikian oleh hal yang demikian
90 kerinting keriting
91 kontijen kontinjen
92 Pasukan  peninju negara telah memenangi dua pinggat emas. pasukan petinju negara telah memenangi dua pinggat emas.
93 Karangan contoh Contoh karangan
94 sekawan gajah-gajah sekawan gajah / gajah-gajah
95 adik beradik adik-beradik
96 ilmu mempertahankan diri ilmu pertahanan diri / ilmu untuk mempertahankan diri
96 tujuh setengah tahun tujuh tahun setengah
97 tiga  suku tahun tiga tahun suku
98 Sekumpulan perompak-perompak Sekumpulan perompak / perompak-perompak
99 Jatidiri Jati diri
100 Terngadah Tengadah
101 sesetengah remaja-remaja sesetengah remaja / setengah-setengah remaja
102 Sebuah  sungai Sebatang  sungai
103 Di  dalam mesyuarat Dalam  mesyuarat
104 Pada  masa kini Kini / pada masa ini
105 baju baru baju baharu
106 alatulis alat tulis
109 gambarajah gambar rajah
110 telah dihantar oleh kita telah kita hantar
111 telah adik lakukan telah dilakukan oleh adik
112 sekaligus sekali gus
113 baju kemeja panjang lengan baju kemeja berlengan panjang
114 anti penjajah antipenjajah
115 cintakan tanahair cinta akan tanah air
116 urusniaga urus niaga
117 pilihanraya pilihan raya
118 senarai nama-nama senarai nama
119 setia-setiausaha setiausaha-setiausaha
120 urusetia urus setia
121 keretapi kereta api
122 ahli jawatan kuasa ahli jawatankuasa
123 media masa media massa
124 kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Justeru Sepatutnya Akan tetapi, Namun begitu, Justeru itu (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
125 Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat. Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat: Kita adalah saling memerlukan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing)
126 memberi kasih sayang memberikan kasih sayang
127 Ini menunjukkan….. Hal/ Perkara ini menunjukkan
128 Ini kerana Hal ini demikian kerana
129 mempunyai banyak pilihan mempunyai pilihan yang banyak
130 ialah di Sarawak adalah di Sarawak
131 ialah untuk Ali adalah untuk Ali
132 Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
134 memperbaiki membaiki / memperbaik.
135 Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Ia penting untuk mengawal demam denggi. Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Kempen tersebut penting untuk mengawal demam denggi./ Kempen membanteras nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan kerana kempen tersebut dapat mengawal demam denggi.
136 Oleh kerana hujan Oleh sebab hujan
137 di kalangan dalam kalangan
138 Sehubungan itu,… Sehubungan dengan itu,…
139 Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini. Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.  Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini.
140 Tambahan pula, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar. Selain itu, faktor hujan lebat yang berterusan  menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar, tambahan pula jika sistem perparitan di bandar itu tersumbat banyak. (tambahan pula tidak sama dengan selain itu dan di samping itu.  Oleh sebab itu, tambahan pula tidak boleh digunakan untuk isi baharu atau di pangkal perenggan)
141
  • Cili sos
  • Mini perpustakaan
  • Zaleha Restoran
  • Jaya Klinik
  • Sos cili
  • Perpustakaan mini
  • Restoran Zaleha
  • Klinik Jaya
142
  • mereka-mereka
  • semua kereta-kereta
  • para-para pelajar
  • empat orang abang-abang
  • mereka
  • semua kereta
  • para pelajar
  • empat orang abang
143
  • Raziz suka durian
  • sambil lewa
  • Raziz suka akan durian
  • sambalewa
Perkara yang saya kemukakan di atas adalah pandangan peribadi hasil pengalaman mengajar dan belajar bersama rakan-rakan. Sebarang komen amat dialu-alukan supaya kita dapat mempertingkat kemahiran berbahasa.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 42 other followers